Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Saturday 13 July 2013

CERPEN - BILA CINTA TAK MUNGKIN KEMBALI





BILA CINTA TAK MUNGKIN KEMBALI


Cinta akan sentiasa hadir,
Namun adakah cinta kan sentiasa kekal..??
Kerna hatiku yang terluka,
Aku pergi menjauh darimu agar tak tersakiti lagi..







FASHA ADDRYANAA





GAGAL sekali bukan bererti gagal untuk selamanya, perkataan manyerah itu tak pernah ada dalam kamus hidup Fatin Nur Shaarzanaa binti Kamarulzaman.

Dia gadis biasa yang tidak sempurna seperti yang orang selalu katakan, dia juga ada kekurangannya dan kelebihannya sendiri..kerna manusia tidak pernah sempurna bila berkait dengan Allah s.w.t.

Dalam usia setahun jagung itu, Shaarzanaa mula mengenal erti cinta bila ada yang memulakan langkah. Bila ada yang mengenalkan apa itu cinta kepada dia.

Tanpa Shaarzanaa sedari, dia hanya menjadi alat untuk kepentingan Aryaan Zaffirul untuk membuatkan dirinya lupa kepada bekas kekasih yang curang terhadapnya.

“Along, handset ko berbunyi ni along..ada orang call ni, nak angah tolong jawab ke..??” “Ko tolong jawab kejap ngah, along ada benda sikit nak buat ni..”

“Hello, assalamualaikum..Abang Firul erkk, jap lagi call balik boleh tak..?? Along tengah cuci baju sekarang..”

“Waalaikumussalam, haa..ok..”

Memang di awalnya kelihatan bahagia dan mesra, namun semua itu bermula dari sebuah hubungan persahabatan. Hubungan persahabatan yang tidak lama, tetapi membuatkan Aryaan Zaffirul mengambil keputusan untuk menyunting Fatin Nur Shaarzanaa menjadi kekasih hatinya.

Tiada beda apa pun diantara hubungan mereka ini melainkan hanyalah hubungan jarak jauh, yang lainnya kelihatan sempurna seperti pasangan kekasih yang lain.



“Hello, assalamualaikum awak..sorry laa, saya tengah cuci baju tadi..ada apa dia awak, call awal-awal pagi ni..??”

“Hurm, waalaikumussalam..tak apa, saja je saya call. Kenapa, tak boleh ke kalau orang nak call dia awal-awal pagi macam ni..?? Ke awak tunggu call dari orang lain, hah..??”

“Apa awak cakap ni, kenapa tiba-tiba nak cakap and marah yang bukan-bukan je ni..?? Apa kenanya yang sampai awak kaitkan orang lain dengan tak semenanya, demam apa..??”

Perhubungan yang mulanya indah dan bahagia, kini mula disulami dengan rasa amarah dan tidak percaya dari pihak Aryaan Zaffirul.

Andai Fatin Shaarzanaa telat membalas mesejnya, pasti ada sahaja perkara yang akan dibangkitkannya, dan akhirnya menimbulkan pergaduhan di antara keduanya.

Shaarzanaa mulai bosan, walau dalam hati masih ada rasa sayangnya terhadap lelaki bernama Zaffirul itu. Hidupnya terasa bagaikan dikawal dan terkongkong dengan sikap Zaffirul yang makin berubah.

Hari demi hari, minggu berganti minggu, hidupnya pasti tidak sah tanpa ada sebarang pergaduhan di antara mereka berdua. Walaupun tiada salah apa yang dilakukan oleh Shaarzanaa, Zaffirul pasti akan mencuba untuk mencari alasan yang boleh dijadikan bahan untuk memulakan pertelingkahan.

Sayangnya masih ada, cuma..semakin lama, terasa sudah semakin pudar ditelan dek pergaduhan yang sering dimulakan oleh si dia, sehinggakan Shaarzanaa sudah tidak kuasa untuk melayan.


***


“SAYANG..sayang, maafkan abang ye..abang tak ada niat pun nak sakitkan hati sayang, abang cuma penat je..”

“Huhh, ye laa tu kan..sekarang boleh laa cakap macam tu, kang kejap lagi abang mula balik nak cari gaduh dengan orang.. Abang ingat orang ni apa, tunggul yang tak ada perasaan apa..?? Suka dia je nak tuduh-tuduh orang buat benda yang orang tak buat..”

“Ok, ok fine..demi sayang, abang Aryaan Zaffirul bin Mohd Tahar,berjanji tidak akan memulakan pergaduhan dengan buah hati pengarang jantung yang comel ni, Fatin Nur Shaarzanaa, bermula hari ini dan pada detik ini.”

“Ikrar laa sangat kan,tapi tak apa..kita tunggu dan tengok dulu apa yang bakal terjadi, kalau bukan hari ni boleh jadi esok..kalau bukan pagi ni, boleh jadi malam nanti..”

“Sayang, percayalah cakap abang..kali ni je, please...” Zaffirul merayu dan memohon agar Shaarzanaa mempercayainya untuk kali itu, tetapi kepercayaan itu akhirnya terhapus di malam hari.

Orang kata, untuk menjadikan sebuah hubungan cinta itu kukuh dan kekal, kita perlu ada rasa percaya, yakin, dan setia. Namun, sesebuah perhubungan itu tak mungkin kekal tanpa ada semua itu.

Zaffirul pula, sentiasa berprasangka terhadap Shaarzanaa. Dia sengaja berbuat begitu agar hubungan mereka lekas retak dan tidak dapat untuk diperbaiki lagi, tapi Shaarzanaa pula bertindak memujuk agar hubungan yang baru terbina ini tidak retak di tengah jalan.

Puas mengharungi kehidupan bercinta, dengan segala macam dugaan dan cabaran yang mendatang, membuatkan Shaarzanaa makin matang dan yakin dengan segala keputusan yang bakal diambilnya.

Sakit hati yang dirasakan selama ini sudah tidak mampu untuk ditahannya sendirian, tidak sanggup sudah baginya untuk menghadapi segala tuduhan tidak munasabah dari Zaffirul terhadapnya.

“Apa masalah abang dengan Shaarz sebenarnya..?? Semua apa yang Shaarz buat, semuanya nampak salah je pada pandangan mata abang..apa lagi yang tak puas dekat hati abang tu, cuba abang cakap..”

“Sayang tak faham masalah abang, tak ada siapa yang pernah nak faham masalah abang..semuanya abang yang tanggung sendiri, sayang faham tak..”

‘Gulpp, kenapa mesti dia naikkan volume suara dia pada aku..?? Kenapa mesti nak marah aku, sedangkan aku tak pernah tau pun apa yang dia alami sebelum ni..’

‘Salah ke aku menyuarakan apa yang dah lama dan sentiasa terbuku dalam hati aku ni..?? Salah aku ke, sampai dia harus lalui semua ni..??’

Bermula dari detik itu, Shaarz melancarkan perang dingin terhadap Aryaan Zaffirul. Tiada lagi hari-hari indah yang mana Shaarz akan sentiasa menghubungi Zaffirul di petang hari, dan tiada juga mesej-mesej nakal dari Zaffirul di malam hari.


“Ok fine, then don’t call me. Abang memang sengaja nak lepaskan semua yang terbuku dalam hati abang tu untuk sakitkan hati Shaarz kan, tak pernahnya ada yang baik dan sempurna di mata awak..”

“Apa yang awak mengarut ni Shaarz, abang tak faham laa dengan apa yang awak cakapkan ni..cuba awak jelaskan elok-elok..”

“Faham atau tak, itu bukan satu alasan untuk mengelak dari kenyataan yang awak sengaja mempergunakan saya untuk kepentingan diri awak sendiri..”

“Dalam satu hari pun, kalau awak tak cari pasal untuk mulakan pergaduhan dengan saya memang tak sah kan..saya dah penat, awak faham tak apa rasanya bila seseorang tak menghargai kita langsung.”

Hubungan yang dingin mulai retak dan layu dari hari ke hari akibat ketidak serasian yang mulai muncul di antara Shaarzanaa dan Zaffirul, tiada lagi panggilan manja dan mesra yang dapat didengari tiap hari dan malam.

Keduanya merasakan perbedaan dalam hubungan mereka yang bagaikan sudah tidak bernyawa lagi, bahkan keluarga keduanya juga mampu melihat keadaan perhubungan yang mungkin tidak akan ke mana arah tujunya.

Mungkin beginilah pengakhiran hubungan yang sudah layu ini, bagaikan retak menanti belah sahaja.

Tiada kemungkinan untuk mereka bahagia, barangkali hubungan yang semakin keruh itu sudah cukup sampai di situ sahaja bagi keduanya.


***


“HELLO assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Encik Aryaan Zaffirul..?? Ada perkara penting yang hendak saya bincangkan..”

“Hello waalaikumussalam, maaf..ini abang Zaff yang bercakap, boleh abang tau ni siapa..??”

“Saya Shaarzanaa bercakap. Abang, boleh saya bercakap dengan Zaffirul tak..?? Penting..”

“Maaf dik, tapi..abang dekat hospital ni, Zaff accident dengan lori masa nak balik kerja tadi..dia masih dalam theater room, doktor sedang jalankan pembedahan untuk buang darah beku dekat bahagian belakang kepala dia..”

‘Apaa..apa semua ni, apa yang lelaki ni merepek pasal Zaffirul..??’

“Apa yang abang merepek makan kerepek ni, abang memang sengaja kan cakap macam tu atas arahan dia..?? Abang..abang dekat hospital mana ni, apa doktor cakap..?? Abang jangan nak main-main, Shaarz ada auntie kerja dekat hospital tu...”

“Abang tak merapu dik, abang cakap yang betul..Abang dekat Hospital Tawakal sekarang ni, doktor cakap mungkin tak ada harapan lagi..jadi, kita kena bersedia dengan sebarang kemungkinan..”

“Aa..Aa..Abang tipu, tak mungkin..tak mungkin Zaffirul kritikal, abang tipu..”


“Shaarz, Shaarz..Ya Allah Shaarz, Aline..Aline tolong aku Aline, Shaarz pengsan..”

‘Maaf Shaarzana, Zaff dah tak sanggup nak teruskan hubungan kita lagi..Zaff tak boleh teruskan tanpa mengingati Syikien walau sedetik pun..’

Sanggup Zaffirul membohongi Shaarzana tentang keadaan dirinya yang sebenarnya tidak kritikal, hanya cedera ringan sahaja.

Tega dia mendengar Shaarz pengsan tanpa sedikit pun peduli akan keadaannya, walau dia dengar dan tahu...

Bagaimanakah Shaarzanaa akan meneruskan hidup tanpa kehadiran Zaffirul dalam hidupnya, tanpa ada Zaffirul menghilangkan dan membahagiakan harinya..di tiap siang dan malamnya..


***


TERNYATA Shaarzanaa kuat, dia tabah mengharungi segala penipuan dan dugaan yang diberikan terhadapnya oleh Zaffirul. Tetapi ada sesuatu yang Shaarz tidak tahu, Zaffirul masih bernyawa lagi di atas muka bumi ini...

Dua hari Shaarz menahan tangis kerana tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki yang bercakap dengannya melalui telefon milik Zaffirul itu, dan dalam dua hari itu juga dia sedih tanpa air mata.

Tiap hari Shaarz membedek kembali mesej-mesej yang pernah dihantar oleh Zaff kepadanya, dan tiap hari itulah air matanya tidak bisa ditahan dan ditegah daripada terus mengalir lembut dipipinya.

Seminggu berlalu, dan entah bagaimana dengan tidak semenanya Shaarz tiba-tiba mendapat mesej dari seseorang yang tidak dikenalinya meminta untuk berkenalan dengannya...tetapi tidak diendahkannya langsung, bahkan dibiarkan sahaja adiknya, Nur Haazra Syaqirah membaca mesej-mesej tersebut.


“Along, ko tak nak balas mesej-mesej ni ke long..?? Kalau ko tak nak balas, angah padam je laa..buat semak inbox je aku tengok long, kang orang lain hantar mesej pun tak masuk.”

“Ko padam je laa ngah, tak payah tanya dekat aku..malas dah aku nak melayan dorang semua tu, bukan aku kenal pun ngan deme tu.”

“Long, mesej lama ko ni...aku pindah masuk folder lain erkk, nanti senang kalau ko nak delete mesej-mesej yang tak berkenaan..”

“Hurm, ikut ko laa ngah..suka hati ko laa nak buat apa pun...”

Kesakitan di hati yang makin menyesakkan sudah tidak mampu untuk dibendung lagi, makin lama dibendung makin sakit dirasakan bagi dirinya. Berbulan, bahkan sudah hampir setahun rasanya Zaffirul pergi, dan dalam pada itulah Shaarzanaa menahan tangis.

Bahkan, dia sudah tidak mampu untuk menangis lagi mengingati setiap detik yang dilaluinya bersama Zaffirul, air matanya dirasakan sudah kering dan tidak mampu untuk mengalir lemah lagi di pipi mulus itu.

Angannya selama ini sudah musnah, lebur bersama hilangnya Zaffirul dari hidupnya. Menanti detik berlalu perasaan dan keadaan hati Shaarzanaa juga turut berubah sama, tiada lagi Shaarzanaa yang ceria dan mudah untuk jatuh cinta. Shaarz yang ada sekarang hanyalah Shaarz yang baharu, yang keras hati dan sukar untuk mempercayai cinta lagi.


***


“HELLO, boleh saya bercakap dengan Cik Shaarzanaa..??”

Tanpa melihat siapa yang memanggilnya, Shaarzanaa terus menjawab panggilan itu memandangkan dia sedang sibuk dengan tugasnya yang memerlukan lebih perhatian itu.

“Hello, ya Shaarzanaa bercakap..Boleh saya tau siapa yang bercakap di hujung sana..??”

Seminit berlalu dan masih tiada kata yang kedengaran dari pemanggil di hujung talian sana, yang kedengaran hanyalah deruan nafas si pemanggil yang masih tidak diketahui namanya itu. Deruan nafas yang kedengaran bagaikan tersekat-sekat, lembut tapi...penuh dengan masalah dan sesuatu yang tidak dapat untuk dipastikan.

“Shaarz, Shaarz sayang..sayang maafkan abang ye sayang, maafkan abang sebab buat sayang sedih..sebab buat sayang tertanya-tanya, abang tak ada niat pun sebenarnya untuk tinggalkan Shaarz.”

Sekarang barulah Shaarz tahu, siapakah pemanggil di hujung talian itu..dengan mendengar setiap bait ayatnya sahaja dia sudah dapat mengagak, lantas Shaarz berura-ura ingin meletak telefon yang sedang melekap elok di telinganya itu. Tetapi si pemanggil bagaikan dapat meneka, lantas segera menghalang perbuatan gadis ayu itu.

“Aryaan Zaffirul...”

“Yes, Aryaan Zaffirul speaking here..sayang, please..come back to me please, i need you..now and ever, i really need you in my life..i don’t wanna loose you, i can’t face it dear..”

“Huhh, i had already knew it..long time ago, since a week after you do that to me..you think it’s easy for me to forgive you like that, you dah silap besar Zaff. I memang boleh maafkan you, but I’m not gonna be with you anymore..tak kan sampai bila-bila pun...”

“Sayang, sayang please..please don’t do this to me, i sanggup buat apa je asalkan you kembali pada i semula..i janji, i janji sayang..i takkan hampakan you lagi..kita balik macam dulu erkk..”

Sekalipun Aryaan Zaffirul menangis air mata darah sambil melutut pada Shaarz, gadis itu tidak akan mudah mengasihi Zaff sepertimana dahulu..dia sudah tawar hati hendak kembali kepada lelaki itu, sudah tidak ada sekelumit pun rasa cinta dan kasih buat lelaki itu di hatinya..yang ada hanyalah amarah yang kian pudar ditelan detik waktu yang bergulir..

Hatinya sudah keras, kering dek penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh Aryaan Zaffirul terhadapnya suatu ketika dahulu. Masa tiga tahun dibazirkan hanya untuk menanti kepulangan Zaff yang hanya sia-sia, akhirnya dia sudah tidak betah menanti lagi.

Perasaan yang dulu masih bisa berbunga, kini tinggal hanya kenangan dan impian semata.

“Sayang, sayang please..jangan buat i macam ni please, i sayang you sangat-sangat..i tak boleh hidup tanpa you di sisi i Shaarz, i perlukan you dalam hidup i..dalam setiap desah nafas i..”

“Huhh, you dah tak boleh nak perbodohkan i Zaff..kalau dulu, you boleh nak bermanis mulut dengan i..tapi tidak sekarang Zaff, i dah tawar hati dengan perangai you...”

“Fatin Nurr Shaarzanaa please, balik pada i dan i janji yang i takkan hampakan you seperti tiga tahun lepas.. i swear sayang..”

“Tidak lagi Zaff, you i dah umpamakan seperti ‘sorang pesakit yang bila sakit dia perlukan ubat yang mampu menyembuhkan dirinya, namun bila dah sembuh..dia akan tinggalkan ubat tu dan kembali pada virus yang menyebabkan dia sakit, kemudian bila dia sakit balik dia akan kembali mencari ubat itu..tapi ubat tu takkan berkesan dah buat menyembuhkan penyakitnya sebab kali ni virus tu makin kuat’..”

“Tapi i...”

“Sudahlah Zaff, i dah tak nak dengar semua tu lagi..lebih baik kalau you pergi terus dari hidup i Zaff, i tak boleh tengok dah muka you..i muak, so lebih baik you pergi je..”


***


MUNGKINKAH kerana suasana bilik itu yang sedikit tegang, atau Shaarz yang terlebih fikir akan hal itu telah membuatkan kepalanya terasa pening dan tanpa isyarat dia rebah..rebah menyembah bumi (rebah atas lantai office je..).

Mujur pada saat itu Ardiaan sempat tiba dan menyambutnya daripada terjatuh menyembah pintu office yang sudah sedia ternganga luas itu..Aline yang terlihat tidak mampu berkata apa, hanya mampu terkaku sementara Ardiaan membawa Shaarz masuk ke dalam officenya untuk dibaringkan di atas sofa yang terletak elok di penjuru ruangan itu.


“By hook or by crook, i want you to get me a glass of plain water..Aline Amani, you duduk sini tengokkan Shaarz..I’ve got something to do, nanti kalau Shaarz dah sedar you just give me a call ok...”

“Errr...oo..ok Mr. Ardiaan..” Aline kaku tidak mampu bersuara, takut dengan riak Izz Ardiaan yang tidak seperti sebelumnya.

Raifaa Husna yang sedang menapak masuk ke dalam ruangan pejabat itu sambil membawa segelas air dan sebotol minyak angin dalam genggamannya sudah dapat mengagak apakah punca ketegangan yang jelas tergambar di raut wajah Ardiaan yang kacak itu..

‘Haihh, ni mesti sebab Aryaan Zaffirul lagi ni..kalau tidak, masakan Shaarz akan pengsan sampai sebegini sekali dan takkan lah Encik Ardiaan nak buat muka ketat macam tu..’

Keheningan mulai terasa apabila Raifaa memasuki bilik pejabat Shaarz yang hanya berdindingkan kaca itu, Aline yang ada dalam ruangan itu hanya diam tidak berkutik selepas melihat ketegangan di wajah Ardiaan..nyata dia takut melihat wajah itu memerah menahan amarah di hati..

Siapa yang tidak marah apabila rumah tangga yang baru dibina tidak sampai tiga bulan sudah mula diganggu oleh orang lama, apatah lagi apabila Ardiaan sudah mula menyayangi gadis muda itu sepenuh hatinya.

Izz Ardiaan sudah tidak betah untuk membiarkan Aryaan Zaffirul kembali dalam hidup suri hatinya, dia tidak sanggup andai gadis itu dirampas dari dirinya..dirampas hanya kerana sisa kenangan cinta lama yang tidak mungkin akan kembali, baginya.. Fatin Nurr Shaarzanaa adalah penyeri hidupnya, yang menceriakan kembali suasana hidupnya yang pernah muram suatu saat dahulu...


No comments:

Post a Comment