Prologue
Aku
adalah seorang gadis biasa yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang
sederhana,keluarga yang tiada banyak harta kekayaan untuk dibandingkan dengan
keluarga Dato’ mahupun Tan Sri…
“Nurin
Auliyaa Shazreena Binti Haji Mohammad Khazreel, awak dengar tak ibu dok panggil
dari tadi lagi…dok berangan tak habis-habis anak ibu yang sorang ni…”
“Ye
bu, sorry ibu…Auliyaa dok ralit tengok rancangan kat tv tadi tu bu, ada apa erk
ibu…??”
Haa,
itulah dia nama aku…Nurin Auliyaa Shazreena Binti Haji Mohammad Khazreel, anak
mantan pengetua Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang iaitu Haji Mohammad
Khazreel Bin Khalill Azizi.
“Ibu
dah agak dah,kalau ibu cakap 100 kali pun belum tentu Auliyaa dengar…dah, tolong
ibu pergi beli santan kejap...”
“Santan
bu, macam biasa erk ibu…?? Ibu nak buat masak apa bu, nak Auliyaa tolong ke
nanti…??”
Aku,
Nurin Auliyaa Shazreena adalah anak ke dua kepada pasangan Haji Mohammad
Khazreel dan juga Hajah Amna Khatijah...Along aku, Muhammad Harith Fateh,25
tahun merupakan lepasan Degree in Hospital Management...kira doktor laa...
“Along,
angah pinjam motor along tau...motor orang tayar pancit laa, nak gi kedai
jap...”
“Angah,
bawak motor along tu elok-elok...helmet jangan lupa pakai pulak, nanti cedera lak adik along nie...”
Adik
yang bawah aku ada dua orang dan dua-dua lelaki, alang dan usu...
Alang, Muhammad
Adham Firas bakal menyambung pelajaran peringkat Diploma in Marketing
Management tahun ni dan usu, Muhammad Aus Idraki bakal menduduki peperiksaan
SPM tahun hadapan...
Dan
aku...Nurin Auliyaa Shazreena,21, pelajar tahun akhir jurusan Diploma in
Healthcare Management.
“Yea laa
atuk, orang tau laa along...helmet sentiasa berada di sisi ni, macam along tak
kenal ngan adik along yang sorang ni.”
“Sebab along
kenal adik-adik along laa yang along pesan, Auliyaa ni kalau bawak motor boleh
kalah mat rempit.”
“Sekali-sekala
je jadi minah rempit long, bukan selalu pun orang nak jadi minah rempit
ni...tak sior eh nak merempit aje kerjenye, bukan dapat apa pun.”
“Haa, tau
pun..dah pergi cepat, kang ibu bising lak tunggu santan dia yang tak
muncul-muncul dari tadi.Jangan nak rempit je, tunggang cermat sikit.” ”Yes boss...”
“Awak nak
bos, tunggu dapat kerja dulu...dengan along jangan nak panggil bos-bos sume
erk, karang along luku baru tau...” ”Orang gurau pun nak marah, ye laa abangku
sayang..”
Hurm, macam
tulah perangai abang sulungku terhadap adik-adiknya..Walau siapapun adiknya
yang ingin menunggang motorsikal kesayangannya itu, pasti akan ditarbiah dengan
segala nasihat dahulu.
Aku mesti
buru-buru mendapatkan santan yang dikehendaki ibu,kalau tak...habis laa aku
dibebel oleh ibu kalau lambat sampai santan yang dimintanya itu...
“Assalamualaikum
pak cik, santan fresh sekilo ada tak
pak cik..??” ”Waalaikumussalam, ada dalam peti sana tu...Dah lama pak cik ngan
mak cik tak nampak kamu kat sini, kamu buat apa sekarang..??”
“Ada aje pak
cik, saya sambung belajar dekat Kuala Lumpur..dah nak habis belajar dah pun, sekarang
tengah cuti semester...”
“Macam
tu...bidang apa kamu ambik Auliyya, sama macam abang kamu jugak kea..??” “Eh, tak
adalah mak cik..along tu memang minat nak jadi doktor, saya pulak lebih minat
bidang pengurusan...”
“Senang
keluarga kamu nanti ye Auliyaa, sorang dah jadi doktor...dua orang lagi bakal pengurus,
adik bongsu kamu pulak nak ambik SPM tahun ni..mesti dia boleh pass macam
abang-abang dan kakak dia..”
“Insyaallah
mak cik, pak cik...kami sekeluarga pun harap Aus dengan Firas tu berjaya dalam
hidup dorang..eh, dah lambat ni pak cik, mak cik...nanti ibu bising pulak
lambat bawak santan yang ibu mintak tu...”
“Eh, iya tak
ye jugak..hah, bawak motor elok-elok tau Auliyaa nanti jangan lupa kirim salam
kami dekat ibu ngan ayah kamu...” ”Insyaallah mak cik, pak cik, saya balik dulu
laa ye...Assalamualaikum mak cik, pak cik...” ”Waalaikumussalam...”
Dalam
perjalanan pulang ke rumah yang tinggal hanya 900 meter sahaja lagi, tiba-tiba
motor kesayangan along yang aku tunggangi mati di tengah jalan..Dah sah-sah laa
motor ni kehabisan minyak, dan aku jadi tak tahu nak buat apa-apa..
Handphone yang berada di dalam kocek seluar track yang ku pakai segera ku capai dan terus aku
dail nombor telefon abang long kesayanganku itu, meminta agar dia datang
mengambil aku dan motornya yang sudah tersadai di tepi jalan.
“Assalamualaikum
along, along tolong angah kejap long...tolong ambik angah dekat simpang lepas
kedai runcit Pak Mat tu long, minyak motor habislah along...”
“Waalaikumussalam,
aik...tadi bukan main ok je along tengok motor tu, tetiba minyak motor dah
licin...hah tunggu situ diam-diam tau, kejap lagi along sampai...”
“Orait
along, tapi cepat sikit tau sebab orang tengok hari dah macam nak hujan
je..Nanti ibu bising pulak kalau tengok kita kena hujan,tak pasal-pasal kena
tarbiah free sat gi..hehehee...”
“Ye laa, duduk
je dekat situ diam-diam...kejap lagi along sampailah dekat situ, jangan nak
merayap ke mana-mana pulak erk...”
“Adik along
ni kan budak baik, takkan nak merayap ke mana-mana punya..lagipun angah kan ada
tali pinggang hitam, takkan berani laa siapa yang nak kacau angah
tu...hehehee...”
“Yelah
tu...awak tu perempuan, nanti buatnya orang yang kacau adik along nie perogol
ke tak ke niaya..??” “Aish along, perogol tu long..mulut along tu kadang-kadang
dah laa masin, nanti betul-betul jadi tak pasal je long...”
Hari ini
dengan lancangnya abang sulung aku ni bercakap tentang perogol denganku, membuatkan
aku terbayang tentang keadaan perogol tersebut yang siap membawa pisau
bersamanya.
Untuk tidak
terlalu memikirkan tentang apa yang diperkatakan oleh along sebentar tadi, aku
terus membelek keadaan motor tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.
“Piiiiinnnnnnn....” “Opocot
tayar engko meletop...” ‘Alamak, hilang terus keayuan aku..mangkuk tingkat
punya orang, pi hon kat aku buat apa..’
“Cik, cik...awak
tak apa-apa ke, ada cedera dekat mana-mana tak...??” “Eh, tak..tak, tak, saya
tak apa-apa encik...Cuma terkejut sikit je, tak ada luka pun...”
“Angah, kenapa
ni ngah..mamat ni buat apa kat angah, angah ok ke tak ni..?? Cepat ngah, bagitau
along apa yang dah jadi..” “Along, ish along ni..orang tak apa-apa laa
long...terkejut sikit je pun, no harm at
all laa along..tengok..”
“Of course laa abang risau sayang oii, mana
laa nak jumpa adik secantik, sebaik, seikhlas, sejujur dan sepandai adik along
yang tersayang ni...bak kata lirik lagu Anang, separuh jiwaku hilang, macam tu
laa along umpamakan angah tau tak...”
“Pandai
jugak erkk along ni bermadah manis macam ni, ingatkan tak reti nak bermadah
langsung...hahahaa...!!”
No comments:
Post a Comment