Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Saturday 2 May 2015

Kebaikan Tidur: Kanser, Hati, Usus, dan Peparu?



Kebaikan TidurTidur adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Bagi yang gila kerja ini adalah satu kekurangan. Bagi yang sukar tidur atau menghadapi insomnia, keupayaan untuk tidur adalah satu dambaan. Tidur merupakan satu aktiviti yang boleh membantu kesihatan tanpa kita perlu berbuat apa-apa.
Saranan yang biasa kita dengar adalah untuk tidur 8 jam sehari. Namun begitu, ada kajian menunjukkan tempoh optimum untuk tidur adalah daripada 6 hingga 6.5 jam sehari, disertakan sekali dengan setengah jam pada waktu tengah hari. Lebih mahupun kurang daripada saranan akan menyebabkan tubuh berasa lesu dan minda hilang fokus.
Tanpa kita sedari, tubuh kita melakukan proses pemuliharaan dan pembakaran bahan dalam tubuh semasa kita tidur. Seperti mana sebuah komputer sering melakukan maintenance apabila tidak melakukan apa-apa atau membuka aplikasi penting, begitu juga pentingnya waktu tidur.
Banyak yang sedang dilaksanakan organ-organ tubuh pada masa yang kita sangka tidak ada apa-apa lagi sedang berlaku. Pada masa tidur, proses nyahtoksin sedang berlangsung di bahagian hati, hempedu, dan paru-paru. Ketika proses nyahtoksin berlaku di paru-paru,kita akan terasa ingin batuk yang agak kuat. Elakkan mengambil ubat batuk pada waktu ini kerana ia boleh mengganggu proses nyahtoksin. Akhir sekali akan berlakunya proses nyahtoksin di usus besar. Ini antara punca ramai sering ingin membuang air selepas bangun tidur.Tidur yang secukupnya adalah penting bagi memastikan organ-organ berfungsi dengan baik. Jika tidak, racun-racun toksin dalam tubuh tidak dapat dicerna dan dikeluarkan.

Apa yang berlaku sementara kita tidur?

Selain proses nyahtoksin, pada waktu tidur juga berlakunya proses di mana sum-sum tulang akan menghasilkan darah.

Keburukan tidur lewat

Perkara ini sering dianggap remeh, terutama sekali jika tersangkut dengan sebuah cerita menarik di televisyen, sedang berada di babak kemuncak pada permainan video, serta mempunyai acara dan perjumpaan penting keesokan harinya.
Namun begitu, ia sepatutnya tidak dianggap remeh. Hal ini kerana jika dijadikan amalan, keburukan lewat tidur ini akan memakan diri si pengamal dan memberi kesan buruk pada kesihatan serta tubuh badan mereka.Amalan lewat tidur dan bangun lambat juga antara punca berlakunya kerosakan organ hati (liver) selain pemakanan.
Tambahan itu, jam biologi badan akan menjadi keliru. Ia akan mengkucar-kacirkan sistem lain, justeru tidak perlu hairan apabila pemakanan menjadi tidak seimbang dan diserap dengan baik, glukosa dalam darah meningkat serta berlaku kerosakan pada tahap metabolisma. Seperti sebuah kilang, setiap proses mempunyai waktu-waktu optimum untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing. Apabila waktu-waktu tersebut menjadi tidak menentu, maka proses-proses tersebut tidak dapat berjalan dengan lancar dan efisien.

Kebaikan tidur awal

Berat badan yang seimbang

a) Tidur awal memungkinkan untuk bangun awal, justeru pasti akan bersarapan dan mengelakkan makan lewat malam. Makan lewat malam tidak elok kerana metabolisma badan berada pada kadar yang rendah pada waktu malam berikutan tubuh memikirkan malam sebagai waktu untuk berehat dan memulihara, bukan untuk ‘bekerja’ dan membakar tenaga.

Kurang risiko kanser

b) Amalan bekerja hingga lewat malam bermakna tubuh lebih terdedah kepada cahaya bukan sahaja siang tetapi hingga ke malam. Pendedahan kepada cahaya untuk tempoh yang lama akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Hormon melatonin berperanan membantutkan pertumbuhan tumor kanser disamping menyebabkan rasa mengantuk. Oleh itu, amalkan tidur tanpa membuka lampu agar tubuh boleh menghasilkan melatonin secukupnya.

Menguatkan daya ingatan

c) Tidur yang berkualiti boelh menguatkan daya ingatan. Hal ini disebabkan mimpi pada kelazimannya adalah ulangan apa yang telah terjadi. Semasa tidur, walaupun badan tidak bergerak atau bekerja, otak masih lagi menjalankan tugas memproses pengalaman dan pembelajaran.

Kebaikan tidur mengiring ke kanan

Bagi para muslimin dan muslimat, terdapat satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang menyatakan adalah sunnah untuk berbaring mengiring ke kanan. Antara hikamh-hikmah yang dikatakan adalah:

Merehatkan bahagian kiri otak

Ini bergantung kepada bahagian mana lebih dominan untuk manusia. Bagi yang dominannya kanan, bahagian kiri otak yang mengawal pergerakan motor tubuh kanan. Dengan tidak menghempap bahagian otak kiri, kita dapat mengelakkan daripada bahaya akibat perederan darah pada bahagian tersebut. Dengan itu, kita dapat mengelakkan pembekuan darah, lemak, sisa toksin, serta pengurangan risiko atherosclerosis atau penyempitan pembuluh darah pada bahagian dominan.

Melindungi kesihatan peparu.

Peparu disebelah kiri adalah lebih kecil daripada peparu disebelah kanan. Dengan mengiring ke kanan, ia tidak menjadi masalah dan tidak berlakunya tekanan. Lain pula sekiranya mengiring ke kiri, peparu kanan akan menghimpap ke sebelah kiri, dan keadaan saiznya yang lebih kecil berbanding disebelah kanan menyebabkan peparu sebelah kiri akan tertekan.

Merehatkan usus

Usus memegang peranan yang penting dalam tubuh sebagai pengkumuh serta penyerap nutrisi. Namun begitu, jarang sekali ia mempunyai masa untuk berehat dan pulih, hinggakan ramai yang menyimpan banyak toksin pada bahagian usus dan berlakunya kanser usus. Dengan berbaring mengiring ke kanan, tidak akan berlakunya rembesan lebihan kimia (yang boleh terjadi apabila tidur mengiring ke kiri)

Kesimpulan

Dengan itu, masalah sukar tidur haruslah dibendung dan amalan tidur yang sihat perlu dimulakan secepat mungkin. Sudah terbukti tidur bukan sahaja aktiviti untuk menghilangkan keletihan, malah menyimpan pelbagai kebaikan untuk kesihatan diri. Seperti mana-mana aktiviti, jangan dilakukan berlebihan, jangan pula terlalu kurang.

Sumber:

  • http://harianislam.com/2013/03/08/keburukan-tidur-lewat-dan-bangun-lambat/
  • http://sitik.wordpress.com/2012/12/02/10-kebaikan-cukup-tidur-malam/
  • http://psikotube.blogspot.com/2012/11/9-kebaikan-tidur-mengiring-ke-kanan.html

No comments:

Post a Comment