BAB 5
27
Januari 2014, 6.30pm
The Coffee Bean @ The Curve menjadi saksi dengan
termetrainya ikatan perjanjian kerja sebagai seorang penulis. Sungguh aku tidak
menyangka yang aku akan dilamar menjadi penulis dibawah naungan syarikat
penerbitan yang sudah lama mencanak naik.
Akhirnya impian aku untuk menjadi seorang penulis selama
ini tercapai jua akhirnya, menjadi penulis dalam usia 20 tahun bukanlah satu
halangan buat aku. Kerana semuanya hadir dari minat yang sangat mendalam
terhadap bidang penulisan.
“Airysha... akak sangat berminat untuk jalinkan hubungan
kerja dengan Airysha berdasarkan penilaian akak terhadap hasil coretan tangan
awak. Mengikut apa yang akak dan juga rakan sekerja akak observed, Rysha ada bakat besar dalam bidang penulisan ni dan kalau
boleh pihak akak nak tolong asah bakat yang ada pada Rysha.” Terang Marsya
Nurina, editor syarikat penerbitan itu.
“Ya saya. Sebelum tu boleh saya tau dari mana akak dapat
tau tentang karya picisan saya, sebab saya ni jenis yang jarang nak post teaser dekat laman Facebook. Kalau soal mengasah bakat yang
terpendam dan terperam tu, saya sebenarnya dah lama nak ada mentor sendiri... mentor yang akan dapat membimbing saya untuk terus maju dalam
bidang penulisan ni.”
“Dan disebabkan seni penulisan ni dah sebati dengan diri
saya, jadi saya berharap akan ada orang yang menyukai karya picisan saya
walaupun tak sama dengan karya penulis lain yang dah banyak terbitkan novel
sendiri macam Hezzy Azra, Haiza Najwa, Anabell dan Umie Nadzimah.”
Setiap ayat yang aku ucapkan, aku rangka dengan sebaik
mungkin agar tiada cacat cela pada pendengaran cik editor itu. Perbualan
dimulakan bagi mengelakkan rasa kekok yang mungkin datang bertandang, kemudian
barulah perbincangan soal jalinan kerja dibuka.
Aku setia mendengar penerangan demi penerangan yang
disampaikan oleh cik editor yang memperkenalkan dirinya sebagai Marsya Nurina,
atau berdasarkan nama Facebooknya,
Misz Novellas.
Ibu saudaraku yang juga merupakan seorang pensyarah, yang
telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penjagaku sepanjang aku melanjutkan
pelajaran di ibu kota ini turut ada bersama sewaktu perbincangan dijalankan.
Semua langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan yang aku tidak ditipu
atau dipergunakan oleh mana-mana pihak.
‘Aku perlu rebut peluang yang ada. Lagipun mana ada
peluang yang akan datang bergolek tanpa ada usaha, melainkan kalau kita anak
pemerintah. Tapi itu pun tak mungkin dapat menembusi logik akal... peluang dah
ada depan mata sekarang ni, mustahil aku nak menolak. Sama macam menolak rezeki
dan tuah namanya tu...’ bicaraku dalam hati.
“Kalau semua ni takkan mengganggu pelajaran Airysha, saya
benarkan. Tapi saya masih akan pantau setiap apa yang Airysha buat, yang
berkait dengan kerja yang syarikat cik serahkan kepada dia.”
Tegas sungguh kenyataan dari ibu saudara berpangkat
pensyarah yang punya kelulusan Doctor of
Philosophy (PhD) ini, bagai ingin menjerut leherku sahaja bila
mendengarnya.
“Terima kasih puan atas kerjasama yang puan dan Airysha
dah berikan kepada pihak kami. Saya akan pastikan tak ada projek yang akan
terlampau mengganggu tumpuan Airysha dalam pelajaran dia, itu janji saya dengan
puan.” Balas Cik Marsya Nurina sopan.
Aku, Nurin Airysha Athellia, hanya menjadi pendengar
setia untuk perbualan antara kedua orang yang sedang berada di kiri dan juga
hadapanku ini.
Rasa gembira dan syukur aku luahkan melalui sinar mata
kepada kak Marsya, bagai ingin melompat gembira tika dan saat itu juga. Tapi adab dan tatasusila harus dijaga di
tempat awam sebegitu, dan aku masih kontrol ayu... nak elak dari memalukan diri
sendiri di kawasan awam begini.
Balik sahaja dari appointment
yang telah berjalan dengan lancarnya itu terus aku serbu ke arah laptop yang
tergeletak elok diatas meja study
yang ada dalam bilikku. Laptop dihidupkan dan jariku segera mencari fail yang
memuatkan hasil tulisanku yang masih belum siap sepenuhnya itu.
Fail di skrin laptop yang sudah sedia dibuka, dibelek
seketika. Berkerut-kerut ruang dahiku... memikirkan tindakan apa yang akan
dilakukan oleh Faid nanti.
No comments:
Post a Comment