Selesai sahaja segala kerja di tempat praktikal untuk
semester keenam itu, Nissan Almera terus dipandu ke Kota Damansara.
Kad akses disentuh ke pengimbas dan kereta terus diparkir
di tempat parkir kereta yang tersedia di bawah kondominium. Kunci rumah sewa segera
dikeluarkan dari tas tangan. Laju langkah kaki dituju ke lif, dada sudah
berdebar hebat.
Seminggu lagi kena duduk dekat Kota Damansara ni. Lepas
tu, habis je pembentangan report
nanti dah kena gerak balik. Arahan mama dan papa tak boleh ditidakkan. Sijil kursus
kahwin pun aku dan dia belum ambil lagi, dengan surat kebenaran nikah dia lagi.
Majlis nikah dekat rumah mama dan papa nanti akan
berlangsung pada malam Jumaat, 12 Jun, selesai solat Isya’. Bermakna malam itu
juga, aku akan sah bergelar isteri kepada si dia. Ya. Dia, encik tunang yang
tak pernah aku jumpa, dan tak pernah aku kenal secara berdepan.
Doaku pada hari ini, biarlah aku tenang menjalani
kehidupan baru yang bakal dibina dalam beberapa hari sahaja lagi. Berikanlah
aku kekuatan agar aku mampu menjalankan tugasku sebagai seorang pelajar dan
juga isteri dengan sebaiknya. Sesungguhnya aku insan yang lemah tanpa
bimbingan-Mu, aku masih tidak punya pengalaman dalam mengendalikan sesebuah
rumah tangga dan aku juga masih belajar.
“Ziqa, presentation
untuk report kita nanti selesai hari
Khamis petang kan? Kalau ikut jadual, pukul 3.30 petang dah habis semua
pembentangan. Jadi aku nak kau ikut aku balik kampung terus nanti, tapi kita
balik ke rumah dulu laa.”
“Ha’aah. In-sya Allah kalau tak ada aral masa
pembentangan tu nanti, Khamis petang tu dah boleh dah kita gerak balik. Ehh,
kenapa? Kau nak aku ikut balik sekali? Aku on
je, no problem.”
Tiga hari lagi sebelum Khamis menjengah tiba. Terus
sahaja aku terfikir, kenapa tidak dikemaskan luggage untuk pulang ke kampung
terus pada hari Khamis itu nanti. Tinggal kemas dan masukkan sahaja luggage ke
dalam bonet kereta nanti. Kemudian boleh bergerak balik terus dari kolej dan
tak perlu buang masa untuk patah balik ke kondo untuk mengambil beg pakaian.
“Urmm, Ziqa... Ziqa. Aku rasa, lebih baik kalau kita
kemas kain baju masuk luggage terus
malam ni. Lagipun, pembentangan tu nanti habis pukul 3.30 petang. Kalau kita
balik kondo dulu untuk ambik beg baju semua, mandi lagi, dah tentunya kita
sampai lewat malam kat rumah mama ngan papa aku. Betul tak beb? Khamis pagi masa nak pergi kolej tu kita bawak turun sekali
beg pakaian masuk bonet kereta, nanti gerak naik kereta aku je. Senang.”
“Ehh, betul
jugak tu. Aku pun bukannya reti sangat nak pandu kereta malam-malam buta, kalau
siang-siang hari tu boleh laa gagah lagi. Okay,
set. Aku nak pergi ambik beg baju dulu, kemas mana yang patut.”
“Ziqa. Habis kemas ni nanti kau letak terus beg kau kat
sebelah beg aku tau, takut nanti lupa pulak. Lusa, laptop semua tu jangan
tinggal... kamera kau pun bawak sekali, sekarang ni banyak kes yang aku
dengar.”
Usai membuat segala pembentangan report oleh kumpulan terakhir yang dianggotai Airysha, Haziqa, Nik
Khairul dan Wan Rehanna. Mereka pun terus sahaja menghantar kertas report yang telah siap dibinding. Kesemua mereka ingin segala
kerja segera selesai. Semua sudah tidak sabar-sabar hendak bergerak pulang ke
kampung masing-masing.
“Beb, cepat je
masa berlalukan. Ehh, kau nak beli
apa-apa tak buat bekal sambil memandu nanti? Kejap lagi nak gerak terus dah, kot nak tapau Livita ke, Nescafe Latte
ke. Aku nak singgah 7E kejap, nak beli Hacks and a few packets of tidbits. Kau nak pesan apa-apa?”
Ziqa kalih pandang ke sebelahnya. Terkejut dia melihat
kelibat Airysha yang sudah sampai ke kereta untuk menyimpan semua barang yang
dibawa untuk pembentangan awal tadi. Haziqa Naziha sudah geleng kepala sendiri.
“Rysha. Oitt
mak cik, laju je kau menonong tinggalkan aku erkk. Punya laa aku dok
bercakap pasal air laa, tidbits
laa... tak pasal je aku cakap sorang-sorang tadi. Kau nak apa-apa tak, aku nak gi beli ni.”
“Oohh, ooo...
oii... ehh. Wei, bukan kau jalan sebelah aku ke kejap tadi? Aku ingatkan
kau jalan sebelah aku tadi, tu yang laju je aku jalan. Nak simpan barang-barang
ni semua dalam kereta. Beb, kau
tolong beli air Nescafe Latte ngan Mocha untuk aku, nak straw sekali tau. Tidbits, macam biasa... aku ikut kau je, bedal apa pun asal tolak
yang bertuna dan sardin.”
“Ziqa, cepat sikit tau. Jam lagi lima belas minit nak
pukul 4 petang ni, aku takut jalan jammed
je nanti.” Pesan aku kepada Haziqa.
“Okay beb, tak
sampai 10 minutes. Kau tunggu aku
dalam kereta kay...” sambut Ziqa dari
hadapan pintu masuk 7Eleven.
* enjoy reading this part... luv u allz...