Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Sunday 21 July 2013

CERPEN : ABANG ANGKAT, MR. FIANCE (FULL)





ABANG ANGKAT, MR. FIANCE



Kasihku terhadapmu untuk selamanya,
cintaku kepadamu kan sentiasa ada…




FASHA ADDRYANAA



HURM, dah lama rasanya tak mengganggu ketenangan orang. Boring jugak kalau duduk-duduk tanpa buat apa-apa ni, nak keluar pun tak ada siapa yang nak join..

Hah, tau dah nak buat apa..apa kata kalau aku bergayut dengan Abang Bayu, lagipun dah lama tak kacau dia..

“Hello, assalamualaikum..boleh saya bercakap dengan Encik Muhammad Faiq Bayu bin Arsyad Wafie..?? Saya dari syarikat guaman Jo&Lin Co. ada perkara yang ingin dibincangkan dengan encik..”

“Waalaikumussalam, saya bercakap..hal apa ya yang cik nak cakapkan dengan saya..?? Maaf cik..”

‘Hahahaa, kesian betul abang angkat kesayangan aku ni..still tak sedar lagi yang dia dipermainkan oleh adik angkat kesayangannya yang sorang ni, hehee..tunggu kejap lagi laa, baru bagitau kat dia yang aku saja kenakan dia..kehkehh..’

“Cik, oo cik..CIK..!!”

“Oohh, i love you abang..”

“Hahh, hahahaa..dah tertangkap. Itulah, ada hati nak kenakan orang lagi..hahahahaaa...”

‘Ceh, kurang asam punya abang..oiitt, menda hape yang aku merapu makan ikan kerapu tadi erkk..??’

“You do love me erkk, ke saja cakap macam tu sebab nak kenakan abang lagi..??”

“Hah, Dhini ada cakap macam tu ke tadi..?? Tak sedar pun, ke abang saja cakap macam tu sebab nak balas balik..”

Alamak, dah mengkantoikan diri lagi sekali laa..adoi.. Hisy, kacau mood untuk mengganggu je..huhuhuu...

“Yezz, dah kantoi habis..hahahaa. Kan abang dah berjaya mengkantoikan adik abang yang sorang ni, nakal erkk dia..hahahaa...”

“Hehhee, alaa..nakal sikit je pun, bukan nakal banyak mana pun macam abang tu...dah terlebih nakal pun..” Untung ayat terakhir aku sebut secara perlahan, sekadar berbisik. Tapi, seperti bisa kedengaran di ruang pendengarannya sahaja.

“Dhini cakap apa tadi, abang rasa abang tak jelas laa dengan apa yang Dhini baru cakapkan tadi tu..”

“Hah, tak..tak ada apa pun, Dhini baru nak tanya bila abang nak datang sini. Tu je, tak ada yang lain yang pelik pun dari tu..”

Huhh, nyaris kantoi aku mengutuk dia. Kalau laa dia ada kat depan aku, rasanya mau aku kena pelangkung masuk longkang dah ni...

Fuhh, selamat den..hahahahaaa.. Gelak tak sedar, dan akhirnya..gedebukk...

“Adehh, adoii...patahlah pinggang den kalau cenggini hari-hari, sob..sobb..”

“Ehh adik, dah kenapa pulak tu..?? Asal abang macam dengar bunyik bende jatuh je kejap ni, ke tengah membaling barang ke dinding tu..”

Adoi laa, ni nak menyakat ke nak mengutuk ni..?? Dah laa pinggangku ini serupa nak patah dah rasanya, adeii..

“Nangka masak jatuh laa, abang apa tau..auchhh, adoii..”

“Tu dah kenapa pulak, tadi kata nangka masak jatuh..ni dah tetiba pulak beradoi adoi ni, apekehalnya pulak..??”

Tiba-tiba pulak aku rasa abang aku ni sengal malam ni, dari mana je laa datangnya pokok nangka kat dalam rumah aku ni..?? Terlanggar tiang letrik ke pun Abang Faiq ni, tak pun baru lepas kena baling ngan batu..benjol kepala sampai sengal kejap..

“Apa ke peliknya abang ni, mana lak datang pokok nangka yang besor gedabak tu dalam rumah Dhini yang tak berapa nak besor ni..??”

“Bhahahaa, pokok nangka halimunan..tu yang muat-muat je kat dalam rumah Dhini, hahahahaa..Adik sayang jatuh katil erkk..??”

Aahhh, apekehal lak jantung aku dok dup dap dup dap ni dengar dia panggil aku adik SAYANG..adoii, ni dah terjangkit kemerengan and kesengalan dialah ni..huhuhuuu..

“Dhini, oohh Dhinii..Cik Ardhini Bilqis binti Mustafa Marzuq, ni kenapa yang dok berangan tengah-tengah malam buta ni haa..?? Penat je abang cakap, rupanya orang tu syiookkk dok berangan.”

“Hah, apa dia bang..?? Oohh, ha’aah..Dhini jatuh katil, abang punya pasal laa ni..kerja nak buat orang gelak je, tak habis-habis..”

****

‘DHINI.. tapi bukan ke Dhini belum balik sini lagi, habis tu macam mana pulak boleh ada dekat sini..??’

“Hello Dhini, abang ni..saja je call, nak tanya khabar buah hati abang ni...Dhini sihat..?? Abang..abang rindu dekat Dhini...”

“Hello abang, ada apa bang..?? Alhamdulillah sihat, rasa macam makin naik lagi berat badan ada laa..hahaa.. Aaa...aabaanngg..”

‘Ya, suatu perasaan yang sudah tidak dapat untuk aku nafikan lagi..sungguh aku mencintaimu setulus hatiku Ardhini Bilqis, suatu perasaan yang aku sendiri baru sedari.’

‘Ya Allah, apakah yang ingin Kau sampaikan kepadaku Ya Allah, mengapa harus hatiku tidak keruan saat dia berkata begitu kepadaku..?? Apakah maknanya di sebalik semua rasa yang Kau beri ini Ya Allah..??’

Dalam diam, ada getar yang mulai muncul dalam hati Ardhini Bilqis..getar yang sudah lama wujud walau diri cuba menafi. Getar yang hanya dia seorang bisa rasakan, dan hanya Dia yang tahu bagaimana rasanya.

Seketika Dhini terkelu lidah dan terkaku saat mendengar pengakuan yang keluar dari ulas bibir Faiq, Nik Hazwan yang berjalan bergandingan dengannya juga sudah lepas kedepan.

Saat itu, Ardhini tidak sedar bahawa ada sebuah kereta yang meluncur laju ke arahnya, sedang Hazwan sudah terlalu jauh kehadapan. Dan pada ketika itulah Faiq bergegas mendapatkan Dhini yang berada tidak jauh darinya, menyelamatkan satu-satunya gadis yang paling disayanginya dari dilanggar.

“Dhiniiii...”

“Aaa..abanng...aab..banggg....

Mungkin gara-gara terkejut dengan kejadian yang hampir menyebabkan Dhini terlantar di atas katil hospital, mengakibatkan dia pengsan di situ serta merta..melihatkan Dhini tidak sedarkan diri secara tiba-tiba menyebabkan Faiq resah, risau seandainya terjadi sesuatu ke atas gadis yang dicintainya itu..

“Dhini, Dhini bangun Dhini..bangun sayang, Dhini jangan buat abang macam ni sayang..”

“Dhini..Dhiniii, woi bro..apahal kau sentuh dia hah, kau ni siapa dengan Dhini..?? Apa hak kau nak sentuh dia bagai ni hah, apa yang kau dah buat dengan Dhini sampai dia pengsan macam ni..??”

“Kau, lebih baik kalau kau diam je dan tolong aku cepat..tolong aku bawak barang-barang Dhini masuk dalam kereta aku, sekarang..”

Kasihnya pada Ardhini Bilqis telah merubahnya menjadi seorang yang lebih melindungi dari hanya melihat dan menjaga secara biasa, dan rasa takut kehilangan membuatkan dia sanggup mengorbankan masanya untuk melindungi gadis kesayangannya.

‘Dhinii, Dhini jangan tinggalkan abang ye sayang..abang takut kehilangan Dhini, abang takut abang tak mampu nak meneruskan hidup abang tanpa Dhini..’

“Aku ikut sekali, manalah tau kalau-kalau kau ada niat tak baik pada Dhini ke..lagipun aku tak percaya yang kau dah lama kenal Dhini, dan Dhini tak pernah cerita pada aku pun pasal kau.”

“Suka hati kaulah nak cakap apa pun, dan terserah pada kau sama ada nak percaya pada aku ataupun tak..yang penting pada aku sekarang ni, aku nak Dhini selamat je.”

“Huhh, baguslah kalau kau dah cakap macam tu..aku nak tengok nanti, aku akan tanya Dhini pasal kau dan apa hubungan kau dengan dia bila dia dah sedar nanti..”

‘Aaarrgghhh, mamat ni memang nak makan penumbuk aku kot..aku dahlah tengah runsing pasal keadaan Dhini sekarang ni, yang dia ni boleh pulak dok cot-cet, cot-cet dari tadi..’

***

“DHINI, abang tak kisah Dhini nak keluar dengan siapapun..tapi abang harap sangat Dhini boleh jaga diri dan keselamatan Dhini, abang tak nak apa-apa jadi pada Dhini tau tak..”

“Abang, adikk..Adikk..ehm, Dhini mintak maaf..Dhini mintak maaf sebab tak inform dekat abang yang Dhini dah balik sini, Dhini mintak maaf sebab abaikan keselamatan diri Dhini..Dhinii...”

Kenapa aku cuai sangat, kenapa aku..kenapa aku mesti menyusahkan orang lain untuk menjaga keselamatan diri aku, takkan selamanya aku nak harapkan abang Faiq jaga keselamatan aku..?? Dia mesti akan kahwin dengan gadis yang dia suka, dan mesti dia takkan dapat nak jaga aku dah masa tu..aku tak boleh terlalu bergantung pada dia untuk jaga keselamatan aku, dia pun ada kehidupan dia sendiri.

“Dhini..Dhini sayang, abang tak terniat nak marah pada Dhini..abang tak kisah pun kalau Dhini tak inform pada abang yang Dhini tengah cuti sekarang ni, abang cuma risaukan Dhini.”

“Tapi abang, Dhini tetap salah sebab tak bagi tahu pada abang yang Dhini dah start cuti..Dhini, Dhini keluar dengan Hazwan sebab nak beli hadiah untuk abang..Dhini nak surprisekan abang, tapi tak sangka pulak akan jadi macam tu..”

“Dhini, would you mind to tell me who is he..?? What is his relationship with you, sampai dia nak over sangat pasal hal-hal yang berkait dengan diri you ni..”

‘Alamak, lupa pulak yang Hazwan tak tahu lagi pasal Abang Faiq..hadoii laa, macam mana boleh lupa nak bagi tau kat mamat sorang ni..??’

Haisehh, macam manalah aku nak cakap pada Nik Hazwan ni..terbalik 186º darjah aku jadinya dengan mamat sorang ni, bantai dia tembak aku macam machine gun laa nanti..

***

“MAA, mama..abang..abang rasa abang dah sedia nak bawak balik bakal menantu mama dan, kalau boleh abang nak mintak mama tolong pinangkan dia untuk abang..boleh tak mama..??”

“Hahh, apa abang cakap tadi..abang betul nak bawak balik bakal menantu mama nie..?? Siapa bakal menantu mama tu abang, macam mana orangnya, mama kenal ke dengan dia abang..?? Hahh, bila abang nak mama pergi pinang dia untuk abang..?? Mama nak prepare apa yang patut ni, takut nanti kelam kabut pulak..”

“Slowly maa..first, abang serius..second, bakal menantu mama tu siswazah jurusan Healthcare Management..third, dia baik, cantik, sopan, hormat orang tua, dan yang penting pandai masak..fourth, mama kenal dia maa..Ardhini Bilqis, adik angkat abang yang abang paling sayang..Mama tak kisahkan kalau abang nak nikah dengan Dhini, mama restu hubungan yang abang nak bina ni..??”

Gelisah dan penasaran Faiq jadinya, takut seandainya Puan Zarliana tidak mahu meminang gadis kesayangannya itu untuk dia..paling dia takut ialah seandainya mamanya tidak mahu merestui perhubungan yang bakal dibina bersama gadis pilihan hatinya itu..

‘Mamaa..mamaa..janganlah kata tak mama, please mama..boleh sasau abang jadinya nanti kalau mama tak restu dan tak nak pinang Dhini untuk abang..’

Sengaja Puan Zarliana ingin mendera perasaan anak terunanya itu, hanya ingin menduga berapa besar cinta Faiq terhadap Ardhini sebenarnya..dia juga sudah lama berkenan ingin menjadikan Dhini sebagai menantu dalam rumahnya, tetapi tidak sangka pula anak terunanya itu berfikiran sama dengannya..

“Mama dah lama nak jadikan Dhini tu menantu dalam rumah ni, alih-alih hari ni kamu bagitau mama kata nak nikah dengan dia..jangan kata mama terkejut je, bahkan mama suka laa abang..”

“Aa..apa maa, serius ni maa..?? Mama restu laa hubungan abang dengan Dhini ni erkk, macam tu..?? Kalau dah macam tu mama, terus hantar rombongan meminang hujung minggu ni je laa maa...”

“Amboii, ongkos da cukup ke nak pinang anak dara orang ni abang..?? Mama tak nak nanti orang cakap anak mama ni nak bagi anak dara orang makan pasir ke apa, mama tak nak macam tu abang..”

“Alhamdulillah, dah cukup dah maa..abang dah lama simpan untuk detik-detik macam ni, bahkan abang lebihkan sikit takut tak cukup ke apa nanti..”

‘Kenalah buat persediaan awal untuk memulakan perjalanan hidup baru, dalam sebuah buku baru, dengan ‘title’ baru bersama orang yang lama disayangi..’

Kelas kau jah, main hantar rombongan meminang macam tu je tanpa pengetahuan minah sorang tu. Buatnya dia sedar nanti yang kau yang hantar rombongan meminang dia, mau ditembaknya ekau dengan Revolver 3.65 milik tok wan dia..huhuu, tak pun...

“Dhini, abang ada benda nak cakapkan pada Dhini ni..tapi abang tak pasti sama ada Dhini boleh terima dan akan terima ke tidak, tapi walau apa pun..abang harap sangat yang Dhini boleh terima..”

“Aabangg, abang nak cakap apa ni..?? Dhini tak faham laa abang, cuba abang cakap terus je dekat Dhini..biar Dhini faham secara direct..”

“Abang sayangkan Dhini, dan..abang harap, dhini akan terima lamaran dari pihak keluarga abang buat Dhini. Abang sayang Dhini sangat-sangat, abang kasih dan cintakan Dhini, dan abang harap sangat yang Dhini akan benarkan abang untuk jaga sayang seumur hidup abang..selagi abang bernafas, abang takkan biarkan sesiapapun sakiti hati orang yang abang paling sayang ni..”

“Aaa..abanggg..Dhini..Dhiniii sayang abang, Dhini pun cintakan abang..rasa getar yang abang wujudkan dalam dada Dhini tak pernah hilang, walaupun kadang Dhini cuba menafi..takut perasaan tu cuma mainan hati je, dan Dhini takut kalau-kalau Dhini hanya bertepuk sebelah tangan..”

“Sayaang, bertunang dengan abang..jadi isteri dan mama buat bakal anak-anak abang kelak, abang tak nak kehilangan Dhini..abang takut kalau-kalau abang tak mampu hidup tanpa Dhini di sisi abang, tidak walau seketika..”

Sungguh, saat ini Ardhini rasa terharu kerana seumur hidupnya tiada siapapun yang pernah berkata sesuatu yang indah seperti itu kepadanya..ya, walaupun dia masih remaja, itu tidak bermakna dia tidak boleh bercinta dan menjalin hubungan dengan sesiapa.

Benarlah yang takdir hidup mereka sudah ditentukan sedari awal lagi, dan tiada siapa yang mampu melawan ketentuan takdir yang telah ditetapkan di lohmahfuz..walau jauh terpisah, walau apa melanda, Faiq dan Dhini akhirnya bersatu jua dalam ikatan yang murni dan suci.

“Dhini, you tak cerita lagi dekat I pasal hubungan antara you dengan lelaki ni..I nak tau semuanya, I nak tau apa hubungan you dengan lelaki ni sampaikan dia terlalu ambil berat pasal you..”

“Hazwan, actually..Abang Faiq nie, abang angkat I..dia memang care pasal diri I sejak dulu lagi, sejak I jadi adik angkat dia beberapa tahun yang lepas...”

“Ye, apa yang dikatakan Dhini tu betul..dan mulai sekarang aku akan lebih ambil berat soal keselamatan dirinya dalam apa jua keadaan sekalipun, sebab mulai saat ni..aku adalah tunang Ardhini Bilqis yang sah..”

“Dhini, is that true Dhini..?? Is everything’s true like what he just said now Dhini..?? Tolong Dhini, terus terang je laa dengan I, sekurang-kurangnya I tahu yang you dah ada seseorang yang mampu jaga you dengan baik..”

“Hazwan, semua ni betul dan tak ada apa yang tak betulnya..I dah jadi tunang Abang Faiq yang sah dan tak lama lagi kami akan menikah, I harap you dapat terima yang sahabat baik you ni dah ada superman dia sendiri untuk jaga dia di suatu saat nanti..”

‘Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaanmu Dhini, walaupun aku tak dapat untuk memilikimu dalam hidupku..namun aku bersyukur kerana kau mampu menerimaku sebagai seorang sahabat, walaupun aku berharap lebih dari itu yang kau akan berikan kepadaku..’

“Jaga Dhini baik-baik bro, aku sayang dia..dan aku harap tak akan ada seorang pun yang akan membuatkan dia kecewa, jangan biarkan dia menangis..”

Hanya dirimu yang ku cinta
takkan membuat aku jatuh cinta lagi
aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tau kau tak sempurna
takkan membuat aku jauh darimu
apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
dia kekasihku ‘kan tetap milikku
aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tau kau tak sempurna
takkan membuat aku jauh darimu
apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
dia kekasihku ‘kan tetap milikku
aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
dia kekasihku ‘kan tetap milikku
aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
dia kekasihku ‘kan tetap milikku
aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku Tuhan Jagakan Dia – Motif Band


mencintai seseorang tidak berarti kita harus memilikinya,
menyayangi seseorang tidak berarti kita boleh menghampakannya,
merindui seseorang tidak berarti kita boleh berkasihan dengannya,
mengasihi seseorang tidak berarti kita boleh berbuat apa saja dengannya...

ingatlah, ALLAH s.w.t. lebih menyenangi andai kita melakukan sesuatu apa yang difikirkan ke atas insan yang HALAL bagi diri kita..

maka itu, bernikahlah anda jika anda berkemampuan..
dan, bernikahlah anda jika nikah itu mampu mengelakkan diri anda dari terjerumus ke dalam lembah maksiat..

sesungguhnya Allah menyukai pernikahan yang terjadi di antara dua orang hambanya...

insyaAllah, Allah akan meredhai sesuatu yang amat disukai oleh-Nya dan Allah akan senantiasa memberkati segala apa yang diperlakukan asalkan perkara itu halal bagi diri kita....

4 comments: