Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Friday, 13 September 2013

SKV Prologue - Full




pROLOGue



            Dalam kepekatan malam yang dingin dan ditambah dengan keadaan jalan yang gelap dan menyeramkan, Hannah Adrianna masih tetap tega melalui jalan itu bersendirian. Bukan dia tidak tahu, di jalan itulah ramai yang telah terkorban dan tidak kurang juga menjadi trauma..

            Dia meneruskan pemanduan kereta sportnya, Porsche Carerra 08 Series, dengan kelajuan maksima 210 km sejam untuk sampai ke tempat yang dituju.

            Salakan werewolf yang kedengaran menakutkan itu sedikitpun tidak mengganggu pemanduannya itu..laluan yang digunakannya juga menjadi port kawanan werewolf-werewolf yang kelaparan mencari mangsa.

            Handphone yang berdering nyaring membuatkan tumpuannya dalam pemanduan sedikit terganggu..

            “Hello Hannah, where are you..?? They all are waiting for you to be here as soon as possible.. Hope you will give me a call later dear...”

            “Hello...I’m on my way there, don’t worry so much…I’ll be there in a few minutes… ye nek..”

            Tiba-tiba sahaja Adrianna merasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan laluan yang diambilnya tadi, seperti ada sesuatu yang sedang mengekori dan memerhatikannya..

            “Nenek ni pun kenapa laa kalut sangat, aku tengah sibuk dengan kerja dekat office tu boleh pulak dia suruh aku balik rumah dia…benda apa laa yang penting sangat tu sampai tak boleh nak tunggu esok lusa..”

            Dalam asyik membebel seorang diri, Adrianna tidak sedar akan kehadiran seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di tengah jalan yang sedang dilaluinya. Dan apabila hampir tertabrak, barulah dia sedar akan kemunculan jejaka misteri itu secara tiba-tiba.

            Aisy Alma’ Basil, lelaki misteri yang muncul secara tiba-tiba di hadapan kereta Adrianna..bayangkan, keturunan vampire dan werewolf  berdua-duaan dalam kereta yang sama..

            “Scrrreeeeeeettt….” “What a fuck, apasal mamat ni tetiba muncul kat tengah jalan tengah-tengah malam buta macam ni..nak bunuh diri ke pun..”

            “Excuse me, encik..boleh ke tepi tak, awak menghalang jalan saya. Hello, i’m talking to you not to a brick or what so ever..”

          Pureblood werewolf  yang kehilangan ingatan sejak berusia 4 tahun, itulah dia Aisy Alma’ Basil. Aisy, nama yang diberikan oleh seorang lelaki yang menjumpainya secara tidak sengaja.


Hannah Adrianna, sesiapa sahaja yang memandangnya pasti sahaja terpukau dengan kejelitaan yang dimilikinya. Walaupun usianya mencecah 25 tahun saat ini, namun dari raut wajahnya jelas terlihat seperti baru berusia 19 tahun.

Dengan ketinggian 159 sentimeter dan berat 48.7 kilogram, Hannah Adrianna sudah mampu berdiri setanding dengan model-model terkemuka dunia. Bahkan dengan bentuk tubuh sebegitu, Adrianna mampu mengalahkan Ratu Cantik Dunia sekalipun. Memiliki raut wajah yang putih kekuningan jelas membuatkan Adrianna kelihatan menarik pada pandangan mata mana-mana lelaki sekalipun. Kulitnya yang juga putih kekuningan itu pasti akan kelihatan terlalu pucat pada siang hari, dengan mata berbentuk almond dan warna mata yang jelas seperti hazel menyerikan lagi raut wajahnya itu.

Lenggok suara Hannah Adrianna yang gemersik dan merdu, ditambah lagi dengan lembut tutur bicaranya menusuk kalbu setiap telinga yang mendengar, dan dari sinar matanya..tiada siapapun yang dapat mengetahui bagaimana personalitinya dan apa isi hatinya, Adrianna pastinya kelihatan sangat misteri pada pandangan mata yang memandang. Misteri pada pandangan manusia biasa di sekelilingnya, tapi tidak pada seluruh ahli keluarganya dan tidak pada yang sudah mula jatuh cinta dengannya.

Matanya yang lebih berbentuk almond dengan warna mata yang lebih kepada hazel memukau setiap mata yang memandang tepat ke dalam anak matanya itu, dan pandangannya kelihatan redup serta menggoda dari sinar matanya yang kelihatan misteri itu..dalam redup pandangannya itu, bagaikan ada sesuatu yang menyatakan bahawa dia seorang gadis yang naive.

Aisy Alma’ Basil, seorang lelaki yang tegap dan juga merupakan seorang werewolf yang telah lama hilang ingatan. Ketinggiannya yang mencecah 175 sentimeter dengan dadanya yang bidang dan berat 75 kilogram, dia mampu mengalahkan artis terkenal Malaysia yang rata-rata memiliki raut wajah yang kacak.

Paras Aisy yang tinggi itu kelihatan cukup sempurna pada mata setiap gadis yang memandang dan cukup kacak dengan raut wajahnya yang dihiasi dengan sedikit sideburns yang dipotong rapi, hampir menyerupai pelakon seksi yang memegang watak utama dalam filem Wolverine : The X-Men dan, boleh dikatakan sekacak watak utama lelaki dalam siri fiksyen Vampire’s Diaries atau juga boleh disamakan dengan pelakon utama siri Teen Wolf’s.

Hormon testosterone atau hormon kelelakiannya membuatkan kulitnya agak kasar dan kelihatan bulu-bulu halus yang mulai tumbuh di ruangan pipi dan dagunya..setiap kali dia tersenyum kelihatan giginya yang putih bersih dan, jika dilihat dengan lebih teliti akan kelihatan gigi taringnya yang agak sedikit besar daripada gigi taring orang biasa. Mungkin itu yang menyebabkan ramai wanita yang berasa gemuruh dan tertarik dengannya setiap kali Aisy melemparkan senyuman..namun senyumannya yang menawan itu acapkali dapat dilihat, bahkan boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja dia melemparkan senyumnya itu.

Warna kulitnya yang jelas sawo matang menjadikan dia tergolong dalam sebahagian dari lelaki idaman setiap gadis di atas muka bumi ini, dan boleh dikatakan dia mampu menandingi kekacakan artis tanah air dan juga artis luar yang sering mendapat tempat dalam majalah Esquire ataupun majalah GQ.




No comments:

Post a Comment