Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Friday, 31 January 2014

SRCP - Bab 4






BAB 4


Asap rokok yang berkepul-kepul di ruang udara begitu menyesakkan dada Nurin Airysha Athellia, Nur Haziqa Naziha yang berada di sebelah turut merasakan hal yang sama.

Sungguh, kalau mereka diberi kuasa untuk menghapuskan segala kilang rokok dan tembakau yang ada, sudah lama mereka berdua memusnahkannya.

Niat dihati ingin singgah di gerai yang menjual popia basah di tepi jalan itu akhirnya hanya tinggal niat, bau asap rokok yang masih kuat membuatkan Airysha hampir hilang pertimbangan.

Ziqa yang sudah tidak tahan dengan bau rokok yang semakin kuat dan menyedari perubahan pada wajah gadis itu, segera menarik Airysha ke arah bertentangan... menjauhi ruangan yang dicemari asap rokok, dan menjauhi mamat-mamat kutu rayau yang enak melepak di kaki lima jalan itu.

“Apesal kau tarik aku Ziqa? Ishh, pantang sungguh aku kalau hidu bau asap rokok dekat tepi jalan cenggini. Semak mata, dan mencemar ruang udara je... tak pepasal ramai yang dapat lung cancer.” Ujarku dalam amarah yang membara.

Haziqa Naziha sudah tahu, sahabatnya yang seorang ini kalau sudah marah sebab sesuatu benda yang dia tidak suka... keadaan sekeliling pun boleh jadi haru-biru. Si vampire Edward Cullen pun boleh kalah, kalau Nurin Airysha Athellia sudah berubah personaliti. Tapi persoalannya, cik Nurin Airysha Athellia ni ada masalah split personality  ke?

Segala persoalan pasti sedang bermain di benak semua orang, tapi inilah cik penulis yang sangat misteri. Penulis senyap yang tak pernah memaparkan kisah-kisah yang ditulisnya kepada umum dalam bentuk naskhah, dan hanya memuat naik entri demi entri tiap coretan tangannya ke dalam blog secara berkala.



“OIHH mak cik... yang awak tak tidur lagi ni kenapa, nak Ziqa suruh abang finance yang handsome kat tempat keje Ziqa tu tolong dodoikan ke...?? Ahahaaa...”, tiba-tiba wajah Ziqa terjengul dari balik pintu sambil membebel pendek sebelum ketawa galak.

“Orang tengah dok berfikir laa awak, hailaa... susah betul laa kalau dah tersepit antara dua perkara, dua orang, dua hati, dan dua jawapan. Nenek tau tak, kita tengah tersepit sekarang ni...”, ujarku dalam nada lemah.

‘Ekk... macam banyak dan besar je masalah nenek sorang ni. Ya Allah, Kau kuatkanlah sahabatku ini untuk menghadapi semua masalahnya dengan tenang Ya Rabb...’ doa Ziqa dalam hati sambil mata tak lepas memandang Airysha yang elok terlentang memerhati siling bilik.

Ziqa menolak pintu bilik hingga separuh terbuka, lalu dia menapak memasuki ruang kamar Airysha Kirana, sahabat baiknya itu.

Perlahan Ziqa meletak punggung di birai katil, sebelum dia merebahkan tubuh di sebelahku. Katil queen size, memang laa muat untuk aku dan Ziqa yang kurus tu.

Babe, kalau awak ada masalah... cerita laa dengan Ziqa, mana laa tau Ziqa boleh tolong ke. Paling tidak pun kita boleh bagi nasihat free kat awak, tak payah bayar apa pun.”, ujar Ziqa sebelum berkalih menghadapku.

“Mak cik, esoklah kita fikir... tidur lagi bagus, esok nak pergi kerja lagi. Nanti terbabas lak, tak pasal-pasal dapat ‘surat cinta’... ahahaa.” Balasku cuba menutup kegalauan di hati.

***

“ABANG... abang... abang, Rysha... Rysha cintakan abang, Rysha sayangkan abang. Abang tolong, tolong jangan tinggalkan Rysha abang. Abang... abang, jangan tinggalkan Rysha bang... Rysha perlukan abang.”

Ziqa yang terasa tubuhnya bagai dipeluk dan terdengar sipi-sipi bunyi esak tangis suara perempuan, mula tersedar dari tidurnya, terasa seram juga... tetapi apabila dia sedar yang sedang menangis teresak-esak itu adalah Airysha, rasa gerunnya hilang. Dan diganti dengan rasa bimbang, kerana gadis itu tidak pernah mengigau sehingga begitu sekali sebelum ini.

“Nenek... wei nenek, bangunlah. Rysha... AIRYSHA KIRANAA, woi nenekk... bila masa pulak Ziqa jadi abang awak ni,” Ziqa Hazirra sudah mula gelabah sambil garu kepala.

‘Apa aku nak buat ni, Ya Allah... nenek, awak janganlah buat kita risau cenggini...’ Ziqa bermonolog dalam hati.

Hampir 15 minit Ziqa Hazirra cuba menenangkan Airysha Kirana, dan akhirnya dia terlelap kembali.


Subuh itu, hampir sahaja aku dan Ziqa terbabas. Entah macam mana, kami pun tak tahu... tapi yang pasti, waktu sarapan Ziqa mula menyoalku sedikit pelik.

“Nenek... cemana awak boleh ngigau malam tadi...?? Siap peluk kita bagai, lepas tu dok nangis sambil cakap ‘Abang... abang... abang, Rysha... Rysha cintakan abang, Rysha sayangkan abang. Abang tolong, tolong jangan tinggalkan Rysha abang. Abang... abang, jangan tinggalkan Rysha bang... Rysha perlukan abang.’...”, soal Ziqa sebelum tersengih nakal.

Erkk, aku mimpi apa ekk malam tadi...?? Mak ai, dahsyat betul mimpi aku sampai siap nangis-nangis lagi... hurmm, fikir Rysha... fikir...’ Airysha terdiam sambil bermonolog dalam hati.

“Hahh, ingat dah. Kita mimpi kita kena tinggal dengan orang yang kita sayang laa nenek, mungkin sebab tu kot kita menangis betul-betul... ingatkan menangis dalam mimpi je, ahahahaa...”, ujarku setelah berjeda untuk tempoh beberapa minit.

“Mak cik, cepatlah... kita dah lambat nak gerak pi office ni. Karang jammed pulak jalan, bukan awak tak tau pepagi cenggini.” Sambung Ziqa membantutkan angan.



* Hope enjoy reading... jangan lupa tinggalkan komen anda lepas baca... peace...

No comments:

Post a Comment