Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Thursday 6 March 2014

SRCP - Bab 8






Selesai sahaja segala kerja di tempat praktikal untuk semester keenam itu, Nissan Almera terus dipandu ke Kota Damansara.

Kad akses disentuh ke pengimbas dan kereta terus diparkir di tempat parkir kereta yang tersedia di bawah kondominium. Kunci rumah sewa segera dikeluarkan dari tas tangan. Laju langkah kaki dituju ke lif, dada sudah berdebar hebat.

Seminggu lagi kena duduk dekat Kota Damansara ni. Lepas tu, habis je pembentangan report nanti dah kena gerak balik. Arahan mama dan papa tak boleh ditidakkan. Sijil kursus kahwin pun aku dan dia belum ambil lagi, dengan surat kebenaran nikah dia lagi.

Majlis nikah dekat rumah mama dan papa nanti akan berlangsung pada malam Jumaat, 12 Jun, selesai solat Isya’. Bermakna malam itu juga, aku akan sah bergelar isteri kepada si dia. Ya. Dia, encik tunang yang tak pernah aku jumpa, dan tak pernah aku kenal secara berdepan.


Doaku pada hari ini, biarlah aku tenang menjalani kehidupan baru yang bakal dibina dalam beberapa hari sahaja lagi. Berikanlah aku kekuatan agar aku mampu menjalankan tugasku sebagai seorang pelajar dan juga isteri dengan sebaiknya. Sesungguhnya aku insan yang lemah tanpa bimbingan-Mu, aku masih tidak punya pengalaman dalam mengendalikan sesebuah rumah tangga dan aku juga masih belajar.

“Ziqa, presentation untuk report kita nanti selesai hari Khamis petang kan? Kalau ikut jadual, pukul 3.30 petang dah habis semua pembentangan. Jadi aku nak kau ikut aku balik kampung terus nanti, tapi kita balik ke rumah dulu laa.”

“Ha’aah. In-sya Allah kalau tak ada aral masa pembentangan tu nanti, Khamis petang tu dah boleh dah kita gerak balik. Ehh, kenapa? Kau nak aku ikut balik sekali? Aku on je, no problem.”

Tiga hari lagi sebelum Khamis menjengah tiba. Terus sahaja aku terfikir, kenapa tidak dikemaskan luggage untuk pulang ke kampung terus pada hari Khamis itu nanti. Tinggal kemas dan masukkan sahaja luggage ke dalam bonet kereta nanti. Kemudian boleh bergerak balik terus dari kolej dan tak perlu buang masa untuk patah balik ke kondo untuk mengambil beg pakaian.

“Urmm, Ziqa... Ziqa. Aku rasa, lebih baik kalau kita kemas kain baju masuk luggage terus malam ni. Lagipun, pembentangan tu nanti habis pukul 3.30 petang. Kalau kita balik kondo dulu untuk ambik beg baju semua, mandi lagi, dah tentunya kita sampai lewat malam kat rumah mama ngan papa aku. Betul tak beb? Khamis pagi masa nak pergi kolej tu kita bawak turun sekali beg pakaian masuk bonet kereta, nanti gerak naik kereta aku je. Senang.”

Ehh, betul jugak tu. Aku pun bukannya reti sangat nak pandu kereta malam-malam buta, kalau siang-siang hari tu boleh laa gagah lagi. Okay, set. Aku nak pergi ambik beg baju dulu, kemas mana yang patut.”

“Ziqa. Habis kemas ni nanti kau letak terus beg kau kat sebelah beg aku tau, takut nanti lupa pulak. Lusa, laptop semua tu jangan tinggal... kamera kau pun bawak sekali, sekarang ni banyak kes yang aku dengar.”


Usai membuat segala pembentangan report oleh kumpulan terakhir yang dianggotai Airysha, Haziqa, Nik Khairul dan Wan Rehanna. Mereka pun terus sahaja menghantar kertas report yang telah siap dibinding. Kesemua mereka ingin segala kerja segera selesai. Semua sudah tidak sabar-sabar hendak bergerak pulang ke kampung masing-masing.

Beb, cepat je masa berlalukan. Ehh, kau nak beli apa-apa tak buat bekal sambil memandu nanti? Kejap lagi nak gerak terus dah, kot nak tapau Livita ke, Nescafe Latte ke. Aku nak singgah 7E kejap, nak beli Hacks and a few packets of tidbits. Kau nak pesan apa-apa?”

Ziqa kalih pandang ke sebelahnya. Terkejut dia melihat kelibat Airysha yang sudah sampai ke kereta untuk menyimpan semua barang yang dibawa untuk pembentangan awal tadi. Haziqa Naziha sudah geleng kepala sendiri.

“Rysha. Oitt mak cik, laju je kau menonong tinggalkan aku erkk. Punya laa aku dok bercakap pasal air laa, tidbits laa... tak pasal je aku cakap sorang-sorang tadi. Kau nak apa-apa tak, aku nak gi beli ni.”

Oohh, ooo... oii... ehh. Wei, bukan kau jalan sebelah aku ke kejap tadi? Aku ingatkan kau jalan sebelah aku tadi, tu yang laju je aku jalan. Nak simpan barang-barang ni semua dalam kereta. Beb, kau tolong beli air Nescafe Latte ngan Mocha untuk aku, nak straw sekali tau. Tidbits, macam biasa... aku ikut kau je, bedal apa pun asal tolak yang bertuna dan sardin.”

“Ziqa, cepat sikit tau. Jam lagi lima belas minit nak pukul 4 petang ni, aku takut jalan jammed je nanti.” Pesan aku kepada Haziqa.


Okay beb, tak sampai 10 minutes. Kau tunggu aku dalam kereta kay...” sambut Ziqa dari hadapan pintu masuk 7Eleven.




* enjoy reading this part... luv u allz...