Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Wednesday 8 July 2015

FauziahSamad.com: 164. PETUA MASA MENGANDUNG DAN LEPAS BERSALIN



164. PETUA MASA MENGANDUNG DAN LEPAS BERSALIN



gambar ehsan google







Banyak petua yang Kjee terima hari itu. Nak
biarkan sahaja, sayang sangat. Jenuh jugak Kjee asing2kan supaya dapat
masukkan dalam entry yang berkenaan. Kali ini Petua Masa Mengandung dan
selepas Bersalin.


Kjee selalu ingat pesan arwah Mak yang dah
berulang kali Kjee beritahu di blog ini...Kahwin boleh moden tapi
bersalin biarlah ikut cara tradisional.


Terima kasih kepada semua yang menyumbang
petua di bawah ini. Ramai kengkawan kita akan mendapat menafaat
daripadanya. Insya Allah.


Petua2 dibawah ini adalah sumbang semua kengkawan ketika peraduan Petua Orang Tua2 baru2 ini.


    gambar ehsan google
  1. mak saya pesan kalau masa
    mengandung jangan dililit tengkuk dengan tuala atau pakai tudung
    yang jenis melilit tu nanti bersalin takut anak terbelit dgn tali
    pusat …norhaniza




  1. masa saya bersalin..ada sedikit kes di mana uri x kuar habis, rupanya nurse cakap,      
      rambut jangan ikat masa nak bersalin, nanti uri terikat...tak boleh kuar   
      habis...apa pon wallahualam...mungkin petua dari mak dia kot…suria




  1. orang
    mengandung jangan minum air sejuk nanti boleh membotakkan rambut
    si baby dalam perut sebab dia panas bila masuk ke perut dan terbakar
    lah rambuT baby tu ..sharifah rosidah


4.      masa
saye mengandung anak sulung dulu teringin nk makan ikan pari yg
fresh..kebetulan ade kawan suami yang tinggal berdekatan pantai..suami
pesan tolong belikan tapi sampai hati dia tak mau belikan..bila tanye
kenapa ..tak mahu caakp..bila dah bersalin baru dia cakap..petua orang
tua2 tak boleh beri alasan pada orang mengandung dan makan ikan pari
masa pregnant nanti anak sumbing...(shida sidek)


  1.  Orang
    tua2 kata dalam pantan tak boleh menangis nanti kena angin
    meroyan. dah tertulis dah dalam kitab terdahulu melayu ni
    berpantang 44 hari jadi jangan le kita memandei nak
    kurangkan...abiskan 44 hari tu pantang betul2...nanti turun darah kaalu
    tahu puncanya beli ubat tak tahu itu yang bawa maut...ikat rambut
    tinggi2 selitkan dengan lengkuas untuk elakkan masuk angin...kalau
    masuk angin tu lah puncanya angin meroyan...macam2 jadinya meroyan
    ni ade yg gila...makan biar banyak dan banyak kali jangan
    menambah...takut turun darah ada yang terjadi maut ...makan ape
    yang di beri jangan cuba yang tak boleh di makan kalau masuk angin
    ke bentan ke turun darah ke boleh juga ikhtiar ubatnya...contoh nya
    makan putu mayom je ada kuburnya ini lah yang di ceritakan oleh
    bidan yang mengurut nor dulu...norasmah


  1. masa
    berpantang terutama yang dlm perjalanan jauh balik kampung,
    sanggul diikat dan dicucuk paku panjang atau bawa benda tajam
    (gunting) kalau bwa pisau tak pasal2 boleh jadi kes polis lak.
    tujuan untuk elak gangguan syaitan pada baby dan orang berpantang
    sebab badan 'kotor'

    dalam berpantang ibu jari kaki diikat ngan sehelai sabut kelapa utk elak bentan kalau tersepak apa2.

     kalau keguguran (dlm masa 44 hari)x blh melintasi atau berhampiran
    pokok cermai blh menyebabkan turun darah semula. Haiza kl


  1. untuk
    orang mengandung...pesan orangtua jangan makan ulam pegaga takut
    lekat uri kerana akar pegaga mencengkam bumi...juga jangan duduk
    diatas tangga..jangan jahit tutup terus bantal bayi yang baru di
    isi kekabu takut nak beranak susah...pesan orangtua juga buat kerja
    separuh jalan nanti nak beranak pun susah...norasmah


gambar ehsan google
  1. Untuk
    orang tengah mengandung, janagn amalkan makan nasi sejuk..untuk
    elak kepala baby besar dan jangan suka letak tuala di bahagian
    leher...org tua2 kata takut tali pusat anak nanti
    terbelit..wallahualam – cikadakbiru


  1. Orang mengandung jangan merasa maaknan dalam senduk, takut nanti bibir ank jadi cam bibir Negro.  
            Orang yang mengandung jangan meyapu sampah sekerat2,kalau nak sapu kena
            teruskan, takut nanti nak bersalin susah, aank nak keluar tersekat2.. 
            Orang megandung tak boleh duduk atas akar pokok, takut bersalin lekat   
             uri..(Khadijah Salim )


     10.   Petua yang mak sampaikan untuk orang lepas bersalin/dalam pantang.

             Masa nak minum jamu, ibu jari kaki kiri kepit ibu jari kaki kanan.. tangan kiri   
             ampu breast, selawat 3 kali then baru minum.

             Masa berjalan, badan tegak, langkah mesti tersusun dengan teratur, duduk pun
             kena tertib.. (kalau tak nanti, jalan berterabur, bak kata mak, mcm singapore
             penang ~ sebelah kaki ke singapore n sebelah lagi ke penang.. tak cantik)
            sayang.. muka lawa tapi jalan berterabur..

             ni petua dari mak andam yg bisik masa kawen dulu..

            
~ jangan rendam/ada air dalam lesung batu.. kena biar kering.. nanti tut-tut berair..


            ~ nana ~


Thursday 7 May 2015

POSISI TIDUR IBU HAMIL : KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


posisi tidur ibu hamilSalah satu perkara yang merisaukan ibu hamil ialah posisi tidur. Apakah posisi tidur yang selamat untuk ibu hamil? . Sebenarnya tiada posisi tidur yang khusus untuk ibu hamil. Selagi tidak membahayakan kandungan, selagi itulah selamat untuk bayi.
Terserah kepada ibu untuk tidur dalam apa jua posisi. Kandungan anda tetap selamat kerana dilindungi oleh cecair iaitu air ketuban. Allah s.w.t adalah sebaik-baik pencipta kerana telah menciptakan perut ibu yang sangat unik dan selamat untuk bayi berlindung.

Posisi Tidur Ibu Hamil

Terdapat pelbagai jenis posisi tidur yang selesa bagi ibu hamil. Antaranya ialah:

# Posisi Terlentang

Boleh dikatakan bahawa semua ibu hamil suka tidur dalam keadaan terlentang. Posisi tidur ini boleh membuatkan ibu hamil terasa lebih relaks.
Namun, sebenarnya posisi tidur terlentang akan menyebabkan badan cepat penat kerana membuatkan ibu hamil mudah mengalami sakit pinggang, buasir dan gangguan pencernaan.
Keburukan tidur dalam keadaan terlentang boleh mempengaruhi tekanan darah tinggi dan menyebabkan ibu hamil berasa pening serta menganggu pengaliran darah.

# Posisi Meniarap

Ada yang menyatakan bahawa posisi tidur secara meniarap tidak selamat untuk ibu hamil. Sebenarnya posisi meniarap selamat. Tetapi kebanyakan ibu hamil tidak suka tidur dalam keadaan meniarap kerana akan berasa sakit pada bahagian payudara.
Tambahan pula, jika perut semakin membesar, tidak sesuai dan tidak selesa untuk tidur meniarap.

# Posisi Mengiring Ke Kiri

Posisi tidur mengiring ke kiri adalah posisi tidur ibu hamil yang paling selesa  kerana banyak memberi manfaat kepada ibu. Salah satunya ialah membantu pengeluaran sisa kotoran dan cairan dari tubuh badan melalui buah pinggang.
Posisi tidur ini sangat digalakkan selepas usia kandungan memasuki 16 minggu. Posisi tidur mengiring ini boleh mengurangkan bebanan berat kandungan semasa tidur.

#Posisi Tidur Mengiring Ke Kanan

Jika ibu tidak selesa mengiring ke kiri, boleh cuba mengiring ke kanan. Atau boleh gilir-gilirkan posisi mengiring ini sewaktu tidur.

Posisi Tidur Ibu Hamil Yang Terbaik

Tiada posisi tidur ibu hamil yang terbaik setakat ini. Namun, posisi tidur bergantung kepada ibu sendiri. Pilih posisi tidur kesukaan anda dan jangan sesekali tidur dalam keadaan posisi yang boleh memudaratkan anda.
Jika ibu suka tidur dalam keadaan mengiring, ibu juga boleh menggunakan bantal sebagai sokongan. Posisi tidur ibu hamil juga boleh dibantu dengan penggunaan bantal. Saya rasa penggunaan bantal boleh membuatkan ibu rasa lebih selesa dan tidur lebih nyenyak.
Pada masa kini, banyak aksesori untuk ibu hamil yang dijual dipasaran, terutamanyamaternity pillow atau bantal untuk ibu hamil. Atau ibu boleh menjahitnya sendiri mengikut kesukaan dan keselesaan ibu.
Bantal peluk juga boleh dijadikan alat sokongan semasa ibu hamil tidur. Tidak perlu membeli bantal khas dan dapat menjimatkan wang.
posisi tidur ibu hamil
Selain itu, ibu juga boleh  meletakkan kaki di atas bantal semasa tidur untuk mengelakkan kekejangan pada bahagian kaki.
Ibu hamil memerlukan tidur yang lena dan waktu tidur adalah waktu rehat bagi ibu hamil. Namun begitu, semakin kandungan membesar, ibu hamil sukar mendapatkan tidur yang berkualiti.
Terdapat ibu yang tidur di waktu siangnya begitu lena, malam pula tidak lena. Terdapat sebilangan ibu yang mengalami masalah ini. Jika tidur malam tidak lena, ibu boleh juga tidur diwaktu siang. Ibu hamil memerlukan waktu untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.
Bagi ibu hamil yang berkerjaya, jika mengalami masalah sukar tidur lena, amalkan tabiat membaca dan juga mengambil segelas susu sebelum tidur. Ataupun, mengambil kalsium yang mencukupi supaya otot dan tulang-tulang dapat berehat dengan sepenuhnya.

 Tidur Yang Lena Adalah Pilihan Anda!

Apa jua posisi sekalipun, tidurlah dalam keadaan yang boleh membuat anda selesa. Perlu di ingat, ibu hamil perlukan rehat yang cukup untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Yang penting, kesihatan perlu dijaga. Kerana anda sedang membawa amanah yang berlindung di rahim anda.

Saturday 2 May 2015

Mengesan Jantina Bayi dalam Kandungan (Tanpa ujian ultrasound)


Cerita kali ni, sebenarnya aku dan suami masih belum mengetahui jantina bayi kami kerana ada masa kedudukan bayi dalam rahim boleh mengelirukan doktor dan juga kita. So, aku rasa aku perlu lakukan sesuatu untuk mengetahui mengenai jantina bayi kami.

Sebenarnya, aku dan suami tak kisah lelaki atau perempuan tapi keinginan nak tahu tu sangat kuat.... yelah.. anak pertama la katakan..... Bukan itu aja, malah keadaan sekeliling yang asyik sangat bertanya......" lelaki ke perempuan? " Kami pun tak dah penat menjawab... namun, mana ada yang benar dan sebenarnya... melainkan dah sah bayi kami dah keluar dari rahim baru lah dapat diketahui jantinanya... tapi ada lebih kurang 22-24 minggu lagi.. Jadi aku buat sedikit study, bukan untuk menerima seratus peratus tapi hanya ingin mengetahui cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan mengikut petua orang dulu - dulu.... So, aku google dan terjumpa beberapa artikel yang boleh dikongsi bersama.... bukan untuk percaya cuma ingin berkongsi sahaja... Rupanya perwatakan ibu semasa mengandung boleh menunjukkan kandungan itu lelaki atau perempuan. Tapi ini pandangan orang dulu - dulu yang banyak makan garam berbanding aku..... so, jom kita baca bersama - sama.

Kata mereka iaitu dari pengalaman mereka mengandung dulu -dulu dalam dunia perubatan, ujian ultrasound digunakan untuk mengesan jantina bayi yang dikandung ibunya, walaupun begitu cara-cara tradisional atau naluri seorang ibu telah banyak terbukti tepat biarpun sekadar meneka buah hati yang dikandungnya. Hasilnya memang tidak dijamin 100 peratus, tetapi ramai wanita hamil yang telah membuktikannya selama beratus-ratus tahun. Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk meneka jantina tersebut adalah:

1. Mengalami mual-mual yang agak teruk selama trimester pertama itu pertanda akan mendapat bayi perempuan. Sebaliknya jika tidak mengalami mual-mual teruk atau tahap mualnya rendah petanda anak laki-laki.

2. Tonjolan perut tinggi (runcing) petanda anak lelaki. Sebaliknya jika tonjolan perut rendah petanda anak perempuan.

3. Tubuh terasa lebih bengkak terutama pada peha dan punggung dipercayai sebagai tanda anak perempuan yang sedang mengambil kecantikan ibunya. Tapi jika kelebihan berat badan cenderung ke depan itu pertanda anak lelaki.

4. Lebih suka makanan yang mengandungi protein seperti daging serta suka makanan yang masin dan asam itu pertanda anak lelaki. Sebaliknya jika suka makanan manis dan buah-buahan petanda anak perempuan.

5. Posisi tidur jika lebih suka arah utara dipercayai petanda anak laki-laki, tapi sebaliknya jika lebih senang tidur ke arah selatan petanda anak perempuan.


Memang belum ada bukti ilmiahnya, tapi dari pengalaman perempuan-perempuan hamil ciri-ciri tersebut terjadi ketika mereka mengandung anak lelaki atau perempuan.

 Jom kita tengok....

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki

  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan

  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

#Info perkongsian drpd rakan y berada dlm trimester kedua kehamilan.

Amalkan Memakan Buah Kurma

idur
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya. Ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W & mempunyai byk khasiat. Ibu yang hamil digalakkan memakan buah kurma, bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga elok dimakan sepanjang tempoh berpantang bagi memudahkan proses pengecutan rahim.

Antara kelebihan dan kebaikan mengamalkan memakan buah kurma:
a) Kaya dengan zat besi – sesuai dimakan oleh wanita yg sdg dtg haid & mereka yg mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)

b) Tidak mengandungi kolestrol.

c) Kaya dgn protein (1.8 – 2%), serat (2-4%), glukosa (50-57%), Vitamin A dan C, sodium & potassium.

d) Potasium penting utk sistem saraf yg boleh merangsang daya ingatan, meningkatkan nafsu kelamin & meningkatkan sistem pertahanan badan. Berupaya mencegah dr barah payudara & rahim.

e) Kandungan gulanya mudah diserap badan & memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.

f) Boleh diberikan kepada bayi bagi mengurangkan kesakitan.

g) Memudahkan proses bersalin & pengecutan rahim.

Mengenal Jantina Baby dalam Kandungan

Assalamualaikum kawan-kawan...
Selamat Hari Jumaat.
Mari mengenal jantina bayi anda... (Saje suka-suka time boring)



MENGENAL JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN
Ni hanya petua orang tua-tua. Hanya ramalan mereka

1) BENTUK PERUT
Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. 
-kata kawan-kawan, perut ku melebar ke tepi.. so pompuan.

2) NIPPLE BREAST
Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau. 
-anak sulung kan..mane la ada abang/kakak. heheee..

3) ARAH TIDUR
Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri mungkin anak pompuan. 
-Memang selalu tidur ngadap belah kiri..sebab bila ke kanan si anak menendang dengan sekuat hatinya. Terpaksalah si ibu ngiring ke kiri.. Pompuan la kan...

4) POSISI BAYI
Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.
-Tak dapat di pastikan. Mak dia pun cnfius. hehh

5) PERANGAI IBU
Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek dan bergaya anak lelaki.
-Tak dapat di pastikan. Sebelum dan semasa mengandung sama jek.. Ala kadar..bukan retis pun. hohoo.. 

6) GARISAN PERUT
Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.
-Terang dan nyata. hehee.. So, lelaki.

7) WAJAH IBU
Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..
-Tengok sendiri tak berseri mana pun. Sama je dari dulu, makin mengembang ada la. Ate..dah bukan jenis suka bersolek, takdela berseri pong. Ok, pompuan.

8) BUKU LALI IBU
Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan.
-Hitam je kutengok. hahaa sebab kulit bukan putih melepak. So, kita konsider kehijauan la yer. Pompuan.

9) RESPONSE
Melihat kepada response kakak atau abang terhadap ibu. Kalau kakak suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau kakak tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..
-Kan beranak sulung. Tapi bila pegang anak-anak buah, sume pun ok je.. huhuu.. 

10) PEMAKANAN IBU
Ibu yang suka makan makanan masam dikatakan mengandung bayi lelaki dan jika ibu suka makan makanan manis tandanya bayi perempuan. Ibu mengandung yang suka makan seafood juga dikatakan mengandung bayi lelaki.
-Haishhh sekarang dah 3rd trimester memang nak yang manis-manis aje. huhuu.. So, pompuan
-Seafood pun tibai semacam jugak. Lelaki??


Sebenarnya tak kisah pun lelaki atau pompuan, asal sihat wal-afiat, sempurna kejadiannya pun dah bersyukur sangat. ALhamdulillah atas tiap rezki Tuhan kirimkan. Terima seadanya. Tiap anak lelaki dan perempuan yang dilahirkan, semuanya ada kelebihan masing-masing. Tuhan lebih mengetahui mana yang terbaik untuk kita. Wallahualam.

Kebaikan Tidur: Kanser, Hati, Usus, dan Peparu?



Kebaikan TidurTidur adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Bagi yang gila kerja ini adalah satu kekurangan. Bagi yang sukar tidur atau menghadapi insomnia, keupayaan untuk tidur adalah satu dambaan. Tidur merupakan satu aktiviti yang boleh membantu kesihatan tanpa kita perlu berbuat apa-apa.
Saranan yang biasa kita dengar adalah untuk tidur 8 jam sehari. Namun begitu, ada kajian menunjukkan tempoh optimum untuk tidur adalah daripada 6 hingga 6.5 jam sehari, disertakan sekali dengan setengah jam pada waktu tengah hari. Lebih mahupun kurang daripada saranan akan menyebabkan tubuh berasa lesu dan minda hilang fokus.
Tanpa kita sedari, tubuh kita melakukan proses pemuliharaan dan pembakaran bahan dalam tubuh semasa kita tidur. Seperti mana sebuah komputer sering melakukan maintenance apabila tidak melakukan apa-apa atau membuka aplikasi penting, begitu juga pentingnya waktu tidur.
Banyak yang sedang dilaksanakan organ-organ tubuh pada masa yang kita sangka tidak ada apa-apa lagi sedang berlaku. Pada masa tidur, proses nyahtoksin sedang berlangsung di bahagian hati, hempedu, dan paru-paru. Ketika proses nyahtoksin berlaku di paru-paru,kita akan terasa ingin batuk yang agak kuat. Elakkan mengambil ubat batuk pada waktu ini kerana ia boleh mengganggu proses nyahtoksin. Akhir sekali akan berlakunya proses nyahtoksin di usus besar. Ini antara punca ramai sering ingin membuang air selepas bangun tidur.Tidur yang secukupnya adalah penting bagi memastikan organ-organ berfungsi dengan baik. Jika tidak, racun-racun toksin dalam tubuh tidak dapat dicerna dan dikeluarkan.

Apa yang berlaku sementara kita tidur?

Selain proses nyahtoksin, pada waktu tidur juga berlakunya proses di mana sum-sum tulang akan menghasilkan darah.

Keburukan tidur lewat

Perkara ini sering dianggap remeh, terutama sekali jika tersangkut dengan sebuah cerita menarik di televisyen, sedang berada di babak kemuncak pada permainan video, serta mempunyai acara dan perjumpaan penting keesokan harinya.
Namun begitu, ia sepatutnya tidak dianggap remeh. Hal ini kerana jika dijadikan amalan, keburukan lewat tidur ini akan memakan diri si pengamal dan memberi kesan buruk pada kesihatan serta tubuh badan mereka.Amalan lewat tidur dan bangun lambat juga antara punca berlakunya kerosakan organ hati (liver) selain pemakanan.
Tambahan itu, jam biologi badan akan menjadi keliru. Ia akan mengkucar-kacirkan sistem lain, justeru tidak perlu hairan apabila pemakanan menjadi tidak seimbang dan diserap dengan baik, glukosa dalam darah meningkat serta berlaku kerosakan pada tahap metabolisma. Seperti sebuah kilang, setiap proses mempunyai waktu-waktu optimum untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing. Apabila waktu-waktu tersebut menjadi tidak menentu, maka proses-proses tersebut tidak dapat berjalan dengan lancar dan efisien.

Kebaikan tidur awal

Berat badan yang seimbang

a) Tidur awal memungkinkan untuk bangun awal, justeru pasti akan bersarapan dan mengelakkan makan lewat malam. Makan lewat malam tidak elok kerana metabolisma badan berada pada kadar yang rendah pada waktu malam berikutan tubuh memikirkan malam sebagai waktu untuk berehat dan memulihara, bukan untuk ‘bekerja’ dan membakar tenaga.

Kurang risiko kanser

b) Amalan bekerja hingga lewat malam bermakna tubuh lebih terdedah kepada cahaya bukan sahaja siang tetapi hingga ke malam. Pendedahan kepada cahaya untuk tempoh yang lama akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Hormon melatonin berperanan membantutkan pertumbuhan tumor kanser disamping menyebabkan rasa mengantuk. Oleh itu, amalkan tidur tanpa membuka lampu agar tubuh boleh menghasilkan melatonin secukupnya.

Menguatkan daya ingatan

c) Tidur yang berkualiti boelh menguatkan daya ingatan. Hal ini disebabkan mimpi pada kelazimannya adalah ulangan apa yang telah terjadi. Semasa tidur, walaupun badan tidak bergerak atau bekerja, otak masih lagi menjalankan tugas memproses pengalaman dan pembelajaran.

Kebaikan tidur mengiring ke kanan

Bagi para muslimin dan muslimat, terdapat satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang menyatakan adalah sunnah untuk berbaring mengiring ke kanan. Antara hikamh-hikmah yang dikatakan adalah:

Merehatkan bahagian kiri otak

Ini bergantung kepada bahagian mana lebih dominan untuk manusia. Bagi yang dominannya kanan, bahagian kiri otak yang mengawal pergerakan motor tubuh kanan. Dengan tidak menghempap bahagian otak kiri, kita dapat mengelakkan daripada bahaya akibat perederan darah pada bahagian tersebut. Dengan itu, kita dapat mengelakkan pembekuan darah, lemak, sisa toksin, serta pengurangan risiko atherosclerosis atau penyempitan pembuluh darah pada bahagian dominan.

Melindungi kesihatan peparu.

Peparu disebelah kiri adalah lebih kecil daripada peparu disebelah kanan. Dengan mengiring ke kanan, ia tidak menjadi masalah dan tidak berlakunya tekanan. Lain pula sekiranya mengiring ke kiri, peparu kanan akan menghimpap ke sebelah kiri, dan keadaan saiznya yang lebih kecil berbanding disebelah kanan menyebabkan peparu sebelah kiri akan tertekan.

Merehatkan usus

Usus memegang peranan yang penting dalam tubuh sebagai pengkumuh serta penyerap nutrisi. Namun begitu, jarang sekali ia mempunyai masa untuk berehat dan pulih, hinggakan ramai yang menyimpan banyak toksin pada bahagian usus dan berlakunya kanser usus. Dengan berbaring mengiring ke kanan, tidak akan berlakunya rembesan lebihan kimia (yang boleh terjadi apabila tidur mengiring ke kiri)

Kesimpulan

Dengan itu, masalah sukar tidur haruslah dibendung dan amalan tidur yang sihat perlu dimulakan secepat mungkin. Sudah terbukti tidur bukan sahaja aktiviti untuk menghilangkan keletihan, malah menyimpan pelbagai kebaikan untuk kesihatan diri. Seperti mana-mana aktiviti, jangan dilakukan berlebihan, jangan pula terlalu kurang.

Sumber:

  • http://harianislam.com/2013/03/08/keburukan-tidur-lewat-dan-bangun-lambat/
  • http://sitik.wordpress.com/2012/12/02/10-kebaikan-cukup-tidur-malam/
  • http://psikotube.blogspot.com/2012/11/9-kebaikan-tidur-mengiring-ke-kanan.html

Wednesday 29 April 2015

More Space With Drop Box

Assalamualaikum wbt.

Dah lama cik blogger menyepi di laman blog ni, ruang blog pun dah nak bersawang dah jadinya.. Jadi utk entri kali ni, cik blogger nak cakap pasal "storage space".

Mungkin ramai y dah tau pasal Drop Box, Cloud Drive, Google Drive n etc. Dan mungkin masih ada lg y tertanya2 apa tu Drop Box, Cloud Drive, Google Drive dan jugak benda2 etc y berkait dgn software driver ni. Bg y pakar bidang IT, anda dah semestinya tau ttg menda alah ni. Tp bg y masih merangkak2 lg dlm bidang IT dan jugak dlm dunia modern serba canggih ni, ini laa masanya utk anda ambil tau ttg menda alah sebegini.

Drive2 ni sume sebenarnya merupakan storage space y dicipta seperti pen drive ataupun thumb drive y selalu kita guna. Fungsinya sama je, menyimpan dan melindungi data y kita hendakkan dlm satu ruangan y mana x memerlukan sesuatu y besar atau leceh utk dibawa spt pendrive/thumb drive ataupun hard disk.

Penggunaan drive storage sebegini umpama segalanya dihujung jari kita sahaja, asalkan masing2 antara kita ada emel dan juga peranti mudah alih spt tablet, iPad, HP dan etc y berkait dgn dunia modern. Dr peranti sebegitu, kita x perlu risau soal pembentangan penting y perlu dilakukan tetapi fail pembentangan tertinggal di rumah. Edit fail, save dlm mana2 storage space y kita ad (cloud drive, drop box, etc), dan buka utk pembentangan.

Perkongsian bersama bg adik2, kakak2, abang2 y suka download mcm2 benda dlm HP (game, lagu, movie, video, komik, novel), suka selfie, korg boleh gunakan alternative ni utk jimatkan storage phone korg.

Di sini, cik blogger sertakan link utk korg tgk dan daftar akaun Drop Box utk jimatkan phone storage korg..

https://db.tt/pD3adFPT

Sekian, assalamualaikum wbt.