BAB 3
Peperiksaan akhir untuk semester lima bakal berlangsung
dalam masa dua minggu lagi, dan seharusnya segala tugasan, assignment, proposal dan slide
presentation sudah siap menjelang awal minggu hadapan. Tetapi kini, aku
bahkan duduk bersenang-lenang dihadapan laptop sambil jari jemari rancak menari
diatas papan kekunci... melakarkan kisah demi kisah di atas helaian kertas maya
yang tidak dapat disentuh.
Nur Haziqa Naziha pasti sudah tergolek diatas katil,
melakukan hal yang sama seperti apa yang aku lakukan sekarang ini. Malam yang
masih muda bahkan menggalakkan aku untuk terus menaip, mengekspresikan segala
idea yang muncul.
Penuh pengharapan untuk setiap idea dan watak yang ada
itu dapat dihidupkan dalam sebuah picisan yang tak seberapa, tetapi dapat
memberi makna, pengajaran dan impak yang bagus buat pembaca.
Kali ini, cerita yang bakal kutulis dan kulakarkan dalam
helaian kertas maya bakal mengungkap kisah seorang gadis yang tersepit diantara
dua jejaka. Terjerat dalam permainan hati yang langsung tak terduga, tertipu
dengan keindahan kata-kata manis yang selalu menghiasi ruang hidupnya.
Kisah antara Airysha Kirana, Fazirul Amsyar dan juga Faid
Haris. Kisah cinta yang tak kesampaian, kisah cinta yang penuh halangan, dan
kisah cinta yang berakhir begitu tanpa Fazirul Amsyar mahupun Faid Haris bisa
memiliki hati Airysha Kirana.
Akhirnya, penat jari-jemari menaip dan mengarang cerita
yang entah bagaimana pengakhirannya, aku terbaring diatas katil... melepaskan
lelah dan mengucap syukur walaupun picisan ini belum siap sepenuhnya.
Ruang bilik Haziqa Naziha yang kelihatan terang melalui
celahan daun pintu yang sedikit terbuka bagaikan menarik aku untuk melihat.
Pintu kamar ku ketuk sebelum membuka sedikit luas bagi membenarkan aku melihat
ke dalam.
Ziqa yang meniarap sambil memandang skrin pemuka laptop,
membuang pandang ke arahku sebelum tersenyum sungging. Aku labuhkan duduk di
birai katil, membalas kembali pandangannya yang tidak dapat untuk ditafsirkan
tika itu.
“Rysha... kau, rajin tak? Esok cutikan, jadi...”
“Jadi, jom kita masak... tetiba pulak aku lapar tahap tak
ketahuan, sejuk-sejuk macam ni cepat je
laa perut aku mintak diisi.”, segera aku pintas percakapan Ziqa.
Lapar yang dirasakan tadi sudah beraja hingga membuatkan
aku terasa seperti ada rama-rama yang sedang menari riang dalam perutku saat
itu. Tidak menunggu lama, terus aku tarik tangan Ziqa yang sedia berada
disisiku.
Mengheret gadis itu ke dapur bersamaku, walhal cuma masak
maggie je dan jugak dua muk hot chocolate kesukaan aku dan Ziqa.
Hahahaa, terkejut gadis itu kerana ditarik secara tiba-tiba oleh sahabatnya
yang seorang ini.
No comments:
Post a Comment