Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Thursday, 6 February 2014

Lists of diseases

Assalamualaikum all.

Macam mana hari ni, semua sihat?? Ada yang demam x?? Sakit apa2 kea?? Harap2 x ada laa yea... Aamiinn, in-Sya Allah.


Haa, hari nie... di pagi ini, cik blogger nak share info berguna sikit untuk korang2 semua y minat membaca dan menulis tuu.


Y minat membaca, x semestinya x perlu tahu mengenai jenis2 penyakit nie... dan y minat menulis x semestinya dah tau atau sedar tentang kewujudan penyakit2 nie... ataupun jenis2 treatment y seangkatan dgn IUI, IUV, sumer nie... so, kat sini ada sedikit info tentang tu...





A lists of diseases and disorders in human...


Abruptio placenta : bleeding from the placenta causing its complete or partial detachment from the uterine wall after 24th week of gestation. Abruptio placentae is often associated with hypertension and preclampsia.


ADA (adenosine deaminase deficiency) : a genetic disorder characterized by a defect in the enzyme adenosine deaminase (ADA), which is involved in purine metabolism. Deficiency of this enzyme results in damage to the antibody-producing lymphocytes, which leads to severe combined immune deficiency (SCID)


ADHD (attention-deficit/hyperactivity disorder) : a mental disorder, usually of children, characterized by a grossly excessive level of activity and a market impairment of the ability attend, resulting in aggressive disruptive behaviour. Treatment can involve drugs (such as methylphenidate) and behaviour therapy.


AIH (artificial insemination) : an instrumental introduction of semen into the vagina in order that a woman may conceive. The semen specimen may be provided by the husband (AIH - artificial insemination by husband) in cases of erectile dysfunction or by an anonymous donor (DI - donor insemination), usually in cases where the husband is sterile.


Asperger's syndrome : a mild form of autism characterized by aloofness, lack of interest in other people, stilted and pedantic styles of speech, and an excessive preoccupation with a very specialized interest (such as time-tables). [H. Asperger (1906-80), Austrian paediatrician]


ATLS : advanced trauma life support, which comprises the treatment programmes for patients who have been subjected to major trauma (e.g. serious road traffic accidents, missile injuries). Doctors, nurses, and paramedical personnel involved in ATLS receive special training for dealing with such emergencies.


just some info to be shared with all...

Wednesday, 5 February 2014

Teaser SRCP - Bab bape tah...




"Sayang... boleh tak I datang tempat you hari ni, please my love. Boleh ye wife, miss you so much you know."

Si dia masih merengek manja di hujung talian. Berharap cik isteri membenarkan dia datang menjemput cik isteri untuk keluar bercuti beberapa hari.

"Hubby... bukan I tak nak bagi, but...", terdengar keluhan kecil terbit dari ulas bibirnya.

"I do miss you too, like I can never breath anymore... but, not everybody know about that. About our marriage." Sambung cik isteri setelah keluh dilepas.

Cik BFF sudah pandang aneh ke wajahku. Wajah yang cukup sayu, tapi penuh dengan perasaan yang terpendam.

"Sugul betul aku tengok muka kau ni Rysha. Dah laa dua tiga hari ni muka kau tu pucat tak bermaya je, kalau rindu tu pergi je laa kat dia. Dah sah pun...", ujar seorang sahabat yang prihatin.

'Oohh Ziqa, kau... tau je apa yang ada dalam fikiran aku, rindu sangat dekat si dia...'

Tak semena-mena, mutiara jernih lekas mengalir keluar dari tubir mata.

Entah kenapa, sejak belakangan ini aku mudah mengalirkan air mata. Mudah tersentuh, dan mudah terasa.

Tahap kerinduan pada encik hubby juga makin membuak-buak. Selalu dia akan menelefonku, mengubat rindu di dada.

Tuesday, 4 February 2014

SRCP - Bab 6



BAB 6


Nissan Almera milik Nurin Airysha Athellia laju membelah jalan raya setelah selesai final examination bagi semester lima itu pada jam 12.30 tengah hari tadi. Panggilan telefon yang diterima dari mama Airysha membuatkan gadis itu ingin segera pulang ke kampungnya.

Mujur bagasi kecil yang berisi dua pasang baju kurung dan beberapa helai pakaian santai sudah disimpan dalam bonet kereta sejak petang semalam lagi. Beberapa buah novel yang baru dibeli dan juga yang dipinjam oleh sepupunya juga telah dimasukkan ke dalam bagasi kecil itu. Nasib muat, kalau tak sia-sia kena tadah telinga lagi.

Cuti semester selama tiga minggu sebolehnya tidak mahu disia-siakan begitu sahaja. Jika boleh, Airysha ingin meluangkan masa yang ada dengan membantu mamanya di restoran. Dan jika boleh, dia juga mahu menyambung menaip manuskrip yang telah lama tertangguh.


Sudah lama manuskrip SayangKu Vampire’s terperam dalam ‘stor’, tidak berjengah langsung dek kesibukan yang menggamit ketenanganku untuk menyambung manuskrip itu. Hanya sebuah cerpen cinta sahaja yang sempat disiapkan, itupun secara tidak langsung... berbekalkan idea yang tiba-tiba muncul, dan tangan  yang gatal hendak menaip.

Sampai sahaja di perkarangan Teratak Nurr Emeraa, aku dikejutkan dengan kawasan parkir yang dipenuhi beberapa buah kereta. Bukan hanya itu... sepupuku, Naqib Javdiy dan juga Damia Darwisya yang sepatutnya berada di Johor dan Amsterdam kerana menyambung pelajaran mereka turut berada di teratak itu.


Masuk sahaja ke dalam rumah, aku dikejutkan lagi dengan lima buah dulang hantaran yang berisi sirih junjung, kek coklat Secret’s Recipe, kain ela, coklat Cadbury, dan gubahan buah-buahan.

Nyaris pengsan dibuatnya bila terpandangkan dulang-dulang hantaran yang sudah siap digubah itu. Damia yang terlihat kelibatku dihadapan pintu rumah segera menggamitku agar bergerak ke arahnya. Bagasi yang masih lagi berada dalam bonet kereta telahpun diangkut ke dalam bilik oleh Naqib sebentar tadi.

Damia segera menyuruhku mandi dan bersiap-siap. Jarum jam tika itu mengunjuk ke angka 3.15 petang. Damia sempat berpesan kepadaku agar memakai baju yang telah diletakkan di atas katil. Kehadiran Camellia, rakan sekolahku yang kini menjadi jurusolek menambahkan lagi kehairanan dalam hatiku.

Selesai mandi dan siap mengenakan pakaian yang telah disediakan di atas katil, Camellia segera mendapatkanku. Barang mekap yang dibawanya segera diletakkan di atas meja solek. Mekap natural mula dikenakan pada wajahku... rimas pakai mekap tebal-tebal ni.


12 Februari 2014, 6.00 petang.


Tarikh yang menjadi tarikh keramat buat cik penulis Airysha Imaani, atau nama sebenarnya Nurin Airysha Athellia. Satu tarikh yang mana telah menyatukan dua hati yang tak saling mengenali dengan sebuah ikatan, satu tarikh yang mana menjadi sebuah kejutan buat diri Airysha sendiri.

Hari di mana cik penulis Airysha Imaani sah bergelar tunangan kepada seorang jejaka. Hari yang mana bakal menentukan corak dan gaya hidup Airysha sendiri, setelah bergelar tunangan orang dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat.

Majlis pertunangan yang diadakan secara ringkas itu dibuat di rumah keluarga Nurin Airysha Athellia di Batu Gajah Perdana, Perak. Best friend forever cik penulis iaitu Nurul Syamim Yusra dan juga Nur Haziqa Naziha telah diwajibkan hadir pada hari itu.

Gementar yang dia rasa, perlu dikongsikan dengan orang yang betul-betul rapat dengan dirinya. Peluh dingin mula membasahi wajah yang disolek tipis. Tangan yang menggenggam tangan Syamim dan Ziqa terasa dingin, sedingin ais batu di lautan Antartika. Betapa Airysha Athellia resah menantikan waktu cincin pertunangan disarung ke jari manisnya oleh bakal mertua.


Sebuah pandangan dihala ke wajah Syamim dan juga Ziqa. Pandangan yang sukar untuk ditafsir. Fikiranku yang sedang bercelaru bagaikan meminta semangat dari Syamim dan Ziqa, melalui pandangan itu... sebuah padangan yang penuh mengharap sebenarnya.


Kini, dia bukan hanya bergelar penulis muda yang sedang melakar nama, tetapi dia juga kini bergelar seorang tunang kepada seorang jejaka. Seorang jejaka yang sering ditemuinya tiap kali balik ke kampung, dan jejaka itu jugalah yang bakal menjadi imamnya kelak.

Tempoh pertunangan selama empat bulan bukanlah satu tempoh yang lama, pejam celik... pejam celik sahaja, tempoh empat bulan itu akan berlalu dengan pantas sekali.

Memikirkan hal itu... dadaku terasa nyilu, berdebar-debar tak menentu hingga jantung rasa bagai hendak tercabut dari tangkai dan terkeluar dari landasan. Melompat-lompat dan kemudian jatuh tergolek di atas lantai.



Monday, 3 February 2014

SRCP - Bab 5





BAB 5


27 Januari 2014, 6.30pm

The Coffee Bean @ The Curve menjadi saksi dengan termetrainya ikatan perjanjian kerja sebagai seorang penulis. Sungguh aku tidak menyangka yang aku akan dilamar menjadi penulis dibawah naungan syarikat penerbitan yang sudah lama mencanak naik.

Akhirnya impian aku untuk menjadi seorang penulis selama ini tercapai jua akhirnya, menjadi penulis dalam usia 20 tahun bukanlah satu halangan buat aku. Kerana semuanya hadir dari minat yang sangat mendalam terhadap bidang penulisan.


“Airysha... akak sangat berminat untuk jalinkan hubungan kerja dengan Airysha berdasarkan penilaian akak terhadap hasil coretan tangan awak. Mengikut apa yang akak dan juga rakan sekerja akak observed, Rysha ada bakat besar dalam bidang penulisan ni dan kalau boleh pihak akak nak tolong asah bakat yang ada pada Rysha.” Terang Marsya Nurina, editor syarikat penerbitan itu.

“Ya saya. Sebelum tu boleh saya tau dari mana akak dapat tau tentang karya picisan saya, sebab saya ni jenis yang jarang nak post teaser dekat laman Facebook. Kalau soal mengasah bakat yang terpendam dan terperam tu, saya sebenarnya dah lama nak ada mentor sendiri... mentor yang akan dapat membimbing saya untuk terus maju dalam bidang penulisan ni.”

“Dan disebabkan seni penulisan ni dah sebati dengan diri saya, jadi saya berharap akan ada orang yang menyukai karya picisan saya walaupun tak sama dengan karya penulis lain yang dah banyak terbitkan novel sendiri macam Hezzy Azra, Haiza Najwa, Anabell dan Umie Nadzimah.”

Setiap ayat yang aku ucapkan, aku rangka dengan sebaik mungkin agar tiada cacat cela pada pendengaran cik editor itu. Perbualan dimulakan bagi mengelakkan rasa kekok yang mungkin datang bertandang, kemudian barulah perbincangan soal jalinan kerja dibuka.

Aku setia mendengar penerangan demi penerangan yang disampaikan oleh cik editor yang memperkenalkan dirinya sebagai Marsya Nurina, atau berdasarkan nama Facebooknya, Misz Novellas.

Ibu saudaraku yang juga merupakan seorang pensyarah, yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penjagaku sepanjang aku melanjutkan pelajaran di ibu kota ini turut ada bersama sewaktu perbincangan dijalankan. Semua langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan yang aku tidak ditipu atau dipergunakan oleh mana-mana pihak.


‘Aku perlu rebut peluang yang ada. Lagipun mana ada peluang yang akan datang bergolek tanpa ada usaha, melainkan kalau kita anak pemerintah. Tapi itu pun tak mungkin dapat menembusi logik akal... peluang dah ada depan mata sekarang ni, mustahil aku nak menolak. Sama macam menolak rezeki dan tuah namanya tu...’ bicaraku dalam hati.

“Kalau semua ni takkan mengganggu pelajaran Airysha, saya benarkan. Tapi saya masih akan pantau setiap apa yang Airysha buat, yang berkait dengan kerja yang syarikat cik serahkan kepada dia.”

Tegas sungguh kenyataan dari ibu saudara berpangkat pensyarah yang punya kelulusan Doctor of Philosophy (PhD) ini, bagai ingin menjerut leherku sahaja bila mendengarnya.

“Terima kasih puan atas kerjasama yang puan dan Airysha dah berikan kepada pihak kami. Saya akan pastikan tak ada projek yang akan terlampau mengganggu tumpuan Airysha dalam pelajaran dia, itu janji saya dengan puan.” Balas Cik Marsya Nurina sopan.

Aku, Nurin Airysha Athellia, hanya menjadi pendengar setia untuk perbualan antara kedua orang yang sedang berada di kiri dan juga hadapanku ini.

Rasa gembira dan syukur aku luahkan melalui sinar mata kepada kak Marsya, bagai ingin melompat gembira tika dan saat itu juga. Tapi adab dan tatasusila harus dijaga di tempat awam sebegitu, dan aku masih kontrol ayu... nak elak dari memalukan diri sendiri di kawasan awam begini.


Balik sahaja dari appointment yang telah berjalan dengan lancarnya itu terus aku serbu ke arah laptop yang tergeletak elok diatas meja study yang ada dalam bilikku. Laptop dihidupkan dan jariku segera mencari fail yang memuatkan hasil tulisanku yang masih belum siap sepenuhnya itu.


Fail di skrin laptop yang sudah sedia dibuka, dibelek seketika. Berkerut-kerut ruang dahiku... memikirkan tindakan apa yang akan dilakukan oleh Faid nanti.


Friday, 31 January 2014

SRCP - Bab 4






BAB 4


Asap rokok yang berkepul-kepul di ruang udara begitu menyesakkan dada Nurin Airysha Athellia, Nur Haziqa Naziha yang berada di sebelah turut merasakan hal yang sama.

Sungguh, kalau mereka diberi kuasa untuk menghapuskan segala kilang rokok dan tembakau yang ada, sudah lama mereka berdua memusnahkannya.

Niat dihati ingin singgah di gerai yang menjual popia basah di tepi jalan itu akhirnya hanya tinggal niat, bau asap rokok yang masih kuat membuatkan Airysha hampir hilang pertimbangan.

Ziqa yang sudah tidak tahan dengan bau rokok yang semakin kuat dan menyedari perubahan pada wajah gadis itu, segera menarik Airysha ke arah bertentangan... menjauhi ruangan yang dicemari asap rokok, dan menjauhi mamat-mamat kutu rayau yang enak melepak di kaki lima jalan itu.

“Apesal kau tarik aku Ziqa? Ishh, pantang sungguh aku kalau hidu bau asap rokok dekat tepi jalan cenggini. Semak mata, dan mencemar ruang udara je... tak pepasal ramai yang dapat lung cancer.” Ujarku dalam amarah yang membara.

Haziqa Naziha sudah tahu, sahabatnya yang seorang ini kalau sudah marah sebab sesuatu benda yang dia tidak suka... keadaan sekeliling pun boleh jadi haru-biru. Si vampire Edward Cullen pun boleh kalah, kalau Nurin Airysha Athellia sudah berubah personaliti. Tapi persoalannya, cik Nurin Airysha Athellia ni ada masalah split personality  ke?

Segala persoalan pasti sedang bermain di benak semua orang, tapi inilah cik penulis yang sangat misteri. Penulis senyap yang tak pernah memaparkan kisah-kisah yang ditulisnya kepada umum dalam bentuk naskhah, dan hanya memuat naik entri demi entri tiap coretan tangannya ke dalam blog secara berkala.



“OIHH mak cik... yang awak tak tidur lagi ni kenapa, nak Ziqa suruh abang finance yang handsome kat tempat keje Ziqa tu tolong dodoikan ke...?? Ahahaaa...”, tiba-tiba wajah Ziqa terjengul dari balik pintu sambil membebel pendek sebelum ketawa galak.

“Orang tengah dok berfikir laa awak, hailaa... susah betul laa kalau dah tersepit antara dua perkara, dua orang, dua hati, dan dua jawapan. Nenek tau tak, kita tengah tersepit sekarang ni...”, ujarku dalam nada lemah.

‘Ekk... macam banyak dan besar je masalah nenek sorang ni. Ya Allah, Kau kuatkanlah sahabatku ini untuk menghadapi semua masalahnya dengan tenang Ya Rabb...’ doa Ziqa dalam hati sambil mata tak lepas memandang Airysha yang elok terlentang memerhati siling bilik.

Ziqa menolak pintu bilik hingga separuh terbuka, lalu dia menapak memasuki ruang kamar Airysha Kirana, sahabat baiknya itu.

Perlahan Ziqa meletak punggung di birai katil, sebelum dia merebahkan tubuh di sebelahku. Katil queen size, memang laa muat untuk aku dan Ziqa yang kurus tu.

Babe, kalau awak ada masalah... cerita laa dengan Ziqa, mana laa tau Ziqa boleh tolong ke. Paling tidak pun kita boleh bagi nasihat free kat awak, tak payah bayar apa pun.”, ujar Ziqa sebelum berkalih menghadapku.

“Mak cik, esoklah kita fikir... tidur lagi bagus, esok nak pergi kerja lagi. Nanti terbabas lak, tak pasal-pasal dapat ‘surat cinta’... ahahaa.” Balasku cuba menutup kegalauan di hati.

***

“ABANG... abang... abang, Rysha... Rysha cintakan abang, Rysha sayangkan abang. Abang tolong, tolong jangan tinggalkan Rysha abang. Abang... abang, jangan tinggalkan Rysha bang... Rysha perlukan abang.”

Ziqa yang terasa tubuhnya bagai dipeluk dan terdengar sipi-sipi bunyi esak tangis suara perempuan, mula tersedar dari tidurnya, terasa seram juga... tetapi apabila dia sedar yang sedang menangis teresak-esak itu adalah Airysha, rasa gerunnya hilang. Dan diganti dengan rasa bimbang, kerana gadis itu tidak pernah mengigau sehingga begitu sekali sebelum ini.

“Nenek... wei nenek, bangunlah. Rysha... AIRYSHA KIRANAA, woi nenekk... bila masa pulak Ziqa jadi abang awak ni,” Ziqa Hazirra sudah mula gelabah sambil garu kepala.

‘Apa aku nak buat ni, Ya Allah... nenek, awak janganlah buat kita risau cenggini...’ Ziqa bermonolog dalam hati.

Hampir 15 minit Ziqa Hazirra cuba menenangkan Airysha Kirana, dan akhirnya dia terlelap kembali.


Subuh itu, hampir sahaja aku dan Ziqa terbabas. Entah macam mana, kami pun tak tahu... tapi yang pasti, waktu sarapan Ziqa mula menyoalku sedikit pelik.

“Nenek... cemana awak boleh ngigau malam tadi...?? Siap peluk kita bagai, lepas tu dok nangis sambil cakap ‘Abang... abang... abang, Rysha... Rysha cintakan abang, Rysha sayangkan abang. Abang tolong, tolong jangan tinggalkan Rysha abang. Abang... abang, jangan tinggalkan Rysha bang... Rysha perlukan abang.’...”, soal Ziqa sebelum tersengih nakal.

Erkk, aku mimpi apa ekk malam tadi...?? Mak ai, dahsyat betul mimpi aku sampai siap nangis-nangis lagi... hurmm, fikir Rysha... fikir...’ Airysha terdiam sambil bermonolog dalam hati.

“Hahh, ingat dah. Kita mimpi kita kena tinggal dengan orang yang kita sayang laa nenek, mungkin sebab tu kot kita menangis betul-betul... ingatkan menangis dalam mimpi je, ahahahaa...”, ujarku setelah berjeda untuk tempoh beberapa minit.

“Mak cik, cepatlah... kita dah lambat nak gerak pi office ni. Karang jammed pulak jalan, bukan awak tak tau pepagi cenggini.” Sambung Ziqa membantutkan angan.



* Hope enjoy reading... jangan lupa tinggalkan komen anda lepas baca... peace...

Teaser SRCP

Assalamualaikum...


Hehee, hari nie terasa nak membako semua member fb den nie... ada y nak terbako sikit kea, atau nak terbako sampai rentung...??

Whoa, statement kijam... hekhekk...

Jom layan teaser SRCP...



Ziqa yang sudah tidak tahan dengan bau rokok yang semakin kuat dan menyedari perubahan pada wajah gadis itu, segera menarik Airysha ke arah bertentangan... menjauhi ruangan yang dicemari asap rokok, dan menjauhi mamat-mamat kutu rayau yang enak melepak di kaki lima jalan itu.

“Apesal kau tarik aku Ziqa? Ishh, pantang sungguh aku kalau hidu bau asap rokok dekat tepi jalan cenggini. Semak mata, dan mencemar ruang udara je... tak pepasal ramai yang dapat lung cancer.” Ujarku dalam amarah yang membara.

Haziqa Naziha sudah tahu, sahabatnya yang seorang ini kalau sudah marah sebab sesuatu benda yang dia tidak suka... keadaan sekeliling pun boleh jadi haru-biru. Si vampire Edward Cullen pun boleh kalah, kalau Nurin Airysha Athellia sudah berubah personaliti. Tapi persoalannya, cik Nurin Airysha Athellia ni ada masalah split personality ke?



Enjoy reading the teaser... 


Senyum dgn tulus ikhlas wlaupun terasa nak meletop cm gunung berapi...

Thursday, 30 January 2014

SRCP - Bab 3


BAB 3


Peperiksaan akhir untuk semester lima bakal berlangsung dalam masa dua minggu lagi, dan seharusnya segala tugasan, assignment, proposal dan slide presentation sudah siap menjelang awal minggu hadapan. Tetapi kini, aku bahkan duduk bersenang-lenang dihadapan laptop sambil jari jemari rancak menari diatas papan kekunci... melakarkan kisah demi kisah di atas helaian kertas maya yang tidak dapat disentuh.

Nur Haziqa Naziha pasti sudah tergolek diatas katil, melakukan hal yang sama seperti apa yang aku lakukan sekarang ini. Malam yang masih muda bahkan menggalakkan aku untuk terus menaip, mengekspresikan segala idea yang muncul.

Penuh pengharapan untuk setiap idea dan watak yang ada itu dapat dihidupkan dalam sebuah picisan yang tak seberapa, tetapi dapat memberi makna, pengajaran dan impak yang bagus buat pembaca.

Kali ini, cerita yang bakal kutulis dan kulakarkan dalam helaian kertas maya bakal mengungkap kisah seorang gadis yang tersepit diantara dua jejaka. Terjerat dalam permainan hati yang langsung tak terduga, tertipu dengan keindahan kata-kata manis yang selalu menghiasi ruang hidupnya.

Kisah antara Airysha Kirana, Fazirul Amsyar dan juga Faid Haris. Kisah cinta yang tak kesampaian, kisah cinta yang penuh halangan, dan kisah cinta yang berakhir begitu tanpa Fazirul Amsyar mahupun Faid Haris bisa memiliki hati Airysha Kirana. 




Akhirnya, penat jari-jemari menaip dan mengarang cerita yang entah bagaimana pengakhirannya, aku terbaring diatas katil... melepaskan lelah dan mengucap syukur walaupun picisan ini belum siap sepenuhnya.

Ruang bilik Haziqa Naziha yang kelihatan terang melalui celahan daun pintu yang sedikit terbuka bagaikan menarik aku untuk melihat. Pintu kamar ku ketuk sebelum membuka sedikit luas bagi membenarkan aku melihat ke dalam.

Ziqa yang meniarap sambil memandang skrin pemuka laptop, membuang pandang ke arahku sebelum tersenyum sungging. Aku labuhkan duduk di birai katil, membalas kembali pandangannya yang tidak dapat untuk ditafsirkan tika itu.

“Rysha... kau, rajin tak? Esok cutikan, jadi...”

“Jadi, jom kita masak... tetiba pulak aku lapar tahap tak ketahuan, sejuk-sejuk macam ni cepat je laa perut aku mintak diisi.”, segera aku pintas percakapan Ziqa.

Lapar yang dirasakan tadi sudah beraja hingga membuatkan aku terasa seperti ada rama-rama yang sedang menari riang dalam perutku saat itu. Tidak menunggu lama, terus aku tarik tangan Ziqa yang sedia berada disisiku.

Mengheret gadis itu ke dapur bersamaku, walhal cuma masak maggie je dan jugak dua muk hot chocolate kesukaan aku dan Ziqa. Hahahaa, terkejut gadis itu kerana ditarik secara tiba-tiba oleh sahabatnya yang seorang ini.

Wednesday, 29 January 2014

SRCP - Bab 2



BAB 2


Tahun keduaku sebagai seorang penuntut di institusi pengajian tinggi memerlukan aku banyak berkorban dan terpaksa memerah otak dengan sedaya mungkin. Tahun kedua ini, untuk semester kelima sahaja aku perlu menyiapkan proposal yang aku tak pernah tahu bagaimana hendak menulisnya, dan subjek Biostatistics yang ada sedikit menekan kemampuan otakku untuk berfikir dengan lancarnya.


“Airysha. Nurin Airysha Athellia, laju je kau menonong erkk... aku panggil pun langsung kau tak toleh, penat kaki aku mengejar kau dari tadi tau.” Bibir mungil itu berbicara laju kepadaku.

Itu dia, sahabat baikku merangkap class-mate dan juga teman serumah yang sentiasa menceriakan hariku, Nur Haziqa Naziha. Gadis yang brutal, tapi baik hati dan dia juga seperti aku... berangan untuk menjadi penulis, yang mana menulis merupakan kerja waktu senggang dia, dan setiap coretannya akan masuk terus ke laman blog.

“Ziqa... kenapa yang kau kejar aku ni, dah macam ada emergency je aku tengok kau. Dengan termengah-mengah lagi, hailaa.”

Macam aku tak tahu sebab dia mengejar aku... Ziqa dan aku adalah satu, apa yang dia minat, aku juga akan minat. Tapi bukan jenis copycat gitu, minat kami memang sama dari awal lagi dan itu sememangnya tak dapat nak disangkal.

“Ryshh... Airysha... kejap lagi kita singgah pekena spaghetti carbonara ngan Belgium dark chocolate moist cake dekat Secret’s Recipe. Tekak ni teringin pulak nak telan menda alah cenggitu.” Pinta Haziqa sambil membuat muka comel.

Alahai mak cik ni, punyalah aku ingatkan kes emergency apalah tadi sampai beria benar dok kejar aku yang dah jauh kedepan tinggalkan dia sorang-sorang dekat belakang. Rupanya cik Ziqa ni nak ajak aku pi makan spaghetti carbonara dengan Belgium dark chocolate moist cake dekat Secret’s Recipe  tu.

Terus sahaja aku menonong berlalu meninggalkan Ziqa, dan menuju ke arah kereta kesayanganku yang terparkir elok di ruang parkir kolej. Punat kunci pada remote kereta aku tekan, membuka kereta yang terkunci secara automatik dari dalam.

Nur Haziqa Naziha yang menyedari dirinya sekali lagi ditinggalkan di belakang, segera berlari anak mendapatkan aku yang baru menghidupkan enjin kereta. Pintu sebelah penumpang hadapan yang terbuka separuh menampakkan muka Ziqa yang tersengih seperti kerang busuk sebelum gadis itu melabuhkan duduk.


Oitt, sampai hati kau tinggalkan aku bercakap sorang-sorang macam orang tak betul dekat situ. Penat aku dok cot-cet, cot-cet dari tadi tau... dah laa kena kejar kau lagi, cik kak... cik kak...” Ziqa sambung bebel dalam kereta.


“Alahai mak cik Ziqa oii, kalau tunggu kau cakap... sampai esok pun belum tentu habis lagi kau tau, penat aku berdiri dekat tengah panas je.” Aku bidas balik.

Ziqa membuat muncung itik yang comel mendengar bicaraku. Bukan selalu dia hendak menunjukkan kecomelan bibir mungilnya itu, sesekali sengaja aku mengusik... biar dia menunjukkan betapa comelnya muncung yang dia buat.

Aloloo, comelnya muncung itik kau tu cik Ziqa... boleh buat sidai baju tu kalau aku tarik sikit lagi, lepas tu ikat dengan tali rafia. Perrghh, cantik siot... ahahahaa...” usikku lagi sebelum melambakkan tawa, membuatkan gadis di sebelahku bertambah cemberut.

“Talk to my hand...” Cik Nur Haziqa Naziha sudah menunjukkan tapak tangannya pada aku, yang bermakna dia tidak mahu bercakap dengan aku.


Maknanya? Maknanya, tak nak cakap sudah... so, mak cik ni takkan tanya pada aku ke mana aku nak bawak dia.


* sorry kalau ada kekurangan... enjoy reading... ^_^