Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Saturday 20 July 2013

BILA CINTA TAK MUNGKIN KEMBALI : PART TWO







BILA CINTA TAK MUNGKIN KEMBALI: PART TWO


Cinta akan sentiasa hadir,
Namun adakah cinta kan sentiasa kekal..??
Kerna hatiku yang terluka,
Aku pergi menjauh darimu agar tak tersakiti lagi..





FASHA ADDRYANAA




BAHAGIA itu bukan untuk selamanya. Mungkin dia tidak pernah dan tidak akan memikirkan tentang perasaan orang lain, tetapi apa mungkin orang lain akan membenarkan dia berbuat sesuka hatinya setelah melukakan hati seorang gadis yang polos.
Aryaan Zaffirul tidak hanya sanggup melukakan hati sesiapa sahaja, bahkan dia sanggup untuk menggunakan dan mempermainkan hati dan perasaan ramai gadis sebaik dan sepolos Fatin Nurr Shaarzanaa.

Mindanya berputar ligat mengingati kenangan lalu, mengingat kembali saat indah dirinya bersama Shaarz tanpa ada sedikit pun keraguan dari diri gadis itu suatu masa dahulu.
Rasa cintanya yang kuat hanya terarah kepada Ainnul Asyikien, hatinya telah dibutakan dengan cinta Syikien yang hanya sementara dan tidak telus sepenuhnya sepertimana cinta Shaarz terhadapnya.
Zaff tidak mampu melihat betapa jujurnya cinta Shaarz buatnya, sehinggalah rasa cinta buatnya itu terhapus dek kelalaiannya..dek rasa egonya dan cintanya yang diikrarkan hanya untuk Syikien.


Bunyi telefon yang bingit mengganggu ketenangan Shaarz saat dia ingin santai bersama keluarga tercinta, lantas dia memutuskan untuk membuat mod silent pada handphone yang tergeletak elok di atas meja itu..

“Hello, siapa ni..??” Rimas dengan panggilan demi panggilan oleh si pemanggil, Shaarz bertindak menghubungi pemanggil tidak dikenali itu.

“Hello, awak siapa..?? Urm, semalam awak ada call saya kan..dua hari lepas pun awak ada call saya, ada apa ye..??”

‘Call, bila masa pulak aku call mamat ni..senget apa mamat ni, tetiba kata aku call dia pulak..Huhh, haihh..’

“Excuse me encik, awak yang call saya berkali-kali..lepas tu sekarang ni awak nak cakap saya yang call awak berkali-kali pulak, apa kes ni..and untuk pengetahuan awak, dalam dua tiga hari ni saya tak ada call sesiapa pun..faham..”

“Sorry awak, tapi rasanya memang ada call dari number awak ni..sebab tu saya call nakkan kepastian dari awak sendiri..habis tu kalau bukan awak yang call, siapa pulak yang call saya guna number awak ni..??”

“Hello, awak ingat saya tau ke hah..?? Mana laa saya nak tau, lagipun kebanyakan number dekat dunia ni ada duplicate awak tau tak..so, jangan nak main serbu je..”

‘Huhh, dah laa masuk rumah orang tak bagi salam..lepas tu main serbu je macam peluru berpandu sesat, ikut suka hati dia je nak serbu aku pun..’

Ketenangan yang diimpikan oleh Shaarzanaa di pagi yang indah itu jadi kacau gara-gara panggilan misteri itu, moodnya juga sudah hilang dek tuduhan tak berasas lelaki di hujung talian tadi.

‘Hisyy, serasa macam nak di cepuk-cepuk je mangkuk tingkat tak guna tu..menyakitkan hati nurani aku je di hari yang indah ni..’

***

BETUL tu, orang tua-tua selalu kata..jangan terlalu membenci, kelak akan jatuh hati..dan realitinya, Aryaan Zaffirul berjaya membuatkan hati kecil Fatin Nurr Shaarzanaa tersungkur padanya.
Benci yang ditanam dalam hati Shaarz kini mulai berubah menjadi suatu rasa yang tak dapat ditafsir, suatu rasa yang kadang menggetarkan hatinya tatkala Zaff menghubunginya. Namun apa daya, dia hanya insan yang lemah yang tidak menyangka bahawa Zaff punya agenda lain disebalik perhubungan itu..

“Hai sweetie, buat apa je tu..??”

“Assalamualaikum awak, ni haa..tengah buat notes sikit, biasalah nanti cikgu nak tengok kan..kenalah bagi siap cepat, betul tak..??”

“Busy ke awak..?? Kalau busy tak apalah, malam nanti je kita sembang. Mesej ke, ok kan..”

“Hurmm, ok laa..malam nanti kalau saya dah siap semua kerja tu, saya mesej kat awak erkk..bye awak, assalamualaikum.”

“Bye sweetheart, kita chatt malam nanti ok..”

‘Sweetheart..?? Waahh, tak sabarnya nak tunggu malam ni..tapii, kenapa mesti dia panggil aku sweetheart sedangkan aku dengan dia bukannya ada apa-apa pun..macam pelik je..’

“Assalamualaikumm..Fatiin. Assalamualaikum Fatinn, mak cik..Fatin ada tak mak cik..??”

‘Ehh, tu bukan suara...’

“Waalaikumussalam Ramadhan, Fatin ada..dia tengah buat nota tu, kejap lagi dia keluar..eh, masuk laa dulu buat apa tunggu dekat luar tu..”

‘Nak apa pulak buah hati aku yang sorang ni, datang petang-petang macam ni tak bagi tau..dah laa aku tengah menyeksikan diri ni, hailaa...’

“Ehh, tak apa mak cik..dekat sini je..”


“Hai sayangs, sorry buat kamu tunggu..hehee.. Ada apa ni, tetiba datang tak bagitau..dah macam hantar rombongan mengejut je pun, hahahaa..”

“Hai baby, tak ada apalah..saja je datang, tak boleh ke nak datang rumah buah hati sendiri..?? Hahahaaa, tak adalah..ni haa, ingat nak ajak kamu join sekali camping dekat Air Terjun Papan..”

“Waahh, bestnya..siapa lagi yang join camping tu..?? Nanti nak pergi camping tu berapa lama erkk, ada instructor tak..??”

“Budak-budak kelas kita ada 15 orang yang pergi, termasuk sayangs kamu ni..budak kelas kamu dua tiga orang je kot yang join sekali, kalau nak join sekali jomlah..tapi tanya dekat mak ngan abah dulu, ok..”

“Maakk, nak ikut dorang camping kat Air Terjun Papan boleh tak mak..?? Boleh tak, boleh tak, bolehh takk..?? Boleh laa...”

“Ikut kamu laa kak long, janji jangan sampai tak study untuk exam nanti sudah..mak tak nak kamu gagal SPM nanti, faham tu sudah..”

“Muchas gracias mami, love you..”

“Laling, bila nak pergi and berapa hari nak pergi camping tu..??” “Jumaat minggu depan, 16 haribulan kita gerak pergi camp site, konvoi ramai-ramai..camping dekat sana dua hari satu malam je..”

***
MALAM itu seharusnya Shaarz menghantar teks pesanan ringkas buat Zaff, tetapi dek kerana gembira dapat mengikuti aktiviti camping yang akan diadakan minggu berikutnya dia jadi lupa.

Lupa akan janjinya untuk menghantar mesej buat Zaff, dan pasti saja lelaki itu akan sedikit berkecil hati dengannya dan mungkin akan timbul pertelingkahan kecil di antara mereka..Zaff, Shaarz sudah mampu menebak perangainya saat dia baru mengenali lelaki itu dua bulan yang lalu.

Menghampiri detik dua belas tiga puluh minit pagi, barulah Shaarz sedar yang dia langsung tidak menghantar sebarang sms buat Zaff..berkali dia menelefon lelaki itu, tetapi masih saja tiada sebarang jawapan dari Zaff..

Detik berganti detik dan tanpa Shaarz sedar, jam sudah menunjuk ke angka tiga pagi..dia sudah mati kutu, tidak tahu bagaimana hendak memujuk lelaki itu agar tidak merajuk dengannya lagi. Tiba-tiba, telefon bimbit Shaarz berdering nyaring tanda ada panggilan masuk.

“Hello, assalamualaikum..awak..awak sorry tau awak, saya betul-betul lupa nak mesej dekat awak..lepas isyak tadi saya ada discussion dengan member pasal presentation lepas cuti nanti, settle je discussion....”

“Banyak laa alasan kau kan, discussion laa, hape laa..kau ingat aku tak tau yang kau ada jantan lain, ingat aku bodoh sangat laa..”

“Ehh, awak cakap apa ni hah..?? Apesal yang awak nak main tuduh-tuduh saya tanpa usul periksa ni, ke dah ada cukup bukti sampai awak nak kata yang saya ada jantan lain kat belakang awak..??”

‘Aaarrgghhh, sia-sia je aku berjaga sebab nak pujuk jantan ni..alih-alih dia nak marah aku pulak, siap kata yang aku ada simpan jantan kat belakang dia..apa, ingat aku ni murah sangat ke nak layan jantan yang bukan muhrim dengan aku..’

Eerrgghhh, dah tak ada kerja agaknya kut..tak habis-habis nak cari gaduh dengan aku, asyik dia je laa yang betul dalam semua hal..aku ngan orang lain, semuanya salah...

“Kau ni sama je dengan perempuan tu, tak sah kalau tak main jantan lain dekat
belakang aku kan..ingat aku ni apa, tunggul ke apa yang kau boleh layan macam kayu je..”

“Awak kalau ingat nak marah saya tak tentu pasal macam ni, lebih baik kalau awak letak je phone awak ni dan pergi tidur..tu lebih baik dari awak cari alasan untuk menyakitkan hati dan jiwa saya pagi-pagi buta macam ni, tak ada gunanya awak faham tak..”

***

DUA hari berikutnya telefon bimbit Shaarz dihujani dengan lebih dari 10 mesej pesanan ringkas dari Zaffirul, dan kelihatannya lebih dari 30 missed call juga dari Zaffirul.

Mampukah Shaarz melupakan semua apa yang telah terjadi lewat pagi dua hari yang lalu, dan bisakah dia memaafkan Zaff..??

Puas Zaffirul cuba menghubungi Shaarzanaa tetapi masih juga tidak berjawab, dan Zaff juga sepertinya sudah muak mahu memujuk Shaarz agar tidak marah kepadanya kerana sikapnya terhadap Shaarz lewat pagi semalam.

Gadis yang lebih dia nantikan, Ainnul Asyikien, telah menghantar beberapa pesanan ringkas buatnya yang mampu membuatkan Zaff tidak lena tidur..betapa tidak disangkanya yang gadis itu akan menghantar mesej sedemikian rupa, menyatakan betapa dia rindu akan setiap detik bersama Zaff.

“Hello Ikien, betul ke apa yang awak cakapkan dalam mesej tu..?? Awak memang nak kita balik macam dulu, macam tu..?? Dah yakin dan terlampau pasti ke dengan keputusan awak tu...??”

“Hello Zaffirul, Zaff..Ikien serius nak kita balik macam dulu semula, Ikien tak nak jauh dari Zaff dah..tak sanggup rasanya nak berjauhan dari diri Zaff sampai bila-bila pun..”

Dalam hati Zaffirul tiada siapapun yang tahu bahawa dia punya agenda tersendiri, agenda untuk mula menyakiti hati dan juga perasaan Shaarz yang tulus..sedang kata-kata Syikien terhadapnya mungkin saja nista belaka..


“Ikien, kita kahwin nak tak sayang..?? Zaff dah lama sedia nak nikah dengan Ikien sayang, lama sebelum Ikien tinggalkan Zaff lagi..”

“Zaff, Ikien bukan tak nak nikah dengan Zaff..Cuma..Ikien nak fokus pada kerja Ikien dulu sebelum fikir pasal nikah kahwin semua ni, Ikien takut nanti Ikien tak dapat nak bahagi tanggungjawab antara kerja dengan rumah tangga je..”

Dalam Zaff mengukir bahagia bersama Syikien, Shaarz menanggung derita..derita kerana dikecewakan seorang lelaki bernama Aryaan Zaffirul, lelaki yang mengajar dia erti cinta dan kasih..dan lelaki itu jugalah yang memusnahkan kepercayaannya terhadap cinta dari insan bernama lelaki, menyebabkan dia menyingkirkan segala rasa indah itu dari dalam dirinya.

Agenda Zaff untuk Shaarz pula adalah dengan mengakui yang dia sudah tidak punya banyak waktu dan berharap agar Shaarz mampu melupakannya, Zaff tega melibatkan kawannya sendiri dalam hal hidup dan mati ini sehinggakan banyak pihak yang tertipu.


“Shaarz, maafkan Zaff sebab tak mampu untuk jaga Shaarz lagi lepas ni..saya harap awak dapat lupakan saya, bukan untuk seminggu dua tapi untuk selamanya..saya tak mungkin ada di sisi awak lagi lepas ni, dan tak mungkin dapat bersama awak lagi..”

“Zaff, apa yang awak mengarut ni Zaff..?? Apa yang awak cuba nak cakap pada saya ni hah, boleh tak kalau awak straight je pada saya..?? Tak payah nak belok-belok dah..”

Maafkan Zaff sebab tak mampu nak bersama awak selamanya walaupun dah lama kita bercouple, maafkan Zaff sebab terpaksa hancurkan hati dan perasaan awak macam ni..Zaff tak ada niat pun nak sakiti hati Shaarz, tapi Zaff dah tak sanggup nak hidup dalam penipuan lagi.

“Saya dah tak ada banyak masa lagi awak, jadi saya harap awak dapat lupakan saya buat selamanya..dan, saya titipkan awak buat Haffizuel Azman agar dia dapat menjaga awak bagi pihak saya. Harap awak dapat terima kenyataan ni Shaarz..”

“Takk..takk..awak tipu Zaff, awak tipu je kan Zaff..awak menipu saya macam ni untuk kepentingan diri awak je kan, jawab Zaff..jawab...”

Tanpa sedar ada mutiara jernih yang mulai mengalir lembut membasahi pipi mulus itu setelah lama bertakung di tubir matanya, puas diseka agar berhenti namun tidak jua mutiara jernih itu berhenti mengalir..bahkan makin deras mengalir tiap kali diseka..

Seminggu Shaarz melayan perasaan sedihnya di atas segala apa yang diucapkan oleh Zaff tempoh hari, dan seminggu jugalah dia tidak berhenti dari terus mengalirkan mutiara jernih itu dari tubir matanya..

***

BAGI Shaarzanaa, Aryaan Zaffirul sudah lama mati..sudah tidak wujud dalam helaian kisah hidupnya lagi, dan dia tidak mahu tahu apapun yang berkaitan dengan lelaki itu..padanya, biarlah walau apapun yang terjadi kepada lelaki itu, dia sudah tidak mahu ambil tahu.

Biar apa jua yang berlaku, dia sudah tiada kaitan dengan lelaki bernama Aryaan Zaffirul itu..bahkan dia sudah tawar hati untuk mengambil tahu tentang lelaki itu, puas dia cuba menyingkirkan bayangan wajah Zaffirul sehinggalah dia berjaya melakukannya setelah hampir setahun masa berlalu dengan pantasnya.


Skrin telefon bimbit yang berdering nyaring dipandangnya sekilas sebelum dia menjawabnya, terasa sedikit pelik kerana nombor yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu bukanlah dari senarai yang ada dalam phonelist Shaarzanaa..

“Hello, siapa ni..?? Boleh saya tau awak nak cari siapa..??”

“Hello, assalamualaikum..boleh saya bercakap dengan Cik Shaarzanaa, saya Haffizuel Azman..??”

‘Azman..Haffizuel Azman..??’

“Azman, huhh..apa lagi yang awak nak cakap kali ni, apa lagi yang awak nak tipu bagi pihak dia kali ni untuk menutup segala niat keji dan tak bertamadun dia tu..?? Awak memang sanggup bukan jadi kuli dan alat untuk dia permainkan saya, untuk dia perbodohkan..saya dah muak diperbodohkan dan dilukai Azman, saya dah tawar hati nak ambil tahu pasal apa-apa pun jugak..jadi awak tak perlu nak jadi agent yang akan tolong update status dia pada saya..”

“Shaarz..Shaarz dengar cakap saya dulu Shaarz, awak tolong dengar dulu apa yang saya nak cakap pada awak ni..saya tak nak awak anggap saya sebagai kuli dia, sebagai suatu alat yang hanya digunakannya untuk menghancurkan perasaan awak semata-mata. Shaarz, saya nak awak tau yang saya juga dah ditipu oleh dia hidup-hidup...saya juga mangsa keadaan sama seperti awak yang tak tahu dan tak jangka apa-apa, saya pun tak sangka yang dia akan perbodohkan kita berdua. Sumpah Shaarz, kalau saya tau dari awal lagi pasal rancangan dia tu..saya takkan biarkan dia memperbodohkan kita dengan cara ni, dan pastinya hati awak takkan terluka kalau awak tak mengenalinya langsung kan..”

Keputusan Zaffirul untuk memutuskan hubungan dengan Shaarzanaa sememangnya suatu keputusan yang kurang bijak..kerana setelah memutuskan hubungan dengan Shaarzanaa, Syikien mula menimbulkan masalah buatnya seperti dahulu..dan tidak lama selepas itu, Syikien meninggalkan Zaffirul untuk lelaki yang dicintainya..yang lebih baik kerjanya dari Zaffirul, dan lebih kukuh kedudukan ekonominya berbanding Zaffirul..

Zaff telah tersalah langkah dengan memilih kaca berbanding permata yang ada dihadapannya suatu ketika dahulu, dan dia telah kehilangan permata berharga itu buat selamanya. Syikien yang disangkanya permata berharga, rupanya hanyalah kaca semata..kaca yang mampu mencederakan ramai orang bila ia pecah berderai..

“Maafkan saya sebab bersetuju dengan idea dan rancangan kurang bijak Zaffirul suatu ketika dulu, maafkan saya kerana telah mulai mencintai awak dalam diam sejak dia mengamanahkan awak pada saya untuk dijaga dan dilindungi..untuk disayangi dan dikasihi sepenuh hati saya, dan untuk diberikan cinta yang tulus kepada awak untuk selamanya..”

“Tak perlulah kita bercakap soal ni lagi Azman, semuanya dah jelas di sini sekarang ni..dan saya dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan dia lagi, kalau boleh saya nak dia dan semua tentang dia tu tak pernah wujud dalam hidup saya, bukan kini, dan juga bukan untuk selamanya Azman..saya harap awak faham.”


        Cinta yang tak dapat aku nikmati
Memendam seribu bayang tak pasti
Kesungguhan sudah tak nampak lagi
Aku takkan bisa jalani

        Memeluk bintang yang indah tak dapat
Hanya mampu sebatas menatapi
Ketidak sepahaman menghalangi
Aku tak sanggup bila terus begini

        Aku tak tahan lagi
Aku tak sanggup lagi
Mengertikan dirimu
Mengertikan cintamu

        Aku telah bosan lagi
Aku tak mau lagi
Mengertikan dirimu
Mengertikan cintamu

        Hati yang tak dapat bisa mengerti
Terpaksa ku nikmati semua itu
        Redamkan resah jiwa yang tak pernah
        Bisa mengertikan
        Arti besar cintaku

        Aku tak tahan lagi
        Aku tak sanggup lagi
        Mengertikan dirimu
        Mengertikan cintamu

        Aku tak tahan lagi
        Aku tak sanggup lagi
        Mengertikan dirimu
        Mengertikan cintamu
        Aku tak sanggup lagi
        Wooow..ho..ho..
        Ye..he..he..hey... aku tak sanggup lagi – ST12

Dan kini, hancurlah sudah kisah kasih antara Shaarzanaa dan juga Zaffirul dek kerana egonya dan juga rasa cintanya yang diikrarkan hanya untuk Ainnul Asyikien..

No comments:

Post a Comment