Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Sunday, 25 May 2014

Teaser SRCP utk 3 Bab




Assalamualaikum lalings, gomawo.
Gomawo unnie.
Hahaa, atas sebab tersalah post teaser malam td... sha gantikn dgn teaser baru SRCP.



“Nurse. Adik saya... macam mana keadaan adik saya nurse? Dia okay tak? Kecederaan dia tak serius sangat kan?”, soal Khaliq Adhwa bertubi-tubi kepada seorang jururawat yang baru keluar dari wad kecemasan yang menempatkan Airysha.

Jururawat yang baru sahaja menapak keluar dari bilik kecemasan itu terus terkedu. Terpinga-pinga dia sebentar dengan soalan yang diajukan oleh Khaliq. Kelu lidahnya untuk menjawab soalan yang diajukan sebentar tadi. Dia terpukau dek wajah kacak Khaliq Adhwa.

Ziqa yang memandang sudah tidak puas hati. Dia juga ingin tahu tentang keadaan sahabat baiknya yang seorang itu. Naik berbulu matanya dek terpaksa melihat jururawat itu yang tidak lepas memandang dan meneroka seluruh wajah abang sulung Airysha yang seorang itu, sudahlah tidak memberikan jawapan buat soalan yang diajukan sebentar tadi.

“Nurse. Nurse. Oohh cik nurse...”, panggil Khaliq Adhwa beberapa kali.

Haziqa yang sudah tidak tahan menunggu terlalu lama melangkah mendekati mereka berdua. Tangan sudah disilangkan ke dada. Lantas dia berdehem kuat bagi menyedarkan jururawat itu.

“Ehemm. Abang, macam mana... dah tahu keadaan Rysha? Ziqa pergi tanya dekat doktor je laa abang, macam lama sangat Ziqa tengok.”, tanya Ziqa dengan riak muka yang jelas tidak dapat ditafsir.

Tangan Ziqa yang sebentar tadi memegang kejap lengan Khaliq Adhwa segera dilepaskan. Tersedar keterlanjuran dirinya yang menyentuh lelaki yang bukan muhrimnya. Langkah kaki segera diatur menuju wad kecemasan, tidak pasal-pasal dia terlanggar doktor yang baru sahaja melangkah keluar dari wad tersebut. Wajah yang tadinya merah, semakin terasa berbahang. Bukan dia sengaja, dia tidak sengaja melanggar doktor muda itu sebenarnya. Dia hanya ingin tahu keadaan sahabat baiknya yang seorang itu.

Khaliq Adhwa bungkam dengan perasaannya sendiri. Masih terasa sentuhan tangan Haziqa di tangannya sebentar tadi. Terasa bagai ada litar pintas yang menyebabkan kejutan elektrik berlaku dalam tubuhnya.



“Beb, gila handsome laa tunang kau. Tak sangka aku. Dah laa badan ada macam Shahid Kapoor sikit. Baik pulak tu, waahhh.” Ujar Ziqa penuh semangat.
Aku sudah kerut dahi, penuh tanda tanya.

‘Haa, tunang? Bila masa pulak dorang ni jumpa tunang aku? Handsome sangat ke encik tunang aku tu?’ monolog Airysha sendiri dalam hati.

“Along... erkk.”, panggilan Airysha kepada Khaliq Adhwa langsung tidak berjawab. Nak pengsan Airysha dibuatnya bila tengok muka Khaliq yang macam nak telan si Ziqa tu.

Airysha ambil keputusan untuk tanya terus kepada Syamim dan juga Ziqa. Penat mulutnya memanggil si abang yang sedari awal langsung tidak mengendahkannya. Soalan yang diajukan juga dibiarkan sepi tidak berjawab.

“Syamim, Ziqa... siapa yang datang rumah beb? Confuse aku, dah laa along langsung tak nak cakap apa. Aku tanya dari tadi pun senyap je macam tunggul pokok kelapa kat rumah aku tu.” Tanya Airysha sambil tahan tawa.

Khaliq sudah jeling geram pada Airysha. Sudah laa dia tengah berasap bila dengar Haziqa bercakap soal tunang adiknya itu dengan penuh keterujaan tadi. Merah sudah mukanya yang sedia putih itu.

“Ehh, tunang kau laa. Takkan tunang aku kot. Ahahaaa...”, jawab Ziqa sebelum dia hambur gelak.

“Ishh, mana laa kau rembat mamat handsome lagi macho macam tu jadi tunang kau beb. Mau cair aku tengok dia tadi, tergoda kut beb. Nasib baik tunang kau. Dengan caringnya, aduhh... kau tau, dia datang rumah semata-mata nak tanya keadaan kau. Whoaa... so sweet.” Tambah Syamim pula.



“Bilik rawatan kat mana?”, soal lelaki misteri itu penuh tegang.

“Hahh? Err... bi... bilik rawatan, ada dekat tingkat bawah. Dekat dalam pejabat. Awak... err, maaf sebab buat tuduhan melulu.”, balas Ziqa sebelum meminta maaf.

“Abaikan je. Dah tak penting pun. Sekarang ni, baik awak tunjukkan kat saya bilik rawatan ada dekat mana. Kita hantar kawan awak ni ke sana.” Ujar lelaki misteri itu tenang sebelum menonong laju ke lif.


Haziqa mula melangkah perlahan. Mengekori tiap langkah lelaki yang langsung tidak dikenalinya itu. Memandang penuh sayu ke arah Airysha yang sedang terkulai dalam gendongan lelaki itu tanpa berkutik sedikit pun.

Pintu lif yang terbuka luas menggamit Haziqa supaya segera masuk. Dia berdiri tegak bagai patung pengawal di hadapan pintu lif. Takut andai lelaki itu benar-benar ingin melarikan Airysha. Dentingan pintu lif menyedarkan Ziqa yang mereka sudah sampai di pejabat. Segera mereka melangkah keluar dari perut lif sebelum memasuki ruangan pejabat. Encik Wan Khairi yang ada di kaunter admin terkejut melihat mereka bertiga. Segera dia membawa mereka ke bilik rawatan yang terletak bersebelahan dengan surau di bahagian belakang pejabat.

Botol minyak angin yang ada dalam peti first aid dicapai. Segelas air mineral turut disediakan. Sedikit air dituangkan ke tapak tangannya lantas dipercikkan ke wajah pucat Airysha. Botol minyak angin dibuka lantas dilalukan di hidung gadis itu. Wajah pucat Airysha sedikit pun tidak mengganggu konsentrasi lelaki itu. Entah mengapa, wajah pucat itu kelihatan menarik pada hatinya.

Deringan telefon bimbit yang berada dalam kocek seluarnya mematikan angannya. Skrin telefon bimbit dipandang sepi seketika. Nama Dafi tertera di skrin telefon sebelum skrin kembali gelap. Sesaat kemudian, nama Dafi naik lagi.

“Maaf, saya perlu jawab panggilan ni. Urmm, saya... pergi dulu.”, ujar dia sebelum berlalu pergi sambil menjawab panggilan.

No comments:

Post a Comment