TIAP kali ada saja
pertembungan, dan tiap kali ada saja usikan dan bahkan gelak tawa. Ya, tidak
dinafikan aku rindu akan semua itu, aku rindu dengan usikan demi usikan,
jelingan demi jelingan dari si dia.
Saat itu aku mulai terfikir, bisakah aku dan dia
bersatu..?? Bisakah dia menerima luahan cintaku..?? Dan, adakah dia juga
sukakan diriku..?? Pelbagai persoalan bermain di benakku, bertubi pertanyaan
yang muncul di tangkai jiwaku.
Ya, dia.. telah lama aku pendamkan segala rasa yang
terbuku dalam hatiku ini hanya untuk si dia, telah lama aku nafikan tiap rasa
yang ada hanya untuk dia. Ya Allah, adakah aku memang ditakdirkan untuk dia,
atau Kau hanya ingin menguji hati hamba-Mu ini Ya Allah.
“KAK NAD.. Ai ada
sesuatu nak tanya pada akak, dan kalau boleh Ai nak akak bagi pandangan akak
secara jujur..”, tenang bicara Airysh Firasha kepada kakak angkatnya, Nadia
Athellia.
“Yuppz dear, tanyalah.. In-Sya Allah, akak akan cuba
jawab secara jujur, tapi maaflah andai pandangan yang akak bakal bagi tu nanti
tak menepati apa yang Ai harapkan ke.” Ikhlas Nadia Athellia membalas.
‘Hurmm, susahnya aku nak tanya soal hati ni pada Kak
Nad.. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk bertanyakan soalan yang bermain
di benakku ini Ya Allah.’
Sempat aku berdoa dalam hati, moga dipermudahkan untuk
aku tuturkan setiap apa yang bermain dalam benak fikiran ini.
“Kak Nad.. urmm, kalau ditakdirkan akak tiba-tiba jatuh
suka dekat seorang jejaka jambu.. apa yang akak akan buat erkk..??”, jujur dan
tanpa selindung lagi, Airysh Firasha bertanya.
Kak Nadia Athellia sudah kerut dahi mendengar pertanyaan
dariku yang mungkin kedengaran agak pelik, sebab tak pernah-pernah aku tanya
soalan cepumas sebegitu.
“Urmm, kejap.. ada motif apa ya Ai tanya soalan tu, sebab
akak rasa macam pelik sikit. Ye laa, tiba-tiba je Ai tanya soalan macam tu
dekat akak.. serius akak terkezut..”, ujar Nadia Athellia kepada adik angkatnya
itu.
Airysh Firasha hanya mampu tunduk kepala, sebelum mengangkat
muka memandang ke wajah kakak angkat kesayangannya.
“Uhumm, pipi dah blushing tu.. mesti ada sesuatu yang Ai
tak ceritakan dekat Kak Nad lagi kan.” Betul je apa yang Kak Nadia Athellia ni
teka, adehh.
“Err.. Ehh, akak tak jawab lagi soalan Ai tadi tu... Haa,
kalau akak laa kan, apa yang akak akan buat erkk..??”, soalku sekali lagi
kepada Kak Nadia Athellia.
“Hurmm, akak berpegang pada prinsip akak je.. prinsip
yang mana dah menjadi sebahagian dari ketetapan Allah S.W.T., kalau ada jodoh
In-Sya Allah tak ke mana. Yang penting, kita kena sentiasa mohon pada Allah
S.W.T. supaya Dia berikan petunjuk tentang si dia. Kalau Allah S.W.T. bagi
petunjuk positif, Ai cubalah cakap dengan dia.. cuba tanya, mana tau jawapan
dia positif jugak ke macam petunjuk yang Allah S.W.T. bagi dekat adik akak ni.”
Panjang berjela pandangan Nadia Athellia untuk adik angkat kesayangannya itu.
TANPA SEDAR, pipi mulus
Nadia juga sudah mulai memerah sepertimana merahnya pipi Airysh sebentar tadi.
“Kak Nad.. pipi akak, blushing laa. Tak payah pakai
pemerah pipi dah laa lepas ni, dah ada blusher semula jadi.. hehee..”, usikku
sebelum membahan Kak Nadia dan juga diri sendiri.
“Err.. mm.. ma.. mana ada. Tu haa, akak terpandang adegan
kissing Go Mi Nam dengan Hwang Tae Kyung kat Tv tu.” Sengaja Nadia mereka
alasan palsu, apabila seluruh mukanya terasa panas.
“Akakk, penat kan bila kita tak mampu nak berhadapan
dengan orang yang kita suka untuk luahkan segala apa yang terpendam. Ai.. Ai
penat sangat-sangat bila terpaksa pendam apa yang sepatutnya diungkapkan, yang
sepatutnya diluahkan.” Ujarku meluahkan rasa hiba di hati kepada Kak Nadia.
‘Ya Allah, apa yang aku harus lakukan untuk menghindari
dia..?? Apa yang harus aku lakukan untuk tidak terlalu mencintai dia..??
Sungguh Ya Rabb, aku takut andai aku tak mampu hendak menahan rasa ini
padanya.. Aku takut andai aku terleka kerana sayangku padanya, hingga aku
berpaling dari-Mu.’
“Akak.. akak pun sebenarnya tak tau nak cakap macam mana
dik. Akak Cuma boleh berdoa, berdoa dan terus berdoa pada Allah S.W.T. supaya
pintu hati dia terbuka buat kita.” Jujur tiap baris ayat yang keluar dari ulas
bibir Nadia.
“Ya Allah kak, kita dah terlajak nie.. solat Asar dah nak
sampai ke penghujung dah kak, astarghfirullah hal’adzim..”, segera aku dan Kak
Nadia beristighfar panjang bila mengingatkan waktu Asar sudah jauh beranjak.
USAI menunaikan solat Asar,
aku terus mengajak Kak Nadia menunaikan solat sunat taubat dua rakaat. Memohon
kepada Allah S.W.T. agar diberi keampunan buat kami dan seluruh ahli keluarga kami,
aku memanjatkan doa kepada Allah agar sentiasa melindungi kami dan memberikan
petunjuk hidayah-Nya kepada kami semua.
“Aku menyedari
telah jatuh cinta, Tapi aku tak bisa mengungkapkan, Terasa bahagia ku
mencintaimu, Walaupun kau belum mencintaiku..” Erkk, siapa pulak yang
telefon aku waktu-waktu macam ni..?? Nasib baik dah lepas solat.
“Ai, kenapa yang tak jawab call tu..?? Ke nak Kak Nad
yang tolong jawab bagi pihak Ai..??” Tanya Kak Nadia selamba, sebelum tergelak
mengekeh melihatkan muka Airysh yang terkejut.
“Hahh, aa.. aa.. nak.. nak jawab laa ni Kak Nad, tengah
fikir siapa yang call Ai waktu-waktu macam ni.” Sedikit gugup Airysh Firasha
jadinya bila dia terkejut seperti tadi.
‘Erkk, num.. number siapa ni..??’ Soal Airysh dalam hati,
takut andai Nadia Athellia risau melihat riak hairan di wajahnya.
“Hello, assalamualaikum.. Airysh, awak nak ikut sekali
tak pergi camping dekat Royal Belum, Pulau Banding 29 Oktober nanti..?? Kalau
nak, nanti confirm dengan saya balik, okay.” Bicara si pemanggil di hujung
talian sana tanpa Airysh kenal siapa empunya suara.
“Err.. Hello, waalaikumussalam. Ya saya, erkk.. aa, oo...
ookay.. Erkk..” Tanpa sempat Airysh bertanya siapakah gerangan orang di hujung
sana, talian sudah dimatikan.
Sampai gugup dan tergagap aku jadinya dengar suara dia.
Siapa dia, dan dari mana dia dapat nombor telefon aku..?? Apa yang dia tau
pasal camping dekat Royal Belum yang aku nak join tu, dan macam mana dia tau
erkk..??
Suara tu.. macam aku kenal suara tadi tu, suara orang di
hujung talian tadi. Kenapa hati aku kuat menyatakan itu dia, benarkah dia..??
Suara yang sama yang mampu menggetarkan seluruh hati dan perasaan aku,
diakah..??
“ADIK.. oohh adik.. aikk, lepas
solat terus mengelamun. Ai.. Airysh Firasha..” Panggilan demi panggilan yang
keluar dari ulas bibir Nadia langsung tidak terkesan pada Airysh, lantas
sergahan diberikan untuk menyedarkan adik angkatnya itu.
Sergahan suara Kak Nadia Athellia yang naik satu oktaf
mengejutkan Airysh dari lamunan, sampai berterabur terus apa yang sedang
dilamunkan sebentar tadi.
“Ooo.. ooo.. ooiii... Aishh, akak ni laa.. cuba laa bagi
salam dulu ke, ni main sergah je. Nasib baik tau Ai tak ada lemah jantung,
kalau tak.. mau gol Ai kat depan akak ni.” Ujar Airysh selamba.
“Ekk.. Maaflah, habis tu dah dari tadi akak dok panggil
Ai tak jawab jugak.. tu yang sampai naik satu oktaf suara akak sebab nak
panggil Ai, mengelamun rupanya Ai erkk.” Nadia menjawab perlahan sebelum mula
membahan Airysh kembali.
“AKU menyedari
telah jatuh cinta, Tapi aku tak bisa mengungkapkan, Terasa bahagiaku
mencintaimu, Walaupun kau belum mencintaiku, Aku di sini kan slalu menanti,
Yang slalu ada di setiap waktumu, Slalu menanti jawapanmu, Untuk cinta yang
terakhir...”
Handphone yang sedari tadi di genggamanku, berdering
lagi. Lagu nyanyian kumpulan Nomad; Tetap Menantimu memenuhi ruang bilik yang
mana aku dan Kak Nadia gunakan untuk menunaikan solat Asar sebentar tadi.
Masih, pemanggil yang sama.. apakah dia..?? Memang dia..
“Hello, assalamualaikum Airysh.. macam mana, awak dah
buat keputusan sama ada nak join sekali atau tak dalam camping tu nanti..??
Rugi rasanya kalau awak tak ada sekali nanti...” tanya Faiq Shairrul, sebelum
dia meluahkan rasa kecewa yang hampir tak kedengaran.
Selesai memberi salam, terus sahaja diterjah Airysh
dengan pertanyaan tentang aktiviti di Royal Belum nanti. Bait-bait terakhir
yang keluar dari mulut lelaki itu kedengaran kurang jelas, antara dengar dan
juga tidak.
“Hello, waalaikumusalam.. saya..” adakah dia akan kecewa
kalau aku tak pergi sekali ke Royal Belum dengan dorang semua..?? Apa kau fikir
ni Ai, jangan nak merapu.
“Hello.. Hello, Airysh.. Airysh, awak still dekat sana
ke..??” tanya Faiq Shairrul dalam nada risau.
“Aaah, hello.. uhmm, so.. sorry.. sa.. sayaa, ikut
sekali. Urmm, ada apa-apa info lagi tak pasal aktiviti kita dekat Royal Belum
tu nanti.. untuk persediaan..” ujar Airysh dalam gugup yang masih bermukim di
dada.
Dia ada cakap sesuatu pasal aktiviti dekat Royal Belum tu
nanti, tapi apa..?? Yang aku dengar, ‘Rugi rasanya kalau awak tak ada sekali
nanti..’.. hanya itu.. apakah maksud dia..??
“Ai, okay ke tak ni dik..?? Berkerut je dahi tu akak
tengok, riak muka pun nampak pelik je.” Ujar Nadia Athellia kerisauan.
“Hahh, urmm.. Aii.. Ai ok je Kak Nad, don’t worry about
me okay.. serious, I’m fine.” Dalam gugup Airysh cuba menunjukkan riak serius
dan okay kepada Nadia.
Handphone yang masih dalam genggaman tangan langsung
tidak diendahkan, fikir Airysh, Faiq Shairrul sudah memutuskan talian. Tetapi
bila dipandang skrin telefon bimbit miliknya itu, hampir pitam Airysh jadinya
bila menyedari si dia masih di hujung talian dan mendengar setiap apa yang
dibualkan bersama kakak angkatnya, Nadia Athellia sebentar tadi.
“Err.. aa.. Urmm, Encik.. Encik Irul dengar ke, aap.. apa
yang saya cakap tadi..?? Aaa.. urmm.. errr, apa kata Encik Irul buat-buat tak
dengar je.” Ujar Airysh dalam gugup dan risau.
Faiq Shairrul sudah menahan tawa mendengar celoteh dari
gadis manis itu, bukan dia tidak sengaja mendengar apa yang dibicarakan
kedua-dua gadis di hujung talian sana.. tetapi dia sengaja tidak memutuskan
talian telefon.
“Saya tak dengar apa-apa pun, lupa nak putuskan talian
lepas habis cakap dengan awak tadi. Don’t worry okay..” Sambil tersenyum Faiq
Shairrul memutuskan talian telefon.
FAIQ SHAIRRUL sedar, dalam hatinya
kini ada sebuah rasa yang mulai bercambah mekar. Namun dia cuba untuk menepis
rasa itu, cuba untuk tidak ambil peduli walaupun dadanya acapkali terasa bagai
hendak pecah melihat raut wajah Airysh Firasha yang comel dan mulus itu.
“Airysh Firasha.. ke mana saya pergi, dan walau apa pun
yang saya lihat, pasti akan ada wajah awak. Tak mampu untuk saya hapuskan
bayangan wajah awak dari hidup saya, walaupun dah berkali saya cuba.” Monolog
Faiq Shairrul sendiri sambil mindanya membayangkan wajah mulus Airysh.
29 Oktober,
“Okay girls, jadi.. kamu semua dah bersedia nak mulakan
perjalanan kita ke Royal Belum sebentar lagi, semua barang tak ada yang
tertinggal..?? Ada tak yang bawak barang yang saya pesan hari tu..??”, tanya
Faiq Shairrul sebelum memulakan perjalanan.
“Encik Faiq, nanti kita nak bermalam dekat mana ya bila
dah sampai dekat Perak..??”, tanya Nurina Jannah ingin tahu.
Suasana dalam Urvan yang mulanya riuh dengan gelak tawa
dan nyanyian kini senyap sunyi, semua mata memandang ke arah Faiq Shairrul yang
sedang memandu. Dan aku, hanya duduk diam tidak berkutik di seat penumpang
belakang tempat duduk pemandu.
“Kenapa, kamu semua nak bermalam dekat bilik yang ada
penghawa dingin ke..?? Kalau tak ada penghawa dingin tak boleh..??”, soal Faiq
Shairrul kembali, sengaja ingin menduga.
“Err.. tak adalah Encik Faiq. Nak bermalam dekat
mana-mana pun kami tak kisah sebenarnya, saja kami nak tanya pasal tempat untuk
kita bermalam nanti.” Kata Syarah Rasyiqah, ingin membela diri dan kawan-kawan
yang lain.
Nama je senior kami ni, tapi perangai masih macam
budak-budak yang kurang matang. Di sepanjang perjalanan ke Pulau Banding, Royal
Belum, Perak, aku hanya mendengar lagu yang dimainkan melalui telefon bimbit
yang sedia ada dalam genggaman sambil menyanyi mengikut irama yang dimainkan.
Yang lain.. aku sorang je yang asyik melayan perasaan,
sampai tak sedar yang lain sudah menjengah dunia mimpi. Si dia, sudah bosan
memandu tanpa ada yang boleh diajak bicara ataupun menyanyi bersama.
“MERAH pipi ini, Saat kulihat
dirinya, Mungkinkah ini, Yang dinamakan Cinta, Malu hati ini, Saat kutatap
wajahnya, Mungkinkah ini, Yang dinamakan Cinta.. Tapi ku malu, Tuk mengatakan,
Pada dirinya, Ooh Tuhan tolong aku sampaikan, Pesan ini padanya, Agar dia tahu
bahwa kini, Aku jatuh cinta, Ooh Tuhan bantu aku temukan, Cara tuk mendapatkan
dia, Kerna kini ku tlah jatuh cinta..”
Lagu Pesan Cinta yang dinyanyikan oleh Afgan yang kedengaran
melalui earphone yang aku sumbatkan ke telinga, aku hayati sebelum ikut
menyanyi sekali mengikut irama.
Sesekali dia membuang pandang ke arahku melalui cermin
pandang belakang yang ada di bahagian pemandu, dan aku.. sesaat.. dua saat..
tiga saat.. aku diam tak berkutik, langsung terhenti menyanyi. Dan dadaku
berombak kencang saat panahan matanya melalui cermin itu memanah tepat ke dalam
mataku, pandangan mata kami bersatu untuk beberapa ketika.
“Ehh, semua tidur lena dah..?? Saya dah mula nak
mengantuk ni, drive sorang-sorang.. tak ada siapa nak sembang, lagu pun tak
ada..”, ujarnya bagaikan cuba menarik aku bersembang kosong dengannya.
Sengaja aku melarikan pandangan mata ke arah lain,
berharap agar dia tidak bersuara memulakan bicara denganku.
Yang kedengaran hanyalah bunyi angin yang berdesir
mengenai tingkap Urvan yang terbuka, menyapu lembut wajahku hingga membuatkan
aku terbuai asyik dengan kedinginan suhu angin itu sendiri.
“Ehemm.. layan blues sorang je ke, tak nak ajak saya
sekali..??”. Tiba-tiba sahaja suara dia menyapa gegendang telingaku, dan aku..
tersengih segan ke arahnya.
“ENCIK IRUL, beg ni nak
angkat letak kat mana..?? Barang-barang yang lain ni nanti, macam mana..??”,
soalku ingin membantu.
“Tak apa.. awak angkat barang awak je, barang-barang yang
lain tu nanti saya suruh Izdiyad, Naufal dengan Irsyad angkat.” Ujar Faiq
Shairrul menghalangi perbuatanku.
Dia halang atau tidak, aku tetap ingin membantu..
walaupun hanya dengan mengangkat beg kembara yang memuatkan pakaian dia, aku
angkat dan terus sandang ke bahu sebelum beranjak ke tepi.
Selesai dia mengangkat beberapa barang yang lain, aku
membawa beg berisi laptop, LCD dan speaker masuk ke dalam Suria Inn.. tempat
penginapan kami semua sebelum bertolak ke Royal Belum, Pulau Banding keesokan
hari. Tempat kedua setelah berhenti rehat dan makan di bandar Kuala Kangsar.
Beg kembara yang berisi pakaiannya aku serah kembali
kepada dia, dan aku terus membuntuti rakan yang lain masuk ke bilik penginapan.
Masuk sahaja ke dalam bilik penginapan, aku dan yang lain terus merebahkan diri
ke atas katil untuk berehat sebentar sebelum membersihkan diri.
“Tokk.. tokk.. tokk..”, bunyi pintu bilik yang diketuk
dari luar menyentakkan lamunanku. Terus aku mencapai tuala yang ada berdekatanku
untuk menutupi kepala, sebelum bergerak membuka pintu.
“Airysh, pesan dekat yang lain suruh siap cepat. Kejap
lagi kita keluar makan, lepas tu terus balik ke sini sebelum pukul 9 malam..
taklimat pukul 9 tepat, dekat bilik mesyuarat dengan Inspektor Kesihatan yang
tangani masalah air, malaria dan filariasis dekat Royal Belum.” Faiq Shairrul
tersenyum manis sebelum berbicara dengan nada serius.
“Okay Encik Irul, beres. Nanti saya pesan dekat
dorang..”, kataku sebelum membalas senyumnya.
KEADAAN perkampungan
orang asli di Royal Belum itu begitu mendamaikan dan udaranya segar,
sehinggakan aku dan yang lain langsung tidak merasakan apa-apa kesukaran untuk
bernafas atau sebagainya.
“Tuan.. Prof.. dekat sini ada sungai tak..?? Kalau kami
nak mandi sungai boleh tak Prof., air tak ada laa dekat sini.” Tanya Lufya Auni
dengan selamba kepada Professor Zawir Mubasysyir.
“Ada.. dekat bawah, tempat perkampungan orang asli yang
kita nampak tadi.. Sungai dekat bahagian bawah sikit kat sebelah kanan, orang
asli dekat sini guna sungai tu kalau nak mandi, masak apa semua tu.” Terang
Tuan Haji Rafiq Azlani, Inspektor Kesihatan yang menjaga keadaan kesihatan di
kawasan itu.
“EHH, ENCIK IRUL.. kata nak
mandi tadi, tapi kenapa tak mandi pun..??” Soalku, melihatkan dia hanya duduk
di atas batu sederhana besar di tengah sungai itu.
Automatik tangan ku penuhkan dengan air sungai lalu aku
simbah ke arahnya berulang kali sehingga basah seluruh tubuhnya.
“Sejukk.. awak mandilah dulu, dorang pun tengah seronok
main air sungai ni.” Ujarnya cuba untuk mengelak, namun aku lebih pantas
membasahkan seluruh tubuhnya dengan air sungai.
Seketika kemudian, bahagian belakang bajuku terasa basah
dan sedikit sejuk akibat rembesan air yang disimbah oleh Lufya, Izdiyad,
Naufal, dan Syarah.
Irsyad di sebelahku sudah bersedia membalas kembali
serangan mereka berempat, sementara aku, Nurina, Alieya, Dalila, Qarina, dan
Keisha mengambil posisi sebelum membalas serangan. Dayana pula duduk di tepi,
mengambil gambar kami semua untuk dibuat kenangan dan rujukan report yang perlu
dihantar kepada pensyarah nanti.
“Airysh best kan..”, panggil Faiq Shairrul sebelum
menghadiahkan sebuah senyuman lebar ke arahku dan membuat tanda bagus. Dia..
adakah dia..?? Aku lihat ulas bibirnya bergerak, seperti ingin mengatakan
sesuatu namun didiamkan sahaja.
MALAM ITU.. selesai semua
aktiviti seperti yang dirancang bersama Tuan Haji Rafiq Azlani, Faiq Shairrul
memainkan lagu yang sedia ada dalam laptop untuk menaikkan semangat kami semua.
Dan dia turut sama menyanyi mengikut lirik lagu yang tertera di skrin.
“Keisha, nak balik ke khemah ke..?? Ai ikut sekali laa,
sejuk kat sini. Alieya, Dalila, Ai balik khemah dulu dengan Keisha.. tak tahan
ngantuk, dan sejukk...”, aduku lembut kepada mereka, si dia hanya melihat sebelum
melarikan pandang ke arah lain.
“Okay.” Balas Alieya dan juga Dalila, aku hanya memandang
sekilas ke arah si dia sebelum bergerak ke khemah bersama Keisha.
“Hanya dirimu yang
ku cinta, Takkan membuat aku jatuh cinta lagi, Aku merasa kau yang terbaik untuk
diriku, Walau ku tahu kau tak sempurna, Takkan membuat aku jauh darimu, Apa
adanya ku kan tetap setia kepadamu, Tuhan jagakan dia, Dia kekasihku kan tetap
milikku, Aku sungguh mencintai, Sungguh menyayangi setulus hatiku...” Lagu
Motif Band, Tuhan Jagakan Dia kini kedengaran dari ruang makan yang aku dan
Keisha tinggalkan tadi.
“Bila ku hanya
sesaat bagimu, Jangan biarkan ku terlanjur menyayangmu, Aku tak sanggup jauh
darimu, Karna kau yang membuat aku menyayangmu, Cinta yang ku punya bukan
sekedar kata, Cinta ku ini abadi untukmu, Kasih jangan-jangan-jangan jangan kau
pergi, Jangan pernah meninggalkan aku sendiri, Aku tak bisa aku tak sanggup
bila sendiri, Kasih jangan-jangan-jangan jangan kau pergi, Jangan pernah
meninggalkan aku sendiri, Aku tak bisa bila kau pergi...” Lagu Motif Band
berganti dengan lagu Kasih Jangan Pergi, Pria Band.
“Ku coba ungkap
tabir ini, Di saat kadang kau dan aku, Terpisahkan oleh ruang dan waktu,
Menyudutkanmu meninggalkanku, Ku merasa tlah kehilangan, Cintamu yang tlah lama
hilang, Kau pergi jauh karena salahku, Yang tak pernah menganggap kamu ada, Asmara
mengisahkan kita, Mengingatkanku pada dirimu, Gelora mengingatkanku, Bahwa
cintamu tlah merasuk jantungku, Sejujurnya Ku tak bisa, Hidup tanpa ada kamu
aku gila, Seandainya kamu bisa, Mengulang kembali lagi cinta kita, Takkan ku
sia-siakan kamu lagi...” Lagu yang dimainkan silih berganti, sehinggalah
lagu Kehilangan yang dinyanyikan penyanyi Indonesia, Firman. Dan terakhir
sekali lagu Geisha, Takkan Pernah Ada, lagu kesukaan aku.
“Dia memang hanya
dia, Ku slalu memikirkannya, Tak pernah ada habisnya, Benar dia, Benar hanya
dia, Ku slalu menginginkannya, Belaian dari tangannya, Mungkin hanya dia, Harta
yang paling terindah, Di perjalanan hidupku, Sejak gerak denyut nadiku, Mungkin
hanya dia, Indahnya sangat berbeda, Ku haus merindukannya, Ku ingin kau tau isi
hatiku, Kaulah yang terakhir dalam hidupku, Tak ada yang lain hanya kamu, Tak
pernah ada, Takkan pernah ada, Benar dia, Benar hanya dia, Ku slalu
menginginkannya, Belaian dari tangannya, Mungkin hanya dia, Indahnya sangat
berbeda, Ku haus merindukannya, Hoo.. Ho.. Ho... Ku ingin kau tau isi hatiku,
Kaulah yang terakhir dalam hidupku, Tak ada yang lain hanya kamu, Tak pernah
ada, Takkan pernah ada, Ku ingin kau slalu di fikiranku, Kau yang slalu larut
dalam darahku, Tak ada yang lain hanya kamu, Tak pernah ada, Takkan pernah ada,
Hu... Hu...” setiap bait lirik dalam lagu Geisha, Takkan Pernah Ada aku
hayati sebaiknya dan aku ikut sama menyanyi, dalam sedar aku melangkah keluar
dari khemah dan hanya memerhati.
DALAM hati aku tertanya sendiri,
apakah dia memang untuk diriku, atau Allah hanya menguji aku dengan rasa cinta
yang wujud untuk si dia setelah sekian lama tiada cinta yang tumbuh dalam hati
ini.
Tanpa sedar, Faiq Shairrul melirikkan pandangannya ke
arahku.. dan pabila aku memandang ke tempat yang mereka sedang duduki,
cepat-cepat dia memandang ke arah lain.
“Kenapa hati ini begitu cepat jatuh cinta pada awak,
Encik Irul..?? Kenapa awak yang Dia pilih, untuk cairkan hati saya yang dah
lama tertutup untuk cinta manusia..” aku bermonolog sendirian di luar khemah
sambil memandang ke arah si dia dan yang lain yang masih berada di ruang makan
sambil melayan lagu.
“Airysh, tak nak tidur lagi ke..?? Kei nak tidur dah ni,
mengantuk pulak lepas layan lagu Firman tadi.. siap ambik feel cukup-cukup,
hehee..”, tanya Keisha dalam kuap yang ditahan sebelum membuka bicara soal lagu
Firman di awal tadi, kemudian gadis itu melangkah masuk ke dalam khemah semula.
“Kejap, Airysh nak streching badan kejap.. nanti kejap
lagi Ai masuk khemah. Kei tidur laa dulu kalau dah mengantuk sangat, tak payah
tunggu Ai erkk..”, ujarku kepada Keisha, gadis bertubuh genit itu.
Masuk sahaja ke dalam khemah, tubuhku terasa kedinginan
malam yang mulai menusuk.. cepat sahaja tangan aku menyelongkar beg kembara
kepunyaanku untuk mengambil dua helai t-shirt lagi untuk disarungkan ke tubuh
dan dua pasang stoking kaki untuk dipakai bagi mengelakkan perutku kembung keesokan
pagi.
Jumaat, 1 November; 1.56 am.
Aku tersedar dari tidurku kerana kesejukan yang teramat
sangat hingga aku terpaksa mengerekot, dan kain batik yang aku jadikan selimut
terasa lembap dek kerana embun malam dan suhu kawasan itu. Dengan bersusah payah,
aku cuba untuk lena semula.
Keesokan paginya seperti yang telah dijangka, bukan hanya
Airysh seorang sahaja yang kembung perut, bahkan yang lain turut sama mengalami
kembung perut. Suhu di kawasan itu menyebabkan hampir semua menggigil, sejuknya
mencucuk ke tulang hitam.
“Prof. selesai subuh nanti, kita semua sarapan dulu
sebelum bersiap untuk ke perkampungan orang asli macam yang saya cakap semalam.
Pastikan semua pelajar lengkap sepertimana yang telah dipesan.” Ujar Tuan Haji
Rafiq Azlani, sebelum dia mula mengingatkan kami semua.
“Orait.. it’s all been set, jadi lepas ni kamu semua
boleh siap apa yang patut.. pastikan semua mengikut peraturan..”, balas Prof.
Zawir Mubasysyir, menyambung bicara IK Tuan Haji Rafiq Azlani.
“Kalau nak dibandingkan kawasan ni dengan Royal Belum
yang betul-betul Royal Belum, kawasan ni sebenarnya hanya berada di kawasan
luar Royal Belum. Royal Belum yang sebenarnya terletak di bahagian dalam Pulau
Banding ni, dan banyak pacat serta haiwan yang besar berkali ganda saiznya dari
yang kita jumpa di luar.. Kawasan Royal Belum yang sebenarnya lebih sejuk dan
segar berbanding kawasan ini, dan yang lebih penting keindahan panorama dia
yang dihiasi air terjun semulajadi yang cantik.” Tuan Haji memulakan bicara
mengenai keadaan Royal Belum yang sebenar.. kawasan di mana kami berada ini
sebenarnya hanyalah sebahagian luar kawasan Royal Belum yang sebenar.
“Tuan Haji, harap di masa akan datang pihak tuan boleh
bawak kami masuk ke dalam kawasan hutan Royal Belum yang Tuan Haji katakan
kejap tadi.. teruja nak tahu keadaan bahagian dalam hutan simpan Royal Belum
ni.” Ujar Lufya Auni dalam kegirangan kepada Tuan Haji Rafiq Azlani.
IPOH, here we come...
akhirnya, setelah hampir tiga hari berkampung di atas bukit, berdekatan
perkampungan orang asli, kami semua turun juga.. balik ke tempat di mana
perjalanan kami ke Royal Belum bermula, di Titiwangsa.
“Yang lain pergi mana..?? Tak selesai lagi ke..??”
Tiba-tiba suara jambu si dia menyapa cuping telingaku, terasa begitu dekat
sahaja gayanya.
Aku kalih badan ke belakang, dan hampir sahaja ulas
bibirku menyapa lembut pipinya. ‘Ohh Encik Faiq Shairrul, kenapa laa awak dok
kat belakang saya macam ni..?? Mau luruh jantung saya dari tangkai bila awak
buat macam ni...’
“Erkk.. Aaa.. To.. Toilett.. Dorang baru je pergi, lambat
sikit kot Encik Irul.. Ke.. kenapa, dah nak gerak ke..??”, soalku dalam
kegugupan yang tak tertahan. Malu kot bila aku hampir je tercium pipi dia.
“Taklah, saja saya tanya.. awak tak nak pergi tandas ke,
tak rasa nak buang apa yang patut dulu sebelum gerak nanti..??” Soal Faiq
Shairrul lembut kepada Airysh Firasha.
Ya Allah, kenapalah dia tanya aku soalan yang macam ni
punya.. sengal..?? Tak laa, soalan yang sikit punya tak masuk akal mungkin.
Airysh Firasha hanya tak tahan cuaca sejuk yang melampau je, bukannya aku sejuk
sangat sampai nak kena pergi melabur apa yang patut..
“Aahh, tu Keisha.. dah keluar pun dia, saya pergi dekat
Keisha dulu laa Encik Irul.. nak tangkap gambar..”, ujarku mencari alasan untuk
melarikan diri sebenarnya.
‘Ya Tuhan, kenapa dia begitu comel pada pandangan mataku
Ya Allah.. hingga aku tergoda dengan setiap lirikan matanya, tiap senyum dan
juga tawanya. Mampukah aku mengungkapkan segala rasa ini kepada dia Ya
Rabb..??’ monolog Faiq Shairrul sendirian tatkala Airysh Firasha sudah berlalu
meninggalkan dia.
“Airyshh, kenapa tak ambil gambar pokok bunga ni..??
Cantik jugak, pemandangan dari kawasan ni pun nampak cantik sangat Ai.. macam
rugi kalau tak ada gambar kenangan dekat sini.” Ujar Keisha sambil tangannya
ligat menangkap gambar.
Pantas aku menyeluk poket sweater yang tersarung di
tubuhku, lantas mengambil telefon yang sudah sedia hidup.. aku pilih ikon
kamera yang tersedia di skrin pemuka telefon sebelum mula mengambil beberapa
keping gambar yang menarik minatku.
PERJALANAN demi
perjalanan yang kami tempuhi, akhirnya
kami singgah sebentar di Lata Kijang yang sememangnya terkenal kerana air
terjun semulajadi yang ada di situ dan panoramanya yang memikat. Kemudian, kami
menginap di tempat terakhir dalam ‘Education Trip’ di Sungai Rokam Homestay de’
Village.
Terbayang satu persatu kejadian yang berlaku sewaktu di
Royal Belum itu di ruangan mata Airysh, dia bukan sahaja tidak dapat melelapkan
mata kerana hal itu.. namun ada sebab lain yang menyebabkan dia tetap terjaga
sehingga jam menunjukkan pukul dua lebih.
Faiq Shairrul.. sangka Airysh dia sudah tidur lena di
ruang tamu itu, namun sangkaannya nyata meleset sama sekali. Walau lelaki itu
diam tidak berkutik, namun dia belum betul-betul lena saat itu.
‘Ya Allah, betapa kuatnya rasa yang Kau hadirkan dalam
hatiku ini Ya Allah.. betapa aku mampu merasakan getaran hebat dalam hati ini,
saat dia terlalu dekat denganku seperti ini..’ Faiq Shairrul bermonolog dalam
hatinya sendiri, tidak mahu Airysh tahu yang dia masih belum tidur.
Lufya, Syarah, dan Qarina sudah lama bersedia untuk
membahan Airysh Firasha dan Faiq Shairrul.
“Syad, eh.. kenapa yang kau tidur dekat situ Syad, kau
bukan patutnya tidur dekat sebelah Qar ke..???” Lufya Auni sudah memulakan
langkah pertama secara spontan untuk membahan Airysh dan Faiq.
“Ha’aah Syad, suka hati kau je tinggalkan ‘isteri’ tidur
sorang-sorang. Sedap pulak aku tengok kau tidur sebelah Encik Faiq erkk.” Sahut
Qarina Batrisya pula, memanjangkan lagi bicara.
Aku.. Aku, Airysh Firasha hanya diam tak berkutik di
sebelah Qarina. Sudah menarik hood sweater yang membaluti tubuhku hingga
menutup muka.
“Qarina, kau tarik je si Irsyad tu tidur sebelah kau..
‘laki’ apa laa macam ni tinggalkan ‘isteri’ tidur sensorang. Haa, Airyshh tu
kau letak je kat sebelah Encik Faiq tu Qar..”, sambung Syarah Rasyiqah sebelum
mula membahan aku dan Faiq Shairrul.
Si dia..?? Sudah baring mengiring menghadap ke arah kami
berempat, dengan Irsyad sebagai penghadang. Harus gelak, atau senyap.. aku pun
tidak tahu.
“Ehemm, tido..tido..”, bebel Izdiyad di katil atas.
Sungguh, aku sudah tersipu malu di sebelah Qarina..
lantas aku sembunyikan muka di balik bahu Qarina, menghalangi pandangan Irsyad
dan juga si dia yang nyata masih mengiring menghadap kami. Tatkala itu, aku
sempat melihat senyuman terbit dari ulas bibir dia sebelum hilang ditelan
kegelapan.
“Alalaa, nak malu-malu pulak erkk Ai... pergi je laa tidur
kat sebelah Encik Faiq tu, macam kitorang tak tau pulak kann..”, ujar Lufya
Auni menambahkan blushing di pipiku.
“Ha’aah.. kalau tak nak, Lufya je yang tidur kat sebelah
Encik Faiq tu Ai.. kan Encik Faiq..”, sambut Lufya Auni bagai menghentikan
degup jantungku tika itu.
Apa yang ku rasakan saat itu sungguh hampir sahaja
membuatkan jantungku berhenti berdetak, tiap perkataan yang keluar dari ulas
bibir Lufya bagaikan belati yang menghiris lembut hatiku.. namun kesannya
sungguh mendalam.
“Err.. Syarahh.. Lufyaa.. Aa.. Apalah korang ni, tetiba
pulak.” Sambutku dalam gugup sambil muka masih di balik bahu Qarina.
HO YEAHH, balik ke
rumah.. Palm Spring at Damansara, here we come.. home sweet home.
“Prof. nanti Prof hantar kitorang balik rumah dulu ke
Prof. nak hantar Encik Faiq balik rumah dia dulu..?? Kita hantar Encik Faiq
balik rumah dia dulu boleh tak Prof. Zawir..?? Boleh erkk, bolehh erkk..”,
tanya Lufya Auni bersungguh sebelum memujuk Prof. Zawir Mubasysyir untuk
menghantar Faiq Shairrul pulang ke rumahnya.
“Mana-mana pun boleh sweetheart.. Hahahaa..” Ujar Prof.
Zawir Mubasysyir, sebelum disambut ketawa perlahan di tempat duduk pemandu.
Lufya Auni sudah tertunduk malu kerana Prof. Zawir
tiba-tiba memanggilnya sweetheart, bukan dia tidak tahu yang Prof. Zawir hanya
bergurau sahaja. Memang selalu didengar Prof. memanggil dia begitu, kami yang
lain hanya ketawa melihat wajah cemberut Lufya.
“Encik Faiq.. rumah Encik Faiq yang mana satu, yang
tingkap bilik terbuka tu ke yang mana..??”, tanya Syarah Rasyiqah, sambil yang
lain mengiyakan.
Aku, Airysh Firasha hanya bertindak menjadi pendengar
sahaja.. tidak tahu untuk berkata apa, dan tidak tahu untuk bereaksi bagaimana.
Hanya mampu mendengar dan tersenyum lembut sebelum menggelengkan kepalaku.
“Rumah saya..?? Rumah saya yang belah kanan tu, yang
tingkap bilik dia terbuka dan ada dilimpahi cahaya lampu bilik warna kuning tu.
Yang tu laa rumah saya.” Jawab Faiq Shairrul bersungguh, membalas pertanyaan
Syarah dan juga yang lain.
“Airysh.. tak apa, saya boleh angkat.. Aa.. awak turun
dulu Aii.. ehemm, Airysh. Lagipun barang saya banyak, beg saya tu pun berat.”
Bersungguh dia menyuruh aku turun dari Urvan itu, dan aku.. agaknya aku turun
tak..??
“Be pleased, it’s not too hard for me..”, sambil tanganku
pantas menghulurkan beberapa barang miliknya dari dalam Urvan. Lantas dia
mengucapkan terima kasih sambil menghadiahi sebuah senyuman buatku.
“Aku menyedari
telah jatuh cinta, Tapi aku tak bisa mengungkapkan, Terasa bahagiaku
mencintaimu, Walaupun kau belum mencintaiku, Aku di sini kan slalu menunggu,
Yang slalu ada di setiap waktumu, Slalu menanti jawapanmu, Untuk cinta yang
terakhir, Semakin ku bisa untuk menyayangi, Semakin ku bisa untuk mengerti,
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan, Kan kuhapus semua menjadi indah, Tak akan
pernah hilang rasaku, Cinta yang membawa dalam hatiku, Bagai mata yang tak
terpejam, Aku tetap menantimu...”
Telefon bimbitku yang berada dalam kocek sweater yang tersarung
pada tubuhku menjerit nyaring, meminta dijawab segera. Si dia, tiba-tiba
memandang ke wajahku, dengan pandangan mata yang tak dapat ku terangkan dan
riak wajah yang terkedu.
‘Kak Nadia Athellia..?? Hurmm, apa agaknya yang Kak Nad
nak cakap erkk..?? Hehee..’ Akhirnya, hampir seminggu tidak mendengar suara
Nadia Athellia.. Airysh sudah jadi Airysh Firasha yang selamba seperti sebelum
aktiviti camping di Royal Belum dahulu.
“ASSALAMUALAIKUM Kak Nad.. akakk, miss
you so very much macam nak guling-guling je tahap kerinduan Ai kat akak tau..
hehee..”, ujarku kepada Kak Nadia Athellia di hujung talian selepas memberi
salam sedikit over.
Sengaja aku berbicara riang begitu dengan Kak Nadia,
hendak mengusir debar yang tiba-tiba datang bertandang di tangkai hati. Debar
yang muncul tatkala si dia memandang tepat ke wajahku dengan penuh tanda tanya.
“Waalaikumussalam Airysh sayang, ye laa tu rindu kat akak
kan.. awak tu bila nak balik rumah, kata rindu kat akak..?! Kak Nad ni sampai
tergolek tertonggeng rindu kat Aii tau..”, Nadia Athellia menjawab salam,
sebelum bersuara lirih bagai berjauh hati.
Ya Allah, kuatnya debaran yang Kau kirimkan ke dalam
hatiku ini Ya Rabb.. tabahkanlah aku agar tidak terpesong dari niatku untuk
belajar Ya Rabb, janganlah Kau biarkan rasa ini terlalu menyesakkan jiwaku..
aku mohon pada-Mu Ya Allah..
“Akak merajuk dengan Ai ke..?? Alaa, tak best laa macam
ni Kak Nad.. haa, tak apa.. balik nanti Aii masak laksa goreng special kesukaan
akak erkk, khas untuk akak..”, pujukku manja dengan suara yang sengaja ku
leretkan.
Faiq Shairrul yang mendengar bicaraku tatkala itu sempat
ku tangkap sedang tersenyum sendiri sambil ekor matanya masih memerhatikan aku
yang duduk dalam Urvan yang sudah sedia hendak bergerak menginggalkan
perkarangan Apartment Carrina at Damansara.
Erkk.. aa... dia.. dia senyum..?? Dia dengar ke apa yang
aku bebelkan dengan Kak Nad kejap ni..?? Aduhh, malu betul aku macam ni.
“Aii.. Aii.. Airysh Firashaa, dengar tak akak panggil
ni..?? Haihh, budak ni.. sah-sah tengah syok dok berangan ni, betul tak..??
AIRYSHH..”, panggil Nadia Athellia sebelum dia mula membebel panjang kepada
Airysh.
“Ooh hoii, ooo ooii.. aa.. aapa Kak Nad..?? Sorry, Ai tak
dengar tadi.. Sorry, sorry.. Akak cakap apa tadi kak..??” Ujarku selepas
terlatah secara spontan tadi.
Berdasarkan dari keadaan Urvan yang baru sahaja bergerak,
Airysh sudah dapat menangkap bahawa Faiq Shairrul tanpa sengaja telah mendengar
dia terlatah. Tawa yang ditahan juga sudah terlepas tanpa sempat di’cover’, apa
mau buat.. Faiq Shairrul memang begitu.
“AKAKK.. Kakk Nadia Athellia kesayanganku,
miss you soo much kak. Erkk..”, alamak haii, malunya muka den. Mano laa eden
nak letak muko ni..??
Aduhai, segan betul aku macam ni. Apa ke halnya laa yang
Kak Nad tak bagi tahu awal-awal kata ada tetamu dekat rumah, dah laa aku dengan
berpeluhnya.. badan melekit, masam lagi lepas balik dari camping.
“Oohh, nilah Airysh ye..?? Manis orangnya, nama pun
cantik jugak Nad macam orangnya. Aunty dengan Uncle bukan apa, kami datang ni
macam yang Nadia sendiri tahu.. harap apa yang kita bincangkan tadi akan ada
kata sepakatlah nanti, lagipun.. ini permintaan anak Aunty.” Bicara Puan Amirah
Anisah lembut kepada Nadia Athellia, sambil matanya memandang lembut ke arah
Airysh Firasha.
“Akak, asal tak bagitau kat Ai yang ada tetamu kat rumah
kak..?? Dah laa dengan bau masam macam nie, badan melekit-lekit lagi.. aduhai,
lepas tu tadi dah laa terover jap masa masuk rumah kejap tadi. Nak lepas rindu
dekat akak punya pasal sampai tak perasan ada kasut banyak-banyak dekat luar
tu...”, ujarku dengan muka masih blushing tahap tak hengat.
“Aikk, akak pulak yang kena.. Yang akak call Ai tadi tu
akak nak bagitau pasal ni laa, tapi lepas akak panggil tu Ai jawab kejap..
lepas tu bila akak nak cakap lagi, terus putus.” Bicara Kak Nadia Athellia,
sebelum Airysh menyedari sesuatu.
Sambil tepuk dahi, baru dia teringat akan sesuatu tentang
kejadian petang tadi. Sudahlah tak ada wayar pengecas yang boleh dicucuk pada
tempat pengecas dalam Urvan itu, lantas tiada apa yang boleh dia lakukan
sehingga dia sampai ke rumah nanti.
Airysh memandang sepi telefon bimbit yang masih dalam
genggamannya, baru sahaja dia bertanya kembali apa yang dibicarakan oleh Nadia
Athellia sebelum panggilan tiba-tiba terputus.
‘Hishh, handphone ni pun time-time macam ni laa nak habis
bateri. Baru je aku nak lepaskan kerinduan kat kakak angkat kesayangan aku yang
sorang tu.’
“Sorry Kak Nad, lupa pulak kata bateri handphone habis.”
Kataku sambil meminta maaf dari Kak Nadia.
“AKAKK, Aunty Amirah datang
sebab apa kak..?? Kenapa Ai rasa, pandangan mata dia masa dia tengok akak
dengan Ai tadi macam lain. Macam.. macam ada sesuatu yang dia harapkan, dan apa
maksud aunty tu bila dia cakap ‘harap apa
yang kita bincangkan tadi akan ada kata sepakatlah nanti, lagipun.. ini
permintaan anak Aunty.’ Macam ada something fishy je.” Tanya Airysh panjang
lebar kepada Nadia Athellia.
‘Hurmm, haruskah aku bagitau duduk perkara yang sebenar
kat Airysh.? Boleh ke Airysh terima, atau hati Ai masih lagi pada si dia yang
selalu diceritakan tu.. Aku sendiri pun tak pasti, aku tak sanggup tengok
Airysh terluka.’ Nadia bermonolog sendiri, mencari titik permulaan yang sesuai
untuk membahaskan soal kedatangan Puan Amirah Anisah petang tadi.
Nadia Athellia berasa serba salah, kerana dia bukan hanya
kakak angkat kesayangan Airysh Firasha, tetapi dia juga merupakan satu-satunya
kakak saudara yang paling rapat dengan Airysh Firasha.
‘Walau bagaimanapun Airysh Firasha harus tahu, adikku
yang satu itu harus tahu tujuan kedatangan Puan Amirah Anisah sekeluarga tempoh
hari ke rumah ini.. tetapi, bagaimana harus aku sampaikan pada Airysh..?? Itu
yang menjadi persoalan.’ Tekad Nadia Athellia dalam hati.
Puan Amirah Anisah dan Encik Farid Idrus sebenarnya
adalah ibu bapa Faiq Shairrul, dan benar.. tujuan kedatangan mereka sekeluarga
tanpa kehadiran si dia, Faiq Shairrul, adalah untuk menyunting Airysh Firasha
menjadi suri hidup anak teruna mereka.
“Airysh.. akak ada sesuatu nak cakap dengan Ai, yang
sebenarnya..”, terasa seperti dia tidak mampu untuk berbicara walau sepatah
kata pun kepada Airysh tentang tujuan kedatangan Aunty Amirah dan Uncle Farid.
“Kak Nad.. yang sebenarnya, akak nak bagitau dekat Ai
yang Aunty Amirah dengan Uncle Farid datang sebab nak risik Ai kan..?? Aii..
tau kak, bila ada sesuatu yang bermain di fikiran akak..”, tanpa selindung
terus aku luahkan apa yang aku tau.
Nadia Athellia yang mendengar, terkedu saat itu.. hairan
dan terkelu, kerana dia langsung tidak menyangka yang Airysh Firasha dapat
menduga akan hal itu. Bagaimana Airysh tahu, sudah tidak diambil peduli lagi..
yang penting, adik kesayangannya sudah tahu akan hal itu.
“Ai tau kak, Aii tau yang Aunty Amirah dengan Uncle Farid
berkemungkinan besar dah hantar rombongan ke rumah mummy ngan babah.. dan
kemungkinan untuk Ai tolak pinangan tu dah tak ada, saat Aunty Amirah
menyatakan hasratnya agar akan ada kata sepakat.” Ujar Airysh dalam sebak yang
bermukim di dada saat itu.
Benteng air mata yang selama ini kukuh.. mulai roboh
perlahan-lahan, dan dalam sedar Airysh membiarkan sahaja air mata itu mengalir
laju membasahi pipinya. Dia takut.. Airysh takut andai dia tidak dapat menerima
anak Aunty Amirah, kerana dalam hatinya kini terselit sebuah rasa yang mekar
untuk si dia, Faiq Shairrul.
“TAHNIAH AII.. Airyshh Firasha..
bertuah lelaki tu, sebab keluarga dia risik awak untuk jadi suri hidup dia.
Harap awak bahagia dengan dia nanti.. tapi saya lebih mengharapkan awak
menantikan saya...”
Ucap Faiq Shairrul saat mengetahui berita Airysh dirisik.
Bait-bait terakhir yang keluar dari ulas bibir Faiq Shairrul masih boleh
didengari Airysh, walaupun setiap ayat yang keluar sangat perlahan.. dan
dituturkan dalam sebak yang ditahan.
Tanpa sedar, ada satu hati lagi yang turut terluka saat
mendengar berita Airysh Firasha telah dirisik orang. Di mana saat tiga hati
merasa kecewa, tanpa diketahui dua hati kan bersatu.. kan menemui bahagia,
tetapi yang satu lagi akan merana melayan lara.
“Ennc.. Awakk.. saa.. sayaa..”, dalam ketar dan sebak, dan
tanpa selindung lagi terus sahaja aku meluahkan apa yang bermain di minda.
Namun, bicaraku terhenti saat benteng air mata yang selama ini kukuh, mulai
goyah perlahan-lahan.. mutiara jernih dibiarkan mengalir lembut membasahi pipi
mulusku, dan saat dia berpaling ingin mendengarkan bicaraku.. aku terus lari,
lari dari kenyataan dan lari dari situ.. lari dari dia mungkin.
“Airyshh.. AIRYSH FIRASHAA...”, air mata yang ditahan
supaya tidak melimpahi benteng akhirnya gugur jua menyapa lembut pipinya, Faiq
Shairrul sudah tidak sanggup lagi menahan segala rasa.
“Airysh.. Airysh, quiero que sepas que te quiero mucho (Airysh, saya nak awak tahu yang saya
cintakan awak sangat-sangat )”, ucap Faiq Shairrul dalam sendunya.
Betapa sukarnya untuk aku ungkapkan perasaan ini walaupun
banyak cara yang boleh aku gunakan, tapi aku.. masih lagi aku, gagal untuk
mengungkapkan segala rasa yang terpendam sehinggalah dia sudah dirisik orang.
Di suatu sudut yang lain, seseorang yang ternyata sudah
lama menaruh perasaan pada gadis manis itu hanya mampu memendam rasa setelah
mendengar Airysh Firasha bakal mengikat tali pertunangan dengan orang lain.
“Iqie, mami ngan daddy nak hang balik sebelum hujung
minggu ni.. Ingat tau, hari Jumaat mak, abah, ngan semua family kita nak pi
Perak, majlis pertunangan hang dengan calon kami.”, ujar Puan Amirah disambut
anggukan dari Encik Farid.
“Iqie dok kat dalam gheta ja laa no nanti, mami.. daddyy..”,
sambut Faiq Shairrul dalam suara lemah dan pasrah. Tanpa dia tahu siapakah
gerangan bakal tunangannya itu.
Perjalanannya ke Perak dirasakan bagai tidak memberi
apa-apa kesan ke atas dirinya, yang ada di fikiran dia saat ini hanyalah
Airysh.. Airysh Firasha, tiap kali nama itu bermain dalam mindanya, dia terasa
bagai di awang-awangan. Debar yang datang bertandang di tangkai hatinya
hanyalah untuk gadis itu, sememangnya benar.. hanya untuk Airysh Firasha.
“Iqie, sat gi dah sampai Iqie tunggu ja dalam gheta no..
biaq mami ngan daddy hang handle semua, lagipun tak manis kalau orang laki ada
sekali time tunang ni..”, bicara Puan Amirah Anisah kepada anak terunanya itu.
“AIRYSH, sini sat
along.. ni, Rifta Auliya dengan Ainnul Sakinah tak mai ka..?? Sat gi tengah
hari majlis nak mula dah, mummy tak nampak pun kawan kak long dua orang tu.” Kata
Puan Rosemawar Annisa kepada Airysh Firasha, sambil diperhatikan oleh Encik
Firhad Akhtar di sebelahnya.
Faiq Shairrul yang sudah tidak betah menunggu di dalam
kereta segera keluar dari perut kereta, ingin mengambil udara segar. Sambil itu
dia mundar-mandir di ruangan kosong sebelah parkir keretanya, betul-betul di
hadapan rumah keluarga Airysh Firasha, bakal tunangnya itu. Oops, tunangnya..
“Assalamualaikum.. Aunty Rose.. Ehh, ni tunang Rysha
kan.. Tahniah.. tahniah.. Urmm, Rif ngan Ain masuk dulu laa ye, tak sabar nak
jumpa Rysha.” Rifta Auliya dan Ainnul Sakinah yang baru tiba memberi salam,
sebelum menegur Faiq yang kebetulan berada di hadapan rumah keluarga Airysh.
‘Aunty Rose..?? Rysha..?? Ya Allah, Airysh ke gadis yang
mami ngan daddy pinangkan untuk aku..?? Airysh Firasha ke yang jadi pilihan
mami ngan daddy selama ni Ya Rabb..’ monolog Faiq Shairrul dalam hati, dada
yang berdebar hebat memaksa dia melangkah masuk ke dalam rumah di hadapannya
itu.
Dengan debar masih bersarang di ruangan hati, Faiq
Shairrul melangkah perlahan-lahan memasuki ruangan rumah dua tingkat milik
keluarga Airysh Firasha itu. Dia tercari-cari kelibat mami dan daddynya yang
sedang duduk menghadap seorang gadis di ruang tamu yang luas itu.
“Aa.. Aii.. Airyshh.. Airysh Firashaa.. Mami, is it true
mami, daddy.. or am I just dreaming..??”, ujar Faiq Shairrul dalam gugup kerana
dia masih lagi terkejut dengan apa yang dilihatnya itu.
“Hahh Iqie, mai tang ni.. tangkap gambaq tunang hangpa
dua. Cantik ja mami tengok hangpa dua, sepadan sungguh no.” Ucap Puan Amirah
Anisah dengan nada suara teruja yang terserlah.
DI SAAT Airysh Firasha dan Faiq
Shairrul tidak perlu menanti jawapan dan luahan cinta dari hati masing-masing,
gara-gara ikatan yang tak dirancang oleh mereka.. ada hati yang terluka dan
kecewa. Terluka kerana ikatan yang sudah terbina di antara dua insan itu,
kecewa kerana dia tidak bertindak lebih dahulu untuk memenangi hati gadis itu.
Sungguh, Akid Rifqan kecewa dengan semua yang terjadi.. salah
dia kerana dia tidak pernah cuba untuk berterus terang akan perasaannya pada
gadis kesayangannya itu.. salah dia kerana dia tidak berani berhadapan dengan
Airysh.. salah dia, saat Airysh Firasha menjadi milik orang lain.
“Airyshh, dah lama saya pendam.. tapi hari ni, di saat dan
detik ini.. saya nak awak tau yang saya sayangkan awak sejak dari awal lagi,
sejak pertama kali saya nampak awak Airysh.. Te amo Airysh Firasha...”, ucap
Faiq Shairrul membuat Airysh terbungkam.
Terpana Airysh dengan tiap bait yang keluar dari ulas
bibir Faiq Shairrul saat itu, terasa bagaikan berada di awang-awangan.
‘Andai awak tahu dan mengerti perasaan saya sebelum ni
Encik Irul.. Oops, Encikk Irul..?? Bukan Encik Tunang ke..??’, bicara Airysh lembut
dalam hatinya, menyembunyikan rasa.
“Yo ya quiero, seƱor prometida (saya pun cintakan awak, Encik Tunang )..”, ujar Airysh Firasha
membalas ucapan cinta Faiq Shairrul dalam bahasa Sepanyol.
Jangan tanya macam mana aku ngan si dia boleh speaking
Sepanyol, hahaa.. ego sat dengan tak mau habaq.
Akid Rifqan : Mencintai awak, Airysh Firasha bagaikan
suatu kemestian buat saya. Namun dia lebih baik buat awak, I will always love
you Airysh..
Ketika cinta tak harus diungkap.. Sakitnya kita yang
rasa. Ketika kasih tak harus bersatu.. Pedihnya hingga ke akhirnya. Namun, tika
dua hati menyatu.. Ada yang terluka.
ok,done baca sekali imbas dulu pasai nk running cbb huhu.best
ReplyDeleteorait kak.. cbb..
Deleteehh, izzat izzaty bla na up kak..??
Kak Ai, suka baca cerita akak. nama-nama dlm citer akak semua awesome.. sedap. Hihii.. Tahniah ! ^_^
ReplyDeleteSyukran dear.. anyway, semua nama tu idea spontan mali.. akak just organized balik jadi cun jea nama2 tu... xie xie.. xie xie...
Delete