Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Friday 31 January 2014

SRCP - Bab 4






BAB 4


Asap rokok yang berkepul-kepul di ruang udara begitu menyesakkan dada Nurin Airysha Athellia, Nur Haziqa Naziha yang berada di sebelah turut merasakan hal yang sama.

Sungguh, kalau mereka diberi kuasa untuk menghapuskan segala kilang rokok dan tembakau yang ada, sudah lama mereka berdua memusnahkannya.

Niat dihati ingin singgah di gerai yang menjual popia basah di tepi jalan itu akhirnya hanya tinggal niat, bau asap rokok yang masih kuat membuatkan Airysha hampir hilang pertimbangan.

Ziqa yang sudah tidak tahan dengan bau rokok yang semakin kuat dan menyedari perubahan pada wajah gadis itu, segera menarik Airysha ke arah bertentangan... menjauhi ruangan yang dicemari asap rokok, dan menjauhi mamat-mamat kutu rayau yang enak melepak di kaki lima jalan itu.

“Apesal kau tarik aku Ziqa? Ishh, pantang sungguh aku kalau hidu bau asap rokok dekat tepi jalan cenggini. Semak mata, dan mencemar ruang udara je... tak pepasal ramai yang dapat lung cancer.” Ujarku dalam amarah yang membara.

Haziqa Naziha sudah tahu, sahabatnya yang seorang ini kalau sudah marah sebab sesuatu benda yang dia tidak suka... keadaan sekeliling pun boleh jadi haru-biru. Si vampire Edward Cullen pun boleh kalah, kalau Nurin Airysha Athellia sudah berubah personaliti. Tapi persoalannya, cik Nurin Airysha Athellia ni ada masalah split personality  ke?

Segala persoalan pasti sedang bermain di benak semua orang, tapi inilah cik penulis yang sangat misteri. Penulis senyap yang tak pernah memaparkan kisah-kisah yang ditulisnya kepada umum dalam bentuk naskhah, dan hanya memuat naik entri demi entri tiap coretan tangannya ke dalam blog secara berkala.



“OIHH mak cik... yang awak tak tidur lagi ni kenapa, nak Ziqa suruh abang finance yang handsome kat tempat keje Ziqa tu tolong dodoikan ke...?? Ahahaaa...”, tiba-tiba wajah Ziqa terjengul dari balik pintu sambil membebel pendek sebelum ketawa galak.

“Orang tengah dok berfikir laa awak, hailaa... susah betul laa kalau dah tersepit antara dua perkara, dua orang, dua hati, dan dua jawapan. Nenek tau tak, kita tengah tersepit sekarang ni...”, ujarku dalam nada lemah.

‘Ekk... macam banyak dan besar je masalah nenek sorang ni. Ya Allah, Kau kuatkanlah sahabatku ini untuk menghadapi semua masalahnya dengan tenang Ya Rabb...’ doa Ziqa dalam hati sambil mata tak lepas memandang Airysha yang elok terlentang memerhati siling bilik.

Ziqa menolak pintu bilik hingga separuh terbuka, lalu dia menapak memasuki ruang kamar Airysha Kirana, sahabat baiknya itu.

Perlahan Ziqa meletak punggung di birai katil, sebelum dia merebahkan tubuh di sebelahku. Katil queen size, memang laa muat untuk aku dan Ziqa yang kurus tu.

Babe, kalau awak ada masalah... cerita laa dengan Ziqa, mana laa tau Ziqa boleh tolong ke. Paling tidak pun kita boleh bagi nasihat free kat awak, tak payah bayar apa pun.”, ujar Ziqa sebelum berkalih menghadapku.

“Mak cik, esoklah kita fikir... tidur lagi bagus, esok nak pergi kerja lagi. Nanti terbabas lak, tak pasal-pasal dapat ‘surat cinta’... ahahaa.” Balasku cuba menutup kegalauan di hati.

***

“ABANG... abang... abang, Rysha... Rysha cintakan abang, Rysha sayangkan abang. Abang tolong, tolong jangan tinggalkan Rysha abang. Abang... abang, jangan tinggalkan Rysha bang... Rysha perlukan abang.”

Ziqa yang terasa tubuhnya bagai dipeluk dan terdengar sipi-sipi bunyi esak tangis suara perempuan, mula tersedar dari tidurnya, terasa seram juga... tetapi apabila dia sedar yang sedang menangis teresak-esak itu adalah Airysha, rasa gerunnya hilang. Dan diganti dengan rasa bimbang, kerana gadis itu tidak pernah mengigau sehingga begitu sekali sebelum ini.

“Nenek... wei nenek, bangunlah. Rysha... AIRYSHA KIRANAA, woi nenekk... bila masa pulak Ziqa jadi abang awak ni,” Ziqa Hazirra sudah mula gelabah sambil garu kepala.

‘Apa aku nak buat ni, Ya Allah... nenek, awak janganlah buat kita risau cenggini...’ Ziqa bermonolog dalam hati.

Hampir 15 minit Ziqa Hazirra cuba menenangkan Airysha Kirana, dan akhirnya dia terlelap kembali.


Subuh itu, hampir sahaja aku dan Ziqa terbabas. Entah macam mana, kami pun tak tahu... tapi yang pasti, waktu sarapan Ziqa mula menyoalku sedikit pelik.

“Nenek... cemana awak boleh ngigau malam tadi...?? Siap peluk kita bagai, lepas tu dok nangis sambil cakap ‘Abang... abang... abang, Rysha... Rysha cintakan abang, Rysha sayangkan abang. Abang tolong, tolong jangan tinggalkan Rysha abang. Abang... abang, jangan tinggalkan Rysha bang... Rysha perlukan abang.’...”, soal Ziqa sebelum tersengih nakal.

Erkk, aku mimpi apa ekk malam tadi...?? Mak ai, dahsyat betul mimpi aku sampai siap nangis-nangis lagi... hurmm, fikir Rysha... fikir...’ Airysha terdiam sambil bermonolog dalam hati.

“Hahh, ingat dah. Kita mimpi kita kena tinggal dengan orang yang kita sayang laa nenek, mungkin sebab tu kot kita menangis betul-betul... ingatkan menangis dalam mimpi je, ahahahaa...”, ujarku setelah berjeda untuk tempoh beberapa minit.

“Mak cik, cepatlah... kita dah lambat nak gerak pi office ni. Karang jammed pulak jalan, bukan awak tak tau pepagi cenggini.” Sambung Ziqa membantutkan angan.



* Hope enjoy reading... jangan lupa tinggalkan komen anda lepas baca... peace...

Teaser SRCP

Assalamualaikum...


Hehee, hari nie terasa nak membako semua member fb den nie... ada y nak terbako sikit kea, atau nak terbako sampai rentung...??

Whoa, statement kijam... hekhekk...

Jom layan teaser SRCP...



Ziqa yang sudah tidak tahan dengan bau rokok yang semakin kuat dan menyedari perubahan pada wajah gadis itu, segera menarik Airysha ke arah bertentangan... menjauhi ruangan yang dicemari asap rokok, dan menjauhi mamat-mamat kutu rayau yang enak melepak di kaki lima jalan itu.

“Apesal kau tarik aku Ziqa? Ishh, pantang sungguh aku kalau hidu bau asap rokok dekat tepi jalan cenggini. Semak mata, dan mencemar ruang udara je... tak pepasal ramai yang dapat lung cancer.” Ujarku dalam amarah yang membara.

Haziqa Naziha sudah tahu, sahabatnya yang seorang ini kalau sudah marah sebab sesuatu benda yang dia tidak suka... keadaan sekeliling pun boleh jadi haru-biru. Si vampire Edward Cullen pun boleh kalah, kalau Nurin Airysha Athellia sudah berubah personaliti. Tapi persoalannya, cik Nurin Airysha Athellia ni ada masalah split personality ke?



Enjoy reading the teaser... 


Senyum dgn tulus ikhlas wlaupun terasa nak meletop cm gunung berapi...

Thursday 30 January 2014

SRCP - Bab 3


BAB 3


Peperiksaan akhir untuk semester lima bakal berlangsung dalam masa dua minggu lagi, dan seharusnya segala tugasan, assignment, proposal dan slide presentation sudah siap menjelang awal minggu hadapan. Tetapi kini, aku bahkan duduk bersenang-lenang dihadapan laptop sambil jari jemari rancak menari diatas papan kekunci... melakarkan kisah demi kisah di atas helaian kertas maya yang tidak dapat disentuh.

Nur Haziqa Naziha pasti sudah tergolek diatas katil, melakukan hal yang sama seperti apa yang aku lakukan sekarang ini. Malam yang masih muda bahkan menggalakkan aku untuk terus menaip, mengekspresikan segala idea yang muncul.

Penuh pengharapan untuk setiap idea dan watak yang ada itu dapat dihidupkan dalam sebuah picisan yang tak seberapa, tetapi dapat memberi makna, pengajaran dan impak yang bagus buat pembaca.

Kali ini, cerita yang bakal kutulis dan kulakarkan dalam helaian kertas maya bakal mengungkap kisah seorang gadis yang tersepit diantara dua jejaka. Terjerat dalam permainan hati yang langsung tak terduga, tertipu dengan keindahan kata-kata manis yang selalu menghiasi ruang hidupnya.

Kisah antara Airysha Kirana, Fazirul Amsyar dan juga Faid Haris. Kisah cinta yang tak kesampaian, kisah cinta yang penuh halangan, dan kisah cinta yang berakhir begitu tanpa Fazirul Amsyar mahupun Faid Haris bisa memiliki hati Airysha Kirana. 




Akhirnya, penat jari-jemari menaip dan mengarang cerita yang entah bagaimana pengakhirannya, aku terbaring diatas katil... melepaskan lelah dan mengucap syukur walaupun picisan ini belum siap sepenuhnya.

Ruang bilik Haziqa Naziha yang kelihatan terang melalui celahan daun pintu yang sedikit terbuka bagaikan menarik aku untuk melihat. Pintu kamar ku ketuk sebelum membuka sedikit luas bagi membenarkan aku melihat ke dalam.

Ziqa yang meniarap sambil memandang skrin pemuka laptop, membuang pandang ke arahku sebelum tersenyum sungging. Aku labuhkan duduk di birai katil, membalas kembali pandangannya yang tidak dapat untuk ditafsirkan tika itu.

“Rysha... kau, rajin tak? Esok cutikan, jadi...”

“Jadi, jom kita masak... tetiba pulak aku lapar tahap tak ketahuan, sejuk-sejuk macam ni cepat je laa perut aku mintak diisi.”, segera aku pintas percakapan Ziqa.

Lapar yang dirasakan tadi sudah beraja hingga membuatkan aku terasa seperti ada rama-rama yang sedang menari riang dalam perutku saat itu. Tidak menunggu lama, terus aku tarik tangan Ziqa yang sedia berada disisiku.

Mengheret gadis itu ke dapur bersamaku, walhal cuma masak maggie je dan jugak dua muk hot chocolate kesukaan aku dan Ziqa. Hahahaa, terkejut gadis itu kerana ditarik secara tiba-tiba oleh sahabatnya yang seorang ini.

Wednesday 29 January 2014

SRCP - Bab 2



BAB 2


Tahun keduaku sebagai seorang penuntut di institusi pengajian tinggi memerlukan aku banyak berkorban dan terpaksa memerah otak dengan sedaya mungkin. Tahun kedua ini, untuk semester kelima sahaja aku perlu menyiapkan proposal yang aku tak pernah tahu bagaimana hendak menulisnya, dan subjek Biostatistics yang ada sedikit menekan kemampuan otakku untuk berfikir dengan lancarnya.


“Airysha. Nurin Airysha Athellia, laju je kau menonong erkk... aku panggil pun langsung kau tak toleh, penat kaki aku mengejar kau dari tadi tau.” Bibir mungil itu berbicara laju kepadaku.

Itu dia, sahabat baikku merangkap class-mate dan juga teman serumah yang sentiasa menceriakan hariku, Nur Haziqa Naziha. Gadis yang brutal, tapi baik hati dan dia juga seperti aku... berangan untuk menjadi penulis, yang mana menulis merupakan kerja waktu senggang dia, dan setiap coretannya akan masuk terus ke laman blog.

“Ziqa... kenapa yang kau kejar aku ni, dah macam ada emergency je aku tengok kau. Dengan termengah-mengah lagi, hailaa.”

Macam aku tak tahu sebab dia mengejar aku... Ziqa dan aku adalah satu, apa yang dia minat, aku juga akan minat. Tapi bukan jenis copycat gitu, minat kami memang sama dari awal lagi dan itu sememangnya tak dapat nak disangkal.

“Ryshh... Airysha... kejap lagi kita singgah pekena spaghetti carbonara ngan Belgium dark chocolate moist cake dekat Secret’s Recipe. Tekak ni teringin pulak nak telan menda alah cenggitu.” Pinta Haziqa sambil membuat muka comel.

Alahai mak cik ni, punyalah aku ingatkan kes emergency apalah tadi sampai beria benar dok kejar aku yang dah jauh kedepan tinggalkan dia sorang-sorang dekat belakang. Rupanya cik Ziqa ni nak ajak aku pi makan spaghetti carbonara dengan Belgium dark chocolate moist cake dekat Secret’s Recipe  tu.

Terus sahaja aku menonong berlalu meninggalkan Ziqa, dan menuju ke arah kereta kesayanganku yang terparkir elok di ruang parkir kolej. Punat kunci pada remote kereta aku tekan, membuka kereta yang terkunci secara automatik dari dalam.

Nur Haziqa Naziha yang menyedari dirinya sekali lagi ditinggalkan di belakang, segera berlari anak mendapatkan aku yang baru menghidupkan enjin kereta. Pintu sebelah penumpang hadapan yang terbuka separuh menampakkan muka Ziqa yang tersengih seperti kerang busuk sebelum gadis itu melabuhkan duduk.


Oitt, sampai hati kau tinggalkan aku bercakap sorang-sorang macam orang tak betul dekat situ. Penat aku dok cot-cet, cot-cet dari tadi tau... dah laa kena kejar kau lagi, cik kak... cik kak...” Ziqa sambung bebel dalam kereta.


“Alahai mak cik Ziqa oii, kalau tunggu kau cakap... sampai esok pun belum tentu habis lagi kau tau, penat aku berdiri dekat tengah panas je.” Aku bidas balik.

Ziqa membuat muncung itik yang comel mendengar bicaraku. Bukan selalu dia hendak menunjukkan kecomelan bibir mungilnya itu, sesekali sengaja aku mengusik... biar dia menunjukkan betapa comelnya muncung yang dia buat.

Aloloo, comelnya muncung itik kau tu cik Ziqa... boleh buat sidai baju tu kalau aku tarik sikit lagi, lepas tu ikat dengan tali rafia. Perrghh, cantik siot... ahahahaa...” usikku lagi sebelum melambakkan tawa, membuatkan gadis di sebelahku bertambah cemberut.

“Talk to my hand...” Cik Nur Haziqa Naziha sudah menunjukkan tapak tangannya pada aku, yang bermakna dia tidak mahu bercakap dengan aku.


Maknanya? Maknanya, tak nak cakap sudah... so, mak cik ni takkan tanya pada aku ke mana aku nak bawak dia.


* sorry kalau ada kekurangan... enjoy reading... ^_^

Tuesday 28 January 2014

KHASIAT BISMILLAH ENAM & RAHSIANYA

KHASIAT BISMILLAH ENAM...

Kalau dikira ayat...Bismillah...maka ia juga
disebut Bismillah Tujuh...

Banyak buku amalan yang menyebutkan mengenai
kelebihannya...maka saya cuma bataskan kepada
beberapa kelebihan mengikut pengalaman diri
dan rakan-rakan...

1.Pembenteng Kejahatan Jin...

Malam itu...saya bersama enam orang rakan
lain duduk berdepan dengan seorang ibu yang
sedang dirasuk jin jantan 'Islam'...

Jin yang besikap sangat angkuh dan bermuka-
muka itu berkata "...malam ini saya sangat
gembira kerana mendapat kawan-kawan baru..."

...lalu ia menunjuk ke arah setiap orang dari-
pada kami...kecuali saya...

"...yang ini... ?" adik saya meminta kepastian
sambil menunjuk ke arah saya...

Jin itu berpaling ke arah lain dengan gaya pe-
nuh kebencian dan kesombongan...dan saya pasti
tahu rahsianya...iaitu hanya saya seorang yang
mengulang-ulang membaca Bismillah Enam...

Jin itu sebelumnya telah meminum segelas air
Yasin malam Jumaat dengan penuh tenang serta
bangga...dan berkata "...bagi segelas lagi...".

Tapi nampaknya ia tak dapat menyembunyikan an-
tinya dengan kesan bacaan Bismillah Enam...

Bismillah Enam ini biasanya disebut sebagai
ayat panas...iaitu panas...dan Insya Allah...
jika dengan izin Allah...boleh digunakan un-
tuk membakar jin...( kalau anda mengamalkan-
nya...anda kepanasan...atau merasa sebarang
tindakbalas...maka samada ada jin atau
angin bisa dalam badan anda...)

Caranya samada dibaca...dan lebih kuat kesan-
nya jika dah sebati...atau dibaca pada air
minum...dan boleh juga dipercik pada empat
penjuru rumah atau sesuatu ruang...

Rakan-rakan berpengalaman...apabila mereka ma-
suk ke dalam sebuah restoran...kebetulan pada
meja sebelah ada beberapa orang lelaki sedang
duduk...dan salah seorangnya terkenal sebagai
bomoh...

Bomoh itu tiba-tiba tampak gelisah dan tak se-
nang duduk...

Cuma beberapa minit...bomoh itu kemudiannya me-
mbayar makanan...dan keluar daripada restoran.

2.Budak lelaki dan Saka...

Seorang budak lelaki diajar membaca Bismillah
Enam dengan bacaan merangkak...
dan cuma sekali...tiba-tiba budak lelaki itu
meraung dan mengamuk...kemudian diketahui
datuknya ada jin harimau...

...maka ia kemungkinan besarnya adalah dari-
pada tindakbalas 'satu makhluk' yang bersem-
bunyi dalam badannya...

3.Pelias...

Ia sesuai dibaca pagi petang sebagai amalan
harian...sekali....3 kali atau lebih baik jika
dapat dibaca 7 kali...

Bila ianya sebati...atau anda biasa membacanya
ketika akan keluar dari rumah...teori secara
auranya...iaitu...apabila anda berniat ke suatu
tempat...aura anda dah sampai ke tempat terse-
but ketika itu juga...

Maka ketika itu...apa sahaja amalan yang dibawa
bersama aura tersebut akan mula brtindak...

kalau kawasan tersebut ada jin...samada jin be-
bas...atau jin dalam badan...maka jin tersebut
sudah mula merasa kesan panasnya...

Maka anda akan sampai pada kawasan tersebut...
samada kawasan itu telah dijauhi oleh jin...
atau orang yang merasa pengaruh jin dalam ba-
dannya...setakat mana di izinkan Allah...

Begitu juga bagi binatang-binatang berbisa ser-
ta binatang buas...

Malah rakan-rakan ada yang berpengalaman...ka-
lau berburu pun...akan sukar bertembung dengan
mana-mana binatang termasuk jenis yang menjadi
buruan...dan sangat sesuai kalau anda bertugas
dalam kawasan hutan seperti juru ukur...
Jabatan Hutan atau sebagainya...

...kecuali kalau tahu petua...sebaliknya boleh
digunakan untuk memudahkan perburuan...Wallohu
a'lam...

4.Bismillah Enam Dan Ular Hitam...

Kediaman saya terletak di pinggir kebun pisang
dan kawasan paya...bermata air...serta batu-batu
besar yang sesuai sebagai sarang atau tempat me-
ncari makanan bagi ular...

....mungkin itu antara sebabnya dah beberapa ka-
li berlaku kejadian ular hitam masuk rumah...

Biasanya ular yang menyelinap masuk akan segera
melarikan diri sebaik saja ternampak sesiapa
datang...

Ia biasanya berlaku...mungkin kerana ular itu
mencari katak di bawah rumah...kemudian mera-
yau...sesat dan masuk ke dalam rumah...

Petang itu lepas Solat Asar...saya duduk di-
ruang bilik belakang...dan kebetulan baru ha-
bis membaca Bismillah Enam sebanyak 7 kali...

Mungkin kebetulan...tapi tiba-tiba muncul ke-
pala seekor ular hitam dari sebuah lubang tepi
dinding...betul-betul di hadapan saya...

Ular itu perlahan-lahan merayap masuk ke-
ruang dalam...

Saya menepuk lantai untuk mengejutkannya...

Tapi kali ini ular itu tak melarikan diri...
sebaliknya terhenti sekejap...kemudian mula
menjalar masuk...

Saya mencapai sebatang pembaris kayu yang ke-
betulan ada berhampiran...dan mengetuk kepala
ular tersebut perlahan-lahan...

Ular itu terhenti...tapi tidak menampakkan se-
barang tindakbalas rasa terancam ataupun men-
gancam...ia antara seperti jinak...atau bing-
ung...tidak seperti mana sepatutnya sebagai-
mana ular liar...

Kemudian perlahan-lahan ular itu menarik ba-
dannya...dan masuk semula ke dalam lubang...
kemudian menghilangkan diri...

Cuma seperkara saya perhatikan...sejak ular
itu masuk...hingga keluarnya...ular itu lang-
sung tak melihat ke arah saya...

Sehingga sekarang...saya tak tahu...samada
ular itu nampak saya atau tidak...

Nampaknya...ia berlawanan dengan sifat Bis-
milah Enam yang dikatakan sebagai 'pelias'
atau penjauh binatang berbisa...tapi...

Ustaz pernah memberitahu kami bertahun sebe-
lumnya...sesiapa yang tetap dan bersungguh-
sungguh mengamalkan Bismillah Enam...boleh
jadi ia akan menghadapi ujian dengan ular
...wallohu a'lam...

(...ada satu kawasan antara kediaman saya de-
ngan rumah lama keluarga yang dikatakan men-
jadi laluan jin yang pernah dipanggil dan di-
beri makan pada masa sebelum Islam...dan ia
masih menjadi laluan jin yang sama sehingga
sekarang...

...seorang anak buah saya pernah memberitahu
bahawa ia selalu terserempak dengan bangkai
ular pada kawasan tersebut...dan ia merasa
pelik mengenainya...

Kadang-kadang saya terfikir...adakah ular ma-
suk rumah itu ular sebenar...atau ada antara-
nya adalah gangguan...? )

5.Teori Aura Dan Kejahatan Manusia...

Apa yang berlaku sekarang seperti amuk...

...jenayah...dari seringan-ringannya...hi-
ngga keseberat-beratnya seperti pembunuhan
...penipuan...buli...mencuri...merompak...

...menganiaya kerana 'suka-suka'...ponteng
sekolah...tak mahu berkerja...dan sebagai-
nya...

...saya yakin sebahagiannya adalah daripada
gangguan dan hasutan jin saka...jin ilmu...
jin sihir dan sebagainya...dan malah...
kadang-kadang ia melibatkan rasukan samada
nyata...atau tersembunyi...

Biasanya bakal mangsa itu selain pilihan or-
ang tersebut...juga ada pengaruh daripada
jin penghasutnya...

Semakin kuat pengaruh jin pada sesorang...ma-
ka semakin banyak pilihan mangsa itu...adalah
daripada jin itu sendiri...

Maka antara ciri-ciri pilihannya...orang yang
lemah semangat...tak ada pendinding diri...
dan lebih-lebih lagi kepada orang yang ada
angin bisa atau gangguan jin dalam badan...

Selain daripada faktor pilihan...ada beberapa
caranya bagaimana seseorang pengamal terhindar
daripada gangguan berkaitan...

Kesan Kepada Jin Pendamping...

Iaitu apabila anda berniat untuk ke suatu tem-
pat...maka jin pada tempat tersebut dapat men-
gesan aura anda...malah 'kepanasannya' sekali.

Maka anda akan sampai pada tempat tersebut da-
lam keadaan tanpa sebarang gangguan...kerana
jin dah lari meninggalkan kawasannya...

Kalau jin itu dalam badan seseorang manusia...
maka orang itu mungkin akan merasa gelisah ta-
npa sebarang sebab...dan kalau pengaruh jinnya
cukup kuat...malah orang itu juga mungkin akan
meninggalkan tempat tersebut...

kadang-kadang orang dampingan jin itu mula ra-
sa gelisah sebaik sahaja anda muncul...

Namun pada hakikatnya...jin pendamping itu yang
merasa gelisah...takut...bingung atau sebagai-
nya...

Maka dalam keadaan sedemikian...jin yang biasa-
nya menghasut 'tuannya' kepada kejahatan akan
cuba mengelak diri daripada 'cari pasal' den-
gan anda...dan anda terpelihara daripada seba-
rang niat jahat seseorang dari sebab hasutan
jin pendampingnya...

...malah...ada keadaannya...jin yang mendam-
pingi seseorang merasa segan atau hormat pada
anda...maka orang dampingannya juga merasa
sedemikian...sedangkan ia sendiri tak tahu
akan sebabnya...

Kadang-kadang pula gangguan jin itu tak cukup
kuat untuk mendorong seseorang 'lari' ber-
samanya...maka jin itu akan meninggalkan 'tu-
annya' sebaik sahaja anda datang...

Maka orang dampingan jin tadi...yang biasanya
sentiasa mencari jalan untuk menganiaya orang
akan merasa tenang dan tenteram...tak terniat
untuk membuat kejahatan kepada anda...kerana
penghasutnya dah lari...

...dan sebagainya...

6.Penangkis Dan Penawar Racun...

Kejadian paling 'popular' pada Ustaz (guru) dan
rakan-rakan adalah kejadian di mana gelas minu-
man pecah atau berkecai tiba-tiba...tak kira
samada gelas itu berisi air panas atau minuman
berais...

Ia berlaku di restoran...juga rumah sendiri...
di mana sebagaimana yang dinyatakan...ia menun-
jukkan minuman itu beracun...terutama racun
yang dikirim melalui angin...

Tapi boleh jadi pula ia ada bahan pelaris sihir
untuk menarik serta mengikat pelanggan ke per-
mis tersebut...

Ini mungkin sebabnya...gelas plastik seorang ra-
kan tumbang sehingga 4 kali tukar gelas di sebu-
ah warung...

...dan yang paling tak popularnya adalah peng-
alaman saya makan mee sup di sebuah restoran
pada awal malam...

Masa makan..sedap saja rasanya...tapi kemudian
perut mula terasa menolak makanan tadi...
dan jam 11 malamnya...semua termuntah keluar
...baru rasa lega...

Tak lama kemudian...restoran tersebut ditutup
kerana kes keracunan makanan pada pelanggannya.

Jika dengan izin Allah...kalau anda termakan
atau terminum hidangan beracun juga...Insya
Allah...menjadi tawar dan tak memudaratkan.

7.Penawar air Laut...

Sebenarnya banyak kelebihan Bismillah enam ini
tapi saya cuma dapat huraikan mana-mana yang
berkaitan pengalaman guru...rakan-rakan dan
diri sendiri...

Ustaz pernah ke laut bersama seseorang...dan
kebetulan tak bawa air minum...

Maka dalam keadaan yang agak mendesak itu...
seseorang itu mengikat tali ke bentuk satu bu-
latan...kemudian diletak atas air laut...

Seseorang itu membaca Bismillah Enam...dan us-
taz bertitahu...air dalam bulatan tali itu
rasanya tawar dan boleh diminum...

AIR BISMILLAH ENAM...

Iaitu antara cara nak buat air Bismillah Enam
iaitu...

1.Tarik nafas dalam-dalam sambil berzikir Allah
...allah dalam hati 7 atau 11 kali...

Tahan nafas...dan pada ketika itu baca Fatihah
1 kali dan Bismillah Enam 1 kali...

Tiup perlahan-lahan ke tempat sakit...kemudian
ke air...niat jadi penawar...dan guna minum
serta sapu sedikit pada muka...

2.Baca pada air...Fatihah 1 kali...Salawat 3
kali...Bismillah Enam 7 kali...dan 3 Qul...

Guna minum..sapu muka dan tempat sakit...dan
boleh guna mandi atau renjis penjuru-penjuru
ruang dalam rumah...

Air ini...Insya Allah bersifat panas...dan
membakar dengan izin Allah...

Boleh juga di masukkan ke dalam botol...
dan sembur kabus pada badan...juga sesuatu
ruang untuk buat pagarnya...

...dan sebagainya...

Kesihatan - Daun Pokok Bismillah

Kredit kepada: Wikipedia, Blog Dr Hasanah
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum.....


Daun ini saya ambil dari pokok di rumah keluarga, yang dipanggil pokok South Afrika atau juga dipanggil pokok Bismillah.


Sebagai pengenalan, pokok Bismillah atau nama saintifiknya Vernonia Amygdalina ialah sejenis pokok renek daripada kumpulan Asteraceae (dirujuk juga sebagai aster, daisy atau bunga matahari) yang banyak tumbuh di kawasan tropikal Afrika.Daunnya berasa pahit dan kebiasaannya dimakan sebagai sayur atau dalam bentuk ekstrak cecair sebagai tonik bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Doktor naturopati dan pakar-pakar herba turut mengesyorkan pengambilan ekstrak daun ini bagi merawat rasa mual/loya, kencing manis serta masalah-masalah berkaitan saluran gastrousus. Ia juga mempunyai antioksidan yang baik untuk badan.

Pun begitu, penulis juga diberitahu, ia mampu membantu mengurangkan kolesterol dalam darah selain berupaya merawat darah tinggi. Begitulah juga yang diperkatakan orang di ruangan forum.

Ada juga yang mengatakan ia mampu mengurangkan sakit belakang dan mengawal selera makan. Rasanya pahit seperti juga daun hempedu bumi.

Caranya, ambil 5 atau 6 helai daunnya (atau beberapa helai) dan rendamkannya dalam sebekas/secawan air panas mendidih. Tutup sebentar. Selepas beberapa ketika, minum airnya.


Sumber rujukan:

Monday 27 January 2014

SRCP - Bab 1





BAB 1


Penulis? Memang itu impianku, sejak enam tahun yang lepas aku sudah menyimpan angan untuk menjadi seorang penulis yang berjaya dalam usia muda dan mampu memberikan hasil penulisan yang terbaik untuk pembaca. Kenapa? Kerana aku suka, aku selesa mencoretkan segala picisan idea yang aku punya menjadi sebuah karya yang mampu memberi pengajaran bawah sedar buat pembaca.

Ini ceritaku... kisah hidupku yang tiada siapapun tahu, dan aku... menunggu masa yang sesuai untuk mengungkapkannya.


Nurin Airysha Athellia. Aku. Ya itu aku, nama belakangku nampak pelik sedikit, tapi cantikkan? Aku, Nurin Airysha Athellia, masih muda lagi dan masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di kota. Kota apa? Kota metropolitan yang gah pada nama, Kuala Lumpur.

Aku merupakan anak kedua kepada pasangan Encik Kamarul Afzan dan juga Puan Rasyiqah, anak kesayangan kepada papa dan mama yang sangat menyayangi diri ini.

Macam mana boleh jadi anak kedua? Siapa pulak abang atau kakak si Airysha ni? Kenapa tak disebut pun pada awal cerita ni, dekat atas tadi? Haa, mesti ramai yang tertanya-tanya kan pasal apa si Nurin Airysha Athellia ni boleh jadi anak kedua secara tiba-tiba.

Okay. Khaliq Adhwa, anak sulung kepada Encik Kamarul Afzan dan Puan Rasyiqah, dan merupakan abang kepada Nurin Airysha Athellia, iaitu aku. Nampak tak betapa handsomenya abang kesayanganku itu, ahahaa.

Khaliq Adhwa kini sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang Engineering untuk tahap Master di Universiti Teknologi Petronas, berbeda dengan adiknya yang mengambil bidang yang lain dari skop pengajian yang telah ahli keluarga mereka capai.

Khaliq Adhwa ni sebenarnya umur dia berapa puluh tahun?

Hahaa, mesti ramai yang tak percaya kalau mamat metrosexual ni umurnya dah 26 tahun. Muka macho yang sedikit babyface membuatkan dia kelihatan sedikit muda dari usia, dan ditambah pula dengan pengajian peringkat Master yang disambungnya kini.


Berbalik kepada kisah aku yang mana sedikit misteri dan juga rumit sebagai seorang pelajar, seorang anak, dan juga sebagai seorang penulis muda yang baru hendak mencipta nama dalam dunia penulisan seni tanah air.

Keinginanku sendiri untuk menyambung pelajaran di kota besar ini, bukan atas desakan sesiapa. Tahun ini sudah tahun kedua aku menyambung pengajianku dalam bidang Pengurusan Kesihatan yang baru beberapa tahun diperkenalkan di Malaysia, dan tahun ini umurku bakal mencecah 20 tahun.

Sejak enam tahun yang lalu, aku mencoretkan kisah demi kisah di atas lembaran kertas dan kemudiannya aku pindahkan menjadi softcopy untuk kesenanganku sendiri. Kisah demi kisah, cerita demi cerita yang aku tulis, dan akhirnya hidupku juga sudah jadi seperti dalam novel.


Haiqarl Rifqan. Entah bagaimana, dia muncul dalam hidupku... menjadikan dia sebagai penemanku, penyelamatku dan... siapakah dia di hatiku?

Segalanya menjadi tanda tanya dengan kemunculan Haiqarl Rifqan yang kadang mampu membuatkan seluruh hidupku jadi celaru. Pelajaran yang dulunya bagi aku sangat menarik minat, kini sudah jadi sangat membosankan dan sudah tidak menarik minat aku lagi.

Wajarkah untuk aku menyalahkan hukum takdir? Atau, wajarkah aku menyalahkan dirinya atas kehadiran dia yang langsung tak kuduga dalam hidup ini? Sungguh, aku tiada jawapan untuk semua itu... hanya DIA yang tahu segalanya, dan pasti ada sebab serta hikmah mengapa DIA menghendakkan begini.

Mukaddimah Hari Ini...

Assalamualaikum w.b.t.,

Macam mana dengan hari anda? Adik2, kakak2, abang2 dan semuanya y sudi menjengah ke blog ini, semuanya dah sarapan? Buat adik2 ada y ponteng sekolah x? Harapnya x adalah ya, lagipun x baik ponteng sekolah nie... buang masa, buang duit, dan jugak buang tenaga. Kesian dekat mama dgn abah y dah bersusah payah cari duit utk sekolahkan korang, penat2 cari duit nak hantar korang ke sekolah... tp korang ponteng, pi lepak kt bawah jambatan laa... dekat belakang sekolah laa, kt kawasan rumah tinggal laa... (Ingat, jgn berani pi lepak kt kawasan rumah tinggal sume tu... mana tau ada binatang berbisa kea, penjenayah kea...)
BAHAYA tau!!

Kakak2 y dekat rumah tu, yuhuu... tengah buat apa tuu? Tgh kemas rumah kea, ataupun dah settle kemas rumah? Y sedang siap2 nak pi bekerja, Ai ucapkan selamat bekerja... NO Monday Blues okay (wlaupun Ai sndiri rasa mcm nak Monday Blues jea...) Y x kerja, dok kt rumah tu... boleh laa layan blog or TV kejap, lepas tu dah kena sambung mendobi, lipat kain baju, kemas2 dapur, siram pokok bunga n then masak utk anak2 y akan balik dr sekolah tgh hari nanti.
Apapun kakak2 semua, selamat menjalankan ibadah walau dimana anda berada. Keep smiling although you are tired with Monday blues.

Buat abang2 y tgh drive nak ke tempat kerja tu, drive safely and hope for your safe journey. Jgn igt nak cepat sampai ke tempat kerja jea, igt sekali org tersayang y menanti kepulangan anda di rumah... Haa, kt sini Ai nak pesan utk abg2... kadang tu ada y x sabar sebab jalan nak ke tempat kerja slalu jammed, sampaikan ada y spare roti kt dalam kereta... bg y bujang, takut x sempat breakfast katanya (sesetengahnya laa)... y dah kahwin, urmm... no comment for that.
Cemana pun, hadapi hari anda y mungkin memenatkan di pejabat tu dgn tenang dan penuh tawadduk. Senyum itu indah, senyum itu barakah, dan senyum itu sedekah... penat dan bosan cemana pun kt tempat kerja, senyum jea laa...

Okay...
Rasa macam dah lama Ai x update apa2 cerpen & e-novel kat blog nie, dah nampak sawang2 y mula muncul di segenap penjuru 'istana kecil' nie. Almaklum, kesibukan y membelenggu sedikit menyukarkan utk update apa2 entry kt blog... tp, alhamdulillah sebab dapat curi sedikit masa utk post sedikit teaser di laman muka buku.

Terakhir Ai update cerpen hujung tahun lepas, dan rasanya dah hampir sebulan kot x update blog nie... huhuu, sabar jea laa... okeyhh, hari nie In-Sya Allah Ai akan update entry terbaru di laman blog nie...

Friday 24 January 2014

mini novella - SRCP teaser



“Airysha. Nurin Airysha Athellia, laju je kau menonong erkk... aku panggil pun langsung kau tak toleh, penat kaki aku mengejar kau dari tadi tau.” Bibir mungil itu berbicara laju kepadaku.

Itu dia, sahabat baikku merangkap class-mate dan juga teman serumah yang sentiasa menceriakan hariku, Nur Haziqa Naziha. Gadis yang brutal, tapi baik hati dan dia juga seperti aku... berangan untuk menjadi penulis, yang mana menulis merupakan kerja waktu senggang dia, dan setiap coretannya akan masuk terus ke laman blog.

“Ziqa... kenapa yang kau kejar aku ni, dah macam ada emergency je aku tengok kau. Dengan termengah-mengah lagi, hailaa.”

Macam aku tak tahu sebab dia mengejar aku... Ziqa dan aku adalah satu, apa yang dia minat, aku juga akan minat. Tapi bukan jenis copycat gitu, minat kami memang sama dari awal lagi dan itu sememangnya tak dapat nak disangkal.

“Ryshh... Airysha... kejap lagi kita singgah pekena spaghetti carbonara ngan Belgium dark chocolate moist cake dekat Secret’s Recipe. Tekak ni teringin pulak nak telan menda alah cenggitu.” Pinta Haziqa sambil membuat muka comel.

Alahai mak cik ni, punyalah aku ingatkan kes emergency apalah tadi sampai beria benar dok kejar aku yang dah jauh kedepan tinggalkan dia sorang-sorang dekat belakang. Rupanya cik Ziqa ni nak ajak aku pi makan Spaghetti carbonara dengan Belgium dark chocolate moist cake dekat Secret’s Recipe tu.

Terus sahaja aku menonong berlalu meninggalkan Ziqa, dan menuju ke arah kereta kesayanganku yang terparkir elok di ruang parkir kolej. Punat kunci pada remote kereta aku tekan, membuka kereta yang terkunci secara automatik dari dalam.

Nur Haziqa Naziha yang menyedari dirinya sekali lagi ditinggalkan di belakang, segera berlari anak mendapatkan aku yang baru menghidupkan enjin kereta. Pintu sebelah penumpang hadapan yang terbuka separuh menampakkan muka Ziqa yang tersengih seperti kerang busuk sebelum gadis itu melabuhkan duduk.