Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Saturday 25 October 2014

PARANORMAL LOVE STORY






Cinta paranormal?
Mampukah? Adakah?
Seorang gadis yang luar biasa akan…
Dicintai seorang jejaka yang sedikit luar biasa?


Paranormal Love Story




Luna Airysha



ERICA SARAFINE. Gadis paranormal yang tidak diketahui dari mana dia datang. Hadirnya dia di pekan kecil itu membuatkan ramai orang tertanya-tanya sendiri.

Erica. Lebih selesa bila orang ramai tidak terlalu kenal dan tahu tentang dirinya. Umurnya yang baru menginjak 22 tahun tidak menghalang dan membataskan dia dari melakukan apa sahaja yang dia suka.

Erica. Dia akan datang untuk mendapatkan kau tidak lama lagi. Harinya semakin hampir dan kuasa kau akan bertambah kuat menjelang bulan penuh.” Bisik satu suara yang tidak asing bagi diri Erica.

Gadis muda itu sudah dapat mengagak akan kehadiran demon hybrid yang dimaksudkan itu. Demon. Ya, dia dan juga demon itu tiada bezanya. Dia dan demon itu sama-sama hidup dalam kalangan manusia. Sama-sama punya paras yang mirip seperti manusia, punya suara dan menggunakan bahasa yang sama.

Aku tahu itu dan aku takkan menghalangnya. Biarkan saja dia datang kepadaku.” Balas Erica bersahaja.

Tapi mengapa? Kita tidak tahu apa yang akan dia lakukan kepada kau nanti. Kenapa kau masih hendak ambil risiko?” bisik suara itu lagi, terkejut dengan ucapan Erica tadi.

Senyuman sungging sudah terukir lebar di ruangan wajah Erica. Bola mata dihalakan ke hadapan, memandang keindahan dunia yang sudah lama diterokanya. Hati tidak lepas memuji betapa indahnya ciptaan Maha Pencipta yang agung.

Minda dan deria pendengarannya ditebarkan ke ruangan padang rumput yang terbentang luas dihadapan mata. Soalan yang diajukan suara tanpa jasad yang didengarinya sebentar tadi itu dibiarkan tidak berjawab, bagai melepaskan angin lalu.

Kerana aku ingin tahu tujuan sebenar dia. Niat dia dan mengapa dia begitu mahukan aku. Aku tahu apa yang aku lakukan, kau tak perlu risau.”, balas Erica tenang melalui gelombang telepati setelah lama dia berdiam diri.


Deruan angin hangat yang tiba-tiba menampar lembut ke ruangan wajah Erica membuatkan gadis itu pantas membuka mata. Minda dan juga deria baunya sudah dapat menangkap akan kehadiran demon yang disebut-sebut sebentar tadi.

Melalui deria pendengaran Erica yang tajam, jelas sudah yang demon itu telah sampai di pekan bawah. Dia hanya sedang menanti waktu yang sesuai untuk menonjolkan diri. Kepada siapa? Entahlah. Mungkin kepada manusia-manusia yang sibuk berbelanja di sepanjang jalan yang dipenuhi gerai. Atau, mungkin juga terus kepada Erica.

Erick Cyrus. Demon bersayap seperti angels. Tapi dia bukan angels. Dia demon. Demon yang tidak cair terkena limpahan hangat cahaya matahari. Sayapnya hitam berkilat, sama seperti dalam cerita fantasi dari Filipina, Mulawin. Bezanya, sayap mulawin jahat dalam cerita itu berwarna coklat kemerahan.

Aura Kryptonian yang sangat asing itu dapat dirasai oleh Erica. Dalam pada waktu itu juga laa gadis itu mendapat bayangan tentang apa yang bakal berlaku tidak lama lagi. Dia tidak tahu kenapa. Dan dia tidak tahu bagaimana, tetapi pasti ada satu cara yang dapat dilakukan bagi menghalang hal itu daripada berlaku. Erica melihat sendiri kemusnahan itu berlaku. Dia melihat sendiri manusia menjadi mangsa demon yang rakus menyedut darah mereka hingga kering. Makhluk terbuang. Makhluk terhina dari Hutan Larangan yang tidak seorang pun mampu dan pernah jejakkan kaki ke sana.


Apa yang dia nampak, kini akan jadi kenyataan. Apa yang dia dengar, mungkin harus diabaikan. Apa yang dia tahu, pastinya akan membantu.

Erica sedar akan hal itu. Berulang kali dia telah diingatkan oleh bisikan suara tanpa jasad itu, yang menyuruhnya agar berhati-hati. Demon yang menantikan dirinya itu, bukan demon biasa. Erica tahu. Namun, dia masih berani ambil risiko. Demi keselamatan semua.

“Erick. Kau pasti, nak lakukan semua ni? Kau yakin yang kau takkan menyesal? Langkah yang kita ambil, bukan satu langkah mudah.”

Erick merenung tajam ke dalam anak mata Erica. Aura hitam dia sudah mula berkembang. Api biru mula menyelubungi tubuh Erick. Demon seperti dia, punya bermacam kuasa yang tak mampu dibayangkan oleh akal fikiran manusia biasa. Erica pula, tidak perlu tanya lebih... dia sudah tahu dari renungan tajam Erick.

“Aku pasti. Dan aku yakin dengan keputusan aku. Apa yang aku nak ialah... kau, ada dengan aku dalam setiap misi ni.”

Laju tangan sasa Erick merangkul pinggang Erica, menarik gadis itu rapat ke tubuhnya. Sayap hitam tiba-tiba muncul. Dan Erick terus membuat satu lompatan tinggi ke udara, sebelum dia terbang membelah langit dengan Erica dalam rangkulan kuatnya.


Erick masih terbang di ruangan udara. Dengan Erica masih dalam rangkulan tangannya. Jelas kelihatan di ruangan matanya akan aksi yang ditonjolkan oleh manusia-manusia yang sedang asyik menonton perlawanan bola yang berlangsung di bawah. Tidak seorang pun yang sedar apa yang akan berlaku sebentar nanti. Tidak seorang pun yang tau bahaya yang menanti mereka. Erick melayah perlahan di ruangan udara sebelum melakukan pendaratan cantik.

FIFA Worldcup? Satu bola, rebut ramai-ramai? Dekat dalam ruang stadium yang luas tu? Apa kena mengena dengan bola ni? Erica tak faham. Mata terus merenung tajam ke wajah licin Erick. Si demon dari dunia Kryptonian. Bak katanya.

“What the fish!! Stadium? Erick. Apesal kau heret aku masuk stadium ni?”

Aaarrghhh... bosannya aku. Senget punya demon Kryptonian. Apa punya plan laa bawak aku datang sini. Pergi lepak pantai sambil fikirkan jalan bagus jugak. Ini, stadium... Ooh my Gee.

Erick lempar senyum sungging dibibir. Tengok muka Erica Sarafine yang sudah cemberut membuatkan dia bertambah suka. Tapi ye laa kan, demon mana ada perasaan. Hurmm, mungkin demon Kryptonian ni lain kot.

“Tunggu kejap. Aku tau, kau akan bosan dan lapar. Jadi...”

Apakah? Jadi je, lepas tu terus hilang. Hantu punya demon, tinggal aku sorang-sorang kat atas bumbung stadium ni. Nasib baik musim luruh, tak ada laa panas sangat. Kalau tak...

“Nah, untuk kau. Kau makan laa, sementara ,asih panas tu.”

“Maakk...”

Erick hulur sandwich chicken fillet yang ada chicken ham dengan sos cheese dan mayonis lebih. Mineral botol besar dimasukkan ke dalam beg sandang aku yang dipegangnya.

Erica urut dada yang berdebar kencang. Sungguh, hantu punya demon. Hilang macam hantu, muncul pun macam hantu.

“Erick... kot ye pun, bagi laa salam dulu. Aku nak hidup lama lagi. Aku  bukannya demon Kryptonian macam kau. Takkan pernah mati.”

“Err, sorry... sorry. Demon mana ada bagi salam. Kau ni, boleh buat lawak pulak. Urmm... Sara. Kalau macam tu, apa kata kalau kau jadi demon macam aku je laa.”

Hahh? Erica Sarafine, jadi demon? Demon Kryptonian? Macam Erick? What the ...!! Akankah? Hisy, merapu makan ikan kerapu betul laa demon ni. Agaknya otak dia dah senget kot sebab tengok berbelas orang berebut bola sebijik tu.

Ehh, amenda tu? Apesal... Apakah? Takkan demon-demon jahat serang manusia-manusia yang ada kat stadium ni kot?

“Aku ingatkan... tapi, semua ni memang sama sebijik dengan bayangan yang aku selalu dapat tu. Dan, ada seseorang... atau mungkin, sesuatu yang musnahkan semua demon jahat tu dan selamatkan semua manusia ni. Erick, kau...”

“Seseorang... atau sesuatu ekk? Huhh. Kau duduk sini diam-diam, jangan gerak ke mana walau seinci pun. Faham Erica Sarafine. Bau kau. Tutup bau kau dengan benda yang aku bawak tu. Cari dalam beg sandang kau, benda tu ada dalam tu.” Tiba-tiba suara Erick sudah tidak kedengaran lagi.

Bau aku? Benda? Benda apa yang dia sumbat dalam beg sandang aku? Jangan dia bawak benda busuk sudah dalam beg kesayangan aku ni.


Secepat mana Erick datang, secepat itu juga laa dia hilang. Yang ada Cuma bau tubuhnya dan bayang-bayang seperti asap yang bergerak laju jauh dihadapan Erica. Aura Erick terasa kuat. Tiba-tiba Erica dapat rasakan satu aura lain berhampiran dengannya. Erica kalih muka dan...

“Dumm...”

Darah merah yang pekat, segar dan hanyir terpercik ke wajahnya. Terkejut? Memang terkejut. Dengan tak semena-mena tubuh seorang manusia melayang jatuh dan menggelupur beberapa kaki dari tempat yang diduduki Erica. Mata masih terus memerhati. Mulut dikunci serapat-rapatnya walaupun dada bagai nak pecah melihat situasi yang berlaku dihadapan matanya.

“Sara! Duduk diam. Abaikan apa yang kau nampak tu. Jangan sampai ‘benda’ tu perasan akan kehadiran kau.”

Suara Erick tetiba bergema di dalam kepala Erica. Dia kalih pandang ke depan. Bayang-bayang mirip asap yang bergerak laju tiba-tiba terhenti. Erick memandangnya tajam, memberi amaran.

Semerta tubuh Erica terasa hangat. Seperti berada dalam lingkaran api yang marak. Bagai ada satu kuasa asing yang kuat yang merasuk ke dalam dirinya. Dalam tubuhnya. Kepala Erica terasa pening. Segala urat-urat dalam tubuhnya terasa bagai dihiris dan ditoreh. Badannya terasa perit seperti dibakar hidup-hidup. Mata yang selama ini separuh terhijab, kini sudah tidak terhijab lagi.

Tika itu, bahagian tengah padang tiba-tiba terbakar dek terkena lontaran bola api yang muncul entah dari mana. Automatik Erica berdiri tegak. Anak matanya sudah bertukar warna biru terang. Tangan yang terangkat dihala tepat ke arah makhluk dari Hutan Larangan yang sedang lahap menyedut darah manusia yang sudah tidak bernyawa yang berada beberapa kaki jauh dari Dannika itu sehingga kering.

“Sara! Sara! ERICA SARAFINE! What the fish are you doing?” Erick sudah menjerit nyaring melalui gelombang mindanya kerana terkejut dengan tingkah Erica.

Berdengung nyaring jeritan Erick dalam kepala Erica, namun langsung tidak dihiraukan. Gadis itu sudah tidak seperti dirinya sendiri. Yang Erica tau, dia mesti hapuskan semua makhluk Hutan Larangan yang serang stadium tu sebelum matahari mengundur diri memberi laluan kepada sang bulan.

Manusia-manusia di dalam stadium itu ada yang bertempiaran lari, namun ada juga yang masih duduk diam bagai tiada apa yang berlaku. Seperti mereka dipukau.

Erick menerjah pantas ke arah Erica. Namun lima kaki lagi hendak menghampiri Dannika, dia sudah tidak mampu terbang. Bagaikan sayapnya terkunci. Seperti burung yang terperangkap di celahan rimbunan pohon. Erick hanya terapung. Dan dia tidak suka dengan keadaan sebegitu. Tangan Erica sudah dihala ke arah mangsanya yang lain. Satu persatu makhluk dari Hutan Larangan itu hancur menjadi debu terkena tempias Erica.

Erick terlopong. ‘Kuasa apa yang merasuk Sara ni? Dia cuma manusia biasa yang punya sedikit kelebihan, tapi dia tidak punya magis. Jadi, apakah semua ini?’ Erick masih berteka-teki dengan mindanya sendiri.

Aura biru terang bercampur purple lembut yang mengelilingi seluruh jasad Erica terlihat jelas di ruangan mata Erick. Satu aura yang jarang dapat ditemui dan dilihat di mana-mana.

Hingga makhluk dari Hutan Larangan yang terakhir musnah menjadi debu dek penangan Erica, barulah tubuh Erick dapat bergerak semula seperti awal tadi. Jika tidak, dia tidak dapat menggerakkan mana-mana bahagian tubuhnya. Hatta sayapnya yang sudah sedia dilebarkan juga tidak dapat untuk digerakkan.

“Aah, pedulikan laa pasal stadium ni. Nanti manusia-manusia tu tau laa nak buat apa. Yang penting sekarang ni, keselamatan Sarafine. Dia tak boleh mati.”

Perlahan-lahan tubuh Erica melorot jatuh dan tika itu Erick sudah bebas. Seluruh tubuhnya terasa ringan, urat-urat yang beberapa ketika tadi terkunci kini sudah tidak terkunci lagi. Erick terus meluru laju ke arah Erica, menyambut gadis itu daripada jatuh. Kawasan stadium yang sudah separuh terbakar diabaikan sahaja.

Laju Erick menyambar beg sandang Erica sebelum dia melompat terjun bersama Erica dalam rangkulannya dari bumbung stadium yang boleh memuatkan seramai hampir 124, 300 orang penonton. Sayap terus dilebarkan sebelum dia terbang tinggi menerjah awan. Lantas, Erick dan Erica hilang di balik awan tebal yang sedang berarak.


Sekejap sahaja Erick dan Erica sudah sampai ke tempat tinggal Erica di tempat terpencil. Tubuh Erica yang masih tidak sedarkan diri itu dibaringkan ke atas katil di dalam bilik kecil yang ada. Deria bau Erick menangkap bau sesuatu yang tidak asing bagi dirinya. Darah pekat berwarna biru keputihan yang sedikit hanyir tiba-tiba keluar dari rongga hidung Erica. Erick sudah merasa aneh. Otak Kryptoniannya seperti sudah jammed, tidak dapat berfikir.

Tak semena-mena, satu cahaya putih terpancar di hadapan Erick dan muncul satu lembaga berpakaian serba putih dengan lilitan biru terang di lengan kirinya. Dua bilah pedang yang tersisip di belakangnya dicapai pantas. Erick berhati-hati dengan keadaan sekarang. Ada kemungkinan lembaga itu punya rencana buruk terhadap Erica, dan dia takkan membenarkan apa-apa terjadi kepada Erica. Pedang terus dihunus ke depan, mempertahankan dan melindungi Erica yang masih tidak sedarkan diri.

Kau tak perlu risau tentang keadaan Erica. Dan kau juga tak perlu bimbangkan niat aku terhadap dia. Aku hanya ingin pulihkan keadaan dia. Sebab aku dah diamanahkan untuk jaga dia sehingga dia jumpa seseorang. Dan aku yakin, kau pasti tak nak keadaan Erica bertambah teruk.”

Erick sudah kerut kening. Telepati? Siapa lelaki ni? Apa hubungan dia dengan Erica? Pulihkan Erica? Kenapa pulak perlu pulihkan Erica? Dia cuma pengsan je aku rasa. Mustahil. Takkan laa, tak mungkin semua ni ada kena mengena dengan... tapi, darah tu?

Aku Dylan. Dylan Xander, demon penjaga kepada Erica. Hubungan kau dan Erica membuatkan kau boleh mendengar suara aku dalam kepala kau. Erica tak pengsan tapi dia diracuni oleh makhluk Hutan Larangan masa kau bawak dia ke stadium tu. Kuasa yang ada dalam tubuh dia, yang kau nampak tu tak mampu nak menghapuskan racun yang masih ada dalam badan Erica. Aku perlu bawa dia ke tempat asal dia. Ubat untuk menawarkan racun tu hanya ada di Azores. Tapi aku perlukan bantuan kau untuk bawa dia ke sana. Dia mungkin akan mati jika kita tak bawa dia ke sana segera. Darah tu... kau akan tau juga tentang darah tu nanti, tak perlu aku beritahu kepada kau.” Dylan sambung bicara melalui telepati.

Macam mana aku boleh percayakan kau. Apa bukti kau, yang penawar tu ada di Azores? Dan, kenapa kau yakin sangat yang aku akan tolong kau?”, balas Eric sedikit ragu.


Kepulauan Azores. Erick berfikir lama sebelum membuat keputusan. Tubuh Erica segera didakap erat. Erick tidak mahu gadis itu terlepas dari pelukannya dan dia tidak mahu gadis itu kehilangan nyawa kerana dia. Terus sahaja Erick jump ke kepulauan itu.

Baru pertama kali Erick tahu yang dia boleh jump ke tempat lain. Itupun setelah disuruh oleh Dylan agar berbuat begitu supaya cepat sampai ke Azores... sebelum ini, Erick hanya terbang sahaja walau ke mana dia ingin pergi.

Hampir pening juga Erick dibuatnya bila pertama kali dia menggunakan kuasa yang baru diketahuinya. Tubuh Erica yang masih bersisa dengan racun yang dihantar oleh makhluk Hutan Larangan sedikit sebanyak turut menarik kuasa Erick tanpa dia sedari.

Dylan? Ya. Dia punya satu sebab mengapa dia perlukan Erick untuk membawa Erica ke suatu bahagian yang terpencil dan tersembunyi dari pandangan mata kasar manusia biasa di Kepulauan Azores. Dia tidak boleh menyentuh gadis itu tanpa penawarnya. Dia akan turut sama diracuni jika dia menyentuh Erica.

Puas Dylan menggunakan semua sihir yang dia tahu dan kuasa yang ada padanya untuk mengeluarkan racun yang terdapat dalam tubuh Erica, namun tidak semua racun yang dapat dikeluarkan dari tubuh gadis itu. Sisa-sisa racun yang masih berbaki dalam tubuh Erica perlukan penawar untuk ditawarkan sepenuhnya. Dan untuk itu, hanya ada satu penawar. Hanya ada satu jenis bunga sahaja yang boleh menawarkan bisa racun di dalam tubuh Erica.

Silver rose. Bunga yang tumbuh di kawasan gunung berapi yang ada di kepulauan Azores. Dan hanya Erick seorang sahaja yang mampu mengesan di mana kedudukan bunga itu, kerana ianya sukar untuk ditemui dan hanya tumbuh dua kali setahun. Bunga itu bukan hanya bunga biasa yang tumbuh melata di kawasan mulut gunung berapi yang ada di kepulauan Azores itu, bahkan ianya merupakan sejenis bunga yang luar biasa kerana bunga itu senantiasa dijaga rapi oleh sesuatu. Sesuatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar dan hanya manusia atau makhluk yang bergelar ‘no ordinary people’ sahaja yang mampu melihat kewujudan makhluk tersebut. Makhluk aneh seperti Erica dan Erick tiada masalah untuk melihat dan berkomunikasi dengan makhluk penjaga bunga itu kerana mereka mampu memahami dan berkomunikasi dengan baik dengan makhluk-makhluk berkenaan.

Tapi, dengan keadaan Erica yang masih tidak sedarkan diri selepas kejadian yang berlaku di stadium tempoh hari, hanya Erick sahaja yang boleh Dylan harapkan untuk berhubung dengan penjaga bunga ajaib itu dan membawa pulang beberapa kuntum untuk dijadikan penawar buat Erica.


Anabell, kau kena kuat. Kau kena bangun. Bangun Anabell. Sedar. Kau kena selamatkan Erick. Dylan tak sedar yang dia dah hantar Erick ke lembah maut. Penawar tu hanya satu perangkap. Perangkap yang dicipta oleh seseorang, oleh sesuatu yang ingin melihat kemusnahan puak kau. Penawar itu ada dengan kau sendiri Anabell, jangan biarkan Erick terkorban sebab benda tak masuk akal tu. Aku akan sentiasa ada dengan kau Anabell. Satu-satunya penawar bagi racun yang ada dalam badan kau adalah air dari Snow Blue Waterfall. Air terjun biru yang dikelilingi pokok pain putih. Pokok pain yang sentiasa putih, seperti dihujani salji.”

Suara yang pada mulanya kedengaran bagaikan sebuah bisikan, kini kedengaran begitu jelas di cuping telinga Erica. Kelopak mata cuba dibuka perlahan. Silau. Erica baru sedar yang dia kini berada di tengah hutan belantara. Hutan belantara? Dan semua pokok di situ kelihatan aneh. Sangat aneh. Dedaunnya semua berwarna putih. Putih? Pokok pain putih? Dia harus mencari pokok pain putih itu, harus. Erica juga sedar yang seluruh tubuhnya mulai berubah pucat. Larian Erica yang terasa lebih laju daripada biasa bagai ditemani seseorang.

Hai Anabell. Aku Carynn Luciana. Aku gembira kau sedar. Aku gembira kau dengar pesanan aku. Aku akan temankan kau ke Snow Blue Waterfall. Kita harus bergerak cepat. Erick akan bergerak ke puncak gunung berapi menjelang subuh nanti untuk cari bunga yang hanya tumbuh dua tahun sekali, yang dikatakan mampu menjadi penawar untuk menawarkan racun dalam badan kau.” Ujar Carynn Luciana, si penjaga kedua selepas Dylan.

Luciana? Selama ni, kau dan Dylan yang menjaga aku daripada ancaman makhluk-makhluk terbuang dari Hutan Larangan? Tolong aku Luciana, aku perlu selamatkan Erick. Dia dah lindungi aku sepertimana sepatutnya. Aku perlu cepat. Kita jugak kena sedarkan Dylan sebelum terlambat.” Balas Erica tegang.

Sesi berbalas cakap melalui telepati berlangsung begitu sahaja antara kedua-dua gadis tersebut. Larian tetap diteruskan kerana Erica tahu yang dia tidak punya banyak masa lagi dan mereka tidak boleh berlengah-lengah kerana banyak nyawa yang akan menjadi taruhan. Nyawa Dylan yang telah masuk ke dalam perangkap demon buangan, nyawa Erick yang terperangkap antara perangkap yang dibuat untuk Dylan dan juga nyawa Erica sendiri yang mana jasadnya sedang bertarung dengan racun demon buangan dari Hutan Larangan untuk hidup.


Suasana di kawasan sekeliling tetiba terasa sejuk dan sedikit berkabus. Pokok-pokok renek sudah tidak lagi kelihatan di tengah hutan itu, digantikan dengan kehadiran pokok-pokok yang tinggi mencecah dada langit. Walau bagaimanapun, rasa sejuk itu tidak sedikit pun mengganggu konsentrasi Erica dan penemannya, Luciana, si demon kacukan yang dah lama menjadi demon pelindung Erica. Puteri berdarah campuran yang bakal menjadi pemerintah alam mereka suatu hari nanti.

Pokok-pokok tinggi di hadapan mata Erica sudah mulai memutih. Bunyi desiran angin yang membawa bau basah menyapa deria bau Erica. Kicauan burung yang galak membuatkan Erica berhenti sesaat sebelum menerjah ke depan dan menguja tinggi sebelum menjunam terjun ke arah air terjun yang dinyatakan Luciana sebentar tadi.

Kedinginan percikan air terjun menyapa wajah Erica. Laju sahaja dia menjunam ke dalam Snow Blue Waterfall. Dia membiarkan dirinya tenggelam di dalam sungai yang terbentuk di bahagian bawah air terjun. Segala bisa yang masih ada dalam badannya terasa diserap keluar dari tiap rongga tubuh yang terbuka dek sapaan air terjun yang mengalir tenang di sekeliling tubuhnya. Sesaat kemudian, tangan, dada dan seluruh tubuh Erica terasa pedih bagai ditoreh sesuatu. Bilah pedang.

The Excalibur!” seru Erica.

Bilah pedang itu bercahaya putih kebiruan, menyilaukan pandangan mata. Seperti tahu yang Erica menyerunya, Excalibur terus muncul di depan Erica. Saat itu, kuasa Erica yang telah lama terkunci bangkit semula dan bersatu dengan kuasa Excalibur yang tiada tandingan. Diri sebenar Erica sudah bangkit dari ‘lena’ yang dicipta Dylan dan Luciana atas arahan ayahanda Erica, Lord Aeirzel Alaric Salvatore demi keselamatannya.


Di suatu bahagian yang terpencil dan tersorok dari pandangan mata kasar di Kepulauan Azores, tubuh Erica yang dibaringkan di atas sebuah katil kayu jati yang besar dan indah reka bentuknya mula diselubungi cahaya. Kabus dingin mula menutupi seluruh bahagian katil. Cahaya putih kebiruan tadi mula menerbitkan sebilah pedang excalibur di atas tubuh Erica, dalam genggaman tangannya.

“Erick!?”, panggil Erica.

Kabus dingin dan cahaya putih kebiruan tadi mula hilang dalam sekelip mata. Dylan yang menjaga Erica terkejut melihat keadaan itu dan tidak menyangka yang Erica akan memanggil nama Erick.

Erica, kau dah pulih sepenuhnya? Kau dah selamat!” Dylan masih guna telepati untuk bercakap dengan Erica.

“Tuan Puteri Anabell, Panglima Erick... masih dalam bahaya.” Tegur Luciana yang muncul tiba-tiba.

Dylan pandang Luciana tak berkelip. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang tak kena bila Luciana muncul di situ tanpa bagitau apa-apa pada dia. Dan nampaknya puteri dunia gelap itu sudah tau kebenarannya.

Erica pandang Dylan penuh geram. Isyarat yang dihantar kepada Dylan dari pandangan matanya menunjukkan yang dia akan berurusan dengan demon itu setelah menyelamatkan Erick dari perangkap yang tersedia buat Dylan sebenarnya. Dia tidak puas hati dengan tindakan demon itu yang bagaikan mahu membunuh Erick dengan menghantarnya ke lembah maut.

Urusan kau dan aku belum selesai lagi. Aku akan uruskan kau lepas ni Dylan.” Erica teleport suara dia ke dalam gelombang otak Dylan.

Excalibur terus dilekatkan di belakang badan sebelum Erica menerjah laju ke arah tingkap sebelum terjun dan mendarat dengan baik di luar menara yang menjadi biliknya sepanjang dia tidak sedarkan diri. Derianya dilontarkan ke segenap alam. Cuba untuk mengesan aura Erick, si panglima keturunan demon Kryptonian.

Erick, tunggu aku. Kau akan selamat.” Jerit Erica, cuba menghantar gelombang suaranya kepada Erick

Erica menguja laju ke arah gunung berapi yang jauh dihadapan. Aura Erick kali terakhir dikesan berada di pertengahan kaki gunung. Dia perlu cepat. Luciana sudah pun berada di sebelahnya. Dylan yang kaku mendengar amaran dari Erica di dalam menara tadi sudah berada di belakang mereka berdua.

Di pertengahan kaki gunung itu, Erica ternampak beberapa cebisan pakaian Erick. Kerana berang, beberapa batang pokok dihadapannya menjadi mangsa hayunan Excalibur. Tubuh Erica sekali lagi diselubungi aura biru terang bercampur purple lembut. Tangannya diangkat separas bahu. Bola-bola api berwarna biru terang bercampur purple mula muncul dari tapak tangannya sebelum hilang secara berserakan.

Di atas langit terang, suara teriakan Hippogrif mula kedengaran. Erica tak ambil kisah. Hippogrif itu peliharaannya, kawannya. Pasti Skyleon telah melihat Erick di mana-mana.

“Erick!? ERICK!?”

“Sara?! Kau... selamat? Tapi... aku belum... dapatkan bu... bunga tu.” Ujar Erick tersekat-sekat. Tenaganya sudah hampir habis melawan makhluk-makhluk aneh tadi.

“Skyleon! Cepat, kita kena pergi dari sini cepat.” Jerit Erica memanggil si Hippogrif.

“Luciana! Dylan! Cepat, pergi dari sini. Kau berdua jump masuk terus ke istana Lord Alaric. Makhluk dari Hutan Larangan takkan dapat masuk ke dalam sana. Aku akan bawak Erick dengan Skyleon.” Arah Erica tegas.

Skyleon terus terbang tinggi menerjah awan tebal. Hippogrif itu cuba mengelak dari dikesan makhluk buangan dari Hutan Larangan. Dia tau hala tujunya. Terbang terus ke istana Lord Alaric.

“Erick. Kau kena hidup! Kau perlu hidup! Sebab cerita ni takkan habis kalau kau mati. Sebab kisah kita bukan kisah biasa.” Teriak Erica perlahan ke telinga Erick yang didakapnya erat.

Esak tangis cuba ditahan, namun dia tidak kuat untuk kehilangan Erick dari hidupnya. Erica belum bersedia menghadapi kehilangan Erick. Skyleon bagaikan mengerti gelodak perasaan yang dialami Erica. Dia turut berbunyi sayu sambil terus terbang tinggi membelah awan.

Tangan Erica menggenggam kuat tangan Erick yang sudah terkulai layu. Erica tahu apa yang dilakukannya. Dia boleh menyembuhkan demon itu dalam sekelip mata. Skyleon mula terbang rendah. Excalibur mula berwarna terang, mengalirkan kuasa kepada Erica. Tubuh Erica, Erick dan Skyleon kini diselubungi aura biru terang bercampur purple sekali lagi. Kuasanya mula mengalir ke dalam segenap tubuh Erick. Demon Kryptonian itu akan terus hidup. Selamanya. Kuasa Erick akan setanding dengan Erica selepas ini. Kuasa yang mengalir dalam tubuh mereka berdua datang dari The Excalibur.

“Sara! Kau... menangis... sebab aku? Kau kata tadi... kisah kita... bu... kan kisah biasa. Jadi... kisah kita... adakah kisah kita ni, setanding dengan... Paranormal Love Story?” ujar Erick tersekat-sekat setelah dia sedar.

“TAK! Tak... sebab kisah kita bukan lagi setanding dengan Paranormal Love Story, tapi sebab kisah kita memang kisah Paranormal Love Story. Sepertimana paranormalnya diri kita, seperti itulah paranormalnya kisah kita Erick.”

Balas Erica sebelum memeluk erat tubuh kekar Erick. Cinta mereka aneh, sepertimana anehnya hidup mereka. Erick dan Erica. Seorang putera Kryptonian dan seorang lagi puteri demon kacukan. Erick Cyrus dan Erica Anabell Sarafine.



Thursday 23 October 2014