Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Saturday 1 June 2013

CINTA TERINDAH - BAB 15



       CINTA TERINDAH

                 Bab 15


            5 hari lagi MC aku,dan Khai pulak kata yang dia akan ambil cuti 3 hari untuk bawak aku pergi 'makan angin'.Tapi aku still tak pergi klinik lagi,ajak Mama la..tak pun pergi dengan Kak Tina je.

           "Morning Ma..Mama,lepas breakfast  ni Yana nak keluar sekejap,ada hal sikit..boleh ye Ma..?" "Yana nak keluar ke,kalau macam tu Kak Tina ikut sekali boleh?Akak nak beli barang Qadri dengan Zahra sikit,itu pun kalau Yana tak kisah la."

            "Yana tak kisah la kak,lagipun Yana memang ingat nak ajak akak temankan Yana..tapi Kak Tina macam tau-tau je yang Yana nak keluar hari ni."

            Selamat aku belum drive lagi..baru aje start  kereta dah handset  kesayanganku berbunyi, "Assalamualaikum sayang,tengah buat apa tu?"

            "Waalaikumussalam abang.." Baru sejam lebih dia ni pergi office, dah call  pulak.

            "Yana nak keluar dengan Kak Tina jap, beli barang Qadri dengan Zahra sikit..." "Eh kejap laa sayang, jangan laa letak handset  tu lagi...."
             "Ok la abang, Yana nak pergi dah ni..nanti lambat pulak...." "Hemm...hati-hati drive,I love you sayang...."

            Yang peliknya sehari dua duduk kat rumah ni ok je,tak pulak rasa pitam ke mual ke.Tapi,semua orang kat rumah ni cakap muka aku nampak pucat sangat...

            "Yana,kejap..Mama tengok muka Yana nampak pucat je,adik sakit ke sayang? Semua risau bila tengok muka Yana pucat semacam."

            "I'm ok Ma, Mama jangan risau la.." "Betul Yana tak apa-apa sayang..kalau macam tu,hati-hati bawa kereta tu ya."

            "Kak Tina kan ada dengan Yana,kalau ada apa-apa nanti Kak Tina will call Mama or anybody else.Ok Ma,Yana ngan Kak Tina pergi dulu..assalamualaikum Ma."

            Huh, penatnya.Banyak jugak barang baby  yang kami borong. "Akak..lepas ni kita pergi McD ye,rehat kat sana kejap." "Boleh jugak,akak pun dah penat bawak semua barang ni."

            Tengah sedap-sedap rileks kat McD ni,ada juga yang nak call.'Khai..Ada apa lagi ni..?'

            "Hello assalamualaikum abang,ada apa?" "Waalaikumussalam sayang,tak ada apa..abang just rindu je kat sayang,and nak tau sayang dah sampai rumah ke belum itu je."

            "Yana dengan Kak Tina ada dekat mall  lagi,kami dah nak balik kejap lagi." "Ok kalau macam tu,drive elok-elok tau.Erm..sayang,abang nak bagitau yang tengah hari ni abang lunch kat rumah." "Ok abang.."

            "Jom akak,kita balik sekarang..." "Emm,jom laa Yana..dah dekat 3 jam dah kita shopping...."

            "Akak...Kak Tina...akak tunggu kat kereta kejap erk,Yana nak pergi beli buah kat situ jap...akak ada nak pesan apa-apa tak...??" "Ok..urm,akak rasa akak tak ada nak pesan apa-apa..."

            Sampai juga kat rumah,penat betul shopping tadi. "Ma,Kak Tina..Yana naik atas ye,nak mandi dulu.Emm..Ma,tengah hari ni abang balik lunch."

            "Urmm,mama...tadi Yana ada beli buah,nanti mama jangan habiskan tau...Yana nak naik atas dulu...."

            Rehat kejap la,bagi sejuk badan ni dulu.Kenapa tetiba rasa loya pulak..Uuwek..uwekk....

            "Assalamualaikum Ma,Yana mana mama..?" "Waalaikumussalam..Yana ada kat atas,katanya nak mandi lepas balik tadi..tapi dari tadi Yana belum turun lagi." "Tak apa la Ma, Khai pergi atas tengok Yana dulu erkk."

            "Sayang..sayang buat apa lama-lama dalam bilik ni, sayang ok ke tak ni..? Mama dah tunggu kat bawah." "Yana ok..cuma pening sikit tadi,sekarang dah ok sikit."

            "Abang pergi mandi dulu ye sayang, nanti lepas solat kita turun lunch sama-sama..." ”Hurm,ok...mandi cepat sikit tau,Yana takut dia orang tunggu lama dekat bawah tu..”

            "Angah taruh nasi untuk adik sikit je tau, satu senduk cukup...nak sup sekali...""Sikitnya adik makan hari ni, manja sakit ke baby...??"

            "Tak ada apa laa angah, adik cuma tak ada selera sikit..." "Abang tengok ada satu beg plastik penuh ngan manggoes kat dapur tu, siapa punya ye..."

            Soalan cepumas yang sengaja dicipta sama ada untuk menduga aku atau siapapun jua tidak dapat untuk ku pastikan dengan jelas...

            Saat itu juga aku turut tersedak dan hal itu membuatkan tekakku berasa pedih dan perit sekali, sehingga aku rasa bagaikan tidak dapat untuk bernafas langsung..

            "Uhukk..uhhuukkk...." Tersedak aku dibuatnya,tangan aku pun main ambik je laa gelas air yang dekat ngan aku... "Sayang,tu air aab...hmm..."

            "Tu semua Yana punya, along ngan angah tak boleh cilok yerp...nanti Yana kasi kat Kak Tina ngan Elena sikit..." "Kedekutnya,bagi kat wife  kitorang je....??"

            "Mamaaa, esok mintak Kak Pah buat sambal mangga boleh ye maa...??Tapi jangan habiskan tau, buat separuh je..." "Ok manja..."

            "Sayang, jom tengok tv dengan yang lain..." "Abang pergi laa dulu, sayang nak basuh manggoes  ni jap..."

            "Dik, sedap nampak...nak sikit boleh tak...??" "Ambik laa, abang nak rasa...??Sedap tau, rugi kalau tak rasa...kan Elena..??"

            "Mak aii,masamnya dik mangga ni...kecut semua nerve along ngan angah, cuba mama ngan papa rasa...betul tak cakap angah...??"

            "Boleh tahan masam jugak ni...." "Sedap laa bie, apa yang masamnya..??Seriously sedap, sayang tak tipu..."

            Cuti yang berbaki empat hari lagi yang diberikan oleh CK telah aku rencana dengan baik dan begitu sempurna sekali, dan aku akan meluangkan masa cuti bersama insan yang bergelar suami di Cameron Highlands.

            Tapi apakan daya, Encik suamiku Syeikh Muhammad Khairil Idzuan hanya bisa mengambil cuti tiga hari sahaja,dengan alasan bahawa banyak kerja yang menimbun di pejabat.

            Tapi aku, langsung tidak mengambil kisah akan segala kerjanya yang menimbun di pejabatnya itu. Yang aku inginkan hanyalah berada di Cameron untuk bersiar-siar smbil menikmati keindahan alam dan menenangkan fikiranku.

            3 hari aku dengan Khai on vacation kat Cameron,best jugak...Petik buah strawberry,pergi ladang teh,makan ice-cream coklat Belgium dengan limpahan sos strawberry and yang paling best time pergi ladang rosses...

            "Sayang suka tak bercuti kat sini..?? Best kan kalau dapat datang sini selalu,nyaman and  tenang je abang rasa bila sampai kat sini..." "Hurmm,nyaman...dan sejukk..."

            "Tengok tu sayang,cantik kan pelangi tu siap ada dua lagi tu..." "Ye laa,cantik..abang tengok tu,ada lagi satu baru muncul laa...best ni kalau ada gambar time ni kan..."

            “Hurm, betul tu..sayang nak pergi mana lepas ni..?? Sayang nak pergi ladang ros dulu ke, pergi ladang strawberry dulu..??” “Mana-mana pun ok jea abang, boleh beli sikit untuk member office ngan member lama..”


                                                                            ****

            "Sayang dah siap kemas kan,jap lagi kita lunch kat luar...pastu kita beli souvenier sikit lagi,and  nanti kita terus balik...abang nak pergi letak beg dalam kereta dulu,sayang tunggu tau...."

            "Erm...jangan lama sangat ya..."

            Petang nanti dah nak balik rumah,rasa dah tak sabar-sabar nak jumpa dengan niece aku yang cute-cute tu.

            "Abang..kita beli sayur dengan buah-buah sikit,kat sini segar-segar semua.Boleh kan abang?" "Ya boleh la sayang,tak kan la abang nak halang kut."

            Wow..cantiknya bunga ros,warna-warni lagi..

            "Abang,Yana beli bunga ros tu boleh tak?Please..." "Bonet belakang dah tak muat la sayang,kalau beli nak letak kat mana nanti?" "Ala boleh la,sejambak je..please..."

            "Sayang tunggu dalam kereta kejap..kejap je,nanti abang datang balik.Sekejap je,abang janji..."

            Mana la dia nak pergi agaknya? "Assalamualaikum Yana, kat mana tu?" "Waalaikumussalam Ma..Yana ngan Khai kat Cameron lagi, kami dah on the way nak balik ni.Mama, hari ni Mama masak apa?"

           "Ok, Mama tunggu ye.Hari ni Mama masak special  untuk Yana, nanti kita makan sama-sama." "Ok la Ma, Yana letak dulu." "Pesan dekat Khai, hati-hati bawak kereta tu."

            "Ni, untuk sayang.." "Thank's abang...jom balik sekarang, mesti Mama ngan Papa dah tunggu kita."

            "Anything for you dear,ok kita balik sekarang..Yana..sayang,kenapa ni?" "Yana rasa pening sikit, lepas rehat nanti ok la."

            Rasa pening dan sakit kepala sewaktu menuruni jalan dari tanah tinggi itu membuatkan aku pantas menelan sebiji Panadol ActiFast untuk meredakan pening itu...

Bayangkan, kepalaku terlampau pusing sehingga tekakku merasa mual..Walaupun aku telah makan panadol untuk melegakan rasa pening, tapi aku terasa seperti tidak mampu untuk menahan rasa mual yang makin bermaharajalela.

Akhirnya terpaksa juga aku arahkan encik suamiku agar memberhentikan kereta di bahu jalan, dan sesudah membuka pintu terus sahaja aku memuntahkan semua isi perut yang sedari tadi menjolok-jolok tekakku.

            Seusai berkumur aku hanya memejamkan mata untuk melegakan rasa pening dan mual yang masih berbaki itu, sehinggakan aku tidak sedar bila masanya aku tertidur dan membiarkan si dia memandu dalam kesepian dan tanpa teman bicara...

            "Sampai rumah nanti,abang bawak Yana pergi klinik...abang teman sayang buat medical check-up,ok..."

            "Hurmm,...sampai nanti abang tolong kejutkan Yana erk..."

            "Yana..sayang..bangun sayang,kita dah sampai rumah ni." Beratnya kepala aku,rasa macam dunia ni dah mulai gelap je.



No comments:

Post a Comment