Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Friday 10 May 2013

DUSTAKAH KASIHKU


DUSTAKAH KASIHKU..!!
PART.....x tau part bpe, miahahahahaaa..

"Abang, tolonglah..tolong bagi tahu Nisha kenapa abang buat Nisha macam ni, apa salah Nisha pada abang..??" penat Nisha memikirkannya, penat lagi tubuh yang terpaksa menanggung mengalirkan air mata jernih itu.

"Nisha sendiri tahu apa salah Nisha, di mana silapnya Nisha dalam menunjukkan kejujuran Nisha pada abang..sebagai isteri abang, sepatutnya Nisha jaga maruah diri Nisha ngan abang.."

Firdaus masih lagi dengan rasa kecewanya terhadap isteri tersayang, dia langsung tidak tahu akan apa yang menyebabkan Nisha kelihatan seperti berpelukan dan bercumbuan dengan sepupunya.

Apa yang Firdaus tahu, dia mahu Nisha yang menerangkan segalanya kepada dia..Dia tidak betah untuk mendengarnya dari mulut orang, apatah lagi walau sekadar buah mulut..dia tidak sanggup mendengar isterinya diperburukkan di hadapannya.

"Abang, kalau disebabkan hal kelmarin tu, Nisha minta maaf..Nisha tahu salah Nisha sebab jumpa dengan Ashish, tapi itu secara kebetulan.." terang Nisha secara perlahan kepada suaminya, tetapi belum sempat habis berbicara ucap katanya telah dipotong.

"Kebetulan yang tak disengajakan ke atau kebetulan yang sememangnya dah dirancang..." sinis nada yang digunakan Firdaus Aakif sambil memotong bicara isterinya itu.

Entah apa yang merasuk fikiran Firdaus Aakif sehingga dia sanggup meninggikan suara terhadap insan tersayang, api cemburu yang kian lama berkelubung di balik hatinya mulai memekar menimbulkan riak curiga.

"Firdaus, tak ada apa pun yang dirancang oleh aku atau Nisha..pertemuan kami langsung tak disangka-sangka, dan waktu tu Nisha hampir je pengsan..jadi sebab itulah aku papah dia, memandangkan klinik hanya terletak di depan tempat kami terserempak secara tak sengaja.." tenang dan bersahaja lenggok bahasanya.

Ashish kelihatan tenang menerangkan apa sebenarnya yang terjadi kepada Firdaus..dia tidak mahu ada salah sangka atau permusuhan yang timbul angkara sikapnya yang sentiasa mengambil berat akan keadaan Nisha.

"Huhh, kau Ashish..ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari..dari dulu lagi aku dapat agak yang kau ada simpan perasaan pada isteri aku, tapi aku diamkan saja..dan sekarang kau.." bicara Firdaus dengan perasaan yang bercampur baur dan berbelah berbagi, antara mahu percaya atau tidak.

"Abang, Nisha pengsan hari tu sebab Nisha penat..Nisha..Nisha..Nisha mengandung. Nasib baik Ashish ada untuk tolong Nisha hari tu, Nisha tak pernah terlintas untuk buat sesuatu yang akan merobek maruah Nisha apatah lagi maruah abang sebagai suami Nisha.." ucap Nisha dalam sedu sedan dan juga dengan rasa sebak terbuku di dada..

Langsung tidak menyangka keyakinan Firdaus terhadapnya sudah sedikit goyah gara-gara keakraban dan kemesraan yang ditonjolkan bersama sepupunya itu, Tariq Ashish..

No comments:

Post a Comment