Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Thursday 7 May 2015

POSISI TIDUR IBU HAMIL : KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


posisi tidur ibu hamilSalah satu perkara yang merisaukan ibu hamil ialah posisi tidur. Apakah posisi tidur yang selamat untuk ibu hamil? . Sebenarnya tiada posisi tidur yang khusus untuk ibu hamil. Selagi tidak membahayakan kandungan, selagi itulah selamat untuk bayi.
Terserah kepada ibu untuk tidur dalam apa jua posisi. Kandungan anda tetap selamat kerana dilindungi oleh cecair iaitu air ketuban. Allah s.w.t adalah sebaik-baik pencipta kerana telah menciptakan perut ibu yang sangat unik dan selamat untuk bayi berlindung.

Posisi Tidur Ibu Hamil

Terdapat pelbagai jenis posisi tidur yang selesa bagi ibu hamil. Antaranya ialah:

# Posisi Terlentang

Boleh dikatakan bahawa semua ibu hamil suka tidur dalam keadaan terlentang. Posisi tidur ini boleh membuatkan ibu hamil terasa lebih relaks.
Namun, sebenarnya posisi tidur terlentang akan menyebabkan badan cepat penat kerana membuatkan ibu hamil mudah mengalami sakit pinggang, buasir dan gangguan pencernaan.
Keburukan tidur dalam keadaan terlentang boleh mempengaruhi tekanan darah tinggi dan menyebabkan ibu hamil berasa pening serta menganggu pengaliran darah.

# Posisi Meniarap

Ada yang menyatakan bahawa posisi tidur secara meniarap tidak selamat untuk ibu hamil. Sebenarnya posisi meniarap selamat. Tetapi kebanyakan ibu hamil tidak suka tidur dalam keadaan meniarap kerana akan berasa sakit pada bahagian payudara.
Tambahan pula, jika perut semakin membesar, tidak sesuai dan tidak selesa untuk tidur meniarap.

# Posisi Mengiring Ke Kiri

Posisi tidur mengiring ke kiri adalah posisi tidur ibu hamil yang paling selesa  kerana banyak memberi manfaat kepada ibu. Salah satunya ialah membantu pengeluaran sisa kotoran dan cairan dari tubuh badan melalui buah pinggang.
Posisi tidur ini sangat digalakkan selepas usia kandungan memasuki 16 minggu. Posisi tidur mengiring ini boleh mengurangkan bebanan berat kandungan semasa tidur.

#Posisi Tidur Mengiring Ke Kanan

Jika ibu tidak selesa mengiring ke kiri, boleh cuba mengiring ke kanan. Atau boleh gilir-gilirkan posisi mengiring ini sewaktu tidur.

Posisi Tidur Ibu Hamil Yang Terbaik

Tiada posisi tidur ibu hamil yang terbaik setakat ini. Namun, posisi tidur bergantung kepada ibu sendiri. Pilih posisi tidur kesukaan anda dan jangan sesekali tidur dalam keadaan posisi yang boleh memudaratkan anda.
Jika ibu suka tidur dalam keadaan mengiring, ibu juga boleh menggunakan bantal sebagai sokongan. Posisi tidur ibu hamil juga boleh dibantu dengan penggunaan bantal. Saya rasa penggunaan bantal boleh membuatkan ibu rasa lebih selesa dan tidur lebih nyenyak.
Pada masa kini, banyak aksesori untuk ibu hamil yang dijual dipasaran, terutamanyamaternity pillow atau bantal untuk ibu hamil. Atau ibu boleh menjahitnya sendiri mengikut kesukaan dan keselesaan ibu.
Bantal peluk juga boleh dijadikan alat sokongan semasa ibu hamil tidur. Tidak perlu membeli bantal khas dan dapat menjimatkan wang.
posisi tidur ibu hamil
Selain itu, ibu juga boleh  meletakkan kaki di atas bantal semasa tidur untuk mengelakkan kekejangan pada bahagian kaki.
Ibu hamil memerlukan tidur yang lena dan waktu tidur adalah waktu rehat bagi ibu hamil. Namun begitu, semakin kandungan membesar, ibu hamil sukar mendapatkan tidur yang berkualiti.
Terdapat ibu yang tidur di waktu siangnya begitu lena, malam pula tidak lena. Terdapat sebilangan ibu yang mengalami masalah ini. Jika tidur malam tidak lena, ibu boleh juga tidur diwaktu siang. Ibu hamil memerlukan waktu untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.
Bagi ibu hamil yang berkerjaya, jika mengalami masalah sukar tidur lena, amalkan tabiat membaca dan juga mengambil segelas susu sebelum tidur. Ataupun, mengambil kalsium yang mencukupi supaya otot dan tulang-tulang dapat berehat dengan sepenuhnya.

 Tidur Yang Lena Adalah Pilihan Anda!

Apa jua posisi sekalipun, tidurlah dalam keadaan yang boleh membuat anda selesa. Perlu di ingat, ibu hamil perlukan rehat yang cukup untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Yang penting, kesihatan perlu dijaga. Kerana anda sedang membawa amanah yang berlindung di rahim anda.

No comments:

Post a Comment