BAB 1
Penulis? Memang itu impianku, sejak enam tahun yang lepas
aku sudah menyimpan angan untuk menjadi seorang penulis yang berjaya dalam usia
muda dan mampu memberikan hasil penulisan yang terbaik untuk pembaca. Kenapa?
Kerana aku suka, aku selesa mencoretkan segala picisan idea yang aku punya menjadi
sebuah karya yang mampu memberi pengajaran bawah sedar buat pembaca.
Ini ceritaku... kisah hidupku yang tiada siapapun tahu,
dan aku... menunggu masa yang sesuai untuk mengungkapkannya.
Nurin Airysha Athellia. Aku. Ya itu aku, nama belakangku
nampak pelik sedikit, tapi cantikkan? Aku, Nurin Airysha Athellia, masih muda
lagi dan masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di kota. Kota apa?
Kota metropolitan yang gah pada nama,
Kuala Lumpur.
Aku merupakan anak kedua kepada pasangan Encik Kamarul Afzan
dan juga Puan Rasyiqah, anak kesayangan kepada papa dan mama yang sangat
menyayangi diri ini.
Macam mana boleh jadi anak kedua? Siapa pulak abang atau
kakak si Airysha ni? Kenapa tak disebut pun pada awal cerita ni, dekat atas
tadi? Haa, mesti ramai yang tertanya-tanya kan pasal apa si Nurin Airysha
Athellia ni boleh jadi anak kedua secara tiba-tiba.
Okay. Khaliq Adhwa, anak sulung kepada Encik
Kamarul Afzan dan Puan Rasyiqah, dan merupakan abang kepada Nurin Airysha
Athellia, iaitu aku. Nampak tak betapa handsomenya
abang kesayanganku itu, ahahaa.
Khaliq Adhwa kini sedang melanjutkan pengajiannya dalam
bidang Engineering untuk tahap Master di Universiti Teknologi Petronas, berbeda dengan adiknya yang mengambil
bidang yang lain dari skop pengajian yang telah ahli keluarga mereka capai.
Khaliq Adhwa ni sebenarnya umur dia berapa puluh tahun?
Hahaa, mesti ramai yang tak percaya kalau mamat metrosexual ni umurnya dah 26 tahun.
Muka macho yang sedikit babyface membuatkan dia kelihatan
sedikit muda dari usia, dan ditambah pula dengan pengajian peringkat Master
yang disambungnya kini.
Berbalik kepada kisah aku yang mana sedikit misteri dan
juga rumit sebagai seorang pelajar, seorang anak, dan juga sebagai seorang
penulis muda yang baru hendak mencipta nama dalam dunia penulisan seni tanah
air.
Keinginanku sendiri untuk menyambung pelajaran di kota
besar ini, bukan atas desakan sesiapa. Tahun ini sudah tahun kedua aku
menyambung pengajianku dalam bidang Pengurusan Kesihatan yang baru beberapa
tahun diperkenalkan di Malaysia, dan tahun ini umurku bakal mencecah 20 tahun.
Sejak enam tahun yang lalu, aku mencoretkan kisah demi
kisah di atas lembaran kertas dan kemudiannya aku pindahkan menjadi softcopy untuk kesenanganku sendiri. Kisah
demi kisah, cerita demi cerita yang aku tulis, dan akhirnya hidupku juga sudah
jadi seperti dalam novel.
Haiqarl Rifqan. Entah bagaimana, dia muncul dalam
hidupku... menjadikan dia sebagai penemanku, penyelamatku dan... siapakah dia
di hatiku?
Segalanya menjadi tanda tanya dengan kemunculan Haiqarl
Rifqan yang kadang mampu membuatkan seluruh hidupku jadi celaru. Pelajaran yang
dulunya bagi aku sangat menarik minat, kini sudah jadi sangat membosankan dan
sudah tidak menarik minat aku lagi.
Wajarkah untuk aku menyalahkan hukum takdir? Atau,
wajarkah aku menyalahkan dirinya atas kehadiran dia yang langsung tak kuduga
dalam hidup ini? Sungguh, aku tiada jawapan untuk semua itu... hanya DIA yang
tahu segalanya, dan pasti ada sebab serta hikmah mengapa DIA menghendakkan
begini.
No comments:
Post a Comment