BAB 2
Tahun keduaku sebagai seorang penuntut di institusi
pengajian tinggi memerlukan aku banyak berkorban dan terpaksa memerah otak
dengan sedaya mungkin. Tahun kedua ini, untuk semester kelima sahaja aku perlu
menyiapkan proposal yang aku tak
pernah tahu bagaimana hendak menulisnya, dan subjek Biostatistics yang ada sedikit menekan kemampuan otakku untuk
berfikir dengan lancarnya.
“Airysha. Nurin Airysha Athellia, laju je kau menonong
erkk... aku panggil pun langsung kau tak toleh, penat kaki aku mengejar kau
dari tadi tau.” Bibir mungil itu berbicara laju kepadaku.
Itu dia, sahabat baikku merangkap class-mate dan juga teman serumah yang sentiasa menceriakan hariku,
Nur Haziqa Naziha. Gadis yang brutal,
tapi baik hati dan dia juga seperti aku... berangan untuk menjadi penulis, yang
mana menulis merupakan kerja waktu senggang dia, dan setiap coretannya akan masuk
terus ke laman blog.
“Ziqa... kenapa yang kau kejar aku ni, dah macam ada emergency je aku tengok kau. Dengan
termengah-mengah lagi, hailaa.”
Macam aku tak tahu sebab dia mengejar aku... Ziqa dan aku
adalah satu, apa yang dia minat, aku juga akan minat. Tapi bukan jenis copycat gitu, minat kami memang sama
dari awal lagi dan itu sememangnya tak
dapat nak disangkal.
“Ryshh... Airysha... kejap lagi kita singgah pekena spaghetti carbonara ngan Belgium dark
chocolate moist cake dekat Secret’s
Recipe. Tekak ni teringin pulak nak telan menda alah cenggitu.” Pinta
Haziqa sambil membuat muka comel.
Alahai mak cik ni, punyalah aku ingatkan kes emergency apalah tadi sampai beria benar
dok kejar aku yang dah jauh kedepan
tinggalkan dia sorang-sorang dekat belakang. Rupanya cik Ziqa ni nak ajak aku pi makan spaghetti carbonara dengan Belgium
dark chocolate moist cake dekat Secret’s
Recipe tu.
Terus sahaja aku menonong berlalu meninggalkan Ziqa, dan
menuju ke arah kereta kesayanganku yang terparkir elok di ruang parkir kolej.
Punat kunci pada remote kereta aku
tekan, membuka kereta yang terkunci secara automatik
dari dalam.
Nur Haziqa Naziha yang menyedari dirinya sekali lagi
ditinggalkan di belakang, segera berlari anak mendapatkan aku yang baru
menghidupkan enjin kereta. Pintu sebelah penumpang hadapan yang terbuka separuh
menampakkan muka Ziqa yang tersengih seperti kerang busuk sebelum gadis itu
melabuhkan duduk.
“Oitt, sampai
hati kau tinggalkan aku bercakap sorang-sorang macam orang tak betul dekat situ. Penat aku dok
cot-cet, cot-cet dari tadi tau...
dah laa kena kejar kau lagi, cik kak... cik kak...” Ziqa sambung bebel dalam
kereta.
“Alahai mak cik Ziqa oii,
kalau tunggu kau cakap... sampai esok pun belum tentu habis lagi kau tau, penat aku berdiri dekat tengah
panas je.” Aku bidas balik.
Ziqa membuat muncung itik yang comel mendengar bicaraku.
Bukan selalu dia hendak menunjukkan kecomelan bibir mungilnya itu, sesekali
sengaja aku mengusik... biar dia menunjukkan betapa comelnya muncung yang dia
buat.
“Aloloo,
comelnya muncung itik kau tu cik Ziqa... boleh buat sidai baju tu kalau aku
tarik sikit lagi, lepas tu ikat dengan tali rafia. Perrghh, cantik siot...
ahahahaa...” usikku lagi sebelum melambakkan tawa, membuatkan gadis di
sebelahku bertambah cemberut.
“Talk to my hand...” Cik Nur Haziqa Naziha sudah
menunjukkan tapak tangannya pada aku, yang bermakna dia tidak mahu bercakap
dengan aku.
Maknanya? Maknanya, tak
nak cakap sudah... so, mak cik ni
takkan tanya pada aku ke mana aku nak bawak dia.
* sorry kalau ada kekurangan... enjoy reading... ^_^
No comments:
Post a Comment