Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Tuesday, 24 December 2013

CERPEN - SEINDAH LAGU CINTA






     “KEA... RUQYA INARA, how many times must I told you that you can’t be alone, never.” Tegas butir kata Tan Sri Arfa Imran.

Mana tidaknya, Ruqya Inaralah satu-satunya permata yang dia punya sejak kehilangan isteri tercinta sejak hampir 11 tahun yang lalu. Sebuah kehilangan tanpa dapat dikesan, bahkan dia turut kehilangan dua anak kembarnya yang sedang dikandung mama Kea tika itu.

Kea bukan sengaja hendak duduk berseorangan, tetapi... dia mencari peluang itu untuk duduk bersendirian agar tiada siapa yang tahu keinginannya... menjadi pencipta lagu dan penyanyi yang hebat.


Bilakah, kita kan bersama...
Mendatangi, hari indah berdua,
Bersamamu, ku rasa bahagia,
Tak mampu ku menangis,
Tlah kuat ku bertahan...

Bilakah kita, kan merasa bahagia,
Menjalani hidup, dalam putaran waktu,
Yang, kuyakini...
Kan pasti mencuit indah rasa,
Hatiku... Hatimu...

Izinkan aku, memanggil namamu,
Benarkan aku, mengusik hatimu,
Sepertimana kau membelai jiwaku...
Huu... huu... hu... ooohh...

Sungguh aku inginkan mu,
Sungguh aku rindukan mu,
Dalam setiap hela nafasku...
Hanya ada kamu...

Di hatiku...
Di jiwaku...
Dalam setiap denyut nadiku...

Huu… huu... oohhh…

Sungguh aku ingin kamu,
Sungguh aku rindu kamu,
Dalam setiap hela nafasku...
Hanya ada kamu...

Di hatiku...
Di jiwaku...
Dalam tiap denyut nadiku,
Hanya ada kamu,
Kamu... Cinta hatiku...
Huu… huu... oohhh…

Cinta Hatiku ~ IR Kiaraa


Satu-satunya lagu yang mampu Kea coretkan di atas sehelai kertas tanpa perlu not dan kod bagai, lagu yang terhasil dari keindahan angin selembut bayu itu... membuai Kea hingga siapnya sebuah lagu yang mungkin simple, tapi indah...


BILA MANA Kea dalam dunianya sendiri, Syaf Bahran pula sedang terawang-awang dalam khayalannya... bermimpikan gadis hebat yang lembut dalam tegasnya, dan unik dalam senyapnya.

Syaf Bahran, kata-katanya kadangkala tajam bak bilah pedang, namun dia kuat dan kelihatan bergemerlapan... bersinar penuh cahaya saat berusaha menyelamatkan orang lain. Syaf dan juga angannya, tiada siapa yang tahu.


Pagi itu, entah apa mimpi Kea sehinggakan dia membawa bersama gitar kesayangannya ke dewan kuliah. Sahabat baiknya juga terkejut dengan tindakan Kea yang kadang tidak dapat hendak diduga.

“Kea, you okay ke tak ni...?? Apesal hari ni tiba-tiba you bawak gitar kesayangan you ni masuk dewan kuliah...?? Hey, girl...”, tegur Melinda Afwa.

“Erkk, of course I’m okay... saja I nak bawak ‘baby’ kesayangan I ni masuk kampus, tak boleh ke...?? Mana tau, kot-kot nanti dapat idea ke.” Balas Ruqya Inara selamba, sambil kaki melangkah anak tangga ke tempat duduknya.

Sampai saja di mejanya, Kea terus mengeluarkan buku nota dan juga not lagu yang digubahnya beberapa hari lepas.

Mel yang duduk di sebelah Kea memandang bagai tidak percaya, ‘Kea bawak sekali not lagu yang dia gubah...?? Aiyaarkk, aneh...’ sambil Mel bermonolog dalam hati.


“INARA... Inara, you dah lama sampai...?? You dah breakfast ke belum ni, kalau belum I belikan breakfast untuk you ya.” Terjah Raffiq Hayden apabila melihat kelibat Ruqya Inara di tempat duduknya.

Ooh my, I’m gonna be nuts like this...’ monolog Kea dalam hati, sambil mata memberi isyarat meminta pertolongan dari Melinda di sebelah.

“Oohh, hai Raffiq... ooh, Kea dah breakfast tadi dekat rumah... mummy dia masakkan spaghetti carbonara lebih, so dia tapau untuk I sekali...”, balas Mel, mencipta alasan buat Raffiq Hayden.

‘Thanks Mel... Thank you so much, I owe you a treat...’ balas Kea dari pandangan matanya pada Melinda.

Mencuka wajah Raffiq Hayden mendengarkan bukan Ruqya Inara yang membalas, dan dari sinar wajahnya... kelihatan dia begitu hampa kerana Kea menolak hajatnya untuk membelikan sarapan buat gadis itu.


Kea sendiri tidak tahu apa yang dia tidak suka dengan si Raffiq Hayden itu, bukan tidak macho orangnya... bahkan boleh dikatakan handsome seperti King Adrian Benjamin dalam cerita Playboy Itu Suami Aku.

Raffiq Hayden, mungkinkah kerana perwatakannya yang menyerupai King... playboy yang sentiasa dikelilingi oleh gadis-gadis cantik di universiti itu...

Tapi Raffiq tanpa segan silu mengejar Ruqya Inara, bagai ada sesuatu tentang gadis itu yang menarik minatnya. Raffiq Hayden bagaikan terpukau saat pertama kali melihat Kea dahulu.

“Inara, I tau yang I ni playboy... dan mungkin tak layak buat diri you, but I want you to know one thing... I want you to know that I really like you, I really love you.” Ucap Raffiq di hadapan Kea sambil dilihat beberapa pelajar dan pensyarah yang lalu lalang.

“Raffiq, I need you to know one thing... and the thing is I can’t accept you, I can’t love you and I won’t love you... sebab hati I bukan untuk you.” Kea membalas tegas, lantas berpaling untuk pergi dari situ.


“HEYY... Kea, are you okay...?? Your face look trouble, and sombre... what is it, you boleh cerita dekat I kalau itu membuatkan you rasa lebih tenang...”, ucap Melinda Afwa sambil menggosok perlahan bahu Ruqya Inara.

“I feel lost... I feel like missing, bukan rindu... tapi hilang, hilang dalam tengah-tengah lautan manusia. I pun tak tahu kenapa Mel, tapi I dapat rasakan perasaan ni sejak lagu baru yang I gubah tu siap... in a one single day.” Kea membalas hambar pertanyaan Melinda yang baru meletak punggung di sebelahnya.


Pandangan dilempar jauh ke tengah taman, nafasnya dihela perlahan. Berat sungguh apa yang dirasakan Kea ketika ini, tetapi dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Tiba-tiba terasa bagai ada hembusan angin yang menyapa lembut di pipinya, bagaikan ada seseorang yang berbisik sesuatu kepada dia. Tetapi, itu semua bagai hanya khayalan Ruqya Inara.

Be strong girl, sebab saya akan selalu ada untuk awak... selamanya...’

Si dia... ya, memang benar si dia yang datang menyapa sebentar tadi... Kea yakin, ‘dia’ yang datang lalu menyapa lembut sambil membisikkan kata semangat kepada gadis itu.

“MEL... you jangan gelak tau bila dengar apa yang I nak cakap dekat you ni, be serious okay.”, ujar Ruqya Inara kepada Melinda Afwa.

Mata Ruqya Inara masih merenung tajam ke arah Melinda Afwa, gadis di sebelahnya itu... berharap agar sahabatnya itu faham akan situasi dirinya saat itu.

“Err, kenapa pulak I nak gelak dengar apa yang you nak cakap...?? Is it funny or freaky...?? Okay... okay, I’m serious, cakap laa...”, balas Mel setelah tawanya reda memikirkan apa yang bakal diberitahu oleh Kea kepadanya.

“Mel, I dah tau... it’s not funny nor freaky to me, tapi I dah tau kenapa I rasa apa yang I rasa selama ni...”, Kea menjawab penuh rahsia.

Nada suara Ruqya Inara yang mulai perlahan sedikit demi sedikit itu dipandang aneh, dan dalam diam... Melinda mulai berasa seram sejuk. Takut dia melihat sahabatnya yang satu itu.

“Err... Ke... Kea... you, okay tak ni...?? Nada suara you tu buat I rasa seram laa, you jangan laa mainkan I Kea...”, rayu Melinda dalam nada suara yang tersekat-sekat.

“It’s him Mel, it’s him... suara dia yang bagaikan angin yang datang menyapa lembut pipi I tadi, suara seorang lelaki Mel...”, ujar Ruqya Inara hampir separuh berbisik.

Terpisat-pisat Melinda Afwa yang mendengarnya. Tiba-tiba sahaja gadis comel molek yang duduk di sebelahnya itu berkata begitu, menambah seram pada diri Melinda sendiri.


RAFFIQ HAYDEN yang berada tidak jauh dari tempat Kea dan Melinda berada mendengar semuanya. Baru sahaja Raffiq mengatur langkah mendekati Kea, dia terkejut sendiri apabila terdengar bicara gadis kesukaannya itu pada Melinda Afwa.


Di suatu tempat yang lain, tidak jauh dari universiti yang mana Ruqya Inara menyambung pelajarannya, Syaf Bahran terpisat-pisat sendiri.

Syaf sendiri berasa aneh dengan apa yang dia alami sebentar tadi. Dia bermimpi bertemu gadis yang tidak dikenalinya, tapi dia juga nyata senang dengan pertemuan itu.

“Hey sweety, i hope to meet you soon... entah kenapa, tapi aku senang dan tenang tengok wajah kau yang bersih, yang polos tu...”, ucap Syaf Bahran dalam sedar setelah rasa kantuk hilang.

Alarm di meja sisi katil dijeling sekilas, lantas Syaf segera menepuk kuat dahinya. Ya, dia lupa... lupa bahawa dia perlu menghadiri kelas di UITM Shah Alam, untuk mengajarkan subjek Human Resources Management tengah hari nanti.


“Ruqya... tengah hari nanti lepas lunch kita ada kelas Human Resources dengan pensyarah baru, dia akan gantikan sementara tempat Prof. Alinah yang cuti bersalin...”, kata Raihanna Jannattul sebelum berlalu pergi.

“Thanks...”, balas gadis itu lemah. Ruqya Inara masih memikirkan ‘si dia’ yang tiba-tiba hadir menyapa bagai angin bayu yang menghembus lembut.

Bunyi notifikasi yang nyaring dari handphone Kea segera menyentak lamunan gadis itu... Hadiff Khairi menghantar pesanan WhatsApp kepadanya.

Ruqya, nearly 2pm and you should be in the class before he arrived here soon. Encik Bahran tu punctual, so... you jangan lambat masuk kelas pulak .’ Pesan Hadiff Khairi ringkas melalui pesanan WhatsApp.


SYAF BAHRAN tahu bahawa dia sudah hampir terlewat sampai ke kelas, memandangkan ruang parkir yang terdekat penuh... lelaki itu terpaksa memarkirkan keretanya agak jauh sedikit dari fakulti Pengurusan Sumber Manusia.

Ruqya Inara yang sedar bahawa dia sudah lambat untuk berada dalam kelas Sumber Manusia mula mengatur langkah kaki dengan laju, tanpa sempat dia sedar... tiba-tiba badannya berlanggar dengan sesuatu yang keras dan tegap.

“Ouchh, aduuhh... ma... maaf encik, saya tak sengaja. Fail encik...”, Kea mengaduh perlahan apabila terasa kepalanya terhantuk dengan seseorang. Cepat dia meminta maaf sebelum memberikan kembali fail yang terjatuh akibat perlanggaran tadi.

“Auch... tak... tak apa, saya yang salah sebenarnya. Jalan tak pandang ke depan, kaki pun nak melangkah cepat je. Terima kasih, cik...”, balas Syaf ingin membetulkan silapnya.

Pertembungan pertama dengan entah siapa-siapa lelaki itu membuatkan jantung Kea tak reti berehat.

Baru sahaja Syaf Bahran ingin berterima kasih kepada Ruqya Inara, tetapi gadis itu sudah hilang dari pandangan matanya. Terus dia melangkah laju ke dewan kuliah.


Debar yang sama saat dia membisikkan kata semangat kepada gadis dalam mimpinya itu datang bertandang lagi, dan kali ini debar yang Syaf Bahran rasakan semakin kuat dan jelas.

Bagaikan gadis dalam mimpinya itu sedang berada berdekatannya, kesakitan di dagu akibat terhantuk dengan gadis di hadapannya itu membuatkan dia lupa pada sang kekasih yang hadir dalam mimpi.

Saat matanya meliar memerhatikan para pelajar di dalam kelas itu, bola matanya sempat menagkap figura gadis yang dilanggarnya sebentar tadi. Pandangan matanya menikam tepat ke dalam anak mata Kea, sesaat... dua saat... tiga saat... dada mereka bergetar hebat, mengocak segala rassa yang baru muncul.


“SEE YOU after class Miss Ruqya Inara, as i have a few words to be talk with you...”, ujar Syaf Bahran kepada Kea sejurus sebelum kelas terakhir tamat.

Melinda yang mendengar jadi hairan sendiri, apatah lagi setelah melihat wajah terkejut Ruqya Inara... nampak sangat minah ni blurr dengan apa yang lecturer handsome tu cakap.

“Kea... oii Kea... you dengar tak apa yang Encik Bahran cakap kat you tadi...?? Dia nak jumpa you kat office, right after this class end.” Ujar Melinda Afwa setelah Kea sedar dari angannya.


“Ruqya Inara, it’s you that I’ve been looking for... awak laa gadis yang selalu hadir dalam tiap lena saya, yang membuai tidur saya saban malam.” Butir kata yang keluar dari ulas bibir Syaf Bahran membuatkan Kea terkaku dan terkelu.

“Aaa... apa yang Encik cakap ni, tak... maksudkan...?? Saya... tak faham...”, Kea sendiri masih keliru dengan perasaannya kala itu.

Minda gadis itu tidak dapat mencerna segala ayat yang didengarnya sebentar tadi, dia masih dalam keadaan blurr dan... bagai tidak mampu menerima maklumat baru itu.

Dengar suara dia betul-betul, dan kau sendiri akan tau jawapannya Kea...’ saat itu Kea terdengar suara hatinya berbisik menyatakan sesuatu.

Ya, suara dia... suara si dia yang mula memberi kata semangat pada aku beberapa hari yang lalu, hinggakan pagi tadi juga aku mendengar bisikan kata semangat dari suara yang sama.. sehingga terciptanya dua buah lagu tanpa aku benar-benar sedar.


RUQYA INARA memejamkan matanya rapat, biar dia tahu Syaf Bahran masih di situ bersamanya... dia tetap melakukannya. Bukan untuk berangan apa, tetapi untuk mencerna apa yang didengar melalui suara hatinya.

“IR Kiaraa... bukan... urmm, Ruqya Inara binti Tan Sri Arfa Imran... jadi hak saya yang halal, dan sah di sisi agama. Sudikah awak jadi kekasih saya hingga ke syurga...??”, Syaf Bahran membuka bicara sambil melamar Kea.

Kea sudah ternganga luas tika itu, terkejut... bukan sahaja terkejut dengan lamaran tak terduga dari pensyarah sementaranya itu, tetapi dia juga terkejut kerana nama yang lelaki itu sebut pada awal bicara tadi.

“Macam mana Encik Syaf boleh tau nama tu...?? Dari mana Encik boleh kenal saya dengan nama tu, sedangkan cuma seorang je dekat U ni yang tau nama tu.” Balas Kea dengan soalan juga, sambil otaknya ligat berfikir.

Macam mana dia boleh tau pasal tu...?? Takkanlah... Mel ke yang bagitau kat dia ni...??’ monolog Kea dalam hati.

“Awak jangan salahkan Melinda Afwa, sebab dia tak pernah ceritakan apa-apa pun pasal karier sampingan awak ni pada saya...”, ucap Syaf Bahran menjawab pertanyaan yang berlegar di ruang minda Ruqya Inara sebelum berjeda seketika.

“Saya tau semuanya pasal awak sebab rasa yang hadir dalam diri kita, sebab setiap debar yang wujud dalam hati kita... saat saya hadir dalam angan awak memberi kata semangat.” Sambung lelaki itu panjang, sebelum dia sendiri menyanyikan lagu yang dicipta oleh gadis di hadapannya itu.


Rasa rindu
Yang kau hadirkan
Saat aku
Masih saja sendiri

Rasa yang kau hadirkan
Terasa bagai nafas
Yang memberiku nyawa
Seindah sang suria

Hanya aku
Dan dirimu saja
Yang kan slalu ada
Bila kita merasa sepinya

Lagu ini
Aku ciptakan
Untuk kita bersama

Lagu ini
Ku berikan rasa
Yang seindah lagu cinta
Untukmu dari diriku

Oohh...
Hoo... wooo...

Lagu ini
Aku ciptakan
Untuk kita bersama

Lagu ini
Ku berikan rasa
Yang seindah lagu cinta
Untukmu dari diriku

Oohh...
Hoo... wooo...

Seindah lagu cinta
Bersama rasa yang kau hadirkan
Rasa cinta darimu
Rasa rindu dariku
Sememangnya
Seindah lagu cintaa...

Seindah Lagu Cinta ~ IR Kiaraa


“Lagu ni siap sebab ada bisikan semangat dari seseorang kepada awak, dan awak pun tak jangka lagu ni akan siap secepat ni kan...”, bisik Syaf Bahran nakal ke telinga Ruqya Inara.

“Mana awak tau pasal lagu ni...?? Kalau awak tau pasal lagu ni, mesti awak juga tau pasal lagu yang lagi satu tu... betul tak.”, balas Kea sambil anak matanya merenung tajam ke dalam mata Syaf Bahran.

Sebab... bisikan kata semangat tu kan datangnya dari saya, sayaang...’, renungan mata Syaf Bahran membalas pertanyaan Ruqya Inara.


“Lagu ni, khas dari lubuk hati saya yang paling dalam untuk awak Kea...”, ujar lelaki itu sebelum mengenyit mata pada si kekasih hati, Ruqya Inara.



14 comments:

  1. Replies
    1. tq kak.. mesti tak bape nak best sangat kann..
      hurmm.. jalan citer mgkin susah utk difahami... :/

      Delete
  2. fuyohh jln citer dia... nie bkan bercinta di alam nyata.. hehe..
    best.. gud luck.. teruskan menulis.. :) ;) (QA)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa, nie percintaan alam nyata + mistik sikit..
      sbb cam ada kuasa telepati antara dua orang nie..

      Delete
    2. sangat.... hihii.. (QA)

      Delete
  3. Good luck dear. Tahap imaginasi yg tinggi... Telepati, menarik! Keep it up girl...
    (Rea Larra)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaa, sangat.. Anyway, muchas gracias senorita...

      Delete
  4. Gud luck dear. Daya imaginasi yg tinggi. Telepati, menarik. Keep it up girl!

    ReplyDelete
  5. Wah ! Best ! Terbaik. Keep it up akak. ^_^

    ReplyDelete
  6. ^_^
    Kerp it up dear.. Happy end..ing... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear sister.. i will try my best for my next work.. masterpiece.. ^_^

      Delete