Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Saturday, 24 May 2014

Teaser SRCP - Bab 9

Assalamualaikum sayang2 semua, maaf laa sebab lama menyepi. Baru hari nie dan malam nie berkesempatan nak online.


Korang semua dah makan? Ke ramai yang masih belum makan, tgh dok online. Hehee...


Tak apa, tp malam nie sha nak gamatkan korang semua. Selamat membaca teaser SRCP dr sha... enjoy reading.


Malam Jumaat itu merupakan malam bahagia buat Airysha. Bahagia dengan semua apa yang bakal terjadi. Namun, malam itu juga merupakan malam dimana dia harus menadah telinga mendengar segala pesan dan ilmu yang hendak disampaikan kepada dia oleh mama, mak uda, mak usu, Kak Marissa dan seangkatan dengan mereka memberikan nasihat tentang alam perkahwinan kepada dia. Airysha cuma mampu angguk kepala dan tertunduk malu bila sesuatu topik yang berkait dengan alam selepas perkahwinan ditimbulkan.

Alahaii, kenapa laa kena bukak jugak topik malam pertama. Kecut usus dengan urat perut aku mendengarnya. Malu. Segan. Semua perasaan datang bertandang tetiba. Sudahnya aku tunduk sahaja. Mak uda dan mak usu sudah mula mengusik. Mana tak cuak. Nikah. Sanding. Kahwin. Perkataan kahwin tu yang buat aku cuak. Boleh ke aku? Gadis comel yang pemalu, tapi dalam hati ada taman. Siap boleh buat ayat boombastika lagi untuk novel.

Siapa kata tak malu. Orang yang dah nikah pun kadang terasa segan jugak nak cakap pasal benda macam ni. Kahwinn... Kak Marissa, tolong Rysha. Aarrghh, malu kot. Mak uda, mak usu, tak nak laa cakap pasal ni lagi dah. Nak jerit. Huwaaa...

“Cik adik bakal pengantin dah tertunduk malu tu...”, Mak usu buka mulut lagi sekali.

“Amboii, merahnya pipi. Tak payah pakai blusher dah lepas nikah nanti, senang betul mak uda tengok adik ni.”, Mak uda masuk sekaki.

“Kak Mariss lagi suka. Adik dah nak nikah jugak akhirnya. Nanti cepat-cepat bagi anak buah kat kitorang tau dik.”, Kak Marissa senyum penuh makna.

Erkk, apakah? Kenapa Kak Marissa tak sokong aku? Huwaa... Mama, Rysha tak nak dengar dah. Rysha sungkan banget ma. Aduhaii, sesiapa... tolonglah gadis comel yang lagi naif ini.

“Kak Mariss, Rysha masih suci lagi murni laa. Takmo laa dengar benda-benda macam ni, sogan eden.”, pipi yang sudah sedia merah tambah hangat lagi bila mereka terus membahan Airysha.

Mama sudah bantai gelakkan aku. Mak uda, mak usu dan yang lain ikut sama gelak. Kak Marissa, jelas dia mampu geleng kepala sahaja tengok muka aku saat ini. Kak Mia? Cehh, hampeh nyok. Bukan nak di back-upnya aku, gelak sambil tekan perut lagi ada laa. Huhuhuu...

‪#‎silaenjoytpjgnmarahye‬ ‪#‎peaceyoo‬

No comments:

Post a Comment