Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Tuesday 4 February 2014

SRCP - Bab 6



BAB 6


Nissan Almera milik Nurin Airysha Athellia laju membelah jalan raya setelah selesai final examination bagi semester lima itu pada jam 12.30 tengah hari tadi. Panggilan telefon yang diterima dari mama Airysha membuatkan gadis itu ingin segera pulang ke kampungnya.

Mujur bagasi kecil yang berisi dua pasang baju kurung dan beberapa helai pakaian santai sudah disimpan dalam bonet kereta sejak petang semalam lagi. Beberapa buah novel yang baru dibeli dan juga yang dipinjam oleh sepupunya juga telah dimasukkan ke dalam bagasi kecil itu. Nasib muat, kalau tak sia-sia kena tadah telinga lagi.

Cuti semester selama tiga minggu sebolehnya tidak mahu disia-siakan begitu sahaja. Jika boleh, Airysha ingin meluangkan masa yang ada dengan membantu mamanya di restoran. Dan jika boleh, dia juga mahu menyambung menaip manuskrip yang telah lama tertangguh.


Sudah lama manuskrip SayangKu Vampire’s terperam dalam ‘stor’, tidak berjengah langsung dek kesibukan yang menggamit ketenanganku untuk menyambung manuskrip itu. Hanya sebuah cerpen cinta sahaja yang sempat disiapkan, itupun secara tidak langsung... berbekalkan idea yang tiba-tiba muncul, dan tangan  yang gatal hendak menaip.

Sampai sahaja di perkarangan Teratak Nurr Emeraa, aku dikejutkan dengan kawasan parkir yang dipenuhi beberapa buah kereta. Bukan hanya itu... sepupuku, Naqib Javdiy dan juga Damia Darwisya yang sepatutnya berada di Johor dan Amsterdam kerana menyambung pelajaran mereka turut berada di teratak itu.


Masuk sahaja ke dalam rumah, aku dikejutkan lagi dengan lima buah dulang hantaran yang berisi sirih junjung, kek coklat Secret’s Recipe, kain ela, coklat Cadbury, dan gubahan buah-buahan.

Nyaris pengsan dibuatnya bila terpandangkan dulang-dulang hantaran yang sudah siap digubah itu. Damia yang terlihat kelibatku dihadapan pintu rumah segera menggamitku agar bergerak ke arahnya. Bagasi yang masih lagi berada dalam bonet kereta telahpun diangkut ke dalam bilik oleh Naqib sebentar tadi.

Damia segera menyuruhku mandi dan bersiap-siap. Jarum jam tika itu mengunjuk ke angka 3.15 petang. Damia sempat berpesan kepadaku agar memakai baju yang telah diletakkan di atas katil. Kehadiran Camellia, rakan sekolahku yang kini menjadi jurusolek menambahkan lagi kehairanan dalam hatiku.

Selesai mandi dan siap mengenakan pakaian yang telah disediakan di atas katil, Camellia segera mendapatkanku. Barang mekap yang dibawanya segera diletakkan di atas meja solek. Mekap natural mula dikenakan pada wajahku... rimas pakai mekap tebal-tebal ni.


12 Februari 2014, 6.00 petang.


Tarikh yang menjadi tarikh keramat buat cik penulis Airysha Imaani, atau nama sebenarnya Nurin Airysha Athellia. Satu tarikh yang mana telah menyatukan dua hati yang tak saling mengenali dengan sebuah ikatan, satu tarikh yang mana menjadi sebuah kejutan buat diri Airysha sendiri.

Hari di mana cik penulis Airysha Imaani sah bergelar tunangan kepada seorang jejaka. Hari yang mana bakal menentukan corak dan gaya hidup Airysha sendiri, setelah bergelar tunangan orang dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat.

Majlis pertunangan yang diadakan secara ringkas itu dibuat di rumah keluarga Nurin Airysha Athellia di Batu Gajah Perdana, Perak. Best friend forever cik penulis iaitu Nurul Syamim Yusra dan juga Nur Haziqa Naziha telah diwajibkan hadir pada hari itu.

Gementar yang dia rasa, perlu dikongsikan dengan orang yang betul-betul rapat dengan dirinya. Peluh dingin mula membasahi wajah yang disolek tipis. Tangan yang menggenggam tangan Syamim dan Ziqa terasa dingin, sedingin ais batu di lautan Antartika. Betapa Airysha Athellia resah menantikan waktu cincin pertunangan disarung ke jari manisnya oleh bakal mertua.


Sebuah pandangan dihala ke wajah Syamim dan juga Ziqa. Pandangan yang sukar untuk ditafsir. Fikiranku yang sedang bercelaru bagaikan meminta semangat dari Syamim dan Ziqa, melalui pandangan itu... sebuah padangan yang penuh mengharap sebenarnya.


Kini, dia bukan hanya bergelar penulis muda yang sedang melakar nama, tetapi dia juga kini bergelar seorang tunang kepada seorang jejaka. Seorang jejaka yang sering ditemuinya tiap kali balik ke kampung, dan jejaka itu jugalah yang bakal menjadi imamnya kelak.

Tempoh pertunangan selama empat bulan bukanlah satu tempoh yang lama, pejam celik... pejam celik sahaja, tempoh empat bulan itu akan berlalu dengan pantas sekali.

Memikirkan hal itu... dadaku terasa nyilu, berdebar-debar tak menentu hingga jantung rasa bagai hendak tercabut dari tangkai dan terkeluar dari landasan. Melompat-lompat dan kemudian jatuh tergolek di atas lantai.



No comments:

Post a Comment