Powered By Blogger

header


Home Info Video E-novel Cerpen Puisi&Ayat Cinta Contacts

My FB

Friday 31 May 2013

CINTA TERINDAH - BAB 14





                        Bab 14


           "Aku nikahkan kau, Syeikh Muhammad Khairil Idzuan bin Syeikh Abdul Waffi Muntazar dengan anakku, Tengku Natasha Aryana binti Tengku Khairul Adzhar dengan mas kahwin sebanyak RM1 800 tunai...."

            "Aku terima nikahnya Tengku Natasha Aryana binti Tengku Khairul Adzhar dengan mas kahwin tersebut tunai.." "Sah semua...??"

            "Sah...sah..." Doa dibaca dan di aminkan beramai-ramai, dan alhamdulillah selesailah sudah semuanya..

            Sebenarnya tak selesai pun lagi, majlis sarung cincin tak lepas lagi...Argghhh, nak aje aku lari dari sini tapi tak mungkin aku akan buat macam tu...aku takkan sanggup untuk buat macam tu....

            Aku tahu, meskipun aku tidak begitu rela dengan pernikahan ini namun aku tidak boleh berpatah balik..aku tidak akan mampu untuk berpatah balik kerana keputusan yang telah aku buat.

            "Wah romantik gila ni, lagi..lagi..lagi...bagi lagi aksi romantik, nanti I cuci and framekan and masuk dalam album ok..."

‘Hadziq...seriously you are an insane cousin that I’ve ever met in this world, you are nuts..totally nuts, did you know...??' 

'Apasal pulak pak cik tu nak suruh buat aksi 18 SX dekat depan para hadirin yang ramai dan membanjiri ruang rumah ini, dengan kehadiran kanak-kanak bawah 18 tahun lagi..sungguh aku termalu sendiri..’

Hatiku berkecamuk,dirasakan bagai hendak membalas dendam terhadap sepupu yang seorang itu...biar tebuk kepala atau badannya diserang dengan sepatu pengantin yang masih tersarung cantik di kakiku ini, dan hampir saja terjadi insiden yang tak terduga itu namun aku masih mampu menahan rasa hati.

            Sesaat aku merasakan bagai tak sanggup dan sesaat kemudian aku merasa sedih,tapi aku tak tau apa sebabnya...Dia mengucup dahiku dan di saat itu air mataku mulai jatuh berjuraian...

            Betullah kata seseorang tu, dalam duka ada terselit kebahagiaan...

            Dari jauh kelihatan seseorang sedang memerhatikan majlis yang sedang berlangsung dengan rasa hiba di hati...

            'Seharusnya aku yang berada di samping dia,bukan lelaki tu...' Inilah yang orang selalu katakan, terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata buruk padahnya...

            "Tuan Muda kita tak jadi pergi ke majlis tu ke...?? Tuan Muda nak pergi mana lepas ni...??" "Jom Pak Karim, kita bertolak sekarang...kita bertolak ke airport  terus, saya nak cari ketenangan kat tempat lain..."


            2 hari dah berlalu dan aku pun dah selamat diijab kabulkan dengan Khai. Walau apa pun,aku tak boleh patah ke belakang balik dan aku kena teruskan juga dengan keputusan yang aku dah buat.

            "Morning all, hai dik...takkan duduk kat rumah aje kut, adik ngan Khai tak nak pergi honeymoon ke...?? Tempat punya banyak yang best, dia nak duduk terperap kat dalam rumah je....haisy budak ni laa..."

            "Angah..Adik tak fikir nak pergi honeymoon lagi, tambah pulak dengan kerja kat office yang menimbun tu dan jugak, coffee house Adik dan Elena dah nak mula beroperasi tak lama lagi."

            "Apa pulak macam ni Adik...." "Lagipun Angah ,Adik lagi suka duduk kat rumah dari pergi tempat lain."

            Teruk jugak aku ni. "Kesian Khai tu Angah tengok, dah 2 hari terpuruk kat rumah. Adik dengan dia dah setuju tak nak pergi honeymoon ke atau, Adik dengan Khai nak honeymoon kat rumah je..?"

            "Angah ni merepek tak habis-habis,dah la..malas nak layan, lagi lama layan Angah ni lagi pening Yana jadinya...Angah tau tak....??"

            "Alah, macam laa angah tak tau...adik malas nak layan angah sebab adik lebih suka layan hubby adik tu, betulkan...??" "Weekkksss, piiraahhh...."

            “Ekspressnya adik ngan adik ipar angah ni,baru je nikah dah pening-pening tu...lepas tu siap dok uweekk uweekkk lagi, jangan kata dah melekat sudah..”

            “Apa yang angah merapu terlebih pagi-pagi ni angah, sihat ke tak angah adik ni..??”

            Bulan silih berganti, dan aku...meski ku tak begitu rela dengan perkahwinan ini namun,aku sudah mulai redha...

            Tanggungjawab sebagai seorang isteri telah aku jalankan dengan sebaiknya, namun aku masih tidak pasti apakah ianya sempurna atau tidak...

            Masih terngiang-ngiang pesanan mummy di pendengaranku..

            "Ingat Yana, syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami...sentiasa taat dan patuh pada perintah suami, kalau tak tak dapat cium bau syurga..."
  
            Sedar tak sedar dah 4 bulan lebih aku dengan Khai kahwin, Abang Haiqal dengan Elena pun dah kahwin sebulan lepas aku kahwin.

            "Morning everybody, Angah..Papa kata pagi ni ada meeting,tak silap Adik meeting tu pukul 9."

            "Ya Allah..Angah lupa, thank's sebab ingatkan Angah. Ma..Haiqal pergi dulu ye, assalamualaikum." "Elok-elok bawa kereta tu."

            "Ma,Yana pergi dulu la..." "Breakfast dulu, dah..pergi panggil Khai, boleh breakfast sekali." "Ok Ma..Tapi sekejap je sebab Yana tak boleh lama, nanti lambat pulak pergi office."

            Eih..kenapa la Mama suruh panggil dia jugak? "Khai..Khai jom breakfast sekarang, nanti Yana lambat pergi office..cepat la.."

            "Panggil 'Abang' bukan Khai, lepas tu baru abang turun dengan sayang sekali, k."

            Eei..geram betul la dengan dia ni,buat orang sakit hati je. 'Nampaknya terpaksa la aku buat apa yang dia suruh tu.' Okey....

            "Abang..jom turun breakfast sekarang,nanti lambat pulak sampai office. Boleh ye." "Ok,not bad...Jom kita breakfast, lepas breakfast abang hantarkan sayang ok."

            "No thank's, I could drive by myself. Lagipun, abang...kan nak pergi kerja jugak, nanti lewat pulak." Sengaja aku tekankan perkataan abang itu...

            "Manja, makan banyak sikit..." "Hurm, cukup laa banyak ni mama...Yana pun dah lambat ni, takut CK sampai dulu dari Yana nanti..."

            "Hem, ok ma...Yana pergi office  dulu ye, assalamualaikum ma..." "Waalaikumussalam, hati-hati drive  tu..."

            "Morning Sofea, how was the day without me arround...??? Semua ok ke, and  CK macam mana time I  tak ada....??"

            "Morning our newly-wed, forget about office for a while...what about you, since you have been a wife...hemmm..??"

            "Just fine, and there's nothing so impressive to talk about....tapi kenapa I  rasa macam you're so really excited to know, and now not just you CK's coming....."

            "Natasha, I need you in my office in 10 minutes....you know just what to bring right, and get me a cup of coffee with one tea spoon of brown sugar ok...." "Just in a few minutes CK, and I'll be there with your cup of coffee....."

            Rasa macam tak sedap badan la pulak, tetiba je. Nak kata aku tak breakfast, aku dah breakfast  pagi tadi tapi maybe  sebab aku makan breakfast sikit sangat kut....

            "Sha..are you ok? Your face look so pale." "Yeah..I'm ok, maybe because I don't get enough sleep last night. Don't worry, jap lagi ok la."

            "Tapi I tengok muka you tu pucat sangat, kalau you nak I boleh temankan you pergi klinik."

            "It's ok, lagipun CK nak jumpa I kat dalam bilik dia kejap lagi. Erm Fea, kalau ada sesiapa call  tanyakan I, you cakap yang I ada discussion dengan bos..Ok laa, I nak pergi pantry jap...wanna make a cup of coffee for CK..."

            30 minit sebelum lunch baru habis discussion. Keluar je dari bilik bos, pandangan aku terus jadi kabur and after that I didn't know what happen.

            Ouch, sakitnya kepala aku.. 'Apa dah jadi tadi hah?' "Natasha..Oh thank's God, akhirnya you sedar juga"

            Huh, sedar..apa yang dorang merepek ni? "Sha, you tau tak..you've faint almost about 10 minutes,you know." "What..??"

            "Natasha, are you all right? Sofea kata dari sebelum you masuk bilik I, your face've look so pale. Better you go  to the doctor now, Sofea and Razman will accompany you."

            "Tapi CK, kerja I yang menimbun tu macam mana? Kalau I pergi klinik, nanti you suruh I ambil MC for 2 or 3 days pulak."

            "I give you 1 week MC, so you rehat secukupnya sampai you betul-betul fine...No..no... no..no more excusses Tengku Natasha Aryana, I don’t want your hubby to think that I’m pushing you to hard on work matter...nanti dia ingat I dera you pulak.."

            Hai..baru masuk setengah hari kerja, dah kena balik rumah. "Sofea..I rasa tak payah la pergi klinik, I nak balik rumah terus. You jangan risau la, I tak apa-apa..maybe I pengsan sebab keletihan, that's all."

            "Tapi Tasha..kalau bos tanya macam mana? Kalau you tak nak pergi klinik hari ni, sebelum masuk kerja balik you pergi klinik ok. Entah-entah you pengsan sebab you pregnant  tak, mana la tau kan."

            "Eei..awal lagi la, so that's possible Fea." "Hello..boleh jadi juga you memang pregnantjust you je yang tak sedar sejak bila you pregnant."

            "Mana mungkin you lebih tau dari I Fea, it's so really impossible for you to know more than I'm....Tapi ye laa kan, you ni kan lebih berpengalaman dari I dalam hal ni..."

            "Haa, tau pun you...tapi I ingat kalau ada rezeki I nak tambah anak sorang dua lagi, anak I yang sulung tu pun dah masuk dua tahun dah..."

            "Tapi you pun tau kan yang I ni pun a bit workahollic, so I pun tak berapa nak sure whether I'm pregnant or what...apa pun, I selalu doakan untuk you supaya dapat tambah baby  cepat-cepat....”

CINTA TERINDAH - BAB 13




                        Bab 13


            Hemm..tak sangka ye, dalam beberapa jam lagi aku akan menikah.Walaupun bukan dengan Isz, tapi aku bersyukur sebab majlis perkahwinan aku tidak di batalkan.

            "Elena..kenapa tak cakap nak datang? Kalau tak dah lama I suruh Angah I siap cepat-cepat,dia dah lama nak jumpa dengan you." "Yana..saja I nak buat surprise kat you."

            "Tunggu kejap eh,I pergi panggil Angah I kejap. Oh ye Elena, malam ni you tidur kat sini la..boleh..?" "Sure..."

            "Angah..Angah..cepat la sikit,ada orang yang Angah memang nak jumpa tengah tunggu kat bawah.Lagi satu..sekarang dah dekat pukul 8:30, kalau Angah tak turun dalam masa 5 minit lagi kita batalkan aje la niat Angah tu."

            "Adik pergi la sembang dengan dia dulu,jap lagi Angah turun. Maksud Adik, kalau Angah lambat maknanya kita breakfast  kat rumah je la ye."

            Huh..nasib baik Elena ada lagi kat ruang tamu, kalau tak ada comform Abang Haiqal kata aku saja menipu.

            "Yana..pasal coffee house  kita tu,I rasa warna dan hiasan dalamannya kurang menarik sikit. So,kita  kena ubah suai sikit supaya coffee house  tu nampak lebih menarik lagi."

            "Hmm,boleh jugak." "I rasa apa kata kita guna tema romantik,baru nampak lebih menarik..."

            Tema romantik,ok jugak tu. "Tapi Yana..warna yang melambangkan cinta dan nampak romantik tu ada banyak,so..kita kena pilih 2 colour  yang match and simbolic..."

            "Great right, tapi I tak nak discuss about this thing now, maybe later ok...sebab sekejap lagi you akan menikah, so I don't want to make you feel a bit stress ok."

            Ish..mana pulak Mama ngan Papa ni, takkan kat bilik Kak Tina lagi. "Mak Som..nanti Mak Som tolong kemaskan bilik tetamu kat atas tu." "Baik cik Yana.."

            "Erm satu lagi..Mak Som ada nampak Mama ngan Papa Yana tak?" "Tengku Khairil dengan Tengku Marini ada dekat dalam bilik Tengku Aizree agaknya. Cik Yana,hari ni cik Yana sarapan dekat ruumah ke dekat luar?"

            Kenapa la Mak Som ni formal sangat hari ni? "Mak Som, berapa kali saya nak cakap..tak payah panggil saya cik, panggil Yana cukup, tak perlu nak formal sangat. Saya pun tak tau lagi Mak Som, nanti saya bagitau."

            Nervous  betul, ramai saudara mara Mama ngan Papa dah sampai dari semalam. Aku harap, aku dapat lolos dari keadaan ini buat beberapa waktu.

            "Elena, you  tunggu kat sini kejap. I nak pergi panggil Angah I. Dia la..tadi kata 5 minit je lepas tu dia turun, ni dah dekat setengah jam ,tak turun-turun lagi."

            Apa la yang Abang Haiqal buat lama-lama sangat kat dalam bilik tu, tadi kata kejap aje..ni dah lama sangat, sampai setengah jam aku menunggu kat bawah.

            "Astarghfirullah..apa dah jadi ni Angah? Patut la lama Adik tunggu. Mak Som..Mak Som, tolong  ambil peti first aid kit  kat dalam kabinet dapur..cepat sikit Mak Som." "Ala Adik ni, tak ada apa-apa la..Angah tergelincir je masa nak keluar, bukannya patah tulang pun."

            "Hah..tak ada apa Angah kata, memang la tak ada tulang yang patah. Tapi ni, kepala Angah ni dah berdarah apa bendanya..?"

            Boleh lagi nak gelak walaupun kepala tu dah nak tebuk macam durian yang tupai nak makan.

            "Sayang jugak Adik kat Angah ye. Angah ingat Adik tak peduli kalau ada anggota badan Angah yang patah sekalipun, tapi dah terbukti yang Adik sayang kat Angah ye."

            Kalau sampai patah tulang temulang Angah tu,agaknya batal kut majlis aku hari ni. "Eih Angah ni, nasib tak masuk hospital tau..dan nasib baik Adik tau nak merawat sikit-sikit."

            "Angah akui yang adik Angah ni memang pandai dalam segala hal dari dulu lagi. Dah..jom turun, hari ni kita breakfast  kat rumah je la."

            Mak Som yang masih berada di belakangku dan mendengar semua butir bicara kami terus meluru ke dapur untuk menyediakan sarapan buat kami.

            "Hah,Qistina..!!" Ucap Angah separuh berbisik, "Erm,hh..hha..hhai.."

            Kami terus ke dapur untuk breakfast  dan Angah sempat lagi cakap sesuatu.

            "Adik..kenapa tak bagitau kat Angah Qistina yang datang, Adik ni teruk la." "Adik memang nak bagitau kat Angah, tapi dah Angah jatuh sampai berdarah macam ni terus Adik lupa."

            "Aduh..terpaksa pulak jumpa dia dalam keadaan kepala berbalut macam ni, memalukan betul la..rasa macam habis jatuh semua saham Angah tau tak dik?!"

            Makanan dah terhidang kat atas meja, tapi Mama, Papa, Abang Aizree ngan Kak Tina still  belum turun lagi. "Erm..Angah borak la dulu dengan Elena, Adik pergi panggil yang lain kejap."


            "Hai kekasihku sayang, cik abang Hadziq awak ni tak nak dijemput turun makan sekali ke...??"

            "Oi hoi hai, pergilah kat dining table  tu..hah, mummy ngan daddy  mana, nak makan sensoranglah tu...tak ingat orang lain langsung, lambat pulak you bangun hari ni...."

            “You ni kan, kalau tak buat terkejut I dalam sehari tak boleh ke...untung I  ni tak ada lemah jantung tau tak, kalau ada dah lama padam you tau..”

            "Amboi, sesedap mulut you je cakap cousin you ni macam tu...tadi kami tengok babies, mummy ngan daddy  ada kat atas lagi tu...tak puas tengok babies agaknya..."

            "Tu laa, suruh you kahwin bagi cucu kat mummy ngan daddy cecepat you tak nak..comform nanti mummy  ngan daddy  selalu bertanggak kat sini, tengok cucu sedara dorang..."

            "Ye laa, lepas ni I pulak kahwin...tapi I nak buat kenduri kat sini laa, you tak kisah kan....???" "Make sure  erk,eh...dah laa malas nak layan you ni, I nak pergi panggil dorang dulu..."

            "Sayang,sape awek cun tu...??" "Eh,itu guest  merangkap kembar I...you jangan nak buat hal erk,kalau tak...." "Dah ada yang punya ke...??" "Hak milik kekal Abang Haiqal,cannot be disturbed..."

            "Ooowhh,melepas laa I nampak gayanya..eh, pergi la panggil dorang cepat perut I dah menyanyi lagu riang dah ni...." "Layan cakap you punya pasal laa ni...."


            "Ma,pa,mummy,daddy,Along,Kak Tina breakfast dah siap,jom.." Siapa pulak yang call, menyibuk je pagi-pagi buta ni. "Khai..." "Ok..ok..Yana turun dulu, jap lagi kitorang sampai ye sayang..."

            "Adik..Adik buat apa lagi tu, cepat la.Erm..mana yang lain, tak nak turun lagi ke?" "Mama suruh tunggu kejap, dah nak turun dah."

            Jawab je la, "Hello..erm Khai, ada apa?" "Hello sayang..hai,tak kan abang nak call pun tak boleh kut? Saje nak tau sayang tengah buat apa." "I'm gonna have breakfast with my family, tu je."

            "Sayang you buat apa lagi tu, cepat laa...I dah lapar ni,they all  pun dah lapar dah ni..." "You ni kan, nak tunggu I  suap apa baru you nak makan...pelik laa you ni, kacau I cakap ngan orang kat hujung talian je..."

            "Yana cakap dengan siapa tu, dengan Khai ke? Papa nak cakap dengan dia kejap, Yana breakfast  dulu dengan yang lain."

            "Hemm..jom laa Mama, dorang dah lama tunggu."

            Agaknya, apa la yang Papa bualkan dengan Khai erk? Ah..tak kisah la apa pun yang Papa bualkan dengan Khai tu, daripada aku fikir pasal tu lebih baik aku kemas dapur.

            "Cik adik ku sayang, bakal pengantin tak perlu buat kerja dapur segala ni...ingat sikit, tak sampai berapa jam je lagi you dah nak jadi isteri orang...baik laa pergi bersiap je, nanti hilang pulak seri pengantin and  pudar jugak warna inai tu nanti..."

            Alah, Hadziq ni kepoh betul laa... "Baiklah Acu,dah..you tu pergi tolong Kak Tina layan babies, Abang Aizree dah start sibuk tu...cepat laa Acu Hadziq ooiii...."

            Selesai breakfast, Papa dan Mama terus menuju ke bilik bacaan. "Angah..Angah ngan Along perasan tak yang Papa tu nampak lain macam sikit pagi ni?" "Lain..? Along tengok Papa nampak macam biasa je, tak ada yang pelik pun."

            "Angah pun perasan kan..Papa nampak terlebih excited  lepas cakap dengan Khai kat phone, entah apa yang di bualkan Adik pun tak tau."

            "Angah pun perasan jugak, macam mana Along boleh kata tak perasan? Agaknya Papa jadi excited macam tu sebab bakal menantu call  kut."

            "Hadziq pun dah perasan dari tadi Angah, tak sangka erk yang Papa akan jadi excited  sampai macam tu sekali sebab nak sambut menantu bongsu..."

            "Nyebuk laa Acu Hadziq ni kan Qadri, suke suki dia je nak menyampuk cakap kitorang kan sayang....?? Alalaa, manje acu Yana ni....meh sini acu nak kiss sikit...."

            "Alah, tak payah laa nak ngelat...ade je nak kiss  Qadri laa, tunggu je malam nanti...boleh kiss hubby you tu puas-puas..." "Eeeiii, you ni kan...mummy, daddy tengok laa Hadziq ni, tak habis- habis nak menyakat Yana je kerjanya..."

            "Laa, tak betul ke apa yang I cakap...nampak sangat dah kat muka you tu, dah tak sabar-sabar laa tu...Qadri duk kat tok mummy  ye sayang..." "Ziq, you ni kan...memang nak kena ni, hei jangan lari laa...."

            "Ya Allah Ya Tuhanku,budak berdua ni laa...orang lepas breakfast relaks jap, ni terus berhambat kejar pulak...Hei..sudah, sudah, sudah..."

            "Ziq..Hadziq stop it, perut I dah rasa senak dah dengan you ni...please stop it now Tengku Hadziq Irwan AdriansyahI’m exhausted already..."

            "Dah give up ke...??" "Sudah..sudah...Yana, go and get changed now...about 3 and a half hours to go...."

            "Ok mama, mummy....Yana gi siap sekarang...." "I nak join you sekali boleh, nak tengok you ni cantik ke tak bila pakai baju pengantin...."

            "You ni kan ,eeiiii....daddy  tengok Hadziq ni, ada ke dia nak ikut Yana bersiap....Yana nak tampar Hadziq ni boleh tak mummy,daddy....??"

           "Hadziq, haishh...ada je benda yang terlintas kat dalam kepala dia ni, cuba jangan nak menyakat Yana tak habis-habis...kesian Yana tu, lain laa kalau mummy ngan daddy yang sakat dia...hahahhaaa..."

CINTA TERINDAH - BAB 12







                        Bab 12



            Hai..leganya hati aku,Abang Haiqal dah balik.

            "Adik..apa menung-menung tu? Angah tengok adik Angah ni dari tadi termenung jauh,fikirkan sape ha? Ingatkan bakal suami ke..?" "Hah,mana ada.Angah ni kan,asal balik je usik adik.."

            "Adik...." "Angah,malam ni bulan nampak terang kan..cantik pulak tu." "Hemm..."

            "Angah..tak sangka kan,esok Adik dah jadi isteri Khai..." "Hem,lepas ni Angah tak boleh dah la nak mengusik adik lagi..."

            Hem.. "Kenapa pulak tak boleh?" "Sebab lepas ni ada orang lain yang akan ambil alih tempat Angah..kesian Angah kebosanan nanti."

            "Maksud Angah..." "Ye suami adik la,siapa lagi.Adik..adik..!"

            "Angah..boleh janji dengan adik tak?" "Janji..janji apa dik? Insyaallah kalau Angah boleh tunaikan,nanti angah tunaikan."

            Kali ni,aku pulak kenakan Abang Haiqal.Hehee..

            "Adik nak Angah kahwin dalam masa sebulan lepas adik kahwin,boleh? Lagipun adik tau Angah suka kat siapa,Angah suka kat Elena kan.."

            "Pandai-pandai je adik ni,mane ada Angah suka kat Elena.." "Ye  la tu,tengok..muka Angah dah merah padam la,haa kan dah betul apa yang adik cakap tu." Hahaa,dah tertangkap.

            "Adik tu,besok dah kahwin. Angah harap adik bahagia untuk selamanya,dan..cepat-cepat bagi Angah..bagi Angah..." "Cepat la Angah,bagi Angah apa..? Angah ni buat Adik suspen aje tau,cepat la Angah.."

            Geram betul la dengan Abang Haiqal ni,buat suspen tak habis-habis. "Bagi Angah niece  cepat-cepat,hehee..." "Angah..." Merapu betul la Abang Haiqal ni...

            "Ah..malas la nak layan Angah ni,merapu tak habis-habis..." "Betul apa Angah cakap.." Hemm,apa-apa je la Abang Haiqal oii..

            "Adik ni muda lagi,bila-bila masa pun boleh..lagipun umur Adik baru masuk 21,Angah tu dah masuk 25..jangan kata anak,isteri pun tak ada lagi."

            "Ala Adik ni,Angah tau la umur Angah ni dah masuk 25, tapi mana la Angah nak cari kakak ipar untuk adik Angah yang sorang ni..Lagipun tak ada siapa yang minat kat Angah ni...!!"

            Punya la panjang lebar,sampai tengah malam baru aku masuk tidur. "Pagi Angah..pasal perbincangan kita malam semalam, Mama ngan Papa dah tau semuanya and Mama ngan Papa pun dah setuju." "Pagi Adik...Hah..."

            "Ye Angah,Mama ngan Papa setuju kalau Angah kahwin dengan kawan baik Adik tu. Mama ngan Papa pun suka kalau Angah kahwin ngan dia.."

            "Mengarut la,lagipun Angah mana kenal ngan kawan Adik tu. Jumpa pun tak pernah,tiba-tiba Adik kata semua dah setuju kalau Angah kahwin ngan kawan Adik tu. This is unfair..unfair!!"

            "Hemm..Angah jangan nak buat lawak la, Angah kenal sesangat dengan dia. Dah banyak kali dia datang rumah masa Adik sekolah dulu, dan Adik ada terbaca diary  Angah masa kemaskan bilik Angah hari tu.."

            "Adik..." "Hehee..Angah tak marah kan,lagipun nasib baik Adik yang jumpa dulu..." "Hemm..tak la, Angah tak marah pun."

            Akhirnya, terbongkar juga rahsia Abang Haiqal selama ni.. "Adik ingat nak sorokkan diary  tu,tapi Angah..Mama dapat tangkap la..." "Hah..."

            "Aa, Mama dah baca pun segala isi hati Angah yang ada kat dalam diary tu.." "Aisehmen...teruk la macam ni habis la Angah macam ni dik,masak Angah dik..masak....."

            "Ok..ok..Lagipun Adik mana pernah tipu Angah selama ni, kecuali kalau ada sesuatu yang serius dan Adik terpaksa sembunyikan dari Angah,itu memang Angah tak dapat nak sangkal la."

            Huh..selamat,ingatkan Abang Haiqal akan marah kat aku tak pun tak nak cakap dengan aku lagi,tapi syukur la tak jadi macam tu."Thank's Angah..betul Angah tak marahkan Adik..?"

            "Kenapa pulak Adik ucap thank's...? And,kenapa pulak Angah nak marah kat adik Angah yang comel ni? Adik ingat Angah akan marah bila Adik kata yang semua dah tau pasal isi hati Angah, dan bila Adik kata semua dah setuju Angah married  ngan kawan Adik tu."

            "Adik ucap thank's  sebab Angah tak marah kat Adik, dan thank's  sebab Angah masih nak cakap dengan Adik lagi lepas semua dah tau pasal isi hati Angah tu."

            Betapa bahagianya aku, sebab dapat luangkan masa dengan abang kesayangan aku.

            "Erm..Angah setuju tak, pasal yang tadi tu..?"  "Ok..ok..tapi boleh tak Adik bagitau nama dia kat Angah, sebab gadis yang selalu datang rumah kita dulu tu ada 2 orang."

            "Ala..buat-buat tak tau pulak,orang yang selalu sembang dengan Adik tu. Bila dia ada kat depan Angah je, comform lidah Angah terkelu dan bibir Angah membisu."

            Hai, agaknya Abang Haiqal ni dah jadi pelupa agaknya. "Hemm..takkan la Angah dah lupa nama dia kut ,bukannya lama sangat Angah tinggalkan Malaysia." "Yana..Yana..turun cepat,ada orang nak jumpa dengan Yana ni."

            Ala..siapa la yang datang pagi-pagi buta ni? "Ok Ma..Mama suruh dia tunggu kejap, jap lagi Yana turun. Angah..jom turun sekali, boleh kita sambung sembang kat bawah."

            "Erm..Adik turun dulu la, Angah nak pergi mandi kejap. 10 minit lagi Angah turun, pastu pukul 8:30 kita pergi breakfast  kat luar." "Ok..tapi cepat sikit ye, Adik tunggu kat bawah."

           Dah sampai kat tangga baru aku ingat something, Papa suruh bagitau kat Abang Haiqal. "Erm Angah, Papa kata hari ni tak payah pergi office. Papa pun dah bagi cuti kat semua employee  hari ni, jadi hari ni office tak buka ye."