Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Wednesday, 16 October 2013

KAU TAKDIR KU






Kau Takdir Ku








Ku sangkakan dia dalam hidupku,
Namun kau yang muncul memberi seri...







FASHA ADDRYANAA





HIDUPNYA jadi huru-hara hanya kerana satu permintaan yang dirasakan hampir tidak masuk dek akal, duduknya tidak tenang bahkan tidurnya sudah tidak menentu.

Nurin Dhia Suhaila, gadis biasa yang dalam lembutnya ada ganas..dan dalam ganasnya itu, terselit sifat keibuan yang amat kuat..bahkan mampu terlihat jelas dari raut wajahnya itu.


“Ai, tolonglah dengar cakap mama dengan abah sekali ni je Ai..Along mintak sangat Ai, tolong ikut permintaan mama dengan abah sekali ni je..please dik.” Pinta Nuqman Syarif dengan pujuk rayu terhadap adiknya yang seorang itu.

“Along, along tolonglah faham long..Ai bukan tak nak ikut cakap mama dengan abah long, tapi Ai tengah fikirkan pasal masa depan sekarang ni.” Suhaila pula tetap dengan keputusannya yang jelas membantah.


Siapa sahaja yang tidak akan terkejut seandainya disuruh berkahwin secara tiba-tiba, begitu jugalah yang terjadi kepada Nurin Dhia Suhaila..gadis biasa yang mudah mesra dan periang.

“Adik, tolonglah dik..tolong mama dengan abah kali ni je dik, mama dengan abah tak minta banyak pun dari adik. Mama dengan abah cuma nak adik menikah dengan lelaki yang mama dengan abah dah pilihkan untuk adik.” Encik Radin Amsyar sudah memulakan langkah memujuknya, hanya menanti mangsa memakan umpan.

“Adik..sayang, mama tau adik terkejut dengan permintaan mama dengan abah ni sayang..tapi kami buat semua ni untuk kebaikan adik, dan mama dengan abah harap sangat dapat lihat kebahagiaan adik.” Puan Zulaikha Aqilah turut sama memainkan peranan, menambah perisa untuk projek memujuk si anak gadis.

Tujuannya hanya satu, untuk membuatkan Nurin Dhia Suhaila menerima Muhammad Zahin Firdaus sebagai suaminya yang sah disisi agama dan juga undang-undang. Harapan mereka adalah untuk menjadikan Ai, gadis yang mampu menguruskan diri seandai mereka tiada di bumi Malaysia nanti.

Kepergian mama dan abah ke bumi Mekah nanti akan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap Suhaila dan juga Syarif. Bukan mereka tidak biasa ditinggalkan berdua, namun untuk melepaskan mama dan abah ke kota Mekah sungguh berat bagi mereka.


***


“ZACH, mummy dah berbincang dengan Aunty Zu..dan Aunty Zu dengan Uncle Amsyar kata, tuan punya badan dah pun setuju untuk diikat dengan Zach. Jadi, anak mummy ni pulak macam mana keputusannya..??” Bicara Datin Radziah kepada anak terunanya itu.


‘Hai laa mummy, kang kalau Zach kata tak nak mummy pulak yang pengsan bagai..apa boleh buat mummy, Zach terima ajelah.’ Monolog Zahin kepada dirinya sendiri dalam hati.

“Mummy, kalau jawapan ‘Ya’ dari Zach boleh membuatkan mummy dengan daddy bahagia..Zach terima Ai dengan seikhlas hati Zach, tapi takkan tak ada gambar kot..?? Nak jugak tengok macam mana rupa bakal isteri Zach tu nanti mmy.” Ujar Zach untuk mengambil hati mummynya.

“Ada je, kejap mummy ambilkan..ni pun Aunty Zu baru bagi, gambar Zach mummy dah bagi pada Aunty Zu..mintak dia bagi pada Ai.” Selamba bicara Datin Radziah kepada Zahin.

Hampir tersedak anak teruna kedua Datin Radziah itu dibuatnya, manakan tidak..terkejut ya amat bila si ibu memberitahu sudah kirimkan satu gambarnya untuk diberi pada sang bunga yang bakal menjadi suri hidupnya nanti.


‘Hurmm, boleh tahan sweet jugak..erm..Nurin Dhia Suhaila, mak datuk oii nama punya laa panjang. Tapi nasib baik orangnya cantik, macam namanya jugak..hahaa, tak sia-sia ni terima cadangan mummy.’ Tak habis Zahin memuji kecantikan sang perawan yang bakal menjadi surinya itu.

“Urmm, mmy..bila.. bila mummy nak pergi hantar rombongannya..??” Tanya Zahin dalam malu, segan kot nak tanya pasal tu je.

“Jatuh hati dah ke anak mummy yang sorang ni..?? Tak dapat peluk orangnya time tidur, peluk gambar pun jadi erkk.” Sengaja mahu mengenakan Zahin, bukan Datin Radziah tidak tahu yang anak terunanya itu sering tidur bertemankan gambar Suhaila.

“Tak sabar je mummy tengok Zach ni, tak lama pun lagi.. Zach ingat mummy tak tau ke apa yang Zach buat sebelum tidur, mummy nampak semua yang Zach buat sayang..”, ucap Datin Radziah tanpa selindung, dan Zahin pula sudah menunduk malu. Malu kerana mummynya dapat menghidu setiap apa yang dilakukannya.

Segala apa yang dilakukan oleh Muhammad Zahin Firdaus, semuanya berada dalam kocek Datin Radziah dan Dato Mukhriz..Cuma satu sahaja, mereka tidak dapat melakukan hal sebegitu dengan abang sulung Zahin, Muhammad Zahid Fikri. Zahid lebih senang melakukan segala kerja dari bawah, dia tidak mahu terus berada di atas tanpa usaha gigih.

Zahid lebih senang untuk tidak terlalu dimanjakan, sedikit keras kepala abang Zahin yang seorang itu. Tetapi, dia akan menurut jika mummy dan daddy sudah menggunakan kuasa veto mereka terhadapnya.


***
           

“MUMMY, cincin tak pergi beli lagi ni..Zach mana tau ukuran jari Ai, nanti salah beli kang tak boleh pakai pulak.” Pagi itu Zahin mula kalut, lagi seminggu majlis pertunangannya dengan Nurin Dhia Suhaila tetapi cincin masih tidak ada.

‘Ishh, apa kenalah dengan anak bujang aku ni..minggu depan dah majlis, boleh pulak dia tak pergi beli cincin tunang lagi. Adoii laa anak oii.’ Tak pasal Datin Radziah membebel dalam hati di pagi hari yang indah itu.


“Sudah, pergi siap cepat..kejap lagi kita pergi beli cincin..”, ujar Datin Radziah menahan geram yang sudah bermukim di tangkai hati.

“Waahh, ni yang sayang mummy lebih ni..kejap ye mummy, Zach gi siap dulu. Mummy, nanti nak singgah rumah mama ehh..Aunty Zulaikha tak..??”, tanya Zahin cepat-cepat menutup ketersasulan mulutnya yang menyebut Aunty Zu dengan gelaran mama.

Datin Radziah sudah pandang tidak lepas, otaknya sudah mula mencerna apa yang ingin disampaikan oleh Zahin sebentar tadi. Langsung tak menyangka anak terunanya itu sudah mula merindui si bakal isteri secepat ini.

“Err, mmy..daddy panggil tu. Okay mmy, Zach nak naik atas gi siap-siap dulu..err, chau mmy..”, Zahin berlari anak kerana tidak mahu disoal oleh mummynya atas apa yang diucapkan sebentar tadi.

“Hurmm, kalau nak lari tu ada je alasan dia..takut mummy soal banyaklah tu, Zach..Zachh..”, geleng kepala Datin Radziah dibuatnya, panjang akal betul si Zahin ni.

Dato Mukhriz turut sama menggeleng kepala melihat perangai anak terunanya yang seorang itu, berbeda dengan anak teruna sulungnya.


***


“MAA, memang ni ke bakal suami Ai tu nanti..?? Mama dengan abah betul-betul suka ke dengan Zahin, perangai dia..??”, tanya Suhaila kepada mamanya sambil mata masih menatap gambar Zahin yang diberikan oleh Datin Radziah dua minggu yang lalu.

“Kenapa manja, Ai dah terpikat ye walaupun cuma tengok gambar Zahin..??”, soal Puan Zulaikha, sengaja ingin menduga hati anak gadisnya itu.

“Ehemm.. meh sini, along nak tengok macam mana bakal suami Ai ni. Hurmm, boleh tahan kacak..macam kriteria yang Ai nak, along tengok semua ada dekat Zach ni..”, erkk alamak, tersasul sudah.

Dhia Suhaila sudah mula memandang abang longnya dengan pandangan pelik, pelik kerana terasa seperti dia ada mendengar alongnya memanggil Zahin dengan nama lain.

“Urmm, mama..hari ni buat ikan merah masak tiga rasa boleh maa, along rasa macam nak makan ikan merah masak tiga rasa je. Bolehkan maa..”, sengaja Nuqman Syarif mengubah topik agar Suhaila tidak bertanya soal nama yang disebutnya tadi.


Puan Zulaikha yang memandang dan mendengar hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah anaknya yang dua orang itu, ingatannya kembali berputar mengingat kejadian 15 tahun lalu. Kejadian yang mana telah meragut nyawa anak keduanya, Nuqman Adhwa yang ketika itu berusia 10 tahun.

Nuqman Adhwa, abang ngah Suhaila pergi meninggalkan mereka sekeluarga 15 tahun yang lalu. Syarif dan Suhaila berada di dalam rumah sedang bersiap untuk keluar bermain pada hujung minggu itu, Adhwa pula sudah sedia berada di hadapan rumah..menanti Syarif dan Suhaila tanpa menyedari ada sebuah kereta yang meluncur laju ke arahnya.

Adhwa berdiri hampir ke tengah jalan, tidak menyedari kehadiran kereta itu yang meluncur laju..lantas terus melanggar dia hingga tercampak ke seberang jalan, dan darah terus memancut keluar dari seluruh rongga tubuh Adhwa.


Ai yang merasai getaran kepedihan yang sedang dirasai oleh mamanya sudah mula bergenang tubir matanya, manakan tidak..dia terlalu rapat dengan angahnya, sehinggakan makan pun disuap.

“Maa, mama janganlah nangis erkk..Ai tak boleh tengok mama menangis macam ni teringatkan angah, nanti kalau arwah angah nampak kita menangis mesti arwah pun sedih sekali.” Ujar Ai, cuba untuk menenangkan perasaan mama mereka..nasib baik abah tak ada, kalau tak masak kena dengan abah.

Syarif yang melihat air mata kedua wanita yang amat disayanginya sudah mula bergenang, cuba mencari cara untuk mengubah topik agar tiada yang akan bersedih lagi.

“Maa, menu hari ni nanti Syarif masak dengan Ai ye maa..hari ni mama dengan abah duduk rehat je, tak payah buat apa-apa sebab kami akan buat semua sekali. Okay maa..”, kata Syarif sambil memberi isyarat yang hanya difahami dia dan Ai yang sedang duduk bersimpuh di sebelah mama mereka.


***


MAJLIS pertunangan Muhammad Zahin Firdaus dan Nurin Dhia Suhaila diadakan secara sederhana di rumah pihak perempuan, dan semuanya berjalan dengan lancar..bukan tidak mahu majlis besar tetapi memandangkan tempoh pertunangan yang singkat, maka kedua pihak sepakat mengadakan majlis pernikahan yang sedikit ‘grand’ untuk pasangan mempelai nanti.


Tempoh tiga bulan pertunangan dirasakan sekejap sahaja berlalu, kini sudah tinggal kurang sebulan untuk Zahin dan Suhaila diijab kabulkan. Makin terasa debar di dada kedua mereka, memikirkan bagaimanakah keadaannya nanti di atas pelamin.


“Along, mama mana long..?? Ai ada benda nak cakap dengan mama ni..hah, yang along pulak buat apa dekat belakang ni..sampai penat abah nak mencari along kat depan tu.” Tanya Ai sambil mentarbiah abangnya yang seorang itu.

“Mama..along rasa mama ada dalam bilik atas, sebab tadi along ada nampak mama naik ke sana. Ehh, anak dara mana tau..ni kerja orang lelaki laa, ye laa nanti along pergi dekat abah.” Ujar Syarif sedikit berahsia, bimbang adiknya itu bakal terkejut dengan kejutan yang telah disediakan olehnya.

Suhaila yang kelihatan kurang berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Nuqman Syarif, hanya memandang abangnya itu dengan pandangan penuh amaran..menyatakan yang dia akan mengorek rahsia itu nanti.

Syarif hanya mampu melepaskan nafas lega setelah Suhaila berlalu pergi dari ruang pintu di dapur itu, berharap agar kejutannya akan menjadi kejutan yang terindah buat adik kesayangannya yang seorang ini.

“Mama, hantaran Ai ni nak tambah lagi ke macam mana mama..?? Syarif rasa macam ada benda yang kurang je dalam hantaran untuk pihak lelaki ni, kut laa nak tambahkan.” Ujar Syarif, sambil tangan menilik bilangan dulang hantaran yang sudah siap digubah.

“Mama rasa cukup kut, lagipun sembilan dulang berbalas tujuh je..cuba Syarif tanya dekat Ai, kut-kut dia nak abang dia ni sponsor ke..” Puan Zulaikha sudah mula hendak mengenakan anak sulungnya itu.


***


AKHIRNYA, segala proses ijab kabul berjalan lancar dengan sokongan padu dari semua ahli keluarga dan sahabat handai yang hadir sewaktu ijab kabul dijalankan.

Berlinangan air mata Ai saat Zahin menyambut lafaz akad yang dilafazkan oleh tok kadi, sedih kerana dia bakal meninggalkan rumah mama dan abah..terharu dan bahagia kerana akhirnya dia bergelar seorang isteri, dan gusar memikirkan sama ada dia mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik ataupun tidak.


“Ai, mama dengan abah harap Ai akan mampu jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik. Kalau ada apa-apa masalah, bincang berdua elok-elok..jangan sampai naik suara ke satu oktaf, dan lebih bagus lagi kalau tak ada yang naik tangan atau kaki.” Pesan Puan Zulaikha dan Encik Amsyar pada anak gadis dan juga menantu mereka itu.

“Ai, ni hadiah dari along untuk Ai dengan Zahin..dan dalam sampul tu ada hadiah dari mama dengan abah, untuk kau orang berdua sebelum mama dengan abah berangkat ke Mekah.” Kata Nuqman Syarif kepada mereka berdua dengan tenang, dan berserta senyuman penuh makna.

Tubir mata Suhaila sudah mula terasa hangat, air mata hanya menanti masa untuk tumpah. Zahin yang perasan akan kesedihan dan rasa terharu yang mulai bertandang pada raut wajah isteri yang baru dinikahinya sebentar tadi, menyeka air mata yang tumpah di wajah Suhaila yang bersih itu.

“Sayang, shh..dah, jangan nangis okay..bie janji dengan sayang, bie akan jaga sayang sebaik mungkin dan bie takkan pernah kecewakan sayang. Kan mama, abah ngan abang long bagi hadiah je, takmo nangis erkk..”, lembut bicara Zahin untuk memujuk si isteri yang sudah menangis.

Suhaila hanya mampu memandang suaminya dengan pandangan mata yang sayu, sungguh dia tidak mampu menahan esak tangisnya daripada berhenti. Selamba sahaja dia menyembamkan mukanya yang sudah memerah kerana menangis dan juga kerana malu ke dada bidang encik suami, Muhammad Zahin Firdaus.

Mummy yang turut sama ada di situ ikut menangis. Daddy jugalah yang menjadi mangsa untuk mummy menyembamkan mukanya yang sudah dibasahi air mata, dan daddy yang kena memujuk mummy.

‘Romantik pulak daddy erkk, patutlah anaknya pun romantik jugak..’, dalam itu sempat lagi Suhaila ushar ke arah mummy dan daddy yang jelas nampak romantik.


***


ENAM bulan sudah usia perkahwinan Suhaila dan Zahin, rupanya ada sebab lain kenapa mama dengan abah berangkat ke Mekah beberapa bulan lepas..semuanya gara-gara Nuqman Syarif yang terlepas cakap sewaktu datang menjenguk adik kesayangannya itu.

Dan kini, alhamdulillah..doa mama dengan abah sudah dimakbulkan oleh Allah, begitu juga dengan harapan mummy dan daddy. Kandungan Ai yang mencecah lima bulan itu sedikit menyukarkan pergerakannya, bayi yang dikandung sangat aktif.

“Bie..bie..hailah baby, mana daddy pergi erkk..?? Mummy dah lapar ni, baby pun mesti lapar kan..”, tak puas hati apabila panggilannya tidak disambut oleh encik suami, Ai melangkah menuruni anak tangga perlahan-lahan.


Dicarinya Zahin di seluruh ruang rumah, masih juga tidak berjumpa..serasa seperti ingin menangis sahaja, tetapi pabila mendengarkan bunyi pintu hadapan yang ditutup  terus sahaja Ai bergegas ke depan.

Mahu dia gelak tergolek melihat Zahin yang sudah dibasahi peluh, dan dengan buih sabun yang ada pada rambut dan juga mukanya..memang Ai tidak dapat menahan gelak, terburai terus tawanya dihadapan encik suami.

“Patutlah sayang cari bie tak jumpa, pergi mandi air sabun rupanya..masam laa bie ni, dengan buih sabun penuh satu badan..peluh lagi, gi mandi cepat..sayang dengan baby dah lapar ni.” Ujar Suhaila dalam tawa yang semakin surut, dengan muka comel ditunjukkan pada suaminya yang seorang itu.

“Ehh, mana ada bie mandi sabun..bie cuci kereta tadi tau..dengan kereta sayang sekali bie cuci, tapikan orang tu bukan nak berterima kasih ke..kutuk bie  lagi ada laa, kan baby kan.” Kata Zahin dalam rajuk yang dibuat.

‘Hehehee, best laa mainkan isteri sendiri ni..sikit lagi, umpan dah nak dimakan..hahahaa.’ Monolog Zahin dalam hati, supaya Suhaila tidak tahu rancangannya nanti.

“Mandikan bie, nanti bie mandikan Ai pulak..baby daddy pun nak mandi, lepas tu nanti kita makan sama-sama..” Lepas juga apa yang ingin dikatakan oleh Zahin, tapi terpaksa dia menanggung sakit dicubit Suhaila.

“Bie...”, dalam jegil dan cubit itu, masih lagi Suhaila melayan si suami. Zahin memimpin tangan Suhaila dengan penuh hati-hati ke kamar mandi, takut buah hatinya itu terjatuh.

“Bie, asal bie tinggal tuala kat luar..?? Tengok, mummy jugak yang nak kena ambil tuala..daddy baby ni buat apa je laa kat dalam bilik air tu, hurmm..”, bebel Suhaila sendiri sambil mengambil tuala yang ditinggalkan sang suami di atas penyidai tepi katil.

“Sayang tolong ambik kejap, bie nak cuci tangan dulu ni..hati-hati sayang, jangan ingat nak cepat je. Bie tau laa sayang ngan baby tak sabar nak mandi sekali dengan bie, hahaa..”, ujar Zahin dalam ketawa sambil mengintai Suhaila di balik pintu kamar mandi.

“Ye laa.” Kata Suhaila, sambil menahan geram yang bermukim di hati.

‘Haishh, suami sape laa yang cakap tak bertapis dulu ni, mau pengsan mummy dengar nanti.’ Suhaila sambung membebel dalam hati.

           Muhammad Zahin Firdaus, nyata awaklah yang satu yang mampu mengindahkan hari saya.. awaklah suami yang saya cintai satu-satunya, kerana awaklah yang dah ditulis untuk menjadi peneman saya sejak di Luh Mahfuz lagi... Kerna Kau Takdir Ku Muhammad Zahin Firdaus..

No comments:

Post a Comment