Cinta dan penulisan tidak dapat dipisahkan, Terpisah cinta dari penulisan... kakulah duniaku, layulah hari2ku
Friday, 24 January 2014
mini novella - SRCP teaser
“Airysha. Nurin Airysha Athellia, laju je kau menonong erkk... aku panggil pun langsung kau tak toleh, penat kaki aku mengejar kau dari tadi tau.” Bibir mungil itu berbicara laju kepadaku.
Itu dia, sahabat baikku merangkap class-mate dan juga teman serumah yang sentiasa menceriakan hariku, Nur Haziqa Naziha. Gadis yang brutal, tapi baik hati dan dia juga seperti aku... berangan untuk menjadi penulis, yang mana menulis merupakan kerja waktu senggang dia, dan setiap coretannya akan masuk terus ke laman blog.
“Ziqa... kenapa yang kau kejar aku ni, dah macam ada emergency je aku tengok kau. Dengan termengah-mengah lagi, hailaa.”
Macam aku tak tahu sebab dia mengejar aku... Ziqa dan aku adalah satu, apa yang dia minat, aku juga akan minat. Tapi bukan jenis copycat gitu, minat kami memang sama dari awal lagi dan itu sememangnya tak dapat nak disangkal.
“Ryshh... Airysha... kejap lagi kita singgah pekena spaghetti carbonara ngan Belgium dark chocolate moist cake dekat Secret’s Recipe. Tekak ni teringin pulak nak telan menda alah cenggitu.” Pinta Haziqa sambil membuat muka comel.
Alahai mak cik ni, punyalah aku ingatkan kes emergency apalah tadi sampai beria benar dok kejar aku yang dah jauh kedepan tinggalkan dia sorang-sorang dekat belakang. Rupanya cik Ziqa ni nak ajak aku pi makan Spaghetti carbonara dengan Belgium dark chocolate moist cake dekat Secret’s Recipe tu.
Terus sahaja aku menonong berlalu meninggalkan Ziqa, dan menuju ke arah kereta kesayanganku yang terparkir elok di ruang parkir kolej. Punat kunci pada remote kereta aku tekan, membuka kereta yang terkunci secara automatik dari dalam.
Nur Haziqa Naziha yang menyedari dirinya sekali lagi ditinggalkan di belakang, segera berlari anak mendapatkan aku yang baru menghidupkan enjin kereta. Pintu sebelah penumpang hadapan yang terbuka separuh menampakkan muka Ziqa yang tersengih seperti kerang busuk sebelum gadis itu melabuhkan duduk.
Labels:
E-novel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment