Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Wednesday, 16 October 2013

Cerpen - CIK HUJAN & ENCIK PELANGI





Cik Hujan
 & 
Encik Pelangi




hujan itu suatu keindahan buatku,
namun baginya pelangi itu suatu nikmat buatnya..







Fasha Addryanaa



‘HUJAN, ooh hujan.. dah lama aku tak main dalam hujan lebat macam ni, indahnya bak bunyi gesekan viola bila dapat bermain air hujan di petang hari.’

Ainnur Zarqa, bukan sekadar gadis biasa, tetapi dia juga bukanlah gadis luar biasa. Hanya satu tabiat Ain, bermain dalam hujan tanpa mempedulikan orang lain.. yang ada hanya dia, dan dunianya sahaja.

Tanpa Ain sedar, ada seseorang yang sedang ralit memerhatikannya.. melihat setiap gerak dan tingkahnya bermain hujan, dan muka naif itu langsung tak hiraukan orang lain bila saat hujan muncul membasahi muka bumi.


Dia.. ya, dia yang dari awal lagi ralit memerhatikan Ain kini mula mengorak langkah untuk mendekati gadis itu. Daim Aisar dengan selamba berjalan ke arah Ainnur Zarqa dengan berpayung di bawah hujan lebat itu, dengan sebelah tangannya membawa sebuah payung.

“Cik adik, awak ni sewel ke? Mandi hujan macam mandi dengan shower? Mereng kot, nak sakit cepat apa?”, sinis bicara seorang lelaki lalu menghulurkan payung kepadaku.

“Eh cik abang, sewel-sewel jangan main erkk. Dah hobi dan tabiat saya nak main dalam hujan macam nie, nak buat macam mana lagi.”, tak puas hati aku dengan gaya berlagak mamat tu.

‘Bajet gentleman konon, nak hulur-hulur payung segala..’ Sempat mamat handsome yang berlagak tu aku kutuk dalam hati.

“Hahh, kutuk orang laa tu. Kutuk laa lagi cik adik, kalau boleh rasa puas hati lepas kutuk tu..dipersilakan buat lagi.”, dengan penuh ego si Daim berbicara, hingga rasa menyakitkan telinga Ain.

‘Erkk, haishh.. ni bukan buat aku cool down, ni buat aku tambah berasap lagi ada laa mamat bajet gentleman ni.. hei, mau aku cepuk kang...’, makin hangat hati Ain mendengar Daim berkata begitu.

“Huhh, gentleman  laa konon..bawak payung segala, lepas tu siap bagi lagi.. Apa, ingat orang tak ada payung sendiri ke sampai awak yang nak kena bagi? Dasar mamat jambu ego, dah laa payung pun warna merah jambu.” Ucap Ain dalam geram.

Sesedap hati dan secukup rasa sahaja Ain mengutuk Daim, sudah tidak peduli akan renungan tajam Daim terhadapnya. Hatinya yang sakit, kian membara bila mamat mulut sinis tu menyuruh Ain mengutuknya lagi sehingga puas hati.

“Ehh, suka hati tok nek aku laa nak guna payung warna apa pun.. bukan kacau kau pun, minah sewel..huhh..”, demi nak menutup kesilapannya yang dah guna payung merah jambu, sengaja Daim berkata begitu.

“Choi..choii..choiii.. ni apehal ni bro, Que..? Apesal ni, kau jangan kata yang kau gaduh dengan mamat ni Que.” Akif Zahfran muncul tatkala perang hampir meletus antara kedua mereka.

Akif berusaha untuk meleraikan pergaduhan kecil yang terjadi antara Ainnur Zarqa dan juga Daim Aisar, dia tidak mahu ada yang sedih nanti.

Muka Ainnur Zarqa sudah memerah menahan marah, menahan gunung berapi dari meletus di tempat yang tak sepatutnya seperti di situ. Hampir saja dia mengalah kepada Daim, tetapi dia bukan gadis lemah. Dan nasib baiklah Akif ada untuk memberhentikan tindakannya selepas insiden itu, kalau tidak mahu sakit muka Daim dibelasahnya.

“Ehh.. Pecah kaca, pecah gelas..lepas dikata, jangan ingat tak dibalas.. Tunggu je laa awak, nanti saya balas balik kat awak.” Siap dalam nada mengugut begitu bicara Ain.

*** 

TITIS hujan yang dahulunya membahagiakan harinya, kini bagaikan tahu yang Ainnur Zarqa sedang kecewa.. kecewa kerana insan yang dia sayang dan cinta telahpun bertunang dengan gadis lain, kecewa kerana dia tidak diberitahu dan tidak dijemput hadir.

“Akif, kenapa mesti buat Que macam ni? Kenapa Akif tak bagitau kat Que yang awak nak bertunang? Siapa Que pada awak sebenarnya?”, Ain memandang tepat ke tempat air hujan itu menitis membasahi bumi, dengan linangan air mata yang tak henti.

Ainnur duduk termenung sendirian di tepi pantai, memikirkan sebab Akif mengenepikan dirinya tanpa memberitahu yang lelaki itu sebenarnya sudah bergelar tunangan orang.

Dalam elok Ainnur duduk termenung, lagu Sandiwara Cinta pun kedengaran tidak jauh dari tempat dia meluahkan segala rasa sedih yang terbuku. Bagai tahu hati dia sedang terluka saat ini, bagai kena lagu itu dengan keadaan dirinya tika ini.


SANDIWARA CINTA
Jujurlah sayang aku tak mengapa,
Biar semua jelas tlah berbeda,
Jika nanti aku yang harus pergi,
Ku terima walau sakit hati..
Mungkin ini jalan yang engkau mau,
Mungkin ini jalan yang kau inginkan,
Kau dengannya seakan ku tak tahu,
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tau..

“Dah puas layan lagu sedih ni, ke kau nak dengar lagi sampai kau rasa lega dan tak mampu nak menangis dah?”, ujar Daim secara tiba-tiba, suaranya automatik menyentak Ain dari lamunan.

‘Cehh, ingat manusia mana laa yang tak ada akal tetiba dok sergah aku.. rupanya dia ni lagi, mau tercopot jantung aku dari tangkai kalau hari-hari macam ni dengan dia.’ Bebel Ainnur dalam hati dengan rasa sebal.

“Tak payah nak membebel dalam hati sangat kalau kau tak puas hati atas apa-apa, kau lepaskan je.. luahkan semua apa rasa yang terbuku kat dalam hati kau tu, tak perlu simpan Cik Que.” Dalam sinis, ada lembutnya bicara Daim kepada Ainnur itu.

“Awakk.. macam mana awak boleh tahu apa yang saya dok bebel dalam hati dan jugak dalam kepala tanpa perlu saya cakap pun? Dah macam psiko laa awak ni, macam wizard pun ada jugak tau.” Ujar Ainnur tanpa selindung lagi.

Memang tidak dinafikan yang dia pelik dengan Daim, pelik melihat yang Daim Aisar bagai boleh membaca fikiran orang di sekelilingnya. Pelik kerana, walau di mana sahaja Ain berada, Daim pasti akan ada sama.

“Aku bukan psiko, aku cuma menggunakan instinct yang ada dalam diri aku.. naluri yang kuat menyatakan kau tengah sedih, kau membebel kat aku macam-macam, kau geram pada sesuatu..”, sebegitu ringkas dan jelas penerangan Daim kepada Ain bagi menjawab soalan gadis itu.

“Kau tak payah takut dengan aku, bukannya aku makan orang pun.. aku makan nasi dengan lauk macam kau jugak..”, kata Daim bagaikan tahu apa yang bermain di benak Ain.

***

“QUE, kenapa aku rasa macam cuma kau yang mampu ceriakan hari-hari aku macam pelangi ni? Kenapa aku tak dapat nak jadi ceria bila dengan orang lain? Dan kenapa aku rasakan yang kau umpama nikmat, sama seperti pelangi ni yang jadi suatu nikmat yang aku hargai?”, Daim sendiri sudah mulai tertanya-tanya dalam hatinya.

Ainnur Zarqa yang sedang enak mengunyah potongan pelam dicicah dengan kicap plus cili api sudah mula tersedak, tambah perit rasa di tekak kerana cili api dikunyah sekali.. bagai ingin putus nafas sahaja rasanya.

‘Haihh, siapa laa yang dok syok sangat dok sebut nama aku ni.. macam dah tak dak kerja dok main nama orang, mau mati tersedak aku kalau hari-hari macam ni.’ Bebel Ain perlahan, tidak mahu siapa mendengar.


“Oops, sorry cik.. saya tak sengaja, sorry..sorry.. Kau?”, Daim terkejut kerana tidak menyangka akan jumpa dengan Ainnur semula.

“Nae, it’s okay.. Erkk, awakk?”, Ain yang turut sama terkejut nyaris pengsan kerana tidak sangka Daim akan turut berada di tempat yang sama.

‘Dia ni ikut aku ke apa? Mana je aku pergi, mesti ada dia..dah macam bayang-bayang aku pulak..’, omel Ain dalam nada suara perlahan, tidak mahu didengari.

“Kau tak payah nak bebel-bebel, omel-omel sangat laa, ingat aku tak boleh dengar ke apa yang kau dok cakap tu. Suka hati aku laa nak ada kat mana sekalipun, that’s not your problem.” Sinis dan ego lagi cara dan gaya cakap dia dengan  Ain, bila tiada disebut-sebut.

“Suka hati saya laa nak membebel ke, nak mengomel ke.. mulut saya, apa awak susah?”, Ain sudah pulang paku buah keras pada Daim.

Sedang ralit Ain mengatur langkah sambil membebel kepada Daim, entah bagaimana dia boleh tersadung.. mujur Daim sempat menyambutnya, kalau tidak mahu pecah kepalanya terhantuk pada bata pembahagi jalan di ruang parkir itu.

Langsung mata bertentang mata, dan debaran di dada Daim kian rancak saat memandang tepat ke dalam anak mata Ain yang dalam pelukannya tanpa sengaja. Tanpa sedar, Akif menyaksikan apa yang berlaku sebentar tadi dengan perasaan cemburu beraja di hati.

“Sakitnya dada aku, tak ada siapa pun yang tau saat aku tengok Ain dan jantan tu berpeluk.. dekat tempat awam pulak tu.” Akif terlebih emosi, kerana seingatnya dia dan tunangannya langsung tidak semesra itu.. tidak semesra dia dan Ain sewaktu mereka rapat dahulu.

“Tak, aku sayangkan Que.. Que milik aku sorang, dia tak boleh jadi milik lelaki tu. Aku takkan biarkan Que jadi milik dia, takkan.” Tekad sungguh bicara Akif tika itu, langsung tidak sedar akan takdir yang telah ditulis oleh Yang Maha Esa.

***

‘AARGGHHH, serabut.. aku tak boleh biarkan Que jatuh ke tangan jantan tu, Que hak aku seorang. Aku akan halang dia daripada dapat Que, tak ada siapa yang boleh dapat Que selain aku.’ Akif sudah tidak peduli lagi, tunangnya sendiri pun dilayan acuh tak acuh sahaja.

‘Erkk, jantan tu. Aku perlu jumpa dia, aku kena cakap dengan dia.. dia takkan dengan mudah dapat Que..’, tekad Akif saat terlihat kelibat Daim di tempat yang sama dia sedang berada.

Sengaja Akif melanggarkan tubuhnya dengan tubuh tegap Daim yang kebetulan berjalan ke arah bertentangan dengannya, dan sempat dia memberi amaran keras pada Daim.

“Sorry. Huhh, kau Daim Aisar.. lelaki yang selalu je nak cari gaduh dengan Que. Hei, aku nak kau jauhkan diri kau dari Que.. tinggalkan dia sendirian, sebab dia milik aku..selamanya.” Angkuh Akif Zahfran berbicara kepada Daim Aisar.

Dengan wajah serius dia memandang Daim, menantikan jawapan dari lelaki itu.. menantikan kata ‘Ya, aku takkan dekati dia lagi.’ Tapi akhirnya Akif hampa, kerana jawapan yang diberi tak seperti yang diharapkan.

“Aku, Daim Aisar, won’t do like what you have done. Aku takkan sesekali tinggalkan dia saat dia rapuh, dan untuk pengetahuan kau.. I’m gonna win her heart for ever and ever, because i love her.. I do love Ainnur Zarqa more than you do, and I will do anything to protect her. That’s the fact.” Tegas Daim berkata pada Akif, mengingatkan lelaki itu yang Ainnur Zarqa bukan milik sesiapa selain keluarganya.

Tersentak dan terkedu Akif Zahfran saat mendengar kenyataan yang keluar dari ulas bibir Daim Aisar. Dia langsung tidak menyangka yang Daim akan seberani itu melawan katanya, langsung tidak menyerah.

“Kau.. kau jangan ingat yang kau boleh dapatkan Que, sebab aku takkan pernah benarkan. Que milik aku, sampai bila-bila dia milik aku dan kau harus ingat tu. Faham.” Keras amaran Akif bagaikan mencurah air ke daun keladi, langsung tidak meninggalkan kesan kepada Daim.

“Huhh, kalau betul kau sayangkan dia, kau takkan tinggalkan dia macam mana yang kau dah buat tu.. kalau betul kau sayangkan dia, kau takkan jadi pengecut. Tunjukkan yang kau tu anak jantan laa bro, if not.. you don’t deserved her at all.” Sinis kenyataan Daim.

Kenyataan yang keluar dari mulut Daim sedikit sebanyak membuatkan hati Akif menggelegak, panas hatinya saat mendengar apa yang diperkatakan oleh lelaki itu.

Tanpa dapat menahan amarah yang kian membekas di tangkai hati, Akif meluru ke arah Daim sebelum melayangkan sekepal penumbuk yang kemudian mendarat tepat di pipi putih Daim. Tanpa berlengah, Akif menghadiahkan satu lagi penumbuk ke muka jejaka itu tetapi pantas ditepis Daim.

Daim bertindak mendiamkan diri sebelum mula membalas serangan Akif, dengan pantas dia melutut perut Akif hingga membuatkan jejaka itu terbatuk keras. Nyata penangan Daim tidak kurang hebatnya.


Ainnur Zarqa yang kebetulan singgah di tempat yang sama dengan sepupunya, Aliff Ziqri, terkejut dengan apa yang dilihatnya. Langsung tidak menyangka yang Akif sanggup bergaduh dengan Daim, bertumbuk bagai tanpa dia tau yang dialah punca mereka bergaduh begitu.

“Stop, stop it Akif.. and awak, asal awak berdua nak bergaduh tanpa sebab ni? Hey, please don’t tell me that you all are fighting because a woman.. ohh crab, it’s nonsense.” Ainnur muncul di antara mereka, meleraikan pergaduhan yang bagai tak berpunca.

Saat itu Akif melutut di hadapannya, mengakui tentang perasaan dia terhadap Ainnur Zarqa. Dan Daim hanya memerhati gaya Akif, sebelum memandang ke dalam anak mata Ain.. menghantar isyarat yang dia tulus mencintai dan menyayangi gadis itu.

***

AINNUR ZARQA terkedu mendengar pernyataan yang keluar dari ulas bibir Akif Zahfran, tidak menyangka yang Akif mencintainya. Namun itu semua sudah terlambat, Akif akan bernikah dengan tunangnya Alisha Farzana tidak lama  lagi. Dan hati Ainnur sendiri sudah tertutup buat Akif, tertutup rapat saat dia tahu yang Akif sudah bertunang.

Alisha Farzana yang mendengar setiap apa yang diucapkan Akif Zahfran berasa kecewa, hatinya terasa bagai dihiris-hiris dengan sembilu.. tajam dan sakit lagi dari dihiris dengan pisau belati. Dia ingatkan hanya dirinya yang ada dalam hati lelaki itu, nyata Akif bukan hanya mencintai dia sahaja tetapi turut mencintai Que a.k.a Ainnur.

Daim yang memandang tepat ke dalam anak mata Ain hanya mampu mengeluh hampa bila mengerti perasaan gadis itu yang ditunjukkan dari sinar matanya, dia memahami yang Ain perlukan masa untuk membuat keputusan yang terbaik.

Dalam rasa sakit dan pedih menghiris tangkai hatinya, Alisha tetap melangkah ke arah Ainnur.. meminta agar gadis itu memujuk Akif. Tapi hati Ainnur berbelah bahagi, di antara menurut permintaan Alisha memujuk Akif, ataupun memberi peluang kepada Daim.


Pandangan dilempar jauh ke tengah laut yang terbentang luas, Daim berfikir dengan perasaan sedih di sambil duduk di atas benteng yang menghadap laut di Padang Kota Lama. Tanpa sedar, air matanya mengalir perlahan keluar dari tubir mata. Ain tahu, tempat lepak dia dan Daim sama.. dulu kalau hujan, Ain a.k.a Que lebih senang bermain dalam hujan kerana dia mampu berasa tenang setelah berbuat begitu.

Ainnur Zarqa sedar, cintanya kini hanya berpaksi untuk Daim Aisar. Mana mungkin dia melukakan hati jejaka yang telah merawat dan mencuri hatinya, tangkai hatinya kini mula bergetar hebat saat menyebut nama Daim Aisar.

Laju langkah kaki Ain menuju ke tempat lepak kesukaan dia dan Daim. Alisha yang terluka pula sudah tidak tahu ke tempat mana yang harus dia pergi, yang dia tahu hanyalah Padang Kota Lama.. tempat yang kebanyakan orang kata mampu menenangkan fikiran, lantasa terus dia bergerak ke tempat itu.

“Kenapa Kiff, kenapa awak berubah? Kenapa awak lukakan hati saya, tunang awak sendiri dengan kata-kata awak? Kenapa awak tak boleh berhenti mencintai Ainnur? Kenapa Akif Zahfran, kenapa?”, perlahan omel Alisha Farzana dalam tangisnya.


Sementara itu, di hujung sana pula Daim sedang melayan perasaannya yang sedang lara.. sambil menangis, dia memandang sepi ke tengah laut sebelum mengambil butiran batu kecil dan membuangnya ke tengah laut. Dan seketika kemudian, Daim mula mengomel tentang perasaannya kepada Ainnur.

“Ain.. aku cintakan kau Ainnur Zarqa, tapi kenapa kau tak pernah faham? Kenapa kau tak pernah nak faham perasaan aku Ain? Aku tahu mungkin susah bagi kau untuk lupakan cinta yang dah lama sebati dalam diri kau buat Akif, tapi aku takkan berputus asa Ain. Sebab aku, Daim Aisar benar-benar cintakan kau Ainnur Zarqa.” Ucap Daim tanpa menyedari yang Ain sedang berdiri tegak di belakangnya.

“Saya faham apa yang awak rasa, sebab saya dah pernah rasa perasaan tu.. tapi kenapa awak tak pernah nak bagitau kat saya, kenapa awak tak pernah tunjukkan dekat saya? Saya.. saya sayang awak, tapi tolong jangan sia-siakan saya..cinta saya..”, lancar Ainnur berbicara sambil menahan sebak yang bermukim di ruang hati.

***

“AWAK menangis sebab cinta awak untuk saya? Awak menangis hanya kerana saya sebab awak ingat yang saya akan terima Akif dalam hidup saya? Awak betul-betul menangis sebab saya, Daim Aisar..”, air mata Ainnur mengalir deras tanpa dapat ditahan lagi. Betapa dia terharu dengan Daim, perasaan Daim terhadapnya.

“Aku menangis sebab aku sayangkan kau, aku cintakan kau Ain. Ainnur Zarqa, bersaksikan Selat Melaka yang terbentang luas dan berbentengkan tembok kat Fort Cornwallis ni serta seluruh Padang Kota, sudi tak kau jadi isteri aku? Jadi isteri Daim Aisar yang sah.” Selamba Daim melamar Ain dengan gaya begitu, dah laa baru lepas menangis dua-dua makhluk Allah s.w.t. ni.

Terkedu Ainnur Zarqa dengan lamaran terkejut dari Daim Aisar buat dirinya yang tidak sempurna pada pandangan mata manusia itu, dengan bersaksikan seluruh Padang Kota dia merasa bagai dilamar putera kayangan.

“Saya.. awak kena jumpa mami ngan abah saya dulu, baru saya boleh bagi keputusan dekat awak, Daim Aisar.” Dalam terkejut, Ainnur masih ingat adat dan budaya mereka.. masakan dia hendak ikut cara orang putih melamar, sedangkan mereka masih punya adat dan budaya yang kukuh dan sempurna.

“Ehehh, lupa pulak.. okay my dear, yang menurut perintah. Jadi, bila Ain nak Daim datang hantar rombongan ke rumah keluarga Ain? Atau, Ain nak kita bertunang terus? Ke, Ain nak kita nikah terus, tak payah tunang apa semua tu??”, tanya Daim bagai tidak sabar hendak menjadikan Ainnur sebagai isterinya yang sah.

Nampak jelas pada sinar mata lelaki itu yang dia begitu mencintai Ainnur sedalamnya, sehinggakan Ainnur tidak rela jika hatinya dilukai semata-mata kerana Akif Zahfran. Cukup hanya hati Ain seorang yang terluka, dia tidak mahu ada lagi yang terluka kerana cinta.

***

AKHIRNYA, Akif Zahfran sedar bahawa cinta dan hati Que bukan lagi untuk dirnya, dan dia harus terima kenyataan itu.. kenyataan yang Que tak mungkin kembali pada dirinya lagi, dan kenyataan yang dia dan Alisha Farzana kini sudah sah menjadi suami isteri.

Begitu dia sedar betapa Alisha terluka saat dia menyatakan yang dia mencintai Que lebih dari segalanya, dan rumit untuk dia memujuk hati cik puan yang suatu ketika pernah berjauh hati dengannya dahulu.

Ugutan diterima oleh Akif Zahfran dari isteri kesayangan, Alisha Farzana, agar membawa dia berbulan madu di Padang Kota untuk tiga hari dahulu. Terpaksa Akif turutkan juga, jika tidak cik puan Alisha lari lagi darinya.. merajuk membawa diri, tapi nasib baik boleh jumpa semula.


‘Ain.. uniknya nama tu, seunik pemilik namanya. Walaupun luaran nampak tegas dan keras, tapi nyata gadis bernama Ainnur Zarqa ini lembut orangnya.. selembut kek span buatan tok wan Daim.’ Ahahaaa..

Dan yang bagusnya, hanya seorang sahaja yang memanggil Ainnur Zarqa dengan nama Ain.. siapa lagi kalau bukan encik suami, Daim Aisar yang gemar memanggil dia dengan nama Ain. Katanya nama itu unik, kerana hanya dia seorang sahaja yang boleh memanggil gadis itu dengan nama Ain.

“Abang, boleh Ain tau macam mana abang boleh jatuh suka pada Ain? Dan, bila masa pulak abang sedar yang abang sayangkan isteri abang ni? Sebab setahu Ain laa kan, abang tu dulu bukan main sombong lagi dengan Ain.. sinis je, lepas tu kadang ego tak bertempat..”, sengaja Ainnur bertanya begitu, mahu membongkar rahsia.

“Pandai je sayang nak kenakan abang kan? Ye laa, abang tau laa yang masa tu abang sinis, ego.. tapi sebab masa first time kita jumpa tu laa yang buatkan abang tertarik dengan sayang, buatkan abang jatuh cinta..”, Daim berjeda seketika sambil memandang ke arah Ainnur dengan pandangan menggoda.

“Okay.. ni dah kenapa dok pandang orang macam tu, tau laa abang tengah ‘lapar’..”, sambil tangan dan mata Ain melilau mencari bantal dan selimut untuk menutupi sebahagian dari tubuhnya yang sedia memakai t-shirt tika itu.

Daim yang memandang hanya mampu menahan tawa, tidak sangka sampai begitu sekali isterinya akan bertindak. ‘Baru tenung sikit, cuba kalau aku tenung lama-lama tadi.. hehehee..’ sempat dia memikirkan idea nakal.

“Ehh..ehh.. tau je yang abang tengah ‘lapar’ kan, tiba-tiba rasa tak sabar pulak nak ‘ngap’ isteri abang yang seorang ni. Sebab sayang cantik dan comel sangat, sebab tu abang nak ‘makan’ Ain sekarang jugak tau. Hahahaaa..”, blushing habis wajah isteri kesayangannya bila diusik sebegitu.

“Erkk, aa.. aabang.. Aa.. Ain nak pergi mandi dulu, badan dah rasa tak selesa ni.. melekit-lekit.” Malu Ain dengan Daim yang sudah pandai nek menunjukkan kemesraan, dan juga semakin galak mengusik.

“Towel sayang, tak nak ke?”, tanya Daim, saat dia menyedari yang Ainnur lupa untuk mengambil tuala mandinya. Sempat dia mengucup kejap bibir isterinya itu, tika dia pergi menghulurkan tuala mandi isterinya.

‘Erkk, curi-curi cium.. nak semput aku dibuatnya dek laki aku ni, kiss orang tak kena time langsung..’, sempat Ain membebel dalam hati.

“Haa, tu dok membebel pasal abang laa tu.. kiss lagi sekali, baru tau. Mandi cepat, abang pun nak mandi ni, kalau tak abang masuk mandi sekali dengan sayang kejap lagi nak..?” Dah nikah ni, kuat mengugut pulak si Daim Aisar ni.


Petang itu, masa rehat Daim dan Ain dihias indah dengan hujan yang turun renyai-renyai membasahi bumi. Ain hampir sahaja berlari anak menuju ke tengah hujan untuk mandi hujan, namun sempat dipeluk Daim dari belakang.

Berhenti sahaja hujan yang turun mencurah dan membasahi bumi, pelangi nan indah pun muncul tambah menceriakan hari mereka yang sudah sedia dihias gelak tawa. Daim yang memeluk Ain dari belakang terus sahaja tersenyum, sambil berbisik lembut ke telinga Ainnur Zarqa.

“Sayang, abang harap hidup kita akan sentiasa indah macam pelangi yang muncul lepas hujan ni.. walau apa pun masalah yang menimpa macam hujan lebat tadi, harap lepas hujan tu akan ada pelangi muncul mengindahkan suasana.” Ujar Daim, dan Ain mengangguk lembut mengiakan sahaja sambil tersenyum manis kepada suaminya itu.

Thursday, 3 October 2013

DEBAR YANG KURASA...





sekilas ku pandang ke arahmu,
sepantas kilat jantungku berdetak,

sekilas kau melintasi aq,
sepantas renjatan elektrik ku rasakan,

sekilas kau senyum padaku,
sedetik hatiku tersipu malu,

saat ku ingin dekat padamu,
ku rasakan ku tak mampu,
walau kau cuma selangkah dariku,
namun masih ku tak mampu..

apa yang kurasakan,
takkan pernah mungkin terungkap,
kerna aq tau dirimu,
dan tak mungkin kau mampu menyedari..

ku cuba mengerti akan dirimu,
tapi tak pernah ada yang bisa,
ku cuba dalami isi hatimu,
namun takkan pernah bisa..

suatu yang ku bisa rasakan saat ini,
rasa debar yang ada,
rasa debar yang muncul,
tiap kali ku terlihatkan dirimu,
tiap waktu kau hampir denganku...

aq mencari dirimu,
dalam gelap malam,
dan dalam khayal tidurku,
untuk kau menemaniku,
walau sedetik waktu cuma...

izinkan aq, bertapak dalam hatimu walau seketika...


                                                                                           Ai Ryanaa

Tuesday, 24 September 2013

lucha del corazón - Hati Meronta





saat ku dengar suaranya,
saat ku lihat wajahnya,
saat itu ku ingin dirinya..

detik yang berlalu,
membuatkan aq terpaku,
terikat di antara ruang dan jurang,
mendebarkan segenap inci tubuhku...

hatiku meronta,
memohon agar segera diluahkan,
setiap rasa yang terpendam..

hatiku meronta,
ingin memanggil-manggil namamu,
berharap kau kan berpaling..
berpaling melihat aq...
yang sentiasa inginkan mu...

rontaan hati yang takkan pernah berhenti,
rontaan jiwa yang takkan pernah padam,
rontaan kasih yang tak ku tahu bila kan surutnya...

kalihlah sekali, walau hanya sekali ke arahku...
pandanglah ke dalam ruang mataku..
untuk segala cinta yang ada...

Lots of LOVE from Miss Sceptic..

Friday, 13 September 2013

SKV Prologue - Full




pROLOGue



            Dalam kepekatan malam yang dingin dan ditambah dengan keadaan jalan yang gelap dan menyeramkan, Hannah Adrianna masih tetap tega melalui jalan itu bersendirian. Bukan dia tidak tahu, di jalan itulah ramai yang telah terkorban dan tidak kurang juga menjadi trauma..

            Dia meneruskan pemanduan kereta sportnya, Porsche Carerra 08 Series, dengan kelajuan maksima 210 km sejam untuk sampai ke tempat yang dituju.

            Salakan werewolf yang kedengaran menakutkan itu sedikitpun tidak mengganggu pemanduannya itu..laluan yang digunakannya juga menjadi port kawanan werewolf-werewolf yang kelaparan mencari mangsa.

            Handphone yang berdering nyaring membuatkan tumpuannya dalam pemanduan sedikit terganggu..

            “Hello Hannah, where are you..?? They all are waiting for you to be here as soon as possible.. Hope you will give me a call later dear...”

            “Hello...I’m on my way there, don’t worry so much…I’ll be there in a few minutes… ye nek..”

            Tiba-tiba sahaja Adrianna merasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan laluan yang diambilnya tadi, seperti ada sesuatu yang sedang mengekori dan memerhatikannya..

            “Nenek ni pun kenapa laa kalut sangat, aku tengah sibuk dengan kerja dekat office tu boleh pulak dia suruh aku balik rumah dia…benda apa laa yang penting sangat tu sampai tak boleh nak tunggu esok lusa..”

            Dalam asyik membebel seorang diri, Adrianna tidak sedar akan kehadiran seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di tengah jalan yang sedang dilaluinya. Dan apabila hampir tertabrak, barulah dia sedar akan kemunculan jejaka misteri itu secara tiba-tiba.

            Aisy Alma’ Basil, lelaki misteri yang muncul secara tiba-tiba di hadapan kereta Adrianna..bayangkan, keturunan vampire dan werewolf  berdua-duaan dalam kereta yang sama..

            “Scrrreeeeeeettt….” “What a fuck, apasal mamat ni tetiba muncul kat tengah jalan tengah-tengah malam buta macam ni..nak bunuh diri ke pun..”

            “Excuse me, encik..boleh ke tepi tak, awak menghalang jalan saya. Hello, i’m talking to you not to a brick or what so ever..”

          Pureblood werewolf  yang kehilangan ingatan sejak berusia 4 tahun, itulah dia Aisy Alma’ Basil. Aisy, nama yang diberikan oleh seorang lelaki yang menjumpainya secara tidak sengaja.


Hannah Adrianna, sesiapa sahaja yang memandangnya pasti sahaja terpukau dengan kejelitaan yang dimilikinya. Walaupun usianya mencecah 25 tahun saat ini, namun dari raut wajahnya jelas terlihat seperti baru berusia 19 tahun.

Dengan ketinggian 159 sentimeter dan berat 48.7 kilogram, Hannah Adrianna sudah mampu berdiri setanding dengan model-model terkemuka dunia. Bahkan dengan bentuk tubuh sebegitu, Adrianna mampu mengalahkan Ratu Cantik Dunia sekalipun. Memiliki raut wajah yang putih kekuningan jelas membuatkan Adrianna kelihatan menarik pada pandangan mata mana-mana lelaki sekalipun. Kulitnya yang juga putih kekuningan itu pasti akan kelihatan terlalu pucat pada siang hari, dengan mata berbentuk almond dan warna mata yang jelas seperti hazel menyerikan lagi raut wajahnya itu.

Lenggok suara Hannah Adrianna yang gemersik dan merdu, ditambah lagi dengan lembut tutur bicaranya menusuk kalbu setiap telinga yang mendengar, dan dari sinar matanya..tiada siapapun yang dapat mengetahui bagaimana personalitinya dan apa isi hatinya, Adrianna pastinya kelihatan sangat misteri pada pandangan mata yang memandang. Misteri pada pandangan manusia biasa di sekelilingnya, tapi tidak pada seluruh ahli keluarganya dan tidak pada yang sudah mula jatuh cinta dengannya.

Matanya yang lebih berbentuk almond dengan warna mata yang lebih kepada hazel memukau setiap mata yang memandang tepat ke dalam anak matanya itu, dan pandangannya kelihatan redup serta menggoda dari sinar matanya yang kelihatan misteri itu..dalam redup pandangannya itu, bagaikan ada sesuatu yang menyatakan bahawa dia seorang gadis yang naive.

Aisy Alma’ Basil, seorang lelaki yang tegap dan juga merupakan seorang werewolf yang telah lama hilang ingatan. Ketinggiannya yang mencecah 175 sentimeter dengan dadanya yang bidang dan berat 75 kilogram, dia mampu mengalahkan artis terkenal Malaysia yang rata-rata memiliki raut wajah yang kacak.

Paras Aisy yang tinggi itu kelihatan cukup sempurna pada mata setiap gadis yang memandang dan cukup kacak dengan raut wajahnya yang dihiasi dengan sedikit sideburns yang dipotong rapi, hampir menyerupai pelakon seksi yang memegang watak utama dalam filem Wolverine : The X-Men dan, boleh dikatakan sekacak watak utama lelaki dalam siri fiksyen Vampire’s Diaries atau juga boleh disamakan dengan pelakon utama siri Teen Wolf’s.

Hormon testosterone atau hormon kelelakiannya membuatkan kulitnya agak kasar dan kelihatan bulu-bulu halus yang mulai tumbuh di ruangan pipi dan dagunya..setiap kali dia tersenyum kelihatan giginya yang putih bersih dan, jika dilihat dengan lebih teliti akan kelihatan gigi taringnya yang agak sedikit besar daripada gigi taring orang biasa. Mungkin itu yang menyebabkan ramai wanita yang berasa gemuruh dan tertarik dengannya setiap kali Aisy melemparkan senyuman..namun senyumannya yang menawan itu acapkali dapat dilihat, bahkan boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja dia melemparkan senyumnya itu.

Warna kulitnya yang jelas sawo matang menjadikan dia tergolong dalam sebahagian dari lelaki idaman setiap gadis di atas muka bumi ini, dan boleh dikatakan dia mampu menandingi kekacakan artis tanah air dan juga artis luar yang sering mendapat tempat dalam majalah Esquire ataupun majalah GQ.




Monday, 9 September 2013

the vampire's diaries theme


SKV Teaser's








            Handphone yang berdering nyaring membuatkan tumpuannya dalam pemanduan sedikit terganggu..

            “Hello Hannah, where are you..?? They were all here waiting for you, we were just waiting for you to arrived here as soon as possible. Hope you will give me a call later dear...”

            “Hello...I’m on my way there, don’t worry so much…I’ll be there in a few minutes…ye nek..”

            Tiba-tiba sahaja Adrianna merasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan laluan yang diambilnya tadi, seperti ada sesuatu yang sedang mengekori dan memerhatikannya..

            “Nenek ni pun kenapa laa kalut sangat, aku tengah sibuk dengan kerja dekat office tu boleh pulak dia suruh aku balik rumah dia…benda apa laa yang penting sangat tu sampai tak boleh nak tunggu esok lusa..”

            Dalam asyik membebel seorang diri, Adrianna tidak sedar akan kehadiran seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di tengah jalan yang sedang dilaluinya. Dan apabila hampir tertabrak, barulah dia sedar akan kemunculan jejaka misteri itu secara tiba-tiba.

            Aisy Alma’ Basil, lelaki misteri yang muncul secara tiba-tiba di hadapan kereta Adrianna..bayangkan, keturunan vampire dan werewolf  berdua-duaan dalam kereta yang sama..

            “Scrrreeeeeeettt….” “What a fuck, apasal mamat ni tetiba muncul kat tengah jalan tengah-tengah malam buta macam ni..nak bunuh diri ke pun..”

            “Excuse me, encik..boleh ke tepi tak, awak menghalang jalan saya. Hello, i’m talking to you not to a brick or what so ever..”



SAAT ITU





saat hatiku mulai ingin menggapai hatinya, dia bagaikan menjauh dari diri ini..
tapi saat aq cuba untuk lari, perlahan-lahan dia mula mendekati diriku..
makin dia menghampiri, makin sesak dadaku menahan rasa..
makin lemas jiwaku memendam perasaan terhadap dirinya...

saat aq jatuh cinta terhadapnya, aq jadi kaku...
kelu lidahku, hingga tak mampu untuk ku ucapkan walau sepatah kata terhadapnya...
saat aq ingin mengungkapkan 'I LOVE YOU', aq jadi bisu...
hanya mampu memandangnya, tapi tak mampu mengungkap kata..

terasa bagaikan aq mungkin kalah..
kalah dengan persaingan sengit yang tidak kelihatan..
tak terkira ramainya gadis yang juga meminatinya...
tak terdaya aq berperang...

saat itu, aq akur.. dalam hati ku luahkan cinta...
dalam FB ku ungkapkan rasa, tak sanggup untukku memendamnya lagi...
segala bahasa yang ku tahu telah aq gunakan, semata untuk meluah rasa yang tertinggal..
terbuku dalam ruangan hati yang dihiasi taman indah..

doaku, pilihlah aq...
pilihlah aq, dan bukan yang lain...

Tuesday, 3 September 2013

HUJAN




Hujan,
 Kadang x ku sangka ia akan turun,
 Dan kadang x ku duga ia akan lebat...

Hujan,
 Tatkala aku perlukan matahari,
 Awan gelap menyelubungi alam,
 Mencurahkan segala isi perutnya,

Hujan,
 Tika aku inginkan suasana yang indah,
 Kau turun membasahi bumi Allah ini,

Hingga suatu saat,
 Aku bertanya pada diriku,
 'Mengapa aku tidak bisa mendapatkan matahari di saat aku memerlukannya..??'

Dan hujan,
 Pada tika itu aku sedar,

Kita meminta MATAHARI dari Allah,
 Tapi kemudian Allah turunkan HUJAN,
 Untuk membasahi BUMI ini,

Puas kita bertanya,
 Dan puas kita menanti MATAHARI itu,
 Namun ia x juga muncul,

Tapi kemudian,
 Setelah HUJAN berhenti,
 Barulah kita sedari,

Rupa-rupanya,
 Allah menghadiahkan sebuah PELANGI
 Yang indah di balik HUJAN lebat itu tadi,

Bahkan,
 PELANGI itu juga Allah gandakan bilangannya,
 Agar kita terpesona,
 Hanyut dalam keindahan ALAM ciptaan-Nya...

syukran Ya ALLAH,kerna Engkau menghadiahkan keindahan y x ternilai,keindahan semulajadi y x dapat ditandingi...

                                                                                                 Cahaya Illahi

KETIKA ADA SESEORANG HADIR UNTUK MENYAYANGIMU




Bismillahirrahmanirrahim...
Dalam sebuah penantian,
Dalam sebuah harapan,
Dalam sebuah impian..
Ketika ada seseorang datang ingin menyayangimu kerana Allah,
Ketika ada seseorang datang ingin memiliki hatimu kerana Allah..
Bukan kerana wajah semata.
Bukan kerana fisik semata.
Atau kerana harta belaka.
Maka sambutlah kedatangannya, penuh keikhlasan dengan segenap keterbatasan yang ada pada dirinya.
Berusahalah mengikhlaskan hati untuk menjadi pasangan terbaik dalam hidupnya. Hingga sama2 menuju Syurga-Nya.
Memang benar.
Mencintai dan menyayangi seseorang adalah sebuah fitrah.
Tapi ingatlah,
Cinta sebelum menikah bisa membuat sebuah Fitrah akan menjadi sebuah Fitnah.
Dan cinta setelah menikah akan menjadikan Fitrah menjadi sebuah Barakah.
Maka jangan biarkan keindahan cinta dan kasih sayang menjadi musnah, Hanya kerana berani menghalalkan cinta yang belum waktunya.
Dan,
Cinta sejati akan mampu membawa kita semakin dekat dengan-Nya.
Bukan sebaliknya yang justeru akan membuat kita semakin jauh dari-Nya.

DIRIMU DAN CINTAKU




Kesantunan bahasamu
Keindahan budimu
Merantai hatiku

Kehadiranmu
Setia ku nantikan
Cintamu amat ku dambakan
Haruman kasihmu
Peneman setia
Sesetia cintaku padamu
Dirimu tetap abadi dihatiku

Selamanya
Hati ini mendambakan
Cinta suci
Yang lahir dengan reda Illahi

Inginku pergi jauh darimu
Agar rindu berbunga di hatimu

Kiranya ada
Rindu di antara kita
Katakan agar
Kita tidak saling
Memendam rasa
Yang mengusik jiwa