Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Thursday 26 June 2014

SPONTANEOUS TEASER



Assalamualaikum guys...
Teaser spontan dari TR...
Tajuk : ??? (rahsia)


Apa yang dia nampak, kini akan jadi kenyataan. Apa yang dia dengar, mungkin harus diabaikan. Apa yang dia tahu, pastinya akan membantu.

Dannika sedar akan hal itu. Berulang kali dia telah diingatkan oleh bisikan suara tanpa jasad itu, yang menyuruhnya agar berhati-hati. Demon yang menantikan dirinya itu, bukan demon biasa. Dannika tahu. Namun, dia masih berani ambil risiko. Demi keselamatan semua.

"Erick. Kau pasti, nak lakukan semua ni? Kau yakin yang kau takkan menyesal? Langkah yang kita ambil, bukan satu langkah mudah."

Erick merenung tajam ke dalam anak mata Dannika. Aura hitam dia sudah mula berkembang. Api biru mula menyelubungi tubuh Erick. Demon seperti dia, punya bermacam kuasa yang tak mampu dibayangkan manusia biasa. Dannika pula, tak perlu tanya lebih... dia sudah tahu dari renungan tajam Erick.

"Aku pasti. Dan aku yakin dengan keputusan aku. Apa yang aku nak ialah, kau... ada dengan aku dalam setiap misi ni."

Laju tangan sasa Erick merangkul pinggang Dannika, menarik gadis itu rapat ke tubuhnya. Sayap hitam tiba-tiba muncul. Dan Erick, terus membuat satu lompatan tinggi sebelum dia terbang membelah langit dengan Dannika dalam rangkulan kuatnya.

* nak tau cerita apa? kena laa tunggu ye...



Hola, Assalamualaikum...
Teaser again dari TR...
Tajuk : ??? (rahsia, muahahaa)


FIFA Worldcup? Bola? Stadium?
Tengok je nama sorang penulis ni, dengan gambar pemain bola luar negara... idea terus menerjah.


Agak2 korang, entry ni di luar kotak fikiran tak?
Apa pun, komen lepas baca... hahaa...


Erick masih terbang di ruangan udara. Dengan Dannika dalam rangkulan tangannya. Jelas di ruangan matanya akan aksi yang ditonjolkan oleh manusia-manusia di bawah. Tidak seorang pun yang sedar apa yang akan berlaku sebentar nanti. Tidak seorang pun yang tau bahaya yang menanti mereka. Erick melayah perlahan di ruangan udara sebelum melakukan pendaratan cantik.

FIFA Worldcup? Satu bola, rebut ramai-ramai? Kat dalam ruang stadium yang luas tu? Apa kena mengena dengan bola ni? Dannika tak faham. Mata terus merenung tajam ke wajah licin Erick. Si demon dari dunia Kryptonian. Bak katanya.

"What the fish!! Stadium? Erick. Apesal kau heret aku masuk stadium ni?"

Aaarrghhh... bosannya aku. Senget punya demon Kryptonian. Apa punya plan laa bawak aku datang sini. Pergi lepak pantai sambil fikirkan jalan bagus jugak. Ini, stadium... Ooh my Gee.

Erick lempar senyum sungging dibibir. Tengok muka Dannika Sarafine yang sudah cemberut membuatkan dia bertambah suka. Tapi ye laa kan, demon mana ada perasaan. Hurmm, mungkin demon Kryptonian ni lain kot.

"Tunggu kejap. Aku tau, kau akan bosan dan lapar. Jadi..."

Apakah? Jadi je, lepas tu terus hilang. Hantu punya demon, tinggal aku sorang-sorang kat atas bumbung stadium ni. Nasib baik musim luruh, tak ada laa panas sangat. Kalau tak...

"Nah, untuk kau. Kau makan laa, sementara masih panas tu."

"Maakk..."

Erick hulur sandwich chicken fillet yang ada chicken ham dengan sos cheese dan mayonis lebih. Mineral botol besar dimasukkan ke dalam beg sandang aku yang dipegangnya.

Dannika urut dada yang berdebar kencang. Sungguh, hantu punya demon. Hilang macam hantu, muncul pun macam hantu.

"Erick... kot ye pun, bagi laa salam dulu. Aku nak hidup lama lagi. Aku bukannya demon Kryptonian macam kau. Takkan pernah mati."

"Err, sorry... sorry. Demon mana ada bagi salam. Kau ni, boleh buat lawak pulak. Urmm... Sara. Kalau macam tu, kau jadi demon macam aku laa."

Hahh? Dannika Sarafine, jadi demon? Demon Kryptonian? Macam Erick? What the ...!! Akankah? Hisy, merapu makan ikan kerapu betul laa demon ni. Agaknya otak dia dah senget kot sebab tengok berbelas orang berebut bola sebijik tu.

Ehh, amenda tu? Apsal... Apakah? Takkan demon-demon jahat serang manusia-manusia yang ada kat stadium ni kot?

"Aku ingatkan... tapi, semua ni memang sama sebijik dengan bayangan yang aku selalu dapat tu. Dan, ada seseorang... atau mungkin, sesuatu yang musnahkan semua demon jahat tu dan selamatkan semua manusia ni. Erick, kau..."

"Seseorang... atau sesuatu ekk? Huhh. Kau duduk sini diam-diam, jangan gerak ke mana walau seinci pun. Faham Dannika Sarafine. Bau kau. Tutup bau kau dengan benda yang aku bawak tu. Cari dalam beg sandang kau, benda tu ada dalam tu."

Bau aku? Benda? Benda apa yang dia sumbat dalam beg sandang aku? Jangan dia bawak benda busuk sudah dalam beg kesayangan aku ni.

* apa jadi dengan manusia2 kat stadium tu ye? Erick jadi penyelamat ke? Atau, ada heroin yang selamatkan dorang tu semua?




Teaser baeek punya dr TR untuk you all... 
Macam biasa, TR harap semua enjoy layan teaser ni...

Tajuk? Urmm, macam teaser yang lepas2... teaser ni tajuk dia masih dirahsiakan, bila cukup kuota nanti TR update entry baru sekali dengan tajuk.
So, enjoy!!



Secepat mana Erick datang, secepat itu juga laa dia hilang. Yang ada cuma bau tubuhnya dan bayang-bayang seperti asap yang bergerak laju jauh dihadapan Dannika. Aura Erick terasa kuat. Tiba-tiba Dannika dapat rasakan satu aura lain berhampiran dengannya. Dannika kalih muka dan...

"Dumm..."

Darah merah yang pekat terpercik ke wajahnya. Terkejut? Memang terkejut. Tak semena-mena tubuh manusia melayang jatuh beberapa kaki dari tempat yang diduduki Dannika. Mata masih terus memerhati. Mulut dikunci serapat-rapatnya walaupun dada bagai nak pecah melihat situasi di hadapan matanya.

"Sara! Duduk diam. Abaikan apa yang kau nampak tu. Jangan sampai 'benda' tu perasan kehadiran kau."

Suara Erick tetiba bergema di dalam kepala Dannika. Dia kalih pandang ke depan. Bayang-bayang mirip asap yang bergerak laju tiba-tiba terhenti. Erick memandangnya tajam, memberi amaran.

Semerta tubuh Dannika terasa hangat. Seperti berada dalam lingkaran api yang marak. Bagai ada satu kuasa yang merasuk dalam dirinya. Kepala Dannika terasa pening. Segala urat-urat dalam tubuhnya bagai dihiris dan ditoreh. Badannya terasa perit seperti dibakar hidup-hidup. Mata yang selama ini separuh terhijab, kini sudah tidak terhijab lagi.

Tika itu, bahagian tengah padang tiba-tiba terbakar dek terkena lontaran bola api yang muncul entah dari mana. Automatik Dannika berdiri tegak. Anak matanya sudah bertukar warna biru terang. Tangan yang terangkat dihala tepat ke arah makhluk Hutan Larangan yang sedang lahap menyedut darah manusia yang sudah tidak bernyawa beberapa kaki dari Dannika.

"Sara! Sara! DANNIKA SARAFINE! What the fish are you doing?" Erick sudah menjerit nyaring kerana terkejut dengan tingkah Dannika.

Berdengung nyaring jeritan Erick dalam kepala Dannika, namun langsung tidak dihiraukan. Yang Dannika tau, dia mesti hapuskan semua makhluk Hutan Larangan yang serang stadium tu sebelum matahari mengundur diri memberi laluan kepada sang bulan.

Manusia-manusia di dalam stadium ada yang bertempiaran lari, namun ada juga yang masih duduk diam seperti dipukau.

Erick menerjah pantas ke arah gadis itu. Namun lima kaki lagi hendak menghampiri Dannika, dia sudah tidak mampu terbang. Bagai burung yang terperangkap di celahan rimbunan pohon. Erick hanya terapung. Tangan Dannika sudah dihala ke arah mangsanya yang lain. Satu persatu demon dari Hutan Larangan itu hancur menjadi debu terkena tempias Dannika.

Erick terlopong. 'Kuasa apa yang merasuk Dannika? Dia cuma manusia yang punya sedikit kelebihan, tapi dia tidak punya magis. Jadi, apakah semua ini?' Erick masih berteka-teki dengan mindanya sendiri.

Aura biru terang bercampur purple lembut yang mengelilingi seluruh jasad Dannika terlihat di ruangan mata Erick. Satu aura yang jarang dapat ditemui dan dilihat di mana-mana.

Hingga demon dari Hutan Larangan yang terakhir musnah menjadi abu, Erick masih tidak dapat bergerak seperti awal tadi. Perlahan-lahan tubuh Dannika melorot jatuh. Erick terasa bebas lantas dia meluru laju ke arah Dannika, menyambut gadis itu daripada jatuh. Kawasan stadium sudah separuh terbakar.

"Aah, pedulikan laa pasal stadium ni. Nanti manusia-manusia tu tau laa nak buat apa. Yang penting sekarang ni keselamatan Dannika. Dia tak boleh mati."

Laju Erick menyambar beg sandang Dannika sebelum dia melompat terjun bersama Dannika dari bumbung stadium yang boleh memuatkan seramai 100, 200 penonton. Sayap terus dilebarkan sebelum dia terbang tinggi menerjah awan. Lantas, Erick dan Dannika hilang di balik awan tebal yang sedang berarak.


#maaf jika ada kekurangan dalam teaser2 kat atas nie
hope enjoy